Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras atau wajib untuk
semua murid yang tidak mengambil mata pelajaranPendidikan Islam di dalam semua peringkat
persekolahan iaitu dari pra-sekolahsehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996 ) Sukatan
Pelajaran

Pendidikan Moral untuk

sekolah

rendah

(KBSR) mengandungi lima

bidang

Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai nilai murni di kalangan murid.
Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan' penghayatan dan amalan nilai
nilai murni masyarakat Malaysia yang bertujuan

untuk

melahirkan

murid

yang

berilmu

pengetahuan' berperibadi mulia' sertarela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan
negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan di mana :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Di dalam kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah merangkumi aspek diri,keluarga,masyarakat,alam sekitar dan Negara
Jika dilihat pada matlamat Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
global. Manakala dari segi objekti kurikulum ini secara keseluruhannya untuk membolehkan
murid memahami konsep-konsep asas nilai, agama dan kepercayaan penduduk di Malaysia
dan bertambah peka terhadap isu-isu moral kehidupan manusia. Walaupun bidang
pembelajaran dan nilai itu sama ,skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isuisu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan
tahap keperluan dan kematangan murid.
Justeru dalam melihat peranan dan sumbangan pendidikan moral dalam era sebegini,
kita perlu jelas tentang apakah asas keperluan dalam pendidikan moral yang boleh dianggap
sesuai dan berkesan untuk diterapkan dalam diri setiap individu dalam konteks masyarakat kita
yang mempunyai kepelbagaian dalam sistem kepercayaan, adat resam ,norma dan juga sistem
nilai.

1.0 Masalah Pengurusan Mata Pelajaran Pendidika Moral di Sekolah Rendah

Bagi merealisikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaranPendidikan Moral


di sekolah, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memantapkan lagi sokongan dan dorongan
kepada guru-guru dalam memberikan contoh yang baik di kalangan guru, murid dan juga
masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai masalah yang yang dihadapi
oleh guru-guru Pendidikan Moral dalam menguruskan mata pelajaran Pendidikan Moral
di sekolah. Salah satu maslah yang sekolah saya hadapi adalah sebilangan guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral ini terdiri daripada guru-guru yang bukan opsyen
atau

elektif

untuk

mata

pelajaran

Pendidikan

Moral

ini. Secara tidak langsung,

pendekatan kearah pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral kurang kemantapannya


kerana mereka kurang faham cara pendekatan yang sebenar. Guru-guru ini hanya mempelajari
cara pendekatan dengan membaca panduan guru, sukatan mata pelajaran dan bimbinganbimbingan tidak rasmi dari rakan .
Kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan buku teks oleh guru Pendidikan
Moral disebabkan sumber pengajaran pembelajaran. Tidak dapat dinafikan kekurang sumber
pengajaran

pembelajaran

ini

berlaku

di

mana-mana sekolah. Faktor

kekurangan sumber tenaga mengajar khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Moral ini,
kemantapan cara pendekatan dan strategi pengajaran akan ada kekangannya. Walaupun
guru diberikan kesediaan untuk mengajar murid dari segi pedagoginya, namun saya percaya
untuk mengajar murid ke arah nilai moral yang lebih tinggi hendaklah perlu diperincikan lagi
dengan pengkhususan yang tepat iaitu guru-guru yang sememangnya mempunyai opsyen
Pendidikan Moral semasa keberadaan mereka di institusi pendidikan.
Selain dari itu, saya juga dapati di sekolah saya, kursus atau latihan kearah
memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral amat kurang.Sepanjang
penglibatan saya di sekolah ini, guru-guru Pendidikan Moral hanya dihantar sekali sahaja untuk
berkursus secara berpusat kerana perubahan pengajaran KBSR ke KSSR. Selain dari itu,
tidak ada khusus yang khas dalam pengendalian atau pemantapan pengajaran guru terutama di
era yang serba mencabar ini dimana banyak kes kes tidak bermoral berluas-luasan ketika ini

Persekitaran pengajaran turut memainkan Selain daripada objektif, faktorfaktor lain yangmempengaruhi perancangan pengurusan mata pelajaran Pendidikan
Moral ialah kelas dan kemudahan. Memandangkan pelajar moral tidak ramai di
sekolah saya, maka isu ketiadaan kelas khas untuk subjek ini tidak diambil
perhatian. Pengajaran Pendidikan Moral akan dijalankan di perpustakaan, makmal
Sains atau makmal computer.Berhubungkait dengan tiada kelas yang khusus
menyebabkan murid-murid Pendidikan Moral terpaksa berpindah-pindah ke bilikbilik

khas

yang

tidak

digunakan

Semua

faktor

tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan Moral
Bilangan murid yang tidak ramai menyukarkan perjalanan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Tidak

dapat

mengaplikasikan

pelbagai

teknik

atau

strategi

pengajaran.
1.1 Impak kepada Pembinaan Tingkah Laku Pelajar
Kesinambungan kepada masalah yang dihadapi oleh guru dalam menguruskan
mata pelajaran Pendidikan Moral telah menjadi punca dan sebab mengapa murid-murid mata
pelajaran Moral di sekolah merasa bosan dan kurang ber minat. Situasi sedemikian berlaku
kerana guru hanya menjelaskan dengan huraian panjang lebar dan berpandukan buku teks.
Proses

pengajaran

lebih berteraskan kepada

guru kerana hanya guru sahaja yang mengajar dan murid hanya mendengar.Secara

tidak

langsung pembelajaran berpusatkat murid juga kurang dititikberatkan. Menurut Koh Boh
Koon( 1992 ) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru
pelajar. sekiranya guru hanya menitik beratkan proses menghabiskan silabus berbanding aspek
penghayatan dan penerapan nilai moral boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus.
Kesannya pelajar hilang minat (Atan 6ong, 1982 ),dan beranggapan mata pelajaran moral
sebagai suatu beban akademik .Guru juga kurang kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif, kurang menarik dan tidak
menyeronokkan kerana guru kurang dalam merumuskan nilai moral ke dalam kehidupan
harian pelajar.

Sikap terhadap pembelajaran Pendidikan Moral telah dikenal


pasti sebagai peramal utama penaakulan moral pelajar. Salah satu

sebab yang menyebabkan sikap negatif pelajar adalah pandangan


bahawa Pendidikan Moral kurang penting berbanding dengan mata
pelajaran lain dan sistem penilaian Pengetahuan Moral yang kurang
menyeluruh di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Antara cara-cara
lain adalah guru Pendidikan Moral perlu sentiasa menegaskan
kepentingan dan faedah belajar Pendidikan Moral. Usaha ini
memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbir,
seluruh masyarakat sekolah dan masyarakat luar. Sistem penilaian
Pengetahuan Moral juga perlu diteliti semula demi memberi suatu
penilaian yang lebih menyeluruh dan tepat.
Selanjutnya untuk ujian,pelajar menghafal huraian guru hingga titik

komanya.

Ini

bermakna, pelajar hanya perlu menghafal fakta dan nilai yang ada didalam buku teks dan
hanya mengeluarkannya sewaktu peperiksaan dan markah dinilai atas jawapan yang dihafal ,
bukan

berdasarkan

kefahaman

pelajar

sendiri.

Bagi

pelajar,

subjek Moral merupakan subjek yang mudah mendapatkan skor A kerana berdasarkan

fakta

yang mudah untuk dihafal dan merupakan amalan harian sama ada di rumah atau pun di
sekolah.

2.0 Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Moral


Subjek Pendidikan Moral biasa tidak dipentingkan kerana subjek ini tidaktermasuk
dalam peperiksaan UPSR. Sebenarnya , Pendidikan Moral ini untukbertujuan
melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni.Menyedari hakikat
ini, maka adalah wajar bagi Panitia dan guru-guru matapelajaran Pendidikan Moral
mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar
dengan baik dan tersusun. 4 aspek yangharuslah berkaitkan dalam Pendidikan
Moral itu ialah
guru panitia pendidikanmoral, guru-guru pendidikan moral, mengurus sumber dan
bahanPengajaran pembelajaran Pendidikan Moral, dan melibatikan diri dalamaktiviti
pengajaran pembelajaran moral dalam dan luar sekolah
,Guru Panitia Pendidikan
MoralMaklumat pengurusan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolahrendah

dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yangberkaitan


dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolahsecara berkesan
. Guru Panitia Pendidikan Moral
adalah sebuah badan ikhtisasyang dianggotai oleh semua guru Pendidikan Moral. Ia
secara automatik akanmenjadi
ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam
jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung di antara ahlipanitia dengan Guru
Besar. Tugas dan tanggungjawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral
adalah menentukan dan menyediakan sukatanmata pelajaran yang kemaskini.
Panitia mestilah memahami kandunganHuraian Sukatan Pendidikan Moral kepada
setiap tahun.Selepas mengemaskini , guru panitia bertanggungjawab
menyediakanrancangan pelajaran tahunan penggal (RPT) , mingguan (RPM) dan
takwinpanitia. Semua guru pendidikan moral akan mengikut RPT dan RPM ini
untukmerancangkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Perancangan
danpelaksanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan
sukatanpelajaran pendidikan moral. Sebagai contoh, 5 bidang pembelajaran
untukpendidikan moral KBSR telah ditetapkan. Guru panitia haruslah
menentukanbidang pembelajaran dengan topik berkenaan dalam RPT
Pendidikan Moral juga haruslah mengadakan mesyuarat panitia secaraberkala,
sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan perjumpaan-perjumpaansecara `ad hoc'
apabila diperlukan. Guru panitia perlulah
mengatur perjumpaanatau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau
tidak formal)dengan mengetuai perbincangan dalam masalah atau isu-isu yang
berkaitanseperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar
sertamencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
Denganwujudnya Panitia Pendidikan Moral guru-guru yang
menganggotainyaberpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah
bukansahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung
denganmotivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.Di samping itu, guru panitia
Pendidikan Moral juga hendaklah membuatsasaran peratusan kelulusan mata
pelajaran Pendidikan Moral supaya guru-guru Pendidikan Moral akan berusaha
mencapai sasaran yang ditetapkan.Semasa membuat sasaran peratusan kelulusan
ini haruslah ada perbincanganantara guru-guru pendidikan moral agar sasaran ini
tidak susah dicapai. Padamasa yang sama, strategi untuk menyelesaikan masalah
ini boleh masuk sekalidalam pelan tindakan ini.
Tambahan pula, guru panitia Pendidikan Moral juga
haruslahbertanggungjawab dalam
menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untukmemastikan ujian dan penilaian
adalah berkualiti sebelum penyediaan kertassoalan dijalankan. beliau juga harus

menyelaraskan soalan-soalan ujian danpeperiksaan bagi tiap-tiap tahun dan


menubuhkan Bank Soalan. Selepaspeperiksaan, guru panitia Pendidikan Moral
dikehendaki mengkaji danmenganalisis keputusan peperiksaan
murid-murid dan mengambillangkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran(P&P) Selain itu, sebagai guru Panitia Pendidikan
Moral, beliau jugabertangungjawab dalam memilih dan mencadangkan kepada
pentadbir sekolah buku kerja
untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepadakesesuaian buku itu dari
segi kehendak Huraian Sukatan Pelajaran dan tahapkebolehan mereka. Dalam pada
itu, beliau juga hendaklah memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau
bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran para guru danmurid untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
Selanjutnya, beliau jugabertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata
pelajaranmengikut keperluan AJK jadual waktu.Sebagai contoh, seorang guru
moralambil cuti pada hari esok, guru panitia haruslah mencari seorang guru
untukmengganti kelasnya. Beliau juga haruslah menyimpan salinan jadual
waktupersendirian guru bagi mata pelajaranya. Ia memudahkan guru panitia
menguruspengagihan jadual waktu
Guru-guru Pendidikan MoralBukan sahaja guru panitia Pendidikan Moral
dipentingkan dalam sekolah,
guru-guru pendidikan moral juga tidak diabaikan. Walaupun skop kerja
gurupendidikan moral tidak berat seperti guru panitia, tetapi mereka juga
berusahadalam P&P. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalamkelas, guru perlu menentukan objektif P&P dengan jelas dan saksama
berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan kepada
muridsebelum pembelajaran bermula. Guru boleh mengukur dan menilai
tahappecapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran. Guru Panitia
PendidikanMoral juga perlu masuk kelas dan mengajar dalam kelas mata
pelajaranPendidikan Moral.
Sebagai guru Pendidikan Moral, beliau harus membuat perancangansebelum
memulakan P&P
. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkanmasa yang berbeza mengikut
pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi
pelajaran disusun mengikut kefahaman murid,seperti bermula daripada aspek
mudah kepada sukar, aspek berada kepadabelum berada dalam pengetahuan dan
pengalaman murid. Di samping itu,sebagai guru Pendidikan moral juga haruslah
sentiasa

mempunyaipengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidang Pendidikan Moral


.Beliau seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalamsubjek PM agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan
inspirasionalsupaya dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan murid.Selain daripada itu, guru Pendidikan Moral juga harus sentiasa
berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajarannya.
GuruPM adalah digalakkan mempelbagaikan aktiviti dalam pengajarannya
supayamurid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti. Dalam pada itu, guru
jugadigalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar
dalam Pendidikan Moral. Antara kaedah yang boleh
digunakan termasuklah kaedah bercerita, lakonan,simulasi, lawatan, tunjuk cara,
projek, perbincangan, kaedah bermain dansebagainya. Contohnya dalam kaedah
perbincangan di mana aktiviti diadakandalam kumpulan supaya nilai bekerjasama
dan bertolak asur dapat dipupukmelalui aktiviti berkumpulan ini di samping dapat
meningkatkan kemahirankomunikasi dan interaksi antara murid. Bukan itu sahaja,
guru Pendidikan Moral juga harus
menerapkan nilai-nilai murni melalui pengajarannya supaya muridmenjadi seorang
yang bermoral tinggi dan bersopan santun.Pentaksiran merupakan satu proses
mentaksir perubahan tingkah lakuberdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
Sebagai seorang guru PendidikanMoral, beliau memainkan peranan penting sebagai
agen perubahan di managuru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran
dan nilai kepada murid. Guruharuslah menganalisasi keputusan peperiksaan/ujian
bulanan bagi matapelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu
untuktindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikendaki.
Dalamhal ini, guru perlu menggunakan strategi pemusatan murid, mengawal sikap
penyayang, bersikap proaktif dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan
dancabaran.Melalui
aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan perkembanganpotensi secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat dua jenispen
ilaian iaitu penilaian sumatif/ formatif dan jadual spesifikasi ujian digunakansemasa
menyediakan bank-bank soalan. Guru Pendidikan Moral haruslah mengadakan
penilaian formatif di mana ia dijalankan secara berterusan dalamproses P&P.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapatmemberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telahdikuasai. Dengan melalui
penilaian juga, diharapkan supaya kekuatan muridyang telah menguasai sesuatu
nilai dan tindakan secara bermoral dapatdiperkukuh dan diperkayakan.
Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dankekuatan
perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak dikenal pasti selepaspenilaian
dianalisis. Tindakan susulan harus dilaksanakan oleh guru PendidikanMoral di mana

