Anda di halaman 1dari 25

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH NOPLOT DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID MENGESAN NILAI MURNI UNTUK MURID


TAHUN: KAJIAN KES

RIDHUAN BIN MOHD NOOR


PPG/10079/11
690710036237

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid mencari dan mengesan nilainilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam kertas soalan penulisan bahagian
C. Format baharu kertas 2 penulisan bahasa Melayu mula diperkenalkan pada tahun
2005. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid bagi membuktikan kaedah yang
berkesan dalam mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada
petikan teks yang diberikan. Saya telah memilih kaedah NoPLat untuk membantu
murid-murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada
petikan teks tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid tahun 5
Sejahtera di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 2.

BAB 1
PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini, saya menerangkan tentang pengenalan kepada tajuk kajian
tindakan yang saya jalankan ini. Tajuk yang telah saya pilih ialah Meningkatkan
penguasaan murid mengesan dan mencari nilai murni. Dalam bahagian ini juga saya
mengutarakan perkaitan tajuk kajian tindakan dengan kajian yang dijalankan.

Menurut Musgrave (2978)(BETUL KAH TAHUN NI??KAT SINI TAK


PAYAH TAHUN SEBAB CIKGU RUJUK BUKU ABDUL RAHIM)

dalam

bukunya yang berjudul The Moral Curriculum: A Sociological Analysis yang telah
dirujuk Abdul Rahim Bin Abdul Rashid(TAHUN BUKU INI?) menekankan
pentingnya matlamat moral dikembangkan dalam kerangka pendidikan di sekolah.
Selain kurikulum, organisasi sekolah juga perlu memberi ketegasan kepada elemenelemen moral yang berkaitan dengan disiplin dan tanggungjawab nilai-nilai murni,
aspek-aspek tingkah laku, amalan dan tindakan.
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Wan Mohd. Zahid (2988??) mentakrifkan nilai murni sebagai :

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati


dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan
berakhlak mulia"

1.1 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Pengkaji memfokuskan kajiannya dalam masalah yang sering dihadapi pelajar ialah
mencari nilai-nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada
petikan yang diberikan. Murid terpinga-pinga untuk mencari dan menyatakan nilainilai murni tersebut. Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut
supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai. Keperihatinan pengkaji ialah
murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas,
tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan
iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali


memberikan masalah kepeda guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu
mencari, mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang
diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid
tersebut boleh menulis ulasan tersebut. Pengalaman mengajar murid di kelas 5
Sejahtera membuka pemikiran pengkaji untuk mencari punca kepada permasalahan

ini. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid tetapi
pengkaji hanya memfokuskan hanya kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan
menyelesaikan masalah dan membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai
murni atau pengajaran yang terdapat daripada petikan teks serta mengulas hasil
carian nilai murni tersebut dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian


iaitu Bahagian A, B, dan C. Namun begitu kajian yang ingin difokuskan adalah pada
Bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks.
Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Besepadu Berkala (UBB) yang lalu,
ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada kertas
soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang tinggi
pada bahagian ini seperti murid keliru dengan nilai murni yang terdapat dalam
petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai yang terdapat dalam
petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu perenggan dengan
menggunakan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P),


pengkaji mengenal pasti beberapa punca murid murid lemah dalam aspek nilai
murni, antaranya seperti murid tidak mahir untuk mengesan dan menyatakan nilainilai murni yang diperlukan. Murid-murid juga kadangkala tidak menunjukkan
kesungguhan dalam latihan mengulas nilai murni. Petikan yang dianalisis terlalu
mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Nilai murni yang

tiada kaitan dengan petikan teks tidak memberi markah kepada murid dalam
peperiksaan. Mereka sering juga hanya menyalin semula nilai yang dijumpai.
Kegagalan murid-murid adalah kegagalan seorang guru, justeru sebagai guru bahasa
Melayu mereka saya rasa terpanggil untuk menambahkan kemahiran mengajar agar
dapat membantu anak bangsa menghadapi kemelut yang melingkari pemikiran
mereka.

