Anda di halaman 1dari 65

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM


UNIT 1/1
UNIT 1: Pengenalan Konsep Akhlak Dalam Islam

Unit ini mengandungi:


1.

Isi kandungan pengertian Akhlak dalam Islam dan pengertian Moral dan
perbandingan antara keduanya. Di samping itu, ia membincangkan akhlak
mahmudah dan akhlak mazmumah. Isu-isu yang berkaitan diprsembahkan
dalam unit ini.
1.1. Hasil Pembelajaran
1.1.1 Menghurai pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pendapat ulama dan
sarjana.
1.1.2 Menjelaskan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah dalam kehidupan
seharian
1.1.3 Membincangkan isu-isu berkaitan dengan akhlak dan moral masakini.

2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:


2.1 Mengenalpasti Pengertian akhlak dalam Islam dan pandangan ulama
berkaitan dengannya
2.2 Membanding beza isi konsep akhlak dan moral.
2.3 membincangkan isu-isu yang berlaku masakini dalam masyarakat.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.
2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang
diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan
buat perbandingan.
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi
berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi
meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang
berkenaan untuk mendalami setiap unit.
1.2. Kerangka Tajuk
Bidang ini memberi tumpuan kepada :1.2.1 Pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pandangan sarjana
1.2 .2 akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah
1.2.3 Isu-isu yang berbangkit dalam masyarakat masakini

2.0 DEFINISI AKHLAK

Menurut Bahasa berasal dari kata khuluq yang artinya patut, pantas,
perangai,pekerti dan tabiat.

Menurut istilah ialah sesuatu yang menetap (kokoh) dalam hati yang dari
padanya keluar perbuatan atas kemauan sendiri (yang bersifat spontan) dari
kebaikan maupun keburukan.

3. AKHLAK DALAM ISLAM


Falsafah:

Manusia tidak boleh dipisahkan dari akhlak walaupun sedikit dalam hidupnya

Setiap perilaku seseorang samada baik atau jahat, sedar atau tidak.

Definasi :Akhlak (dalam bahasa arab) bermaksud: ciptaan yang dibayangkan oleh al
Quran:

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Yang menciptakan tiap-tiap suatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya
kejadian manusia berasal dari tanah. (Surah Sajadah;7)

Keindahan kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu

Lahiriah @ Fizikal (Jasmani )

Batin ( Nafsani)
Kedua-duanya perlu dijaga Namun Islam meletakkan keindahan ke
sebagai asas dan matlamat dalam usaha pembentukan kesempurnaan dari
sepanjang usia hidup di dunia

3.0 SIFAT AKHLAK

Sifat yang menetap dalam hati tersebut menurut wataknya menerima terhadap
atsar (hasil) pendidikan dan pembiasaan, yang baik maupun yang tidak baik.
Jika dididik dan dibiasakan dengan pendidikan yang baik, cinta kebaikan, tidak
suka pada kejelekan, maka watak tersebut disebut khuluq hasan (khusnul
khuluq).
Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan, keburukan dan suka pada hal-hal
tersebut maka disebut sayyiul khuluq.

4.0 KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM


Secara garis besar Islam memiliki 3 ajaran pokok, yaitu :

Aqidah ; merupakan pondasi dalam sebuah bangunan


Syariah ; merupakan tiang-tiang dan bangun lain yang menjadikan bangunan
memiliki bentuk.
Akhlak ; ornamen-ornamen dalam desain baik interior maupun exterior sehingga
bangunan menjadi tampak indah dan memiliki nilai estetika.

5.0 KHALASIFIKASI AKHLAK


Menurut Dr Abdullah Darraz dalam kitabnya Dustur al Akhlak fil Quran telah
mengklasifikasi akhlak amaliah kepada lima kategori:1. Akhlak Fardiyyah (Individu)

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


2. Akhlak Ussariyyah (Keluarga)
3. Akhlak Ijtimaiyyah (Kemasyarakatan)
4. Akhlak Diniyyah (Keagamaan)
5. Akhlak Daulah (Kenegaraan)

Akhlak Fardiyyah
1. Akhlak terhadap penjagaan tubuh badan
2. Akhlak terhadap akal fikiran supaya berfikir terhadap keagungan dan ciptaan
Allah.
3. Akhlak terhadap keperluan makan minum supaya tidak berlaku pemborosan.
4. Akklah terhadap tazkiyyah aj nafs (pembersihan jiwa)
Akhlak Usariyyah
1. Akhlak perhubungan suami isteri.
2. Akhlak hubungan antara ibubapa terhadap anak iaitu memelihara anak daripada
terjerumus ke dalam api neraka.
3. Akklah perhubungan antara anak terhadap ibubapa iaitu semasa berbuat baik
terhadap keduanya.
4. Akhlak terhadap kaum kerabat iaitu berbuat baik dan memberikan hak yang
sepatutnya bagi mereka.
Akhlak Ijtimaiyyah
1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.
3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah
masyarakat.
4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk
dan umpat keji.
Akhlak Ijtimaiyyah

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.
3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah
masyarakat.
4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk
dan umpat keji.
Akhlak Diniyyah
Akhlak kegamaan khusus mengenai hak Allah termasuk dalam akhlak yang
berhubung dengan tanggungjawab manusia selaku hamba Allah dan Khalifah
Allah di muka bumi ini.
Akhlak Daulah
1. Akhlak dalam tanggungjawab ialah amanah dan berlaku adil.
2. Akhlak dalam mentaati perintah
6. KONSEP MORAL
Konsep Moral
Moral asal dari perkataan Greek iaitu mores atau daripada
jamak iaitu mos yang membawa maksud adat dan kebiasaan.
Kamus Dewan; moral mempunyai tiga definasi:1. Ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan
2. Berkaitan dengan apa yang betul atau adil
3. Semangat untuk hadapi ejekan demi mempertahankan kebenaran
Perbezaan Antara Akhlak Dengan Moral dan Etika

Akhlak drpd bahasa arab; tingkah laku,tabiat,perangai, bentuk kebiasaan dan


kehendak

Bersifat teori dan diterjemahkan melalui perbuatan,amalan dan tingkah laku.

Moral perkataan Latin (moralis) ; tingkah laku yang bersesuaian dgn tatasusila
dan kehendak sesebuah masyarakat.

Moral bersifat praktik

Akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang itu, samada baik atau jahat.

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Akhlak bersumber wahyu.

Akhlak ialah gabungan moral dan etika.

Moral meliputi sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan dsbnya.

Motal bersumber akal.

Moral dibentuk oleh etika.

7. AKHLAK-AKHLAK MAHMUDAH

Kasih sayang

Adil

Berani

Kejujuran

Kesyukuran dan berpuas hati

Keunggulan peribadi

Memelihara kesucian diri (iffah)

Merendah diri (tawadhuk)

Semangat bermasyarakat dan bergaul

Benar

Ikhlas

Pemaaf

Tanggungjawab

Ketepatan masa

Disiplin

Amanah

Hikma (bijaksana)

Redha

Syukur

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


8.0 PENDIDIKAN DAN PEMBIASAAN TERBAIK
Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebagaimana yang tertera dalam al-Quran. Nabi Muhammad SAW adalah hasil
produk pendidikan Allah, sebagaimana sabda beliau :
( )
Artinya: Tuhanku mendidikku tata krama dengan tatakrama yang baik .
(al-hadist).
9.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA

Memperberat timbangan amal, sabda Nabi SAW:



Artinya: tidak ada sesuatu dalam timbangan (pada hari kiamat) yg lebih berat
dari akhlak yg baik.

Tanda sempurnanya iman, sabda Nabi SAW:



Artinya: lebih sempurnanya iman seseorang adalah yang paling baik
akhlaknya.
Tempatnya paling dekat dg Rasulullah SAW pada hari kiamat.

Artinya: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat
kedudukannya di sisiku pada hari kiamat adalah mereka yg paling baik
akhlaknya.

10.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA

Amal yang paling baik


:
Artinya: Nabi SAW ditanya ttg amal yang paling utama, beliau menjawab:
Khusnul Khuluq.
Perkara yang paling dominan memasukkan seseorang ke surga
:
Artinya: Nabi SAW ditanya ttg perkara yang banyak memasukkan ke dalam
surga, ia menjawab: Takut kepada Allah dan akhlak yang baik.
Memperoleh derajat tinggi di akhirat.

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Artinya: Seseorang niscaya memperoleh kemulyaan di akhirat sebab akhlaknya
yg luhur, walaupun kurang ibadahnya.
11.0

RUANG LINGKUP AKHLAK


Akhlak terhadap Allah : Menjaga dan menunaikan hak-hak Allah.
Akhlak terhadap diri sendiri; melaksanakan kedudukan, fungsi, peran, hak,
kewajiban dan tg jawab sebagai individu.
Akhlak terhadap sesama manusia; melaks. Kedudukan sbg makhluk sosial dan
menjaga fungsi, peran, hak, kewajiban dan tg jawabnya.
Akhlak terhadap makhluk lain; menjaga, melestarikan, merawat dan
memanfaatkannya sesuai kebutuhan.

12. TINGKATAN AKHLAK TERTINGGI

Akhlak tertinggi adalah ihsan yaitu; kita beribadah kepada Allah seolah-olah
kita melihat-Nya. Jika memang tidak melihat-Nya, yakinilah bahwa Allah
selalu melihat dan mengawasi kita.

Ilmu yang membahas masalah diatas disebut Ilmu Tasawuf

13. Akhlak terbahagi kepada kepada dua jenis


i
ii

Akhlak Islam
Akhlak Falsafah dan Etika

14. Sumber Akhlak Islam:i

Wahyu al Quran dan As Sunnah

ii

Sumber Kemampuan pemikiran akal manusia

15. Akhlak Islam terbina atas TIGA asas akidah :i

Keimanan kepada kewujudan Allah yang

ii

alam semester, manusia dan mencipta hidup dan matinya,

iii

Yang wajib mempunyai segala sifat kesempurnaan yang Maha

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


mengetahui, samada telah lalu, sedang dan akan datang, bahkan
mengetahui gerak dan lintas hati dan fikiran yang baik atau jahat.
-

Keimanan bahawa Allah yang mencipta manusia maka Dialah yang Maha

Mengetahui tentang hakikat diri manusia.Dialah yang layak dan berhak

memperkenalkan hakikat diri manusia itu kepada manusia,menunjukkan

jalan yang baik dan jahat,jalan hak dan batil melalui wahyu.

manusia ditaklifkan mengikut jalan yang hak dan lurus,menjauhi

yang sesat.

Keimanan kepada wujudnya Hari Akhirat atau adanya hidup yang kekal abadi

selepas mati. Hari pembalasan baik atau jahat kepada segala gerak laku amalan

atau perbuatan yang akan menentukan bentuk hidupnya yang penuh nikmat dan

azab. Kesemuanya ini akan diterima selepas melalui satu kiraan atau hisab

amalan yanag halus dan tepat,adil dan saksama.

16. Contoh-Contoh Akhlak Islam.


-

Al-Ikhlas ; qasadkan kata-kata,amal usaha,jihad dan pengorbanan kerana Allah,


kerana wajhullah, kerana mengharapkan keredaan Allah,tanpa harapkan suatu
faedah,nama,gelaran,pangkat,kedudukan,sanjungan,penghormatan,ketinggian
dan kemuliaan lahiria

Al-Sidiq asas kemuliaan, lambang ketinggian,tanda kesempurnaan,gambaran


tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Amanah :- Sifat yang mesti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi
perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang diharapkan dan cita-cita
yang diazamkan

-.
17 ISU-ISU AKHLAK REMAJA MASA KINI

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Keadaan Akhlak Anak-Anak Remaja Hari Ini .

HATI KERING

TAPI MENYUSAHKAN
ORANG! BILA MATI

10

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

SEDARLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARI

11

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

12

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

13

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

14

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

15

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

16

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

UNIT 2/1

HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN/STANDARD


PEMBELAJARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
AKHLAH SEKOLAH RENDAH.

2/1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6. Kefahaman
guru dalam mengenalpasti isi pelajaran amat penting bagi memberi impak yang
mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan
saksama kesesuaian isi pelajaran .
Unit ini mengandungi:
2.

Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah


1.1. Hasil Pembelajaran
1.1.1 Menghurai kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.
1.1.2 Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam Pelajaran
Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6

2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:


2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun dalam
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun.
2.3 Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan keperluan
murid mengikut tahun.
Arahan
8. Baca dan fahami objektif modul.
9. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
10. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

17

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


11. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang
diberikan.
12. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan
buat perbandingan.
13. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi
berikutnya.
14. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi
meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang
berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk


Bidang ini memberi tumpuan kepada :1.2.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
1.2 .2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacar perhubungan manusia
dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara
2. Adab dan Akhlak Islamiah.
2.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :2.1.1. Adab makan dan minum.
2.1.2. Adab qada hajat.
2.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.
2.1.4. Adab mandi dan bersugi.
2.1.5. Adab berwuduk.
2.1.6. Adab berpakaian.
2.1.7. Adab berkenderaan.
2.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.
2.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.
2.1.10. Adab berjalan.
2.1.11. Adab bertanya.
2.1.12. Adab mengurus diri.
2.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :2.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa
2.2.2. Adab menolong ibu bapa.
2.2.3. Adab bergaul dengan keluarga

18

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


2.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :2.3.1. Adab bergaul dengan rakan.
2.3.2. Adab di masjid dan surau.
2.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
2.3.4. Adab melayan tetamu.
2.3.5. Adab menziarahi orang sakit.
2.3.6. Adab menziarah rakan.
2.3.7. Adab menziarah orang tua.
2.3.8. Adab dengan orang tua.
2.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.
2.3.10. Adab makan di majlis keramaian.
2.3.11. Adab berjiran.
2.3.12. Adab berkumpul.
2.3.13. Adab berjual beli.
2.3.14. Adab bekerja.
2.3.15. Adab menziarah jiran.
2.3.16. Adab ketika bermain.
2.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
2.3.18. Adab kecintaan kepada negara.
3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.
3.3.20. Adab rehlah.
3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.
3.3.22. Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :3.4.1. Adab bercakap dengan guru.
3.4.2. Adab ke sekolah.
3.4.3. Adab belajar.
3.4.4. Adab semasa di sekolah.
3.4.5. Adab berhujah.
3.4.6. Adab menolong guru.
3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.
3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.
3.5. Adab Dengan al-Quran :3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.
3.5.2. Adab membaca al-Quran.

UNIT 3/1

ANALISIS DAN HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN


PELAJARAN/STANDARD PEMBELAJARAN PENGAJARAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AKHLAH SEKOLAH RENDAH.

19

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


3/1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6. Kefahaman
guru dalam mengenalpasti dan menganalisa isi pelajaran amat penting bagi memberi
impak yang mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus
meneliti dengan saksama kesesuaian isi pelajaran .
Unit ini mengandungi:
3. Analisis Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah
1.1. Hasil Pembelajaran
1.1.1 Menganalisis dan menghurai kandungan akhlak dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.
1.1.2 Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam Pelajaran
Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6
2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun dalam
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun.
2.3 Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan keperluan
murid mengikut tahun.
Arahan
15. Baca dan fahami objektif modul.
16. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
17. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
18. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang
diberikan.
19. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan
buat perbandingan.
20. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi
berikutnya.
21. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi
meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang
berkenaan untuk mendalami setiap unit.
3.2. Kerangka Tajuk
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

20

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


3.2.1 Perincian isi kandudngan pelajaran dengan kepada aspek yang menjadi
fokus
kepada isi pelajaran.

Isi Pelajaran Tahun 1

Fokus

Memahami dan mengamalkan adab makan


minum

Memahami dan mengamalkan adab dengan


ibu bapa
Memahami dan mengamalkan adab bergaul
dengan rakan
Memahami dan mengamalkan adab dengan
guru

Isi pelajaran Tahun 2

Fokus

Isi pelajaran Tahun3

Memahami dan amalkan adab tidur


Memahami dan amalkan adab masuk dan
keluar rumah
Memahami dan mengamalkan adab di
sekolah.

Fokus
Memahami dan mengamalkan adab terhadap
al-Quran
Memahami dan mengamalkan adab
berpakaian
Memahami dan mengamalkan adab bercakap
Memahami dan mengamalkan adab
berziarah.

Isi Pelajaran tahun 4

Fokus

21

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Tahun 5

Fokus

Tahun 6

Memahami dan amalkan Adab berjalan dan


adab bertanya
Memahami dan amalkan adab dalam
kehidupan bersosial
Memahami dan amalkan adab dengan
orang tua
Memahami dan amalkan adab menziarahi
janazah dan kubur
Memahami dan amalkan adab makan dan
minum, dalam majlis keramaian
Memahami dan amalkan adab berjiran dan
berkumpul
Memahami dan amalkan adab menuntut
ilmu
Memahami dan amalkan adab semasa di
sekolah
Memahami dan amalkan adab berhujjah

Memahami dan amalkan adab dalam


kehidupan harian
Memahami dan amalkan adab mengurus
diri
Memahami dan amalkan adab terhadap ibu
bapa/keluarga
Memahami dan amalkan adab dalam berjual
beli
Memahami dan amalkan adab berkerja
Memahami dan amalkan adab ziarah jiran
Memahami dan amalkan adab ketika
bermain
Memahami dan amalkan adab dengan
pemimpin
Memahami dan amalkan adab menuntut
ilmu
Memahami dan amalkan adab menolong
guru

Fokus

22

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

UNIT 4/1

Memahami dan amalkan adab terhadap


harta benda awam
Memahami dan amalkan adab kecintaan
kepada negara
Memahami dan amalkan adab menjaga
kebersihan sungai dan alam sekitar.
Memahami dan amalkan adab rehlah
Memahami dan amalkan adab dengan
manusia dan makhlauk lain
Memahami dan amalkan adab menjaga
harta sekolah
Memahami dan amalkan adab menjaga
kebersihan sekolah

Aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran akhlak tahun 1-6

4/1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan aplikasi strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dari tahun 1 hingga tahun 6 dalam pendidikan Akhlak. Kefahaman guru dalam
mengenalpasti strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
pelajaran amat penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses
pembelajaran murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan memberi tumpuan terhadap
aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran.

1. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:


1.1 Mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut tahun dalam
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
1.2
Membanding beza antara strategi, pendekatan , kaedah dan teknik
pengajaran.
1.3 Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi, pendekatan
, kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih.
4.0 Strategi P&P dalam Pendidikan Akhlak.

23

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Kebijaksanaan guru memilih satu-satu pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pengajaran. Kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang strategi pengajaran
1. Kaedah dan teknik yang harus digunakan.
2. Bahan bantu mengajar yang dapat disediakan
3. Pengetahuan sedia ada murid.
4. Kebolehan dan minat murid-murid.
5. Kepakaran guru menggunakan bahan yang diperlukan.
6. Kawalan kelas.

BERPUSATKA
N GURU

STRATEGI
PENGAJARAN

BERPUSATKA
N MURID

BERPUSATKA
N BAHAN

Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Akhlak

4.1. Jenis Strategi


Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam ialah :

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan murid

24

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Strategi berpusatkan bahan

4.1.1 Strategi berpusatkan guru


Ialah pendekatan lama yang diamalkan dalam P & P. Guru memainkan peranan utama
menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar
hanya

mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku sehala sahaja.

Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi
penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran
ilmu

pengetahuan

lebih

diutamakan

berbanding

penyebaran

nilai

murni

dan

perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid
dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan
kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat
membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial
yang positif kurang dapat dipupuk.

25

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;

Demontrasi.

Syarahan/ Kuliah.

Bercerita.

Penerangan.

4.1.2 Strategi berpusatkan murid


Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P & P dan guru hanya
sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada
secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih
banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang

26

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktivitiaktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.
Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah murid menjadi pemain utama dalam
sesuatu sesi P dan P. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada murid meneroka dan
menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai
fasilitator.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;

Kumpulan.

Inkuiri penemuan.

Perbincangan.

27

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Penyelesaian masalah.

Bermain.

Simulasi.

Sumbangsaran.

Projek.

Main peranan.

Penyoalan.

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan
ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula
ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat
yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah
strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.

4.1.3 Strategi berpusatkan bahan


Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model,
komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan

28

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru
pandai menggunakan BBM yang sesuai.

BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah,
menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan
serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan
tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti
berikut;

Ketepatan

Kejelasan

Keluasan

Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan

Berpusatkan murid.

Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.

Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;

29

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Audio-visual.

Pengajaran terancang.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Modul.

Penggunaan buku teks dan rujukan.

5.1 PENDEKATAN
5.1.1 Definisi Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka
panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi
strategi, kaedah dan teknik.
Pendekatan

30

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


1. Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang.
2. Berasaskan model atau teori pengajaran atau pembelajaran.
3. Ianya merangkumi strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu
penyampaian.
4. Ianya bersifat aksiomatik iaitu diterima tanpa apa-apa keraguan.

Dalam pengajaran pembelajaran Akhlak anda boleh menggunakan apa jua jenis
pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :

Memberi ilmu - kognitif

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif

Membina kemahiran dan amalan - psikomotor

Memupuk dan menanam penghayatan afektif

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid

Menyepadukan faktor dan nilai

Merentas kurikulum

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

Memotivasikan murid dalam pembelajaran

5.1.2 Jenis-jenis Pendekatan


Berikut adalah jenis pendekatan yang sering
pembelajaran pendidikan Islam.

31

digunakan dalam pengajaran dan

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

INDUKTIF

EKLEKTIK

DEDUKTIF

PENDEKATAN DALAM
P&P PENDIDIKAN ISLAM

QUDWAH HASANAH

BERSEPADU

TEMATIK

Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

5.1.2.1 Pendekatan Bersepadu


Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam
kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling
berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan
diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan
untuk menjalin dan mengadunkan

unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan

penggunaan bahasa yang baik.


5.1.2.2 Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagianbahagian kecil (khusus) sampai

kepada

perkara-perkara besar atau umum.

Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka
tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis
yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip.

Kemudian kita

membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.

32

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Memerhati,
mengkaji,
mengenalpasti,
mentafsir.

Contoh-contoh
khusus

Membuat
generalisasi

Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif


Ciri-ciri pendekatan induktif:
1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu
kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
5.1.2.3 Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan
pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus
atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah

dan

kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada


rumus atau teori yang dikatakan.

Memperkenal
teori/rumus,
prinsip,
hukum
atau
peraturan
barui

Pilih
teori/rumus,
prinsip,
hukum
atau
peraturan
yang telah
diketahui

Gunakan
contohcontoh
berkaitan

Murid
mengukuhkan
pemahaman
tentang
konsep

Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Deduktif


Ciri-ciri pendekatan deduktif:

33

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


1.
2.
3.
4.

Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi


Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

5.1.2.4 Pendekatan Eklektik


Pendekatan

eklektik

ialah

cara

pengajaran

dengan

menggunakan

kedua-dua

pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan


pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula
menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian,
kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau
contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi
pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

5.1.2.5 Pendekatan Tematik


Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang
besar. Contoh tema-tema seperti tolong menolong, kebersihan dan lain-lain. satu-satu
tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalam setiap
komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru
mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu
jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang
berkaitan dengan tema tersebut.
CARA PERLAKSANAAN
a) Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut
tahap kebolehan murid.
Contoh : tema : Kebersihan
Sub topik :
i)

Kebersihan diri

ii)

Kebersihan tempat tinggal

iii)

Kebersihan kelas

34

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

b)

Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan

pelbagai kebolehan.
Contoh :
tema : binatang peliharaan
Kumpulan A

: jawab soalan tentang binatang

Kumpulan B

: lukis gambar binatang

Kumpulan C

: gunting dan tampal

5.1.2.6 Qudwah hasanah


Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan
mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para
pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik
maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya. Sikap guru memainkan
peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh
itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
RUMUSAN

STRATEGI

Kebijaksanaan
memilih pendekatan,
kaedah dan teknik
pengajaran
berdasarkan objektif

Lebih mengambil kira


objektif jangka
panjang

35

Mengambil kira segala


aspek pembelajaran

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

PENDEKATAN

Cara mengajar
berdasarkan
objektif

Kenyataannya
dianggap
benar tanpa
memerlukan
bukti dan
alasan

berlandaskan
teori, prinsip
atau model
tertentu

Mendokong
sesuatu teori

LATIHAN
Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil
pembelajaran. Berdasarkan

kefahaman anda mengenai

strategi dan pendekatan,

jelaskan:
1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan

yang sesuai dalam

pengajaran dan pembelajaran.


2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut.
3. Pilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran akhlak sekolah rendah

6.2. Kaedah dan Teknik

36

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak kita
gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah?
Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia

juga

merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada


kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu
pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu
digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang
ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik
bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan
kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid.

Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran

Akhlak ialah:

6.3

Tunjukcara / demonstrasi

Simulasi

Syarahan / kuliah

Projek

Bercerita

Perbincangan

Kuiz

Soal jawab

Dialog

Lakonan

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAH

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan


contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan

37

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa
kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik
dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat
mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran
akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru
pendidikan Islam.
6.3.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran adab dan akhlak;
Perbincangan
Lakonan
Simulasi
Soal jawab
Kuliah
Penerangan
Tunjuk cara atau demonstrasi
Latih tubi
Bercerita
Sumbang saran
Simulasi
Menulis rencana
Projek
Uswah Hasanah
Seminar
a. Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan,
mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat
mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian.
Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara
beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat

38

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka
mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:
1. Perbincangan formal
2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan
sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan penglibatan pelajar


Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti
menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga
dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga
masa.

Masa yang mencukupi


Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat
khabar, majalah, internet dan sebagainya

Penglibatan keseluruhan pelajar


Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya
mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka,
semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan

Aktiviti susulan
Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran
akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara
ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka terhadap perkara itu

Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan.
Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal

39

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal.
Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi


Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua murid
memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak
memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan
pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak
berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan
perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan
kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi
laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar bagaimana cara
menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya memupuk
sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga
berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.
Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan
1. Permulaan Pengajaran

Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca


dari akhlak

Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang
akan dibincangkan.

40

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


2. Sesi Perbincangan

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan

Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan

Fokus perbincangan kepada tajuk

Kemukakan persoalan perbincangan

Minta murid mengemukakan hasil perbincangan

Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup

Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid

Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi


mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa
melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang
diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran
akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa
beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak
tersebut dan murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai
sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru
dan murid akan memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran
lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat
keputusan.

41

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
1. Peristiwa yang sesuai
2. Pelakon hendaklah memahami situasi
3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
4. Pelakon yang sesuai
5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami peristiwa
yang mereka pelajari.
Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid tidak berminat
menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika
mengembara menuntut ilmu

Guru menerangkan
secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak
c. Kaedah
simulasi
dan tempat lakonan
Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep
atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi
pengetahuan
dan pengalaman
aktiviti tersebut.
Berdasarkan
watak-watakdaripada
yang ditentukan,
pelajar memainkan peranan mereka
dalam sesi lakonan
Ciri-ciri
Guru
berbincang
dalam
kelas
tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Tajuk
ditentukan
terlebih
dahulu
Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan pengetahuan
pelajar
Aktiviti ini tidak Guru
memerlukan
masa pelajar
yang panjang
membimbing
membuat rumusan
Di bawah pengawasan dan bimbingan guru
Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran
Langkah-langkah :

Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran


Menentukan tempat yang sesuai
Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan
Memberi masa murid melakukan simulasi

42

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan
Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

Rumusan
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah. Kaedah-kaedah ini
perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap
keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami,
mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru.

Pembelajaran akan

berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran dapat mencapai objektifnya dan muridmurid mengubah tingkah laku berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat
mengamalkannya di dalam kehidupan seharian .

KAEDAH

Lebih bercorak
jangka pendek

Merupakan
usaha
keseluruhan
terdiri daripada
prosedur
tersusun
berdasarkan
pendekatan
yang dipilih

Mendokong
pendekatan
dipilih

Siri tindakan
guru yang
sistematik

Latihan :
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan?
Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal.
Banding bezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam
43
Pendidikan Akhlak Islamiah.

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi


pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?

Latihan:
Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran ibadah
Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam P&P
Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk pengajaran
berkesan.

44

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

UNIT 7

PANDUAN
PENGELOLAAN
SESI
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

DAN

7.0. Sinopsis
Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuat
perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian
dalam pengelolaan sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang.
Unit ini mengandungi:
1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian
2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran
7.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguan
dan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai objektif yang telah dirancang
3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang
Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduan
yang betul.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.
2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula
soalan yang diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
pensyarah dan buat perbandingan.
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar
pada sesi berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk
ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan manamana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

45

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Peringatan:
Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk
meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak
yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

7.2. Kerangka Tajuk

P&P Berkesan

Perancangan

Pelaksanaan +

Penilaian

Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Nota :
Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar sebelum
memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu
perancangan, pelaksanaan dan penilaian .

7.3. PERANCANGAN PENGAJARAN


Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu tempoh yang telah
ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin

46

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan
keyakinan guru untuk mengajar.

ILMU
PENGETAHUAN

Apakah pengajaran?

KEMAAHIRAN
PROSES
PENYAMPAIAN

PENGAJARAN

SIKAP

NILAI

Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran

ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata pelajaran


KEMAHIRAN

:penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan


isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.

SIKAP

: Perubahan tingkahlaku

NILAI

: Nilai murni

Apakah pembelajaran?

Proses perubahan
tingkahlaku yang agak tetap
dan berlaku kerana
pengalaman dan latihan
yang diteguhkan

PEMBELAJARAN

Rajah 14 : Proses pembelajaran

47

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJARAN + PEMBELAJARAN

BERKAIT RAPAT DENGAN


PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH
DAN TEKNIK
Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada Sukatan


Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu membuat
keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya.
Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang
hendak

disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan

menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah
terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen (1998) pula berpandangan bahawa guru
mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan dan tahu cara untuk
memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar nya.

7.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester

48

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Satu jadual perancangan yang dibuat dengan

mengagihkan

sukatan pelajaran

mengikut tahun atau semester.


5

(5-1 )

7.3.2 Rancangan Mingguan

49

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.



05/09/2011

09/09/2011

( )

/
05/09/2011

06/09/2011

07/09/2011

08/09/2011

09/09/2011

7.3.3 Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan mengajar

untuk satu-satu masa/ setiap hari persekolahan. Rancangan

pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia merupakan


susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui
proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan peralatan yang
sesuai.

50

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang
perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam
penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk
mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah
dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:
Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?
Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif tercapai
dengan berkesan?
Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:


i. Objektif
ii. Isi pelajaran
iii. Aktiviti murid dan guru

51

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Per
anc
ang
an

Pen
yam
paia
n

Pen
utu
p

Butiran am
Kemahiran
Pengetahuan lepas
Hasil Pembelajaran
Penggabungjalinan
Penyerapan kurikulum
Penerapan nilai
Sumber P&P
keusahawanan
ICT
Set induksi
Perkembangan isi
pelajaran
Kemahiran
Strategi pengajaran
Penggabungjalinan
Penyerapan kurikulum
Penerapan nilai
PenggunaanSumber P&P
Pengayaan & pemulihan
Aktiviti susulan
Penilaian hasil
pembelajaran
Rumusan / kesimpulan
Pengubahsuaian

Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

52

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Mata pelajaran

Tahun / Kelas

Tarikh

Masa

Bilangan Pelajar

Bidang

Tajuk

Kemahiran

Pengetahuan Sedia Ada

Hasil pembelajaran

Aras 1 :
Aras 2 :
Aras 3:
Kemahiran berfikir

Penerapan Nilai

Gabungjalin
Penyerapan Ilmu/ rentasa n

Bahan Bantu Mengajar


ICT
Keusahawanan

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

53

Catatan

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Muqaddimah
(1 minit)

Set Induksi
(3-5 minit)

Langkah 1
(10-12 minit)

Langkah 2
(10 -12 minit)

Doa
Syahadatain

Murid
Guru

Isi
Soalan
Tajuk

Guru
Murid
Guru

BBM

Guru

GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Isi
Soalan
Isi
Gabungjalin
Penyerapan
Soalan
Soalan

Guru
Murid

GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Murid
Guru

KB
GJ
Penyerapan
Nilai
BBM

Langkah 3
(8-10 minit)

Langkah 4
(6 -7 Minit)
Penutup
(5 minit)

Pengayaan
Pemulihan
Kesimpulan Isi
Kerja lanjutan

Guru
Murid

Catatan Refleksi

7.4

PELAKSANAAN PENGAJARAN

54

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu;


pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini
adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.
5.4.1

Set Induksi

Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau
tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5
minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk
menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik
minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus
menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya
membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai
pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid
terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat
cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.
5.4.2

Penyampaian

Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk
mencapai

objektif

pengajaran.

Penyampaian

merupakan

pengajaran

sebenar.

Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala


kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk
menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid
secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif
pengajaran.
5.4.3

Penutup Pengajaran

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap
pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid
ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau
kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.

55

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:


Penutup Kognitif
Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah:
pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.
Penutup Sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah
peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.
5.5. PENILAIAN
Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih
berkesan.
5.5.1 Tujuan Penilaian
Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran
murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru
memperkukuhkan kekuatan murid.
5.5.2 Kaedah penilaian
1.

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan
kaedah:
pemerhatian
lisan
penulisan

2.

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:


hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

56

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


3.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk


mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan
untuk :
Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan
tidak memerlukan instrumen yang khusus
Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja,
ujian bertulis
Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program
- perlu dirancang secara teratur
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis
dan ujian lisan

A. Penilaian secara pemerhatian


Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah
lisan dan penulisan seperti:
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf
tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta
penguasaan sesuatu kemahiran.

57

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah
lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.
B. Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan

58

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran
mendengar dan bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman
murid.
-

mengesan

kebolehan

murid

dalam

kemahiran

membaca

dan

menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti
yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan
instrumen guru perlu dipastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan
mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan
untuk merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
C. Penilaian secara penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid
yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata

59

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah
diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah
dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap
pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan
pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang
murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan
kreatif.
5.6 Refleksi Kendiri
Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada
suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana
amalan pengajaran guru yang berkesan.

Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang

sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta
meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.
Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii penilaian
kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

60

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan


pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman


yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan


pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan


pemikiran refleksi untuk membuat keputusan
atau menetap tindakan
Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

61

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

5.7 RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak yang berkesan
merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan
Islam. Istilah berkesan dan menarik adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan
secara tepat kerana kedua-duanya bersifat relatif dan berbeza mengikut keadaan dan
presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007)
Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;
5.7.1

Tercapainya objektif pembelajaran

a. Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.


b. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan disusun
mengikut urutan.
5.7.2 Penyampaian isi secara sistematik dan lancar
a. Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas.
b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.
c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan,
peringkat perkembangan dan peringkat penutup.
5.7.3

Menggunakan bahasa yang berkesan

a. Menggunakan bahasa persuratan.


b. Bertutur dengan lancar dan fasih.
c. Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

62

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)

5.7.4 Penggunaan bahan bantu mengajar


a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan
isi pelajaran secara berkesan.
b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami
penyampaian guru.
c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini
5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif
Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan di
dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada
beberapa suasana:
a. Interaktif antara guru dengan murid
b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran
c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran
d. Interaktif murid dengan murid
5.7.6. Penguasaan Ilmu
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu
yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran
dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada
pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu
semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan
Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

63

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(1) PERANCANGAN
(2) PELAKSANAAN
(3) AMALAN REFLEKSI
(4) SIKAP & SAHSIAH

Hasil

Pembelajaran

Isi
Perancangan

Pelajaran

Strategi

&

Sumber P&P
Penerapan

nilai

Unsur

(nilai

Kemahiran

murni/nilai

PAS)
Berfikir

Permulaan
Perkembangan
Pengurusan
Pelaksanaan

Pengajaran
Bilik

Darjah

Komunikasi
Kualiti

Pembelajaran

Penutup
Pencapaian
Aplikasi
Amalan Refleksi

Pemikiran
Penampilan

Sikap & Sahsiah

Keprihatinan
Pekerti
Sifat Profesional

Latihan

64

Hasil

Pembelajaran
Nilai
Reflektif
Diri

(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)


1.

Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran


Pendidikan Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran
anda.

2.

Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi


terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan.

Latihan:
1. Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk
mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?
2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan
kaedah bercerita
3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi
bercerita?

65

Anda mungkin juga menyukai