ia bertujuan memperkukuhkan kelemahan yang terdapat padamurid. Guru


Pendidikan Moral boleh mengadakan aktiviti bimbingan
bagimurid yang belum menguasai kemahiran yang dipelajari. Manakala bagimurid
yang telah mula menguasai kemahiran yang dipelajari, guru boleh
mengadakan aktiviti pengukuhkan dan aktiviti pengayaan
dilaksanakansupaya dapat membawa murid le tahap kebolehan yang lebih tinggi.
Denganmelalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru Pendidikan Moral
dapatmembantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran
danseterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif
danpenilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif
ataupemikiran afektif atau perasaan dan tingkah laku moral.Pengurusan Panitia
Mata Pelajaran Pendidikan Moral adalah amatpenting dalam memfokus tugas guruguru Pendidikan Moral dalam
meningkatkan tahap keberkesanan P&P serta pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral.
Ia telah melibatkan semua guru mataPendidikan Moral. Guru-guru Pendidikan Moral
berpeluang untuk menyelaraskanusaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Oleh
itu, guru-guru PendidikanMoral haruslah
bekerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan Panitia Pendidikan Moral di sekolah
untuk memperbaiki danmempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu
pengajaran
masing-masing dari masa ke semasa. Kerjasama ahli panitia dapatmeningkatkan
tahap profesionalisme keguruan serta merancangkan peningkatanpencapaian
pelajar melalui aktiviti pembelajaran terancang yang lebih klinikalyang menjurus
kepada potensi pelajar
Penggunaan alat bantu mengajar dan keadah-kaedah pembelajaran
terkiniSeterusnya, mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah jugaharuslah
menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan , kaedah-kaedah pembelajaran
terkini.
Semua alat ini digunakan dalam proses P&P agar menarik perhatin murid untuk
belajar pendidikan moral. Guru Pendidikan Moraldapat melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral dalampelbagai situasi sama ada di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah, Antarateknik yang boleh digunakan adalah seperti
ceramah,boneka, buku cerita, kad,dan tayang video. Selain itu, guru haruslah

bertanggungjawabmengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat bantu


mengajar diselenggarakan dengan baik
. Aktiviti pengajaran pembelajaran moral dalam dan luar sekolahGuru-guru haruslah
melibatikan diri dalam aktiviti pengajaranpembelajaran moral dalam dan luar
sekolah. Oleh hal demikian, guru dapat P&Pyang lebih berkesan. Guru boleh
membantu dan sentiasa memberi kerjasamadan
mengadakan aktiviti dalaman atau luar
kepada ahlinya apabila diperlukan.Selain memahami bidang pembelajaran dalam
pendidikan moral, guru moral
perlu menghidupkan kelas dengan aktiviti
-aktiviti yang menarik dan
memberikan pengalaman langsung kepada murid.
Sebagai contoh, bawalahmereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan
suntiklah seberapabanyak nilai kasih sayang, hormat menghormat dan membalas
budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah
itu. Melalui pengalaman tersebut merekaakan dewasa dengan jiwa prihatin yang
kaya dengan nilai kemanusiaan.Murid-murid boleh membantu
menyediakan data-data/maklumatmengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk
dipamerkan di papanmaklumat.
Sebagai contoh, murid-murid boleh mendapat berita kaish sayingdaripada surat
khabar dan berkongsi dengan murid lain. Secara kesimpulan,pengurusan Pendidikan
Moral di sekolah rendah ni memfokus kepada tugasguru-guru Pendidikan Moral
dalam meningkatkan tahap keberkesanan P&P sertapencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral.

Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral
mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti - aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan
baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga harus bekerjasama, saling bantumembantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi
kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha
dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral guru-guru
yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah
bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

2.1 Cadangan ke Arah Memantapkan Pengurusan Panitia Pendidikan Moral


Dalam mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas, Ketua Panitia Pendidikan Moral sekolah
telah mencadangkan pelbagai usaha dalam memantapkan pengurusan panitia Pendidikan
Moral Di antara usaha yang dijalankan oleh Ketua Panitia dan ahlinya adalah dengan
perbincangan dengan Guru Besar dan juga pegawai yang bertanggungjawab dalam
penempatan

guru

peringkat

Daerah

untuk

menambah

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran mengikut opsyen yang diperlukan.


