Anda di halaman 1dari 12

LAMPIRAN

CERPEN PENDEK
SESUATU YANG HILANG
sebuah kisah tatapan utk semua...
Yang baik jadikan pengajaran...wahai suami reda lah dengan apa yang ada pada
isterimu.......... Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,
argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup
mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang
tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang,"
luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil
menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang
langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil
dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya
lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu.
Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila
melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan
selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih
abang pada Nura", bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup
abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia
sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi
1

kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah
berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.
Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju
ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan
sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak
kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia
ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian
suami hingga ke muka pintu
"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura
selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
***************************
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian
bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan
borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas
Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung
minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura
ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah,
sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik
rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya,
tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan
yang sedang direkanya.
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat
manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara
dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak
sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih
ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa.
Nura menangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat
dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar
perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang
lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah
abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang
buat Nura,". Janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?".
Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang
yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak
boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi
yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5
tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana
Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai
menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan
mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
***************************
3

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan
Nura, dia tidak minta semuanya

berlaku, isteri mana yang tidak mahu

mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti
disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi
sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia,
tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu
perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku
kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba
mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana
simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan
zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakakkakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup
melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
***************************
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara
mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.
Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua
dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu
seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan
bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka,
4

itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia
punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung
suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung,
tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing
sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura
menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura
masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istimewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
***************************
"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa?
Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu
lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.
Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan
malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
***************************
"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi
tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh
hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air
mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil
cuti, bersama-sama menemani Nura.
Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia
mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia
terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa
amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala
perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu
yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.
Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian,
Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia
rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu
yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik
lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa
bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit
kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia
terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi
sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan
zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis
anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan
betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa
suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi6

jadi.Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit
dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf
dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi
muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi
hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang
malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak
makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan
lagi.
***************************
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang
abang, doa Nura.Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah
tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa
kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,
berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya
kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?"
pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali
masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
***************************
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya
mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui
apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan
berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk
berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak
sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan
bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang
diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi,
namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil
beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang
takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah
asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura
kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat,
abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan
kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh
menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
***************************
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi
Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami
pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa
maksud doktor? tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana
rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan
berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby
dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni,"
terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu
rasanya untuk menatap muka Nura.
8

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang
dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak
sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar
berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak
sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama
lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu,
membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran
nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman,
dapat dilihat orang.
***************************
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan
Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya
Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan
doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja
mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali
akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor
mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi
Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan
nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang
dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura
sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa
saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat
bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap
tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan
akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami
9

pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam
masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh
kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana.
Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor
bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat
anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk
selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang
sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan
darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan
kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan
nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
***************************
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap
kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura.
Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih
lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur
Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu.
Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari
itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia
dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu
sahaja.
Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara
itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira".
pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
10

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk"
Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
***************************
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami
tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya",
terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan.
Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu
Nura Ain lagi.
Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan
seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk
melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan
ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan
mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku
dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia
terlelap didakapan papanya.
***************************
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik
buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin sudah jauh meninggalkan
abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap
bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang.
Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu
memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk
itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini.
Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan
dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap
11

pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan


untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang.
Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup
bersyukur

kerana

sekurang-kurangnya

Allah

makbulkan

doa

Nura

untuk

mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya.
Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah
memberikan Nura sesuatu yang cukup istimewa, dan andainya maut memisahkan
kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang
Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu
walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat
diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura
harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan
dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan
baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak
pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini
akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilanda badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata
ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi
Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan
abang... ..rindu bang... rindu sangat... .
Sekian, Ikhlas dari nurani isterimu ........Nura Ain Bt. Abdullah

12

Anda mungkin juga menyukai