Anda di halaman 1dari 1

Sebagaimana yang diketahui, tajuk dalam matapelajaran sains fizik agak sukar dikuasai

oleh murid. Terdapat topik tertentu yang murid tidak memahami konsepnya atau berlakunya
miskonsepsi. Faktor utama yang menjadi kegagalan mereka adalah kurang minat mereka
terhadap subjek ini dan mereka tidak memahami konsep dalam tajuk-tajuk tersebut. Mereka
lebih suka menghafal tanpa mereka fahami apa yang mereka hafal, sebab itulah apabila soalan
peperiksaan dikeluarkan (soalan yang agak sukar) mereka sukar untuk mencari jawapan yang
sebenar kerana mereka hanya menghafal tetapi tidak cuba untuk memahami.
Untuk itu, kami telah memilih satu topik khas dari sukatan pelajaran Tahun 4 sebagai topik
kajian untuk kerja kursus miskonsepsi ini. Topik tersebut adalah Ukuran Jisim dalam unit
pengukuran, manakala temanya Menyiasat Alam Fizikal. Tajuk ini secara umumnya
menerangkan tentang pengukuran berat dan alatan yang digunakan untuk mengukur berat.
Namun sering kali terdapat salah tanggapan murid berkenaan berat dan jirim objek. Murid sering
beranggapan bahawa berat atau jisim adalah sama dengan kuantiti jirim. Murid kebiasaannya
akan keliru apabila ditanyakan soalan apakah jisim dan jirim. Kebanyakkan murid mengalami
miskonsepsi ini adalah kerana mereka tidak pernah menjalankan eksperimen berkaitan jisim
dan jirim. Selain itu mereka juga tidak didedahkan dengan pelbagai gambarajah atau aktiviti
yang menunjukkan perbezaan keadaan jisim dan jirim.

Anda mungkin juga menyukai