Anda di halaman 1dari 5

(tambahan drpd fb)

Disunnahkan mengqasarkan solat yang empat ketika safar, bahkan sebahagian fuqaha'
menyatakan ia wajib dan inilah yang rajih menurut guru saya al-Syaikh Dr. 'Abdul 'Azeem
Badawi, iaitu wajib kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan qasr apabila safar.
Juga para fuqaha' telah berbeza pendapat akan syarat jarak bagi membolehkan qasr dilakukan
kepada lebih 20 pendapat, dan yang rajih ialah tiada syarat jarak tertentu, asalkan seseorang
melakukan safar sebagaimana yang difahami uruf (iaitu keluar rumah membawa bekalan atau
baju ke tempat yang jarang pergi) maka wajib dia melakukan qasr.
Bahkan berkata guru saya al-Syaikh Dr. 'Abdul 'Azeem Badawi sekiranya wujud jarak tertentu
maka sudah pasti Nabi SAW tidak akan lupa menyampaikannya, serta para Sahabat juga tidak
akan lupa bertanya kepada Nabi SAW, kesepakatan mereka untuk tidak menyampaikan hal ini
kepada kita menunjukkan tiada syarat jarak tertentu.
~ Dr. Fathi al-Sakandary ~
Hukum Berkaitan Jamak dan Qasar
Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat
iaitu JAMAK dan QASAR. Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah (keringanan) solat
musafir (jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang
dimaksudkan:
Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurangkurangnya dua marhalah.
Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah (boleh diterjemahkan sebagai kawasan
kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).
Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.
Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada
hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafiie, Jilid 1, Bab Solat Musafir)

HUKUM YANG DISALAH ERTI


Syarat ke-4 merupakan perkara yang PALING DISALAH ERTIKAN oleh ramai orang.
Sehingga mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat

(contohnya) 2 minggu, maka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam
tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa yang
termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafiie.
Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada (contohnya) di
Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak dan qasar ketika dalam
perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi orang yang bermukim.
MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?
Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru lebih dari 3
hari, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila dia sampai ke destinasi
tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Sedangkan
rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh Allah Taala bagi orang yang berstatus
musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa, ayat 101:
101 :} {{
Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.
Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya
Mihaj al-Tolibin, menurut beliau:

Maksudnya: Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus
(hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia
masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.
Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah 4
hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota Bahru selama 3
hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir(jamak & qasar) selama
tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan
musafir .
APAKAH MAKSUD TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK?
Menurut mazhab Syafiie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah
menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke
destinasi dan hari pulang. Sebagai contoh:
Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 7 hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad. Menurut
perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari

Kota Bahru pada hari Ahad. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 5 hari
setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut, Ahmad secara otomatik telah
berniat bermukim di Kota Bahru iaitu lebih dari 3 hari. Dengan ini, setiba Ahmad di Kota Bahru
beliau tidak boleh lagi solat musafir.
APAKAH DALIL MAZHAB SYAFIIE TENTANG TEMPOH MUKIM BERDASARKAN
4 HARI?
Ia berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan
Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):


:
:


Maksudnya: Saidina al-Ala bin al-Hadrami Radiyallahu anhu berkata, aku mendengar
Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah
selepas kembali dari Mina, 'Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu'.
Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqallani di dalam Fathul Bari, Hadith ini memberi maksud
bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa sallam melarang golongan Muhajirin Radiyallahu anhumbermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut.
Menurut Imam Nawawi pula(juga dalam Fathul Bari), hadith ini menjelaskan bahawa Baginda
Sallallahu alaihi wa sallam mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di Mekah.
Menurut Imam Ibn Hajar lagi:

Maksudnya: Pengajaran yang boleh diambil dari itu(hadith), sesungguhnya menetap selama tiga
hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir.
Berdasarkan hadith sahih di atas dan penjelasan dari kedua-dua imam menunjukkan bahawa
tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari(iaitu 4 hari dan ke atas) adalah tempoh yang tidak
melayakkan seseorang menjadi seorang musafir.
Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab Radiyallahu anhu yang tidak
membenarkan golongan kuffar ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau membenarkan
para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja.(Rujuk: al-Talhis alHabir)
Selain itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta (Riwayat
Muhammad bin al-Hasan) bahawa Saidina Umar membenarkan golongan Yahudi dan Nasrani

berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak boleh
seorang di antara mereka menetap lebih dari tempoh tersebut. (Rujuk: Ifadah al-Raghibin)
Tindakan Saidina umar menunjukkan bahawa beliau tidak mahu golongan kuffar bermukim dan
menetap di Tanah Haram, lalu beliau hanya membenar golongan ini dalam keadaan musafir
sahaja.
Ini lah dalil yang menjadi asas Imam al-Syafiie Radiyallahu anhu dalam menentukan tempoh
permukiman.
BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT LEBIH
DARI 3 HARI?
Sememangnya terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan solat
ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafiie bertentangan
dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:
" :
."
Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu anhu berkata, Kami pergi berperang
bersama-sama Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika
pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak
mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar). (Hadith riwayat Imam Abu Daud)
Pendirian mazhab Syafiie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu
tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat kerana MELAKUKAN
TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA, maka dia boleh mengqasarkan
solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas,
Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun
pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya
kerana Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh alManhaji atau Ifadah al-Raghibin)
Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam Minhaj al-Tolibin:
: : , .
Maksudnya: Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan
meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang
dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari,
juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.

Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Syafiie ialah tidak lebih dari
18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum keringanan ini(jamak & qasar selama
18 hari) hanya untuk sesiapa yang tidak tahu atau tidak pasti berapa lama dia akan berada di
sesuatu destinasi kerana urusan belum pasti selesai.
Wallahu A'lam