Anda di halaman 1dari 6

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Tahun 2004
1.

Apakah maksud pengeluaran?


A. Proses mengeluarkan barang dengan mesin.
B. Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan.
C. Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaran.
D. Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.

2.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang kehendak manusia?


A. Perlu dipenuhi untuk kehidupan.
B. Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan.
C. Adalah sama walaupun taraf hidup manusia berubah.
D. Berbeza berdasarkan umur, cita rasa dan pendapatan individu.

3.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan pengkhususan dalam pengeluaran


terhadap pekerja?
A. Menjadi lebih cekap dan mahir.
B. Dapat dilatih dalam masa yang singkat.
C. Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiran.
D. Dapat menghasilkan barang mengikut daya kreativiti.

4.

Encik Hambali telah mengusahakan sawahnya sejak 15 tahun yang lalu. Hasil
tanamannya dijual ke kilang BERNAS.
Encik Hambali terlibat dalam bidang pengeluaran
I
ekstraktif
II
perkilangan
III
perniagaan
IV
khidmat langsung
A. I dan II
C. II dan III
B. I dan IV
D. II dan IV

5.

Rajah 1 menunjukkan dialog di antara Amri, seorang olahragawan negara,


dengan Encik Mustapa, Pegawai Belia dan Sukan.

Rajah 1

Berdasarkan dialog di atas, hierarki keperluan Maslow yang manakah


telah dicapai oleh Amri?
A. Keperluan sosial
B. Keperlian rohani
C. Keperluan fisiologi
D. Keperluan keselamatan
Tahun 2005
6.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut


Abraham Maslow?
A. Mendapat pendidikan tinggi
B. Sentiasa mengikut perubahan fesyen
C. Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat
D. Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup

7.

Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara


besar-besaran. Apakah faedahnya kepada pengguna?
A. Mengurangkan pembaziran
B. Mengurangkan harga barang
C. Mengurangkan kos pengeluaran
D. Mengurangkan kos simpanan stok

8.

Berikut adalah maklumat mengenai Dato Haji Salleh.

Dato Haji Salleh ialah seorang usahawan yang membuka perusahaan


memproses kerepek pisang di Air Hitam, Johor. Perusahaan ini dapat
menambahkan pendapatan penduduk di situ.
Antara berikut, yang manakah peranan beliau sebagai seorang usahawan?
I
Melahirkan ciptaan baru
II
Mewujudkan peluang pekerjaan
III
Meningkatkan penggunaan teknologi
IV
Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
A. I dan II
C. II dan IV
B. I dan III
D. III dan IV
9.

Antara berikut, pekerjaan yang manakah berkaitan dengan perdagangan?


I
Juruteknik kilang sabun
II
Peniaga runcit
III
Pegawai pertanian
IV
Pemandu lori
A. I dan II
C. II dan IV
B. I dan III
D. III dan IV

Tahun 2006
10.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang keperluan manusia?


A. Dipenuhi untuk kehidupan yang lebih sempurna

B. Diperlukan untuk meninggikan status hidup


C. Terlalu kompleks dan tidak terbatas
D. Boleh disusun mengikut keutamaan
11.

Siapakah yang terlibat dalam industri ekstraktif?


A. Penternak lembu
B. Ejen pelancongan
C. Operator pengeluaran
D. Kontraktor pembinaan

12.

Antara berikut, yang manakah kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran?


I
Menjadikan pekerja lebih berdaya cipta
II
Meningkatkan kemahiran pekerja
III
Menjimatkan masa dan kos
IV
Meningkatkan pengeluaran
A. I, II dan III
C. I, III dan IV
B. I, II dan IV
D. II, III dan IV

13.

Perdagangan dikaitkan dengan pengeluaran kerana membantu


A. meningkatkan keuntungan peniaga
B. proses mencipta nilai faedah
C. mewujudkan lebihan barang
D. proses pengkhususan

Tahun 2007
14.

Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran.

Pengeluaran

Khidmat Langsung

Apakah X dan Y?

A.
B.
C.
D.

X
Pembinaan
Perusahaan
Perniagaan
Pembinaan

Y
Perniagaan
Perdagangan
Perusahaan
Perdagangan

15.

Pernyataan yang manakah menunjukkan kelemahan pengkhususan?


A.
Mencapai kemahiran yang tinggi di kalangan pekerja.
B.
Menghasilkan keluaran yang seragam.
C.
Meningkatkan daya pengeluaran.
D.
Menjimatkan kos latihan.

16.

Pekan Nenas di Johor mengkhusus dalam pengeluaran dan pemprosesan


nanas. Apakah jenis pengkhususan itu?
A.
Pengkususan profesion.
B.
Pengkhususan antarabangsa
C.
Pengkhususan mengikut proses.
D.
Pengkhususan mengikut kawasan.

Tahun 2008
17.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri peniaga?


A.
Mengembangkan perniagaan secara kreatif.
B.
Mementingkan khidmat kepada masyarakat.
C.
Memiliki wawasan untuk memajukan perniagaan.
D.
Melakukan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan.

18.

Gambar yang manakah berkaitan dengan keperluan rohani berdasarkan Model


hierarki Keperluan Maslow ?

19.

Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran.

Pengeluaran

Perdagangan

Ekstraktif

Perusahaan

Khidmat Langsung

Pembinaan

Rajah 1
Apakah aktiviti pengeluaran yang mewakili X?
A.
Menggunting rambut
B.
Mencari gali minyak
C.
Memproses makanan
D.
Membuat jambatan
Tahun 2009
20.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?


A.
Mudah dipenuhi
B.
Hidup lebih selesa
C.
Sama untuk semua individu
D.
Mempunyai batasan

21.

Pernyataan yang manakah yang benar mengenai keperluan sosial mengikut


Abraham Maslow?
A.
Mendapat perlindungan daripada pihak polis
B.
Membeli sebuah kereta Mercedes
C.
Membeli pakaian di pasar raya
D.
Menerima ijazah dari pihak universiti

22.

Gambar 1 menunjukkan satu cabang aktiviti pengeluaran

Gambar 1
Apakah aktiviti pengeluaran tersebut?
A.
Perkilangan
B.
Ekstraktif
C.
Perdagangan
D.
Khidmat langsung
23.

Pernyataan manakah yang menunjukkan berlakunya nilai faedah tempat?


A.
Getah asli diubah menjadi kasut
B.
Kad ucapan dijual pada musim perayaan
C.
Kayu balak dipindah ke kilang untuk diproses
D.
Kasut dipindah milik daripada peruncit kepada pengguna

Anda mungkin juga menyukai