Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS AGIHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


TEMPAT : DEWAN SMK GUNSANAD II
TARIKH : 14 JANUARI 2015 (RABU)
MASA : 9.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
MASA

CUE

9.30 pagi Alu-aluan


Ketibaan
MASA

CUE

ANN 1
Mengumumkan
ketibaan
Yang
Berusaha ........................................................................., wakil Yang Di Pertua
PIBG SMK Gunsanad II diiringi Pengetua SMK Gunsanad II dan Penolongpenolong Kanan.
ANN 2

10.30 pagi Lagu Negaraku dan(Tidak perlu menjemput utk nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah
lagu Sabah TanahAirku)
Airku
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku.
Tetapi, jika VIP duduk..
Majlis kita diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan lagu Sabah Tanah
Airku. Untuk itu, hadirin dipersilakan berdiri.

MASA

CUE
Protokol

Dengan segala hormatnya pegawai perasmi dan para hadirin dipersilakan


duduk.
ANN 3

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Bismillahhirrahmannirrahiim..
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam transformasi dan salam 1Malaysia
Yang Berusaha..............................................., wakil kepada Yang Di Pertua
PIBG SMK Gunsanad II Keningau.
Yang Berusaha En. Yahadi bin Yasili, Pengetua SMK Gunsanad 2, Keningau.
Penolong-penolong Kanan SMK Gunsanad II,
Ketua-ketua Bidang,
Guru Cemerlang,
Ahli Jawatankuasa Pengelola,
guru-guru,
dan ibu bapa yang dihormati.

Selamat datang ke Majlis Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan SMK


Gunsanad II bagi tahun 2015.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran pegawai
perasmi serta hadirin semua ke majlis ini.

MASA

CUE
Bacaan Doa

ANN 4
Hadirin yang dihormati,
Untuk menambah seri dan barakah pada majlis ini, majlis dengan penuh
sukacita mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd. Syazwan bin Zulkiflee untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd. Syazwan bin
Zulkiflee. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

MASA

CUE

ANN 5

Ucapan oleh wakilTuan-tuan dan puan-puan,


Yang Dipertua PIBG
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha .................................................. selaku Wakil Yang Di Pertua PIBG
SMK Gunsanad II untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
ini. Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan.
Begitulah tadi ucapan oleh ..................................., Wakil Yang Di Pertua PIBG
SMK Gunsanad II. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian .................................... menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada pagi ini.
MASA

CUE

ANN 6

Ucapan Alu-aluan olehSidang hadirin,


Pengetua
Acara pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha
En. Yahadi Yasili, Pengetua SMK Gunsanad II, Keningau. Oleh itu, majlis
dengan penuh hormat mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi ucapan oleh En. Yahadi Yasili, Pengetua SMK Gunsanad II,
Keningau. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
MASA

CUE

ANN 7

Taklimat penyerahan Warga dewan yang dihormati,


BRIM
Acara kita diteruskan dengan taklimat penyerahan bantuan khas awal
persekolahan oleh .....................................................................................
.................................................................................. Oleh itu, majlis dengan
penuh hormatnya mempersilakan.

Demikianlah tadi taklimat daripada ............................................... , Yang


Berusaha
....................................................................................
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.
MASA

CUE

12.00 tengah Jamuan/ Bersurai


hari

ANN 8
Warga dewan yang dihormati,
Maka sempurnalah sudah taklimat penyerahan bantuan khas awal
persekolahan . Sekali lagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada
Yang Berusaha ...................................., Wakil Yang Dipertua PIBG SMK
Gunsanad II,
Pihak Pentadbir SMK Gunsanad II,
Ahli Jawatankuasa Pengelola,
dan ibu bapa atas kesudian hadir bersama pada hari ini.
Sebelum mengundur diri, kami bagi pihak majlis dan seluruh warga AJK
Pengelola mengucapkan terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan
atas setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara sepanjang majlis ini
berlangsung.

MASA

CUE

12.00 tengah Jamuan


hari

ANN 10

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Untuk itu, dijemput pegawai perasmi, tuan pengetua dan penolong-penolong
kanan untuk menikmati jamuan di bilik khas. Dipersilakan.
Jamuan bagi ibu bapa dan guru-guru pula di bahagian belakang di tempat
yang telah disediakan.
Ibu bapa boleh bergerak ke kelas anak masing-masing untuk penerimaan
wang bantuan khas awal persekolahan.
Akhir kata, sekian dan terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

1.

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan
Negeri bagi kawasan Sri Muda.
Bismillahirrahmanirrahim marilah sama sama kita mulakan majlis ini dengan membaca ummul

Furqan...
Untuk menambah seri dan barakah pada majlis petang ini dipersilakan Ustaz HajiDaniel Salehi
Bin Abdul Hamid untuk memanjatkan doa kepada Allah.
2. Bacaan Doa
Terima kasih diucapkan kepada .Ustaz Haji Daniel Salehi Abdul Hamid.atas bacaan doa sebentar
tadi.

3.
KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
- Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei
selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda.
- Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Solehan Bin Haji Tahir,
Selaku Ketua kampung Jalan Kebun
Merangkap pengerusi JKKK Jalan Kebun
- Yang Berusaha Tn.Hj Samsudin bin Shaari,
Nazir Masjid an Naim, jalan kebun.
- Yang dihormati Tuan Hj, Nur Halim Bin Sirom
Wakil Majlis Perwakilan Penduduk.
- Yang dihormati Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar
Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.

- Pengetua-pengetua , para guru besar,


- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Hadirin yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurniaNya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis
penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri
Muda.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin
semua ke majlis ini.
5.

UCAPAN ALU-ALUAN PLP SIK

Yang berhormat , Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis pada ptg ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn. Hj Hamdan Bin
Mokhtar
Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.
. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
6. UCAPAN PERASMIAN OLEH Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan penyempurnaan Majlis
Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei
selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda. menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis ini. Dipersilakan
Begitulah ucapan Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah
DUN sri Muda. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang
Berhormat menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada ptg ini.
7.
PENYAMPAIAN DaNA
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian Dana kepada wakil bagi setiap sekolah
yang terpilih.
Dengan segala hormatnya majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan mengiringi Yang
Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei menyampaikan dana tersebut.
Dipersilakan

8.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn Mokhtar Bin
Hamdan untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei
9.

UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,


Maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolahsekolah DUN sri Muda. Sekali lagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang Berhormat Tuan . Shuhaimi Bin Shafiei dan tetamu jemputan atas kesudian hadir bersama
kita pada ptg ini.
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun
lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis mempersilakan Tn Mokhtar Bin Hamdan menjemput
dan mengiringi Yang Berhormat serta tetamu jemputan ke bilik jamuan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai