Anda di halaman 1dari 3

TINGKATAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


1. Asas kerajaan demokras berparlimen ialah kerajaan yang memerintah
dipilih oleh rakyat melalui ________________
A undi rahsia
B pilihan raya
C referendum
D perlantikan
2. Kerajaan pilihan rakyat harus bertanggungjawab menjaga
____________ rakyat
A harta
B hal-ehwal peribadi
C kehidupan
D kebajikan
3. Mengapa demokrasi selalu dikaitkan dengan Yunani?
A Yunani adalah kerajaan yang pertama mengamalkan demokrasi
B Perkataan pilihan raya berasal dari Yunani
C Perkataan parlimen berasal dari Yunani
D Yunani adalah negara pertama yang mengadakan pilihan raya
4. Siapakah yang layak mengundi dalam pilihan raya negara kita?
I Warganegara Malaysia
II Hanya lelaki
III Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas
IV Warganegara yang berumur 21 tahun ke bawah
A I dan II
B III dan IV
C I dan III
D III dan IV
5. Berikut adalah negara-negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali

A Malaysia
B Amerika Syarikat
C India
D China
6. Apakah maksud kerajaan demokrasi?
A Pemerintahan yang sangat adil
B Kerajaan yang dibentuk oleh raja
C Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat
D Kerajaan yang disokong oleh semua rakyat
7. Ahli Suruhanjaya Pilihanraya dipilih mengikut syarat-syarat berikut,
kecuali
A tidak muflis
B tidak memegang jawatan bergaji
C umur tidak lebih daripada 65 tahun
D wakil Dewan Undangan Negeri
8. Apakah kelebihan sistem demokrasi dalam pemilihan tokoh murid di
sekolah?
A Mewujudkan persaingan dalam kalangan murid
B Memberi peluang memilih rakan yang disukai
C Dapat memilih calon yang bebar-benar layak
D Dapat mengenali murid yang dicalonkan dengan lebih mendalam
9. Apakah perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan menjadi
panduan untuk memerintah sesebuah negara?
A Tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara kepada bangsa
dan tanah air
B Tugas-tugas utama Majlis Raja-raja dalam memelihara adat istiadat
orang Melayu
C Kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja tetap dikekalkan dalam bidang
tertentu
D Tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan proses
demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan saksama

Sabah
Melaka
Sarawak
Pulau Pinang

10.Negeri-negeri di atas tidak memiliki sultan. Apakah peranan Yang diPertuan Agong terhadap negeri-negeri tersebut?
A Menjadi ketua agama Islam
B Mentauliahkan duta-duta negara
C Mengurniakan darjah kehormatan
D Merupakan lambang perpaduan di negeri-negeri tersebut.