Namun begitu, masalah ini boleh diatasi kerana permasalahan ini merupakan
satu perkara yang boleh diselesaikan berdasarkan kebolehtadbirannya. Selain itu,
perkara ini berkesinambungan dengan keberkesanan P&P yang dijalankan oleh
seseorang guru. Kaedah-kaedah tertentu digunakan supaya murid dapat memahami
sesuatu kemahiran dengan baik. Pencapaian murid memberi kesan kepada prestasi
sekolah kerana kajian ini melibatkan satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan.
Seterusnya, kajian ini juga dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang lain
atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.2 (CARA CIKGU TULIS BAHAGIAN INI ADALAH UNTUK KAJIAN
TINDAKAN. SILA TULIS SEMULA DAN TULIS SECARA KAJIAN
ILMIAH. PERLU DI NYATAKAN MENGAPA KAJIAN INI SIGNIFIKAN
UNTUK

DIJALANKAN.

MENGENAI

PERLU

KEPERLUAN

MASUKKAN

MENJALAN

KAJIAN2

KAJIAN

LEPAS

DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH NOPLOT. SILA TIDAK MENGGUNAKAN


DIRI SENDIRI DALAM P[ENULISAN INI KERANA INI BUKAN

KAJIAN TINDAKAN. SILA BAIKI KESELURUHAN BHG INI. CUBA


RUJUK KEMBALI LECTURE NOTE DR ZOHIR)
1.3 OBJEKTIF KAJIAN (SOALAN KAJIAN PERLU SELARI DENGAN
OBJEKTIF)
Terdapat tiga objektif yang hendak dicapai oleh saya dalam kajiannya, antaranya
ialah :
a. Mengenalpasti punca murid tidak dapat mengesan nilai murni.
b. Mengenalpasti teknik yang sesuai digunakan untu mengesan nilai murni. (APA

BEZA TEKNIK DAN KAEDAH.?ADA TEKNIK LAIN LAGI YG CIKGU


NAK KAJI? SILA PASTIKAN. BAIKI BALIK OBJEKTIF DAN SOALAN INI)
c. Melihat kesan perubahan pencapaian (NYATAKAN PERUBAHAN YANG

PENCAPAIAN APA? AKADEMIK?MORAL?) murid dengan kaedah NOPLAT.


1.3 SOALAN KAJIAN
a. Apakah punca murid tidak dapat mengesan nilai murni berdasarkan petikan?
b. Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mengesan nilai murni?
c. Apakah kesan teknik NOPLAT yang digunakan?
d. Sejauhmanakah teknik NOPLAT yang digunakan berkesan?
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dibataskan kepada murid tahun 5 Sejahtera seramai 45 orang murid
di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim. Keunikan dan kayanya bahasa Melayu adalah
kerana bahasa ini bersifat dinamik iaitu boleh dikembangkan. Bahasa Melayu
mempunyai nilainya yang tersendiri dan kajian yang mendalam perlu untuk
menguasinya. Kesimpulannya, kertas dua Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu, kajian tindakan(SILA
TAKE NOTE INI BUKAN KAJIAN TINDAKAN) yang dijalankan oleh pengkaji
ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam mengesan

nilai murni dalam bahagian C. Pengkaji menyedari murid-murid sukar untuk mencari
dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan.
Kajian tindakan dilakukan ke atas murid-murid untuk mencari dan membuktikan
kaedah yang berkesan agar murid lebih mudah dapat mencari dan mengesan nilainilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Dengan adanya
kajian ini, pengkaji dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam bahagian ini.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid mengesan
nilai murni yang terdapat dalam petikan. Hasil kajian ini di harap dapat memberikan
sumbangan yang berguna kepada semua murid

di Sekolah Kebangsaan Dato

Hashim 2 untuk meningkatkan mengesan nilai murni.


Kepentingan kajian kepada guru pula supaya dapat menyedarkan para guru bahawa
terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan dan
dipraktikkan di dalam bilik darjah. Kaedah ini sesuai dan dapat memudahkan
pengajaran guru serta member rangsangan, motivasi dan minat murid tahun 5
menguasai kemahiran mengesan nilai murni. Kajian ini juga bertujuan meninjau dan
mengetahui komitmen semua warga pendidik dalam usaha untuk mempertingkatkan
kemahiran mengesan nilai murni.
Selain itu, kajian ini bertujuan menyedarkan dan memberi kepentingan kepada ibu
bapa untuk mempertingkatkan kebolehan anak mereka dalam pembelajaran. Ibu bapa

akan merasa lebih bangga dengan kebolehan anak- anak mereka. Ibu bapa akan lebih
yakin dengan kemampuan anak- anak mereka dalam menuntut ilmu.

Kajian ini juga bertujuan agar Jabatan Pelajaran Negeri Keselamatan mengambil kira
tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara insentif untuk
guru- guru Bahasa Melayu bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan serta
memberi penerangan terhadap pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama murid tahun enam yang
akan menduduki UPSR nanti. Dengan adanya kajian atau penyelidikan ini, dapatlah
dibuat panduan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
dalam mengetahui tahap pencapaian murid dalam sesebuah sekolah.
1.6 DEFINISI ISTILAH
Nilai-nilai murni :
Perlakuan baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungan sesama
manusia, alam dan Tuhan. (SILA NYATAKAN RUJUKAN)
Kaedah NoPLat
No-

Singkatan bagi nota aplikasi nilai murni yang disediakan oleh guru dan

diberikan kepada murid untuk difahami dan dihafal.


P-

Singkatan bagi penanda wacana yang akan digunakan oleh murid apabila

hendak menulis ulasan nanti.


Lat -

Singkatan bagi latih tubi yang digunakan untuk memberi lebih kefahaman

kepada murid. (SILA NYATAKAN RUJUKAN)


8

1.7 RUMUSAN
Bab ini menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep, batasan kajian dan persoalan
kajian. Bab ini juga merumuskan tahap kemahiran menulis murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dengan menganalisis
mengenai kemahiran murid mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran di dalam
kertas soalan penulisan Bahagian C Bahasa Melayu tahun lima sebaai tajuk kajian.
Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid maka sudah menjadi
tanggungjawab saya dalam membantu mengatasi kelemahan mereka dalam
pembelajaran Bahasa Melayu bagi mengelakkan mereka terus tercicir dalam
pembelajaran.

10

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini, saya mengutarakan fokus kajian yang telah dilaksanakan dalam
kajiannya. Fokus yang dibincangkan merupakan isu-isu kajian yang menyebabkan
saya memilih tajuk itu sebagai kajiannya. Selain itu, bahagian ini juga ada
menerangkan tentang tinjauan literatur iaitu kajian-kajian yang telah dijalankan
terdahulu untuk menyokong kajian tindakan yang dijalankan ini.

2.1 TINJAUAN LITERATUR


Berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperoleh. Kajian seperti ini pernah
dijalankan oleh Puan Fatimah Embong daripada Sekolah Kebangsaan Sri Langat
pada tahun 2008. Penyelidik telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk Cara
Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada Petikan (Bahagaian C
Penulisan). Dalam penyelidikannya, beliau telah memfokuskan untuk mengehadkan
ulasan murid supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan

11

tidak melebihi 80 patah perkataan. Beliau telah mengenal pasti kelemahan muridmuridnya dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat.
Contoh yang diberi tiada kaitan dengan petikan mengamalkan nilai murni tidak
diberikan dan hasil ulasan murid tidak kemas, tidak ringkas dan kurang tepat. Dalam
kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu 20 orang
murid dari Tahun 6.

Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd Alfaizal
Che Alui pada tahun 2006, menerusi kajiannya yang mengenai Pengamalan Nilainilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidik ingin melihat
adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang
pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni yang paling dominan diamalkan serta
mengetahui adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi
kesan positif terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 220 responden yang
terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2).

Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada jadual penentu saiz
oleh Krejcie dan Morgan (2970). Menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian
yang dibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden
dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil kajian menunjukkan

12

26 aspek nilai murni yang dicadangkan penerapannya oleh FPN (Falsafah


Pendidikan Negara) dalam kurikulum pendidikan diterap oleh pelajar untuk
diamalkan dalam hidupan harian serta didapati aspek nilai murni Kesyukuran
adalah nilai murni yang paling dominan dihayati di kalangan pelajar. Implikasi
kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Antara kajian lain yang dapat disorotkan ialah Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Sains Di
Lapan Buah Sekolah Menengah Di Daerah Jitra, Kedah yang telah dijalankan kajian
oleh Munirah Binti Ahmad Masduki pada Mac 2004. Kajian deskriptif ini dijalankan
oleh penyelidik adalah untuk mengkaji tahap penerapan nilai-nilai murni KBSM
dalam kalangan guru-guru Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di lapan buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Jitra, Kedah. Penyelidik telah
mengambil seramai 70 orang guru Sains yang merupakan sampel atau responden
dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses P&P dalam
kalangan guru-guru Sains dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil
kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi
meniongkatkan penerapan nilai murni dalam kehidupan seharian.

