Anda di halaman 1dari 1

Kisah teladan nabi adam a.

s
KISAH NABI ADAM a.s. KISAH NABI ADAM a.s. Allah SWT berkehendak untuk
menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal
menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai
khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana
kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada
yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia
sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan
hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah
yang kami yakini. Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi
Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau
ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang
pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya." Tabir penciptaan
disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT
berfirman@bermaksud "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu
orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan
Engkau ?' Tuhan berfirman@maksud: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30) Berkenaan dengan ayat tersebut,
para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam tafsir al-Manar
disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat
yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog (atTakhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu
mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya
kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan
perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para
malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada
sesuatu yang lain."

Anda mungkin juga menyukai