Anda di halaman 1dari 6

Perkhemahan

1.3 OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.


Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:
i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman
(Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada
pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek,
emosi, jasmani dan rohani.
ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan
pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang
baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk
berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.
iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai
penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli
yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk
melalui aktiviti perkhemahan ialah:
> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.
> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya.
> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan
keupayaan untuk bekerja secara berpasukan.
> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM


Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para
belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat
dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri
sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat
menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa
dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat
diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri
sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau
ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang
sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan

mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan diantaranya ialah:
i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.
- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan
secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu
puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa
berjalan kaki, berbasikal dansebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukitbukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya
kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan
ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.

- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik
semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta
dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan
daripada sesiapa pun contohnya,memasak, membasuh pakaian, menjaga
keselamatan diri dan sebagainya.
- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang
tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan
kawasan desa.Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau
padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan
pergunungan, perkampungan dan tepi pantai.Mereka dapat melihat dan menyiasat
tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya.Sesetengah tumbuhtumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di
kawasan perkampungan tertentu.
ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.
- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang
terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan
kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang
Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk
berfikir tentang ciptaan-ciptaan
juga boleh
melakukan
kajian

Allah yang berbagai-bagai,


keatas
spesimen-spesimen

seterusnya kita
yang
dijumpai

untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang

menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah
supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah
merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.


- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan
tinggal bersama.Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan
berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara
lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan
sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan
semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah
yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap
peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam
semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat
penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang
kukuh dan penuh berdisiplin.
- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta
dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut
dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan
dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.

iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.


- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat
mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan
terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses
pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati
dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan
terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan
peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.
v.

Berkhemah

Untuk Menghargai

Alam

Semulajadi

dan

Mencari Ketenangan.
- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati
oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang
serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan
keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala

keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang
tidak henti-henti membinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan
nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga
dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini
akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila
dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambahtambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadakterhadap
seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan
sahaja sebelumnya.
- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang
aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari
atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita
memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologiteknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita
serta berbagai-bagai kemudahan lagi.
vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.
- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia
II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk
menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan
kebangsaan
telah
memajukan
taman-taman
lipurdan
kawasan-kawasan
perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman
lipur
tempatan,
negeri
dan kebangsaan,
hutan
lipur
untuk
tujuan
perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi
maklumat-maklumat kepada
bakal
pekhemahtentang
tempat-tempat
dan
kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali
terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita
bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang
khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-sama di
sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang
untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk
bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti
semula hubungan yang telah lama tegang.

yang

menyeronokkan

danmembaiki

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.


- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk
mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin,

berpengetahuan
mereka.

dan

berkeupayaan

dan mempertingkatkan

status

kesihatan

- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topiktopik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga
aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet
yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti
menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

3.1 PEMILIHAN TEMPAT


Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk
berkhemah bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah
seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan pergunungan dan kawasan
hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor
utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti
semasa memilih tempat ialah :
1. Keselamatan peserta dan harta benda
Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu
diambil kira. Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah
runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang
serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah
mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan
yang
lapang untuk
tapak perhimpunan.
Kawasan
yang
sempit
boleh
mengundang kepada kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang perlu
diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan berlakunya bencana alam
seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Keselamatan peserta semasa
perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga dianggappenting. Oleh itu, taklimat
perlu diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak semasa
berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak
perkhemahan tersebut.

2. Kemudahan asas
Tempat
yang
ingin
dijadikan
tapak
perkhemahan
seharusnya
mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan air
bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya ialah daripada

aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber piliatau paip. Tujuannya
adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber
minuman. Selain daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak
dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan
api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan
dan sebagainya.
3. Tempat menarik dan selesa
Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu,
pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu
tercapai. Biasanya kawasan seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan
kawasan yang menarik dan menjadipilihan utama untuk diadakan perkhemahan.
4. Kawasan
Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di
kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tandatanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk
mendirikan khemah dan untuk beraktiviti dikawasan tersebut. Kawasan
perkhemahan juga haruslah berdekatan dengan kawasan bandar kerana mempunyai
sistem pengangkutan yang
baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk
berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah
diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang
boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahan
yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan
terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai