Anda di halaman 1dari 1

Sejauh manakah kaedah penemuan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah

di Malaysia? Di Malaysia, situasi di dalam bilik darjah tidak begitu


menggalakkan untuk penggunaan kaedah penemuan. Nisbah guru dengan
murid adalah sangat tinggi. Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah
kelas, antara 35 hingga 50 orang murid, terutamanya di bandar,
menyukarkan pengaplikasian kaedah penemuan di dalam bilik darjah.
Bilangan murid yang ramai itu menyukarkan guru menjadi pemudah cara dan
pembimbing murid. Selain itu, saiz fizikal bilik darjah juga kecil
dibandingkan dengan bilangan murid. Implikasinya, kerusi meja terpaksa
disusun mengikut cara tradisional, iaitu baris demi baris. Susunan
sedemikian, termasuk ruang yang sempit di dalam bilik darjah kurang sesuai
untuk menjalankan pelbagai aktiviti kaedah penemuan. Pergerakan murid
terhad untuk menjalankan aktiviti dan hal ini menjejaskan kejayaan kaedah
penemuan. Pada hari ini, walau pun kerajaan telah banyak berbelanja untuk
melengkapkan sekolah dengan pelbagai infrastruktur, masih terdapat banyak
sekolah terutamanya di luar bandar dan pedalaman yang masih kekurangan
kemudahan fizikal dan sumber pembelajaran seperti komputer, perpustakaan
yang kondusif, pusat akeses kendiri, perabot dan bilik simulasi. Kemudahan
dan peralatan sedemikian diperlukan untuk menjalankan aktiviti kaedah
penemuan. Kekurangan kemudahan sedemikian dapat menjejaskan
implementasi kaedah penemuan di dalam bilik darjah di Malaysia
Pengaplikasian kaedah penemuan akan berjaya jika kerajaan mengambil
langkah untuk memperbaiki situasi di sekolah. Sejak April tahun lepas,
kerajaan telah mengambil beberapa tindakan seperti menyiapkan dan
melengkapkan lebih kurang 90% daripada makmal komputer di seluruh
Malaysia. Projek yang tergendala sekarang sudah mendapat nafas baru dan
kerajaan telah memperuntukkan lebih kewangan untuk menaik taraf
kemudahan yang sedia ada. Selain itu, sembilan buah sekolah baru yang
lengkap dengan kemudahan TMK telah dibina. Jika usaha sedemikian
berterusan, hasrat untuk mengimplementasikan kaedah penemuan di dalam
bilik darjah boleh dicapai.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai