Anda di halaman 1dari 6

ISU PENYELUDUPAN BARANGAN

Pengenalan :
Penyeludupan barangan membawa maksud kepada perbuatan membawa masuk
barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia
secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama diseludup adalah seperti rokok,
minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya.
1. Faktor berlakunya penyeludupan
a. Kemiskinan dan kesempitan hidup
- menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini
mengambil jalan mudah untuk mencari kekayaan.
- keghairahan manusia untuk mendapat wang yang banyak dengan cara yang
mudah.
- Para penyeludup melihat kegiatan ini sebagai satu perniagaan yang
menguntungkan.
- Mereka tidak perlu membayar sewa kedai yang mahal.
- Yang diperlukan hanyalah wang untuk membeli barang tersebut dan kenderaan
untuk mengangkutnya.
- Contoh : Penyeludupan minyak, beras dan diesel
b. Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara
yang bersempadan
- Perbezaan undang-undang kawalan perdagangan negara serantau
- Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses
- Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan
sedemikian
- Kesannya berlakulah penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses
dari hutan Malaysia ke negara jiran
- Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran
antarabangsa di samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang
tinggi
- Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis
tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai
kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.
- Tindakan ini juga dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan
kayu
c. Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang
bersempadan
- Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha
membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi
harganya.
- Produk-produk yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh
kerajaan lazimnya jauh lebih murah di negara kita
- permintaan dari pengguna menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar
dikawal.
- penyeludup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan akibat
perbezaan harga yang berlaku dengan harga yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa
- Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa
kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia. Misalnya harga
gula, minyak masak dan minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia
membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand/Singapura.

- Contoh lain : Terdapat barang yang lebih murah di Brunei seperti diesel dijual
dengan harga yang mahal di Malaysia. Perbezaan ini membolehkan penyeludup
membawa diesel ke Malaysia untuk dijual dengan harga yang lebih rendah
daripada harga biasa.
d. Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam
negera
- Malaysia menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan
liar.
- Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia,
Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama
penyeludupan hidupan liar.
e. Rangkaian pengangkutan darat yang baik dan operasi pelabuhan
cekap
- menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara serantau untuk
menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi.
f. Kawalan sempadan
- Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan
laut.
- Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara
misalnya di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak
- Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin
diseludup
- Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran
- Ini menyebabkan penyeludupan barangan keperluan harian dan barangan
larangan seperti senjata api, mercun , dadah dan organ binatang , malah
pemerdagangan orang mudah dijalankan
g. Faktor geograf
- antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang
menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan
negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai
yang berkelebaran beberapa meter.
h. Kos pengeluaran dan kos bahan mentah
- barang yang dikeluarkan dengan kos pengeluaran dan kos bahan mentah yang
rendah boleh dipasarkan pada harga yang lebih murah.
- Perbezaan harga yang berlaku menyebabkan penyeludup mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih.
- Kos pengeluaran dan bahan mentah yang digunakan menentukan harga rokok.
Harga minimun kerajaan yang tinggi menyebabkan peniaga mengambil jalan
mudah dengan menjual rokok tidak sah yang lebih murah. keuntungan yang
diperolehi lebih tinggi berbanding menjual rokok yang disahkan oleh kerajaan.
i. Populasi penduduk
- peningkatan jumlah penduduk menyediakan peluang pasaran yang lebih luas.
- Faktor ini menyebabkan penyeludup berpeluang mendapatkan lebih
keuntungan.
- Populasi penduduk yang merokok, makin tinggi populasi penduduk yang
merokok di sesebuah negara ditambah pula cukai rokok yang tinggi, makin
berminat sindiket penyeludupan membawa masuk rokok tidak sah.

j. Permintaan yang tinggi


- Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai
mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta
tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang semakin pelik dan permintaan
tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan
sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.
- Permintaan terhadap rokok pada harga rendah, kedatangan ramai pendatang
dari Indonesia yang menghisap rokok keretek yang harga murah di negara
mereka. Di sini permintaan terhadap rokok tersebut tinggi dan menyumbang
kepada penyeludupan rokok tersebut.
- Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan
terhadap barangan tertentu akan meningkat
- Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran
tempatan
- Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti
lembu dan kambing cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia.
- Begitu juga dengan bekalan mercun dan produk makanan dari China dibawa
masuk secara haram menjelang Tahun Baru Cina
k. Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang
bersempadan
- Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat.
- Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat,
memudahkan barangan menyeberangi sempadan secara tidak sah atau
menggunakan lorong tikus bagi memenuhi kekurangan barangan.
- Produk yang sering mengalami keputusan sumber adalah bekalan makanan
atau keperluan harian terutama pada musim perayaan atau apabila salah
sebuah negara mengalami malapetaka / krisis alam
- Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang
keperluan makanan.
l. Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam
sesebuah negara
- Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan
oleh kerajaan tinggi
- Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan
akan mendapat permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok,
barangan elektronik, barangan mewah dan minuman keras
- Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk
mengelak daripada dijual dengan harga yang tinggi.
- Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin
keuntungan peniagaan kerana modalnya rendah
m. Kawalan sempadan yang longgar
- Penguatkuasaan undang-undang yang terlalu longgar juga menyebabkan para
penyeludup semakin berani dan berleluasa.
- Ketidakcekapan dan penerimaan rasuah memburukkan keadaan.
- Pihak kastam, polis dan imigresen yang menjaga sempadan seharusnya
memeriksa setiap kenderaan dengan teliti.
n. gejala rasuah
-yang menjadi budaya sesetengah ahli masyarakat kita
-Jadi, bagaimana kuat sekalipun undang-undang dan peraturan yang kita
tetapkan; bagaimana kuat pegawai-pegawai penguat kuasa melakukan operasi

tetapi apabila gejala rasuah masih menjadi sebahagian amalan kita, maka agak
sukar untuk kita mengatasi masalah penyeludupan.
- Amalan rasuah yang dianggap biasa dalam kehidupan seharian oleh
sesetengah pihak pada masa ini menyebabkan usaha mengatasi masalah
penyeludupan terus menghadapi jalan buntu.
- Masalah ini ditambah pula dengan kecanggihan teknologi kini hingga
menyebabkan masalah penyeludupan terus berlaku.
- Apatah lagi manusia sekarang nampaknya lebih cerdik untuk melepasi
pemeriksaan kastam, imigresen dan sebagainya tanpa diketahui mereka
membawa bagasi yang berisi barangan seludup
- Malah perkhidmatan penghantaran kini juga menyebabkan mereka boleh
memastikan penghantaran barangan mereka sampai ke destinasinya.
2. KESAN PENYELUDUPAN
a. Spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan
bilangan mereka kini semakin berkurangan.
b. Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi
- negara kehilangan pendapatan daripada hasil cukai
- akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi.
- Negara kehilangan aset yang diseludup begitu sahaja tanpa kawalan
- Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan
ekonomi lain.
c. Menjejaskan kesihatan dan kebersihan
- kerana barang yang diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak
berkuasa, ini mendedahkan rakyat terhadap risiko penyakit dan penggunaan
barangan yang tercemar.
- Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah
menular semula di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam
negara.
- Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk.
- Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.
d. Menggagalkan usaha dan dasar kerajaan
- penyeludupan yang berleluasa akibat perbezaan harga yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan menyebabkan usaha itu gagal dilaksanakan.
- Penyeludupan rokok akan menggagalkan usaha kerajaan menjual rokok pada
harga minimum, harga rokok minimum di Malaysia jauh lebih tinggi dari harga
rokok di negara-negara jiran ASEAN. Penyeludupan akan menyebabkan saranan
ketetapan harga yang dikuatkuasakan oleh kerajaan akan gagal.
- Menggagalkan usaha kerajaan mengurangkan bilangan perokok. Rokok seludup
pada harga murah menyebabkan ramai orang mampu membeli, ini akan
menambahkan bilangan perokok.
e. Menggalakkan jenayah terancang
- sindiket penyeludupan adalah satu jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah
lain yang berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku.
- penyeludupan rokok merupakan satu jenayah terancang. Jika dibiarkan,,
mungkin jenayah lain berkaitan penyeludupan juga boleh berlaku pada bila-bila
masa.
f. Imej negara terjejas

- Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran
tanpa izin.
- Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. /
kawalan sempadan
- Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan
barangan kerana tidak boleh dijual di tempat rasmi.
- Menggambarkan berlakunya krisis keselamatan dalam sesuatu negara
g. Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang
berbahaya
- Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk
menembusi barangan lain.
- Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih
serius seperti penyeludupan manusia / senjata api / dadah
- Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan
antarabangsa
h. Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara
- Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana
membenarkan harta intelek negara mereka dirompak dan dijual di Malaysia.
- Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik
kerana dijual dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan
adalah sama.
- Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada
pengeluar batik negara jiran sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik
antara peniaga atau pedagang antara kedua- dua buah negara.
i. Kemasukan barangan yang tidak bermutu
- Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan
kosmetik berisiko mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia.
- Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama
antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga
mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga yang boleh menyebabkan
kebakaran.

LANGKAH MENANGANI MASALAH PENYELUDUPAN


a. Memperketatkan undang-undang
- hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada pesalah supaya memberi
kesedaran kepada penyeludup itu sendiri mahupun orang ramai.
b. Mengambil langkah secara proaktif
- dengan memantapkan logistik melalui perolehan bot laju dan kereta peronda
baru jenis BMW, mengikuti latihan mengendali kenderaan melalui kursus
pemanduan secara defensif dan latihan tempur tanpa senjata.
- Contoh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengambil langkah proaktif bagi
membanteras kegiatan penyeludupan secara habis-habisan yang didapati
semakin mencabar.
- sebuah kereta anggota Pasukan Gerak Cepat Kastam terbakar akibat dirempuh
oleh kenderaan penyeludup.
c. Menyusun strategi membanteras penyeludupan

- beberapa strategi turut disusun bagi menjamin penyeludupan dapat dibendung


seperti melalui operasi pemutihan bersepadu di kawasan terbabit
d. Menggalakkan dan melibatkan pihak bukan pertubuhan kerajaan
(NGO)
- terlibat dalam program pemulihan dan rawatan
-Bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dalam apapun usaha kerjasama
untuk menghapuskan dadah
-Malaysia juga bersedia menjadi penaja:
# Draft Resolution on International Cooperation Against the World Drug Problem
# Central Coordinating Agency on Drugs: National Anti-Drugs Agency (NADA)
# Thailand-Malaysia Meeting on Narcotics Control Cooperation
# Thailand-Malaysia- Cross Border Cooperation Mechanism
-Dalam situasi ini kerjasama anatara Thailand dan Malaysia juga bernaung di
bawah panji-panji ASEAN
Kesimpulan/Rumusan :
Konklusinya, penyeludupan di negara ini semakin berleluasa, maka pihak
kerajaan dan orang ramai harus bekerja sama dan berganding bahu untuk
membanteras kegiatan yang membawa kesan buruk kepada sistem perdagangan
dan ekonomi negara. Para penyeludup harus dikenakan hukuman yang berat
seperti penjara dan bukan setakat didenda dengan wang. Melentur buluh biarlah
dari rebungnya,peribahasa ini sesuai digunakan untuk memupuk sikap benci
akan barangan seludup. Masyarakat perlu membantu pihak berkuasa untuk
membanteras masalah ini sekaligus menjadikan negara kita aman dan berdaulat

Anda mungkin juga menyukai