13

Sorotan berikutnya ialah Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar merupakan
satu kajian di Terengganu Darul Iman oleh Ab.Rahman Bin Mahmud bersama
Amidin Bin Zin dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering
menjadi topik perbualan dan disiarkan dalam akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini,
khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu
sindrom yang serius. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, muncul kumpulan black
metal dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Oleh itu, penyelidik cuba
melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4
dari 22 buah sekolah menengah di negeri Terengganu, sebagai mewakili kumpulan
pelajar di sekolah menengah.

Sorotan yang terakhir ialah Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik
Sekolah Menengah oleh Encik Mohd Uzi Bin Dollah yang menjalankan kajiannya
pada tahun 2007. Penyelidik menjalankan kajian kualitatif ini bertujuan menjelajahi
nilai pengajaran matematik di bilik darjah oleh tiga orang guru matematik sekolah
menengah. Terdapat tiga kategori utama nilai, iaitu nilai pendidikan umum, nilai
matematik, dan nilai pendidikan matematik. Guru matematik tingkatan empat
daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah Kuala Kubu Bharu terlibat dalam
kajian ini.

14

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan


nilai sebagai suatu perkara yang perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan
pengajaran. Kesemua peserta menyatakan nilai terterap dalam pengajaran bilik
darjah hanya setelah ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan
nilai terlaksana dalam pengajaran sama ada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan
nilai yang disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya
nilai yang berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan
yakin. Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai matematik dalam
pengajaran, walaupun terdapat dua nilai matematik, iaitu objektisme dan
keterbukaan, terlaksana secara tersirat dalam pengajaran matematik. Penerapan nilai
pendidikan matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian membabitkan
nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal, kebolehcapaian dan penilaian.

(TINJAUAN LEITERATUR TIDAK CUKUP. DIJELASKAN SEKALI LAGI:


CIKGU TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN. DALAM
LITERATUR PERLU ADA:1. TEORI BERKAITAN TAJUK KAJIAN CONTOH

15

TEORI KOGNITIF /BEHAVIOURISME DAN LAIN2. PILIH 2 TEORI DAN


BINCANGKAN SERTA KAITKAN DENGAN TAJUK KAJIAN INI.
2. TINJAUAN KAJIAN2 LEPAS: PERLU DI SELIDIKI KAJIAN2 LEPAS
MENGENAI TAJUK KAJIAN INI)

2.2 RUMUSAN
Berdasarkan tinjauan literatur yang diperolehi, terdapat banyak pandangan dan
pendapat yang telah dinyatakan oleh pengkaji- pengkaji terdahulu berkaitan dengan
tajuk kajian ini. Kajian- kajian lepas banyak memberikan saya pengetahuan tentang
tajuk yang saya pilih . Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat dapatlah saya
menyimpulkan bahawa nilai murni merupakan suatu yang amat penting dalam
kehidupan. Kita bukan sahaja perlu mengenali dan memahami tentang nilai murni,
malah kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab itu,
permasalahan ini amat menarik perhatian saya untuk mengkajinya. Saya telah
mengkajinya sebaik mungkin dalam membantu murid-murid yang bermasalah.
Melalui kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu murid kelas Tahun 5
Sejahtera untuk memperoleh markah yang baik dan seterusnya membantu mereka
memperoleh markah yang baik dalam Kertas Ujian atau Peperiksaan Penulisan.

16

17

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini, saya mengutarakan reka bentuk kajian berdasarkan teori Laid
Law (2992) sebagai panduan dan cara untuk menjalankan tindakan yang
sistematik.?? Teori ini dipilih kerana sesuai dengan kajian yan saya jalankan. (SILA
SEMAK. TEORI DIBINCANG DI BAB 2). Selain itu, saya menerangkan tindakan
yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah responden. Pelbagai tindakan dan
strategi yang telah dilakukan saya bagi memastikan segala tindakan dan strategi yang
dirancang dapat membantu responden untuk mengatasi masalah yang dihadapi
mereka.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


Reka bentuk kajian yang saya gunakan adalah seperti dalam rajah 5.2 dibawah. Reka
bentuk kajian tindakan saya gunakan merupakan amalan kajian untuk membuat
penambahbaikan dalam sesi pengajaran. Satu kerangka teori harus dipilih dan
ditetapkan bagi mencapai tujuan itu. Teori pengajaran Laid Law (2992) telah dipilih
sebagai reka bentuk kajian.

18

Rajah 5.2 Kerangka Konsep (INI KERANGKA KONSEP KAJIAN


TINDAKAN. SILA PERBAIKI)

19

Langkah satu merupakan langkah awal yang dijalankan bagi mengenalpasti masalah
dan seterusnya digunakan untuk saya menentukan masalah dan punca masalah.
Perancangan kajian pula, saya tentukan pelan kajian yang meliputi strategi dan
kaedah yang digunakan. Langkah dua pula merupakan perlaksaan tindakan kajian
saya. Kajian tindakan saya dijalankan seperti yang telah dirancang dalam langkah
satu. Langkah tiga, saya membuat penilaian terhadap kajian yang telah saya rancang
dan laksanakan seperti dalam langkah satu dan dua. Menilai keberkesanan pelan dan
perlaksanaan kajian. Seterusnya, langkah empat merupakan langkah terakhir dalam
reka bentuk kajian yang telah diteorikan oleh Laid Law. Langkah itu ialah membuat
refleksi, saya membuat refleksi terakhir dalam kajian untuk menentukan keputusan
akhir kajian tindakan yang dijalankan.

3. 2 POPULASI DAN SAMPEL


Dalam bahagian ini, saya telah menjalankan kajian ke atas murid-murid dari Sekolah
Kebangsaan Dato Hashim 2. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid(??)
dari kelas tahun 5 Sejahtera sekolah tersebut. Senarai nama murid yang menduduki
ujian diagnostik ini boleh dilihat seperti yang dilampirkan dalam (LAMPIRAN A).
Sampel kajian terdiri daripada 5 murid lelaki dan 9 murid (45 ORANG KA NI?
perempuan Tahun 5 Sejahtera yang berumur dalam lingkungan 9 dan 20 tahun.
(????). Bilangan ini adalah kurang satu pertiga daripada keseluruhan murid-murid
yang terdapat dalam kelas ini. Saya berpendapat lingkungan umur responden ini
adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan berdasarkan pencapaian akademik
mereka yang sederhana. Selain itu, responden majoritinya mempunyai taraf

20

sosioekonomi keluarga yang sederhana. Kebanyakan ibu bapa responden bekerja


kerajaan ataupun bekerja swasta.

Kebolehan mereka dalam bahasa Melayu adalah amat baik daripada tinjauan awal
dijalankan. Hal ini berdasarkan minat dalam kalangan mereka yang cenderung untuk
meneroka dan mendalami sesuatu yang baharu. \Mereka merupakan pelajar yang
perlukan penekanan serta pendedahan yang lebih tentang nilai-nilai murni. Mereka
mendapat markah yang agak rendah dalam bahagian C penulisan. Oleh itu, mereka
dipilih menjadi sampel atau responden kepada kajian yang telah saya jalankan.
Selepas ujian diagnostik dijalankan, saya mendapati bahawa seramai 24 orang murid
daripada kelas ini yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 9 orang murid
perempuan mengalami masalah dalam bahagian C penulisan ini.
(SILA

SEMAK

SEPATUTNYA

DAN

FOKUS

DINYATAKAN

KEPADA
BILANGAN,

KAJIAN
JULAT

CIKGU.
UMUR,

SAMPEL
TIDAK

DIBENARKAN MENDEDAHKAN NAMA MURID/RESPONDEN. SILA TULIS


KEMBALI)

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Pengkaji telah membina (BETULKAH BINA SENDIRI ATAU ADA TENGOK
CONTOH MANA2.? JIKA ADA SILA CATATKAN RUJUKANNYA. JIKA BINA
SENDIRI SILA NYATAKAN DENGAN JELAS KONSTRUK/TEMA DALAM

21

PEMBINAAN SOALSELIDIK) sendiri instrument kajian berdasarkan persoalan


kajian. Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden.
Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan
demografi responden seperti nama, jantina, kelas, pekerjaan ibu bapa dan
pengangkutan ke sekolah. Bahagian B pula berkaitan dengan tahap kesedian murid
semasa aktiviti penerapan nilai- nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu seperti minat, tumpuan, pemahaman, tingkah laku, dan
kerja rumah. Borang soal selidik yang lengkap dengan soalan-soalan yang berkaitan
disediakan sebelum diedarkan kepada responden yang terlibat. Borang soal selidik
ini juga dilengkapkan dengan cara murid dan ditanda pada ruang yang sesuai
(TANDA APA .SILA NYATAKAN).
Pemerhatian juga dilaksnakan terhadap murid- murid yang menjadi respnden
berdasarkan beberapa aspek seperti tingkah laku, dan minat responden terhadap
pengajaran yang disampaikan.

3.4 KAJIAN RINTIS


Kajian rintis telah dijalankan kepada semua murid Tahun 4 Sejahtera iaitu seramai
45 orang bagi mendapatkan keesahan terhadap soalan yang telah disediakan. Hasil
daripada kajian tersebut, 5 murid lelaki dan 9 murid perempuan Tahun 5
Sejahtera(AYAT TERGANTUNG???).
(Bagaimana proses/atau laksanakan kajian rintis. Analisis bagaimana? Perlu
dinyatakan)

22

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


a. Pemerhatian
Data dikumpul melalui pemerhatian yang didapati daripada pelajar yang sering
bermasalah untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan teks.
Selepas sukar mencari, mereka juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni
tersebut dengan baik dan sesuai dengan nilai yang dijumpai (saya tak faham yang
ini).
(sila nyatakan bagaimana pemerhatian dibuat secara terperinci. )
b. Ujian Pra
Di dalam ujian yang dijalankan pelajar dapat menyebut dan menulis nilai yang
terdapat dalam teks, tetapi mereka tidak dapat menghuraikan nilai tersebut dengan
lengkap dan sesuai menyebabkan mereka memperolehi markah yang rendah di
bahagian tersebut. Oleh itu, ujian dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang
dihadapi pelajar.
(sila nayatkan apakah ujian pra. Apakah soalan2?bila dilaksanankan dll. Bukan
seperti diatas)

c. Ujian Pos
Selepas segala strategi digunakan bagi membantu responden dalam meningkatkan
pencapaian mereka. Maka, ujian pos pula dijalankan oleh saya terhadap semua
responden. Dapatan daripada ujian pos akan menentukan sama ada keberkesanan
kaedah pengajaran dijalankan itu berjaya atau sebaliknya. Ujian ini merupakan ujian

23

pencapaian terakhir bagi mengatasi masalah ini. Ujian ini akan menguji tahap
penguasaan responden terhadap penggunaan buku kecil yang saya adakan.
(sila jelaskan apa itu ujian pos, bila dilaksanakan, apakah soalan2 yg dikemukakan)

3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA (analisis data ialah bagaimana data


daripada pemerhatian, soalselidik dan ujian2 itu dinalisis. Sila nyatakan satu
persatu cara nya dalam bentuk karangan/paragraph)
Analisis data amat penting untuk menilai keberkesanan teknik yang digunakan.
melaui sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian diagnostik
dijalankan bagi mengesan murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Dalam
ujian diagnostik ini terdapat tiga bahagian soalan iaitu bahagian A membina ayat,
bahagian B menulis karangan dan bahagian C mengulas nilai murni.

Ujian pra ialah satu jenis ujian yang digunakan untuk mendapat maklumat tentang
pengetahuan pelajar yang sedia ada supaya guru dapat merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menentukan kesesuaian item-item ujian
untuk Bank Item. Keputusan bagi ujian pos bagi memastikan semua responden telah
mencapai dan berada pada tahap yang baik.

3.7 RUMUSAN

24

Daripada penerangan yang diberikan, dapatlah disimpulkan di sini bahawa kaedah


NoPLat dalam proses pembelajaran dan pengajaran membawa manfaat dan kebaikan
kepada murid dan guru itu sendiri. Sekarang sudah tiba masanya para guru
mengintegrasikan penggunaan nota aplikasi nilai murni ini di sekolah atau di rumah,
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu aktiviti berdasarkan nota
aplikasi nilai murni ini sebagai satu bahan perantara atau alat untuk menyebarkan
maklumat pendidikan secara global patut sudah dimulakan oleh para guru.

25

Anda mungkin juga menyukai