Anda di halaman 1dari 1

Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai

Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana ini
penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru
seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi
sehinggalah ke penutupnya.
Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami
atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.dengan adanya BBM,
murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan
(konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam
pengajaran

mereka,

seharusnya

mempunyai

pengetahuan

tentang

jenis-jenis

rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk
digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika
guru-guru ingin menggunakan jenis rangsangan perkataan bercetak, pemilihan BBM
yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi
(kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan BBM, guruguru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah
dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.
Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang
dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan
ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka
masa sesuatu pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai