Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN
Tugasan ini akan membincangkan tentang definisi kesejahteraan, huraian enam dimensi

Roda Kesejahteraan, kesan jika dimensi-dimensi Roda Kesejahteraan tidak seimbang, amalan
gaya hidup berdasarkan Roda Kesejahteraan, dan huraian Roda Kesejahteraan rekaan sendiri.
Tugasan ini akan cuba mengupas Roda Kesejahteraan yang diilhamkan oleh Robert Ballard
melalui sebuah artikel pada tahun 2012.

2.

DEFINISI KESEJAHTERAAN
Persoalan tentang kesejahteraan hidup banyak dibahaskan dan dikaji dalam kajian-kajian
terdahulu dan ia dikaitkan dengan pelbagai aspek seperti fenomena politik, sikap,
tindakan, kestabilan, optimis dalam jangkaan terhadap kehidupan masa depan, kepuasan
terhadap kerajaan, kuasa dan penglibatan politik (Fred, 1979). Perkataan kesejahteraan
hidup itu sendiri membawa banyak maksud dan pengertian, selain dari mempunyai
banyak kata sinonim. Veenhoven(2006) mengaitkan kesejahteraan hidup dengan
kegembiraan. Kegembiraan pula didefinisikan sebagai sejauhmana seseorang itu
menyukai akan kehidupan yang dilaluinya atau darjah di mana seseorang itu menilai
keseluruhan kehidupannya, secara positif. Beliau juga mengatakan, perkataan
kesejahteraan hidup, kegembiraan, kualiti kehidupan, kepuasan hidup, kebajikan
merupakan perkataan yang menerangkan konsep yang sama iaitu kehidupan yang baik.
Namun kesejahteraan hidup tidak sama dengan kegembiraan walaupun kedua-dua istilah
tersebut sering digunapakai bersama. Hakikatnya kesejahteraan hidup adalah kategori
yang luas tentang fenomena termasuk respon emosi individu, bidang kepuasan, dan
penilaian global terhadap kepuasan hidup (Diener et al.,1999). Banyak juga kajian lain
dilakukan dalam aspek kesejahteraan hidup.
Antaranya kajian oleh Renwick (2006) yang sekaligus mendefinisikan kesejahteraan
hidup sebagai suatu perkara yang menyebabkan seseorang merasa seronok, bahagia dan
merasakan hidupnya bermakna.

Pada dasarnya kesejahteraan hidup merupakan satu konsep yang mudah untuk
didefinisikan iaitu ia melihat kepada bagaimana baiknya kehidupan seseorang, namun
jika kita mengkaji dengan lebih mendalam, kita akan dapati betapa sukarnya untuk
menentukan dan menjawab persoalan tentang bagaimana baik atau tidaknya kehidupan
seseorang. Persoalan ini hanya boleh dijawab dengan mengkaji secara keseluruhan aspek
kehidupan seseorang kerana menurut Renwick (2006), kehidupan yang baik terhasil dari
pelbagai aspek dan keadaan kehidupan yang saling bekerjasama dan berkaitan di dalam
cara yang sangat kompleks. Apa yang dianggap baik atau berkualiti oleh seseorang
mungkin tidak bagi seseorang yang lain. Ini menyebabkan terdapat banyak definisi
tentang kesejahteraan hidup walaupun dalam suatu tempoh masa dan budaya yang sama,
mereka akan memikirkan persoalan tentang kualiti dalam cara yang tertentu dan khusus
berkaitan dengan situasi dan ciri-ciri kehidupan mereka. Norizan (2003) mendefinisikan
kesejahteraan hidup mengikut dua kategori iaitu objektif dan subjektif. Kesejahteraan
hidup objektif bermaksud keperluan hidup yang dapat dikecapi oleh individu dan dapat
dilihat secara luaran seperti pendapatan,perumahan, kesihatan dan pendidikan. Manakala
kesejahteraan hidup subjektif pula dinilai berdasarkan kepuasan dan nikmat hidup yang
dirasai oleh individu seperti berasa seronok dan bersyukur kerana mempunyai pekerjaan
yang baik, anak-anak yang berjaya dan mempunyai keluarga yang bahagia. Beliau juga
mengatakan bahawa kesejahteraan hidup adalah merupakan kualiti hidup subjektif kerana
ia adalah kemuncak kepada kepuasan dan kebaikan manusia.
3.

RODA KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)


Roda Kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Robert Ballard dalam satu artikel pada

tahun 2012 telah memberi gambaran baharu dalam dunia kesihatan. Kesihatan tidak terikat pada
faktor dalaman sahaja, kesihatan juga turut melibatkan gaya hidup dan keperluan kendiri. Ini
yang cuba disampaikan oleh Ballard tentang enam dimensi yang telah dibentuk melalui roda.
Ballard telah menjadikan dirinya sebagai bahan kajian bagi memperlihatkan keberkesanan Roda
Kesejahteraan yang diilhamkan. Menurut Ballard (2012), Roda Kesejahteraan adalah sesuatu
yang saya gunakan sendiri untuk kehidupan saya setiap hari supaya kehidupan saya menjadi
lebih baik dan berpeluang memperbaiki kehidupan saya.

Terdapat enam dimensi yang diilhamkan oleh Ballard dalam Roda Kesejahteraan.
Keenam-enam dimensi ini memberi signifikan yang berbeza. Persepsi Ballard tentang setiap
dimensi yang dikemukakan adalah berdasarkan pemahaman beliau sendiri. Melalui roda tersebut,
Ballard memberikan suatu cara yang sesuai untuk memperoleh kesejahteraan hidup yang
seimbang.
A.

Intelek
Ada ungkapan menyatakan, mereka yang tidak mempunyai ijazah
daripada universiti atau kolej akan mengalami tekanan. Setiap sijil atau ijazah
adalah untuk

menunjukkan tahap pendidikan atau kebijaksanaan seseorang.

Namun begitu, ada juga orang bijak tidak mempunyai apa-apa ijazah untuk
dibanggakan seperti Bill Gates yang menerima ijazah kedoktoran pada 2007
hanya selepas beliau berjaya dalam bidang perisian komputer.
Joe Verghese (2003) berpendapat, mereka yang suka melibatkan diri
dalam permainan minda (teka-teki, teka silang kata, atau Sudoku), membaca,
mahu pun menari, risiko mengalami dementia dan Alzheimer adalah sangat
berkurang. Ini bermaksud, mereka yang gemarkan aktiviti berkaitan minda kurang
menerima risiko menghidap penyakit dementia dan Alzheimer.
Menurut Covington (1984), stimulasi otak boleh hadir dari mana-mana
kawasan yang berbeza tetapi perkara yang sebenar adalah proses pembelajaran
mestilah sentiasa berterusan. Secara tidak langsung turut merangsang perasaan
harga diri. Secara ringkas, intelek berkait rapat dengan proses pembelajaran tanpa
henti serta merangsang minda dengan aktiviti berkaitan dengan minda.
B.

Fizikal
Fizikal mempunyai maksud yang berbeza. Mereka yang mempunyai tubuh
fizikal yang besar, tidak bermakna mereka tidak sihat. Fizikal yang sihat
merangkumi pemakanan yang sihat, kekal cergas dan aktif dalam kehidupan, dan
meningkatkan kecergasan badan.

Dalam sukan, fizikal melibatkan kesediaan tubuh badan melakukan beban


kerja. Dalam kehdupan seharian, fizikal tidak tertumpu tubuh badan semata.
Pemakanan yang sihat pasti menjamin fizikal yang sihat. Selain daripada itu, kita
juga mesti kekal cergas dan aktif dalam kehidupan seperti rehat yang cukup. Bagi
menghadapi kehidupan yang semakin sibuk, kecergasan badan perlu ditingkatkan.
Ada pelbagai cara untuk meningkat kecergasan badan seperti berjoging atau
berbasikal dalam tiga kali seminggu selama 30 minit.
C.

Emosi
Kesihatan yang berkait dengan emosi dan mental kebiasaannya didorong
oleh beban dalam situasi kehidupan. Health (2010) menyatakan, isu kesihatan
mental dan emosi biasanya dibawa oleh dalam situasi kehidupan, seperti menjaga
ahli keluarga yang tua, berurusan dengan pesakit Alzheimer, menderita akibat
kehilangan orang tersayang, penderaan, dan penyalahgunaan bahan.
Satu cara terbaik mengatasi masalah emosi ialah kita perlu melakukan
sesuatu perkara yang berbeza setiap hari. Setiap perkara yang berbeza dilakukan
walaupun satu saat akan membawa perbezaan dalam kehidupan. Emosi yang tidak
stabil akan memberi tekanan. Oleh itu, lakukan sesuatu yang boleh melegakan
minda seperti mandi selepas bekerja, minum secawan kopi, atau berbual dengan
rakan.

D.

Kerohanian
Kerohanian merupakan suatu perkara yang sukar untuk ditafsir.
Kerohanian juga tidak melibatkan keTuhanan atau kepercayaan. Kesihatan
kerohanian melibatkan nilai dan kepercayaan tentang tujuan dalam kehidupan
seseorang individu. Kesihatan kerohanian juga membabitkan penerokaan tentang
sesuatu yang seseorang individu percaya.
Perantara kepada kesihatan rohani mungkin melibatkan meditasi, doa,
ikrar, atau amalan tertentu sepeti yoga yang mampu menghubungkan kita kepada
kuasa dan kepercayaan sistem yang lebih tinggi. Selain daripada itu, memiliki

sikap dan nilai seperti berbelas kasihan, pemaaf, pemurah, serta suka menolong
orang pasti membantu kita menikmati kesihatan rohani dengan baik.
E.

Sosial
Bersosial bukanlah sesuatu perkara yang perlu dalam kehidupan. Hubungan
sesama manusia adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian. Menurut Ballard,
melakukan urutan dengan manusia adalah sangat berbeza jika melakukan urutan dengan
mesin. Ini kerana terdapat impuls kimia dan elektrik pada jari manusia yang boleh
menyebabkan kita merasa selesa apabila diurut.

F.

Alam Sekitar
Pada pendapat Ballard, ada sesuatu yang manusia kejar dan perjuangkan
tetapi bukanlah semua manusia berkelakuan sebegitu. Ada sesetengah manusia
mencari keselesaan hidup di bandar-bandar besar, ada yang mencari keselesaan
hidup di kawasan padang yang luas, ada juga yang mencari keselesaan hidup di
tepi laut, dan ada juga yang mencari keselesaan di kawasan hutan atau
pergunungan.
Semua manusia mahukan persekitaran yang bersih. Tidak kira di kawasan
mana sekalipun, di kampung atau bandar turut mahukan persekitaran yang bebas
daripada pencemaran. Persekitaran yang bersih dapat merangsang kehidupan kita.
Ada segelintir orang menggantungkan gambar yang berkaitan dengan
pemandangan alam sekitar di dinding rumah mereka. Sudah tentu gambar-gambar
tersebut mampu menenangkan minda. Oleh itu, cuba sesuatu yang berlainan
dalam menikmati keindahan alam sekitar seperti berkhemah di kawasan hutan
atau mendaki.

4.

KESAN JIKA DIMENSI RODA KESEJAHTERAAN TIDAK SEIMBANG


Dalam membincangkan tentang Roda Kesejahteraan ini, kita tidak seharusnya terlalu

melebihkan mana-mana dimensi. Setiap dimensi yang ada pada Roda Kesejahteraan perlu

dilaksanakan secara seimbang dan bersederhana. Kita jangan terlalu menumpukan satu dimensi,
hanya kerana dimensi tersebut mudah dilakukan.
A.

Kualiti Hidup Menurun


Apa akan berlaku jika kesihatan rohani tidak dilaksanakan dengan baik?
Sudah tentu kita akan hilang arah dan kualiti hidup kita juga akan menurun. Ada
segelintir

manusia

terlalu

mengejar

kemewahan

sehingga

lupa

untuk

mengucapkan syukur. Ada segelintir manusia juga mempunyai ramai kawan tetapi
tidak tahu menjaga hati mereka. Ini adalah disebabkan kurangnya kesihatan
rohani dalam diri.
Kesihatan rohani yang tidak diseimbangkan dengan dimensi lain akan
menyebabkan jiwa seseorang itu kosong dan kepercayaan kepada agamanya juga
turut hilang. Dalam Islam menekankan, setiap manusia perlu berdoa dan
bersyukur akan nikmat yang diberikan. Oleh sebab itu, manusia yang riak,
sombong, bongkak, dan kedekut merupakan manusia yang memiliki kualiti hidup
yang rendah.
B.

Gaya Hidup yang Kurang Sihat


Menggunakan kebijaksanaan ke arah kebaikan sememangnya harus dipuji.
Apa akan berlaku jika kebijaksanaan itu digunakan ke jalan yang salah? Intelek
merangsang seseorang untuk berjaya. Jika intelek dimiliki seseorang itu disalah
gunakan, maka gaya hidup yang dimilikinya adalah tidak sihat.
Banyak perkara yang kurang sihat boleh berlaku seperti rasuah, pecah
amanah, dan penipuan adalah disebabkan dimensi Roda Kesejahteraannya tidak
seimbang. Apabila manusia menggunakan kebijaksanaannya ke jalan yang salah
tanpa memikirkan nilai-nilai baik yang ada dalam diri, maka berlakulah perkara
tidak sihat seperti yang telah dinyatakan. Gaya hidup ini jika diteruskan akan
menyebabkan sosial antara masyarakat turut rosak dan berlakunya korupsi dalam
masyarakat.

C.

Pengabaian Lain-lain Aspek Kesihatan

Terlalu memikirkan kesihatan fizikal akan menyebabkan pelbagai aspek


kesihatan lain juga turut terabai. Ada segelintir manusia merasakan dirinya gemuk
padahal fizikalnya tidaklah seperti yang disangka. Ini disebabkan kesihatan
emosinya kurang dan mentalnya juga tidak kuat menghadapi tekanan yang
dimiliki.
Terlalu mengambil berat akan kesihatan fizikal turut boleh menyebabkan
kurang menjaga hubungan sosial antara masyarakat. Disebabkan ingin menjaga
tubuh badan, ada sesetengah orang sanggup tidak menghadiri kenduri-kendara
yang diadakan di kawasan perumahannnya hanya kerana takut bertambah gemuk.
Situasi seperti ini tidak betul dan kita perlu menjaga hubungan sesama jiran.
Terlalu menjaga kesihatan sehingga sanggup tidak keluar rumah boleh
mengabaikan aspek kesihatan yang lain. Emosi kita akan terganggu jika kerap
berada di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti. Selain daripada itu, kita
sebenarnya tidak menghargai alam sekitar kerana terlalu kerap berada di dalam
rumah sehingga kita lupa menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

D.

Suka Mengata Hal Orang Lain


Bersosial itu tidak salah. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengenali jiranjiran tetangga dan dapat bertanya khabar. Adalah lebih baik juga setiap kali kita
berjumpa dengan jiran kita, pastikan kesihatan rohani kita juga turut terpelihara.
Apabila nilai dalam diri sudah tiada, maka berlakulah sesuatu yang tidak
elok iaitu mengata hal orang lain atau mengumpat. Perkara seperti ini sebenarnya
tidak elok kerana boleh menghuru-harakan kawasan setempat serta mengaibkan
orang diperkata itu.
Perkara seperti ini boleh berlaku kerana kesihatan rohani kurang diambil
berat oleh sesetengah orang. Apabila kita bersosial, kita perlu menjaga adab
pertuturan kita supaya tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang tidak elok.

Apabila kita bertutur tentang perkara yang tidak benar, secara tidak langsung
boleh menyebabkan fitnah.
E.

Penyalahgunaan Bahan atau Dadah


Penyalahgunaan bahan atau dadah berkait rapat dengan dengan kesihatan
rohani yang kurang diberi perhatian. Selain daripada itu, sosial dan emosi juga
boleh menjadi punca ke arah penyalahgunaan bahan ini.
Banyak faktor yang boleh mendorong kepada penyalahgunaan bahan ini.
Antara faktor tersebut adalah seperti kurang didikan agama yang menjadi tunjang
kepada kekuatan diri. Selain daripada itu, pergaulan yang yang tidak sihat atau
pengaruh

tidak

sihat

darpada

rakan

juga

boleh

mendorong

kepada

penyalahgunaan bahan ini. Apatah lagi, ditambah dengan gangguan emosi yang
tidak menentu seperti perubahan alam remaja atau keruntuhan institusi
kekeluargaan.
F.

Tekanan Emosi atau Stress


Emosi yang kuat tidak akan menjamin dapat mengatasi tekanan emosi.
Menurut Morstt & Ffurst (1979), tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi
oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan tugas yang tidak
mampu ditanggung oleh tubuh atau di luar kemampuan mereka.
Kesihatan rohani yang lemah dapat mengakibatkan gangguan emosi.
Banyak faktor yang mendorong kepada masalah ini. Masalah kegemukan, rumah
tangga, kewangan, kerjaya, dan anak merupakan antara faktor yang boleh diberi
perhatian.

5.

AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN RODA KESEJAHTERAAN


Mengamalkan gaya hidup yang sihat sememangnya diharapkan oleh semua orang.

Melalui Roda Kesejahteraan, kita akan membincangkan amalan gaya hidup yang boleh kita
amalkan dan praktikkan demi mencapai kesejahteraan dalam hidup.
A.

Pemakanan Seimbang

Gaya hidup yang sihat turut melibatkan pemakanan yang seimbang.


Pemakanan yang seimbang mempengaruhi fizikal seseorang individu. Apabila
seseorang itu memiliki fizikal yang baik, pasti individu terbabit memerlukan
pemakanan yang baik bagi memastikan fizikal yang dimilikinya terpelihara.
Selain daripada itu, pemakanan seimbang juga mampu memelihara
intelektual dalam seseorang individu. Pemakanan yang bersih dan seimbang
mendorong ke arah pemikiran yang bersih. Justeru, pemakanan seimbang dapat
B.

membantu dalam mengekalkan kesejahteraan hidup.


Kebersihan Diri
Kebersihan diri mencerminkan tentang nilai kita menjaga kesihatan tubuh.
Antara kebersihan diri yang diamalkan adalah seperti penjagaan gigi, kebersihan
telinga, kuku, rambut, mulut, dan badan. Setiap anggota badan apabila dijaga
kebersihannya akan menampakkan betapa nilai-nilai murni yang ada dalam diri
terserlah.
Selain daripada itu, menjaga kebersihan diri juga mampu meningkatkan
keyakinan diri serta mengurangkan risiko stres. Apabila kita mengambil berat
tentang kebersihan diri, kita secara tidak langsung telah menjanakan kesejahteraan
hidup kita ke arah yang lebih sihat dan dapat mengecap nikmat kehidupan yang
sebenar.

C.

Pergaulan yang Sihat dan Harmoni


Apabila kita menjaga pergaulan kita tidak kira sesama jiran, rakan,
masyarakat, atau orang yang lebih muda atau tua, kita perlu memastikan
pergaulan yang kita lakukan dalam keadaan sihat dan harmoni. Pergaulan yang
sihat dapat mencegah perkara-perkara yang tidak elok seperti mencuri, menagih
dadah, mengumpat, dan sebagainya.
Melalui pergaulan yang sihat ini, kita dapat berkongsi maklumat tentang
pelbagai perkara, menjaga keharmonian kawasan setempat, serta merapatkan
hubungan silaturrahim. Ini secara tidak langsung hubungan sosial antara manusia
terpelihara dan sikap saling hormat-menghormati turut dipertingkat.

D.

Rehat dan Tidur yang Cukup


Demi memastikan emosi dalam keadaan baik, fizikal sentiasa bersedia,
dan kebijaksanaan dapat diguna pakai, maka setiap individu perlu mendapatkan
rehat yang cukup. Shamsudin, Sharizad, dan Mohd Soffian (2002) menyatakan,
rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan
sesuatu aktiviti fizikal, mental, atau pun aktiviti ringan untuk mengurangkan rasa
penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.
Jika seseorang individu itu tidak mendapat rehat atau tidur yang tidak
cukup, maka kesihatan fizikal dan mental turut terjejas. Apabila kita penat dan
letih, kita perlu segera berehat. Jika mata dalam keadaan letih, kita perlulah segera
tidur walaupun untuk lima minit. Ini adalah untuk memulihkan kembali kepenatan
minda dan menyegarkan semula fizikal.

E.

Menjaga Kebersihan Persekitaran


Kebersihan persekitaran perlu diberi perhatian dan diambil berat sentiasa.
Amalan ini berkait rapat dengan sikap individu serta kepentingan alam sekitar
kepada kita. Menjaga kebersihan persekitaran bermakna kita prihatin dengan
ekologi bumi.
Menjaga kebersihan persekitaran mampu mengekalkan kesihatan minda
dan emosi. Selain daripada itu, kesihatan fizikal juga berada dalam keadaan baik
akibat daripada persekitaran yang bersih dan segar.

6.

RODA KESEJAHTERAAN HIDUP (IDHAM, 2014)


Berdasarkan Roda Kesejahteraan Ballard, saya telah mengambil inisiatif untuk mereka

cipta Roda Kesejahteraan sendiri mengikut persepsi saya sendiri. Setiap huraian dan penerangan
saya kaitkan dengan kehidupan saya serta keadaan sekeliling.
Roda Kesejahteraan yang saya reka ini mempunyai lapan dimensi. Setiap dimensi ini
telah saya ubah suai dan menambah baik mengikut keperluan dan kesesuaian saya sebagai

seorang Islam. Justeru, semoga Roda Kesejahteraan rekaan saya ini dapat memberikan inspirasi
kepada sesiapa yang membaca dan mengikuti kupasan saya ini.
A.

Intelek
Menurut Ballard (2012), minda dirangsang melalui pembelajaran tanpa
henti. Ada juga benarnya kerana kebijaksanaan yang datang semula jadi sangat
sedikit. Bagi saya, setiap manusia dilahirkan bijak dan cerdas. Howard Gardner
(1983) menyatakan, manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan
yang nmerangkumi pelbagai kebolehan, kupayaan, bakat, atau kemahiran yang
wujud secara semula jadi.
Manusia yang bijak merupakan manusia yang mampu berfikir untuk
menangani atau berhadapan sebarang situasi atau masalah yang berlaku. Melalui
berfikir, kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik dan
bersistematik. Menurut Beyer (1984), berfikir ialah satu kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi, sebab, atau membuat penentuan.

B.

Fizikal
Fizikal yang sihat apabila kita mampu menggunakan anggota badan kita
untuk melakukan sesuatu tugas. Bagaimanakah kita hendak mendapatkan fizikal
yang baik dan cergas? Pada pendapat saya, ada tiga perkara yang boleh
mencergaskan fizikal kita iaitu pemakanan seimbang, rehat dan tidur yang
mencukupi, dan sentiasa bersenam untuk sihat.
Melakukan tiga perkara yang dinyatakan adalah sesuatu yang tidak sukar.
Apabila kita memiliki fizikal yang cergas, kita dapat melakukan banyak perkara
yang kita inginkan. Apabila fizikal kita cergas, secara tidak langsung minda kita
juga cukup cerdas melakukan perkara yang berkaitan dengan kemahiran berfikir.

C.
D.
E.
F.
G.
H.
7.

Emosi
Kerohanian
Sosial
Alam Sekitar
Kerjaya dan Ekonomi
Kemahiran Hidup
KESIMPULAN

8.

BIBLIOGRAFI

Azizi Yahya. (2011). Perkembangan emosi: emosi remaja dan pembentukan konsep kendiri (part
13). Dicapai melalui laman web
http://eprints.utm.my/20204/1/PERKEMBANGAN_EMOSI_PART_13.pdf pada 2
Februari 2014

noorhidamohdzuraini@yahoo.com