Anda di halaman 1dari 8

Topik : Asas Grafik

Soalan: Apakah kelebihan dan kelemahan setiap bahan 2D yang telah dinyatakan di atas ? (rujuk
modul).

Jawapan:
Bahan 2 Dimensi(2D)
Bahan 2D ialah bahan yang mempunyai dua dimensi iaitu lebar dan panjang.
Jenis bahan 2D: bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar/foto.

Bahan bercetak

Kelebihan:

Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.


Mudah digunakan dan tidak perlu banyak perenggan.
Boleh dialih
Murah dari segi penghasilan/percuma

Kelemahan:

Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.


Dianggap sebagai bahan hafalan(fakta dan definisi).
Banyak perbendaharaan kata(beban kognitif terhadap pelajar.
Tidak bersifat interaktif/persembahan satu hala.

Gambar/foto

Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk


memudahkan pemahaman pelajar.

Kelebihan:

- Murah dan mudah diperoleh.


- Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
- Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
- Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
- Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Kelemahan:
- Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
- Kurangnya warna bolehmenghadkan ketepatan tafsiran.
- Adak kala mengalami masalah menafsir dan memahami.
- Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

Carta

Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yang sukar difahami secara lisan/bertulis.

Jenis-jenis carta:
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.
Carta klafikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.
Carta tabular/jadual mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk
jadual.
Carta aliran carta proses menunjukkan sekuen, prosedur atau aliran sesuatu aktivi
.

Kelebihan:

- Grafik yang menarik dapat dilihat dari segi penggunaan unsur warna, ilustrasi dan bentuk yang
menarik.
- Mudah difahami oleh pembaca terutamanya pelajar.
- Meringkaskan data dalam bentuk imej.
- Dapat menyampaikan mesej yang jelas dengan gambaran visual.

Kelemahan:
- Statik (tidak bergerak).
- Pembelajaran dan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti mungkin menjadi pasif (jika guru tidak
mempunyai kemahiran yang cukup dalam penyampaian (p&p)

Graf

Perwakilan visual data numerical.

Jenis-jenis Graf:

Graf bar menggambarkan graf skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yang ingin

diwakili.
Graf garisan graf skala dua yang menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
Graf pai satu bulatan yang dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili
sebahagian peratus daripada keseluruhan.

Kekuatan
-Meringkaskan data dalam bentuk imej grafik.
- Memudahkan maklumat disampaikan kepada pelajar.
- Membolehkan pelajar membezakan maklumat.

- Pembelajaran menjadi lebih menarik.


- Mudah dan lebih cepat untuk dibaca ( data dalam bentuk graf dapat ditafsirkan dengan lebih
cepat jika dibandingkan dengan data bentuk jadual (teks)
- Ringkas dan padat.

Kelemahan
- Graf yang berserabut dan tidak teratur akan mengelirukan pelajar.
- Graf yang tidak dilabel juga mampu mengelirukan pelajar.
- Pelajar akan menjadi bosan jika graf yang digunakan tidak berwarna.

Topik : OHP

Soalan :Terdapat pelbagai teknik penghasilan trasparensi berdasarkan prinsip grafik.Nyatakan teknikteknik tersebut berserta contoh sub-topik yang bersesuaian.

Jawapan:

Tulis Terus
Bertingkap

Pusingan
Bertindih

Berjalur
TEKNIK
PENGHASILAN
TRANSPARENSI

Animasi
Tulis Terus
Lutsinar

Ink Jet
Film
Lutsinar

Fotokopi
Lutsinar

Tebukan

Thermal
Lutsinar

a) Tulis terus (write on)


Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem
transperansi.Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai
(Tak wajib), lukis apa yang hendak dilukis dengan pen OHP . Menggunakan kaedah fotostat di kedai
fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis atau dicetak dengan komputer. Boleh juga
menggunakan cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan
cetak. Teknik ini semua untuk menerangkan keseluruhan isi pelajaran atau sebagai set induksi.
Contohnya, guru menayangkan gambar suasana di kampong sebelum mengajar murid mebuat
karangan berkaitan Tajuk Balik ke kampung.

b) Bertingkap

Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan


transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tingkap
rumah untuk memaparkan isi atau imej.
Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup dengan tetingkap yang
dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat dari
masking tape.. Kotak tetingkap boleh dibuat dengan menyambungkannya dengan masking tape. Ini
untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka,. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup dengan
mudah. Teknik ini sesuai digunakan untuk mengajar murid mengenali buah-buahan tempatan.

c) Berjalur
Mempunyai beberapa jalur sama ada melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak
seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu trasperansi. Teknik
ini sesuai untuk mengajar Pendidikan Seni. Guru dapatmenerangkan tentang roda warna.

d) Bertindih (berlapis)
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus padabingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang
diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam. Teknik ini sesuai untuk menunjukkan
bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk
memaparkan organ dalam badan:
Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuh
Transparensi 2- mulut dan kerongkong
Transparensi 3- paru-paru
Transparensi 4- jantung
Transparensi 5- organ lain
Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa
guna, tayang satu demi satu.
Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas.
Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis,
tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis
melukis. Pen OHP yang berwarna-warni boleh digunakan untuk menarik minat murid.

e) Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa
yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan (secara menegak, mendatar atau
pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin
ditengah-tengah.
Teknik ini sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran dalam mata pelajaran Sains. Contohnya
kitaran hidup katak dan rama-rama.,

f) Animasi
Kepingan-kepingan plastik dilekatkan pada bahagian-bahagian tertentu visual yang hendak
diketengahkan. Ketika menggunakannya ia akan kelihatan bergerak apabila visual itu ditarik atau
digerakkan.
Teknik ini sesuai untuk aktiviti bercerita bagi murid Tahap 1. Bahagian-bahagian tertentu pada imej
boleh digerak-gerakkan akan menarik minat dan tumpuan murid. Contohnya transparensi imej
animasi kanak-kanak.Tangan imej tu boleh dibengkokkan dengan kreativiti dalam memanipulasi
plastik transparensi tu. Bahagian yang hendak dirgerakan itu boleh disambung dengan benang atau
pin.

g)Tebukan
Tebukan-tebukan dibuat pada penutup transparensi. Tebukan-tebukan itu merupakan bentuk imej
yang dipaparkan pada layar.

Jenis Lutsinar
a) Tulis terus- write on
Diperbuat daripada acetate dan polyester. Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm
dan 0.12mm. Untuk kegunaan am, boleh menggunakan transparensi ketebalan 0,1mm. Pena
berasaskan air atau pena berasaskan spirit boleh digunakan .

b) Fotokopi
Diproses menggunakan mesin fotostat. Bahan dasar diletakkan di atas cermin dan transparensi
dimasukkan ke dalam dulang kertas seperti membuat fotostat. Gambar warna atau hitam bpleh
dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih

c) Ink Jet Film


Boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink jet seperti Canon dan Epson. Bahan dasar
boleh disediakan dengan menggunakan computer dan arahan menyalin seperti mana membuat
penyalin di atas kertas.

d) Thermal (infra merah)


Diproses dengan mesin Transparensi Maker. Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On
Clear(imej hitam latarbelakang jernih), Black On Colour ( imej hitam latar belakang warna), Colour On
Clear(imej berwarna latar belakang putih). Bahan dasar berasaskan karbon seperti keratan akhbar,
bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak daripada laser print berasaskan debu.

Anda mungkin juga menyukai