Anda di halaman 1dari 6

Laporan Aktiviti

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


PENSYARAH PENASIHAT

PENGERUSI :

MOHD FARID BIN MOHD FUAD OOI

NAIB PENGERUSI :

SURAYA BINTI LATIP

SETIAUSAHA :

AZLINA BINTI ABU BAKAR

NAIB SETIAUSAHA :

WAN AZRUL ZAINAL BIN ZAHUDIE

BENDAHARI :

WAN NOOR AZAH BINTI WAN ABDULLAH

AJK PERALATAN :

HIZRAL FAREZAN BIN HARON


MUHD KAMAL SHAHRIZAL BIN GHAZALI

AJK MAKANAN :

TENGKU ANA ADILA BINTI TENGKU AWANG


ZURINA BINTI HASSAN
NALINI A/P MUNIYENDI
SELVASHANTHINI A/P GAVINDAN

AJK SAMBUTAN :

SURAYA BINTI LATIP


VANAJA A/P THIAGARAJAN

AJK CENDERAHATI :

ROZIAH BINTI ZOL


ZANARIAH BINTI HASBULLAH

AJK BUKU PROGRAM : ZETIAAZURA BINTI HASSAN


AJK DOKUMENTASI :

MOHD FARID BIN MOHD FUAD OOI


WAN AZRUL ZAINAL BIN ZAHUDIE

TARIKH:
13 April 2013
TEMPAT:
SK Jeliang
No. 1, Jalan Baru Kampung Jeliang, 33800, Manong, Perak
33800

PERLAKSANAAN AKTIVITI

SEBELUM
Kami memulakan aktiviti pertama kami dengan menyediakan tempat untuk
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit kerana semua terlibat dengan
persiapan tempat

SEMASA
Pada pukul 8.00 pagi, Ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan
dibantu oleh murid-murid untuk membersihkan kubur.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah memotong lalang, menambah tanah di kubur-kubur
yang mendap dan membakar sampah sarap serta semak-samun di kawasan tersebut.
Pada pukul 11.00 pagi, ceramah dimulakan dengan sesi ice breaking .
Selepas itu, beliau menyampaikan ceramah bertajuk Pekerjaan Satu Ibadah.
Ceramahnya menarik dan berguna untuk semua orang yang bekerja.

Penyampaian cenderahati kepada guru besar


Penyerahan sijil kepada peserta PPG.
Jamuan makan tengahari.

Masalah yang dihadapi


Komunikasi antara guru-guru dan pelajar PPG kurang kerana penuh dengan
aktiviti.
Peserta mempelajari sesuatu melalui ke silapan.

Kesan Aktivi kepada perserta


Peserta peserta diberi kesedaran tentang pekerjaan.
Peserta-peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi.
Peserta-penserta menyedari amalan kemasyarakatan.

TANDATANGAN

.
( NALINI A/P MUNIYENDI )
AJK PROGRAM BIG SIRI KE-2

REFLEKSI
Sebelum ( Jumaat 12 April 2013 )

Kami memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar dengan berkongsi kereta dengan


kawan. Kami berjumpa di tol Juru pada pukul 2.00 petang. Setelah tiba di tol, Pn Suraya
yang merupakan Naib Pengerusi dan Penolong Kanan Kokurikulum SK Jeliang
menunjukkan arah ke sekolah tersebut dengan membawa kami mengikut keretanya.
Setelah sampai di sana, kami dibawa ke pejabat sekolah. Kedatangan kami
disambut mesra dengan senyuman daripada warga SK Jeliang. Sekolah ini,
mengembalikan kenangan semasa saya di bangku sekolah.Kami tertarik dengan
keadaan sekolah tersebut. Seterusnya, kami menandatangani buku kedatangan
pelawat. Seterusnya, Naib Pengerusi membawa kami ke dewan SK Jeliang.
Kami memulakan aktiviti pertama kami dengan menyediakan tempat untuk
Latihan Dalam Perkhidmatan. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit kerana semua
terlibat dengan persiapan tempat. Selepas itu, kami pun balik ke hotel.
Setelah kami, sampai di hotel, kami berbincang untuk memberikan gula-gula
kepada murid-murid yang menghadiri aktiviti kemasyarakatan. Ahli Jawatankuasa
makanan membungkus gula-gula yang dibeli untuk diberikan semasa aktiviti gotongroyong. Tujuan utama kami menyediakan makanan tersebut untuk mengembirakan
murid-murid yang hadir ke aktiviti tersebut.

Semasa ( Sabtu 13 April )

Kami berjumpa dilobi Ezi

Hotel pada pukul 7.00 pagi. Kami menunggu Pn.

Suraya Latip untuk menunjukkan Jalan ke Sek. Keb. Jeliang. Setelah sampai di
sekolah, Pn. Suraya selaku, Penolong Kanan Kokurikulum memberi taklimat kepada
murid-murid di tapak perhimpunan mengenai aktiviti gotong-royong..
Seterusnya, Kami berjalan bersama murid-murid ke masjid yang terletak
berhampiran. sekolah tersebut. Kami disambut mesra oleh ahli jawatankuasa surau dan
kami diberikan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti membersihkan kubur.Kami
tertarik dengan layanan mereka. Sarapan ini diedarkan oleh ahli jawatan kuasa
makanan kepada semua yang hadir ke suaru termasuk murid-murid.
Pada pukul 8.00 pagi,Encik Mohd Farid Bin Mohd. Fuad Ooi, selaku pengerusi
memberikan taklimat ringkas kepada ahli-ahli. Ahli jawatankuasa menyediakan peralatan seperti
cangkul dan kereta sorong untuk membersihkan kubur. Ahli-ahli dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil dan dibantu oleh murid-murid untuk membersihkan kubur. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan ialah memotong lalang, menambah tanah di kubur-kubur yang mendap dan
membakar sampah sarap serta semak-samun di kawasan tersebut.
Pada pukul 10.00 pagi, aktiviti gotong-royong berakhir. Peralatan yang digunakan
semasa aktiviti tersebut dipulangkan balik oleh Encik Hizral Farezan Bin Haron. Bubur dan
minuman diberikan kepada semua orang yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Makanan ini
diedarkan oleh ahli jawatankuasa makanan yang terdiri daripada Puan Tengku Ana Adila Binti
Tengku Awang, Puan Nalini a/p Muniyendi dan Puan Selvashantini. Bubur tersebut diberikan
oleh ahli jawatankuasa masjid sebagai tanda penghargaan kepada

usaha kami untuk

membersihkan kawasan perkuburan.Setelah selesai aktiviti membersihkan kubur, kami pun


balik ke sekolah.
Pada pukul 11.00 pagi, penceramah jemputan pun tiba di Sek. Keb. Jeliang.

Beliau

merupakan seorang kaunselor di Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Kangsar. Beliau memulakan dengan sesi ice breaking . Selepas itu, beliau
menyampaikan ceramah bertajuk Pekerjaan Satu Ibadah. Ceramahnya

menarik dan

berguna untuk semua orang yang bekerja.


Ceramah tersebut berakhir pada pukul 12.50 tengahari. Encik Mohd Farid bin Fuad Ooi
mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Seterusnya, Tuan
Gruu Besar Sekolah Kebangsaan Jeliang menyampaikan ucapan ucapan tersebut bangga dan

berterima kasih kerana memilih sekolah beliau untuk mengadakan LDP. Selepas itu, beliau
memberikan sijil kepada guru-guru PPG.Sebagai tanda terima kasih, Puan Roziah binti Zol
mengiringi pengerusi untuk memberikan cenderahati kepada guru besar SK Jeliang.
Tepat pada jam 1.00 tengahari, program tersebut tamat. Semua orang di minta ke kantin
untuk menikmati jamuan makan tengahari. Selepas itu, kami pun pulang.

Anda mungkin juga menyukai