Selain itu, Ketua Panitia juga mencadangkan agar latihan dan bengkel berkaitan dengan
Pengajaran Pendidikan Moral perlu ditambah dari masa ke semasa memandangkan mata
pelajaran Pendidikan Moral amat penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dikalangan
pelajar. Selain dari itu, sebilangan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral
adalah dikalangan guru yang bukan opsyen. Latihan dalam perkhidmatan, perbincangan
profesional dan bengkel-bengkel ini akan dapat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran bagimata pelajaran Pendidikan moral.
Di antara cadangan-cadangan yang mungkin dapat dilaksanakan di sekolah adalah
dengan

mengadakan

bilik khas

untuk Pendidikan

Moral. Bilik

ini

akan diletakkan

segalainformasi, buku-buku rujukan, hasil kerja murid dan juga sesi perjumpaan murid
denganguru-guru

Pendidikan Moral. Selain dari

itu, guru-guru

perlu menyediakan

suasanaembelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyediakan alat bantu mengajar
yangmenarik, mempelbagaikan aktviti yang menarik minat murid dan portable untuk senang
dibawa kesana sini. Susun atur bilik tersebut perlulah di susun dengan kreatif danselesa dan
senang dikunjungi oleh semua pelajar

3.0 Analisis Soalan Peperiksaan Pendidikan Moral Tahun 5 Berdasarkan Aras

Taksonomi Bloom
3.1 KONSEP TAKSONOMI BLOOM
Konsep Taksonomi bloom Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuanyang bercorak
hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Melalui konsepTaksonomi Bloom soalan akan di buat
dalam pelbagai aras bagi menguji tahapberfikir pelajar. Terbahagi kepada tiga domain yang
besar iaitu

aspekkognitif,aspek afektif dan aspek psikomotor


3.2 Aras Taksonomi Blomm
a. Aras Pengetahuan
Ciri soalan melalui aras pengetahuanTaksonomi Bloom memerlukan calonmengingat semula
jawapan. calon peperiksaan akan menggunakan bahasa asaluntuk mengingat kembali,
mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum,tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran
yang lepas. Istilah yang biasadigunakan dalam aras ini ialah namakan, labelkan,nyatakan dan
terangkan.
b. Aras Kefahaman
Aras kefahaman dalam Taksonomi Bloom memerlukan calon memahami faktadengan
menghuraikannya. Calon juga akan diminta untuk memberi contoh atauillutrasi dalam
bahasanya sendiri untuk mengubah kefahaman daripada satubentuk kepada satu bentuk yang
lain. Melalui aras kefahaman, calon diminta
untuk menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. Calon peperiksaan jugaakan
menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilahyang biasa
digunaka dalam aras ini ialah pilih, terangkan dan tulis semula .
c. Aras Aplikasi
Ciri soalan dalam aras aplikasi memerlukan calon untuk memahami fakta danmenghuraikannya
serta memberi contoh atau ilustrasi dengan menggunakanbahasanya sendiri. Melalui aras
aplikasi calon akan menggunakan maklumatdalam sistuasi baru termasuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakanprinsip, kaedah, hukum, teori formula dan membina graf

daripada data. Istilahyang biasa digunakan dalam aras ini ialah selesaikan, ramalkan,
cari,tunjukkan,susunkan ,demontrasikan ,gunakan dan selesaikan
d. Aras Analisis
Aras analisis memiliki ciri soalan yang memerlukan calon untuk memecahkanfakta yang diberi
kepada bahagian atau elemen supaya pertalian di antaramereka dapat diperjelaskan iaitu
sesuatu yang kompleks dipecahkan kepadayang kecil seperti bezakan fakta daripada
pendapat,kaitan kenal di antarabahagian dan kenali struktur organisasi.Istilah yang digunakan
dalam aras iniialah bezakan,huraikan,jelaskanDalam aras ini seseorang menggunakan
fakta,maklumat

dan

pengalaman

yangada untuk menyatakannya,menjadi laporan,alasan,pelan atau penghujahan


yang teratur dan sistematik dengan cara menyepadu, mencantumkan menjadisatu, usaha
tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan membuatklasifikasi. Antara Istilah
yang digunakan dalam aras ini ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dancadangkan apa yang
berlaku.
e. Aras Sintesis
Dalam

aras

ini

memerlukan

calon

menyepadu,mencantum

satudengan menggunakan usaha sendiri, menyelesaikan

idea

menjadi

masalah,membuat ramalandan

membuat
klasifikasi. Antara istilah yang biasa digunakan untuk aras sintesis ialahbinakan,hasilkan,susunk
an dan kembangkan
f. Aras PenilaianMemerlukan
penyelidikanyang

sah,

kepada

interpretasi

penulisan
data

yang

yang

logik

logik,

dan
dan

sistematik,
pertimbangan

kaedah
Yang

adil.Oleh itu seseorang perlu memecah-mecahkan fakta yang diberi kepadabahagian-bahagian


atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapatdiperjelaskan Membuat
pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasandalaman atau luaran, menafsir dan
mengkritik

Istilah

yang

biasa

digunakan

dalam

aras

ini

ialahpertimbangkan,taksirkan,tentukan,rumuskan dan buktikan

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif
bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras

kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan,


kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi),
20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11 soalan aras
aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu disediakan untuk ujian
berkenaan.
Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:

5.0%
25%
55%
10%
2.5%
2.5%

aras pengetahuan
aras kefahaman
aras aplikasi
aras analisis
aras sintesis
aras penilaian

Rumusan
Usaha bagi meningkatkan taraf mata pelajaran Pendidikan Moral adalah
amat penting dewasa ini kerana negara yang terdiri daripada pelbagai generasi dan
keturunan ini memerlukan pengisian dari segi emosi', jasmani, rohani dan intelek
bagi menjamin kekukuhan perpaduan dikalangan warganya. Justeru Pendidikan
Moral diMalaysia merupakan satu jambatan bagi menyalurkan misi perpaduan
negara agar lebih jelas dan seterusnya dapat diperaktikkan oleh warganya. Ini
seiring dengan Misi Nasional kina yang memberikan penekanan tinggi ke
atas pembangunan modal insane Minda Kelas Pertama` sebagai pendekatan utama
bagi melonjak ke status Negara maju. Keadaan ini bermakna, para pelajar harus
diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat tentang moral yang dipelajari
bakal melahirkan pengetahuan moral merekasekaligus perkembangan moral
kognitif terus subur . Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip
hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Guru
Pendidikan Moral juga haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif
seiring dengan penerapan nilai-nilai murni PendidikanMoral dalam kalangan pelajar.
Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan ,dan justeru itu, bagi mencapai
matlamat Pendidikan Kebangsaan',pelajarpelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni sertamengamalkan
nya dalam kehidupan seharian mereka.
Menjadi guru Pendidikan Moral dewasa kini tidaklah semudah yang disangka.
Cabarantugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini semakin

lamasemakin berat untuk ditanggung dengan adanya pengurusan pentadbiran yang


semakintinggi terutamanya dalam pengurusan
menggunakan online
. Bagi menangganicabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu
perlulah mempunyai ciri
dan kualiti yang profesional sesuai dengan bidang masing-masing. Cabaran guru
untukmerealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolahialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional
melalui latihandalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara
kolaborasi, membuatrefleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan
kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini untukmerancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran denganberkesan.Tanggungjawab guru Pendidikan Moral
merupakan suatu perkara yang amat pentinguntuk membimbing pelajar kearah
usaha yang berterusan bagi memperkembangkanpotensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkanrakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Dengan itu, peranan
guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang.Oleh itu, reformasi
pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkanWawasan 2020
supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dankecemerlangan
pendidikan dalam erti kata yang sebenar

Anda mungkin juga menyukai