Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011)


HBPS2303 PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

NO. MATRIKULASI

790816105024001

NO. KAD PENGENALAN

790816105024

NO. TELEFON

019-2647984

E-MEL

puteri_maritza@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN
CENTRE

SHAH

ALAM

LEARNING

ISI KANDUNGAN
BI
L
1

TAJUK
1.0PENGHARGAAN
2.0PENGENALAN
2.1Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2.2Pendekatan Projek
3.0 PROJEK PENANAMAN BIJI BENIH
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Pengenalan Projek
Aktiviti 1
Aktiiviti 2
Aktiviti 3
Aktiviti 4

4.0PENUTUP
5.0RUJUKAN
6.0LAMPIRAN

1.0

PENGHARGAAN

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan mengenai
kaedah projek. Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa
individu yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam melaksakan tugasan ini.Penghargaan
tersebut saya tujukan kepada pensyarah bersemuka saya iaitu Encik Ahmad Fuad b Hj Hashim
dan juga tutor on-line iaitu Pn ziraiza bt Hj Ismail.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang
banyak membantu dan murid-murid yang telah melaksanakan projek ini.
Semoga hasil kerja yang telah saya hasilkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang
telah diberikan.Saya berharap juga bahawa dengan penghasilan tugasan ini ia dapat membantu
diri saya dan individu lain dalam mengetahui kaedah pendekatan projek ini.

2.0

PENGENALAN

2.1 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan


Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu tahap yang sangat penting dalam sistem
pendidikan .Ini kerana bagi menghasilkan kanak-kanak yang sempurna pendidikan adalah
bermula dari awal lagi bahkan mengikut pendapat ahli-ahli perubatan pendidikan boleh bermula
seusia

bayi

dalam

kandungan

lagi.bergantung.Setiap

kanak-kanak

mempunyai

tahap

perkembangan yang berbeza antara individu kepada beberapa faktor iaitu genetik, persekitaran
dan sebagainya . Namun begitu pendidikan awal kanak-kanak adalah

bukan berlandaskan

kemahiran 4m semata-mata iaitu membaca, menulis, mendengar dan menaakul malah ianya
melibatkan perkembangan mereka secara menyeluruh bersesuaian dengan falsafah pendidikan
prasekolah kebangsaan yang menginginkan bahawa murid-murid prasekolah perlu diberi
pendidikan secara menyeluruh termasuk perkembangan jasmani, emosi, rohani,intelak dan sosial
mereka secara optimim.
Bagi merealisasikan misi pendidikan ini, satu kurikulum prasekolah telah dibentuk bagi
memudahkan guru-guru mahupun pendidik sebagai garis panduan kepada mereka bagaimana

untuk mengaplikasikan pendidikan yang bermakna kepada murid-murid prasekolah ini. Mulai
tahun 2010, guru-guru perlu mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dimana ia
lebih menitikberatkan kurikulum yang lebih seimbang antara membentuk kemahiran asas dan
juga pendidikan secara menyeluruh.
Seperti yang telah dinyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan
yang berbeza . Menurut Teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Maslow, setiap
individu mempunyai kecenderungan yang berbeza iaitu dari aspek linguistik dan bahasa,
kecerdasan matematik, interpersonal, intrapersonal, muzikal dan sebagainya. Ini terbukti kerana
kita dapat lihat kadang-kadang terdapat seseorang itu mudah untuk mengingat formula-formula
matematik berbanding orang lainantara satu dengan yang lain.
Mengikut teori Jean Piaget yang merupakan salah seorang tokoh kanak-kanak yang
sangat terkenal menyatakan kanak-kanak pada tahap lima hingga enam tahun ini belajar daripada
sesuatu mudah kepada yang susah, daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. Oleh yang
demikian, kurikulum yang telah dibina untuk murid-murid prasekolah adalah berlandaskan satu
kurikulum yang berfokus dimana ia berlandaskan tema. Pemilihan tema adalah berdasarkan
persekitaran murid dan juga persediaan mereka dalam sesuatu perkara. Seperti yang telah
dinyatakan bahawa kanak-kanak belajar daridapa mudah kepada yang susah, oleh yang demikian
pemilihan tema juga berpandukan kepada yang lebih mudah dan dekat dengan mereka kepada
yang lebih jauh ,susah dan abstrak.Contohnya, pada minggu pertama persekolahan murid-murid
masih lagi dalam dilemma iaitu mengalami perubahan yang drastik dalam hidup mereka dimana
mereka terpaksa berpisah dengan ibubapa dalam jangka masa yang agak lama.Oleh itu, tema
pertama yang di pilih ialah orientasi dan seterusnya tema diri saya kerana ianya mudah dan
sangat dekat dengan diri murid.Kemudian baru lah ia beralih kepada diri sendiri dan kawankawan dan seterusnya kepada tema yang lebih sukar.
Bagi merealisasikan kurikulum yang berlandaskan tema ini berserta dengan
perkembangan murid yang pelbagai, maka pelbagai teknik dan pendekatan telah diaplikasikan
bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna bersesuaian dengan umur dan
perkembangan murid. Pendekatan dalam konteks pendidikan adalah bermaksud bagaimana atau
cara sesuatu kurikulum dilaksanakan dengan menggunakan teknik dan kaedah dan diikuti dengan
tindakan susulan.Beberapa kaedah yang sesuai dilaksanakan di prasekolah ialah pendekatan

bertema, penemuan-inkuiri, Salah satu pendekatan yang sangat sesuai diaplikasikan di


prasekolah ialah pendekatan projek.
2.2

Pendekatan Projek
Pendekatan projek adalah merupakan satu pendekatan yang memerlukan kanak-kanak

melakukan penerokaan dan penyelidikan dalam pembelajaran menggunakan inisiatif dan


kreativiti mereka sendiri. Pendekatan projek ini telah ditonjolkan oleh salah seorang tokoh
pendidikan awal kanak-kanak iaitu Reggilio Emilia dimana beliau mempunyai kurikulum yang
tersendiri dalam pendekatan projek. Beliau menyatakan kanak-kanak harus diberi peluang
meneroka dan mencari inisiatif sendiri dalam melakukan sesuatu supaya mereka memperolehi
pengalaman dengan sendiri. Dalam konsep ini, guru hanyalah berfungsi sebagai pemerhati dan
penasihat manakala aktiviti adalah berfokuskan murid.
Begitu juga seperti yang telah dinyatakan oleh Bustam dan Putri Zabariah (2006), yang
mana pendekatan ini merupakan satu penyelidikan yang mendalam tentang sesuatu topik bagi
memperoleh jawapan. Hala tuju pembelajaran dibuat mengikut minat murid dan guru adalah
sebagai pemudah cara.
Aktiviti dalam pendekatan projek ini boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek
mahupun jangka masa panjang.Ia adalah bergantung kepada topik yang dipilih.Bagi sesuatu
topik yang memerlukan jangkamasa yang panjang , guru boleh memberhentikan dulu proses
pembelajaran dan akan disambung pada masa yang sesuai apabila projek tersebut sudah
menunjukkan perkembangannya. Menurut Reggilio Emilia , beberapa perkara perlu diberi
perhatian dalam melaksanakan pendekatan projek. Antaranya ialah:
i.
ii.

Suasana pembelajaran yang ceria dan selesa.


Guru perlu mengatur pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak melakukan
penerokaan yang panjang dan menyelesaikan masalah dalam kelompok yang kecil di

iii.

mana terdapat kerjasama dan persaingan.


Pendekatan ini juga sesuai dengan Teori Howard Gardner yang menggunakan

integrasi seni dalam memperkembangkan kecerdasan linguistik, sosial dan kognitif.


iv. Mendokumentasikan perkembangan projek mereka adalah merupakan alat penting dalam proses
pembelajaran.

3.0 PROJEK TANAMAN BIJI-BENIH


3.1 Pengenalan ProjeK
Bagi melihat sejauhmana keberkesanan pendekatan projek ini, saya telah laksanakan pendekatan
ini di prasekolah bersama murid-murid .

TEMA

: Tumbuh-tumbuhan

PENDEKATAN

: PROJEK

TAJUK

: Menanam pokok cili dan menanam taugeh

AKTIVITI

1. Murid murid berkumpul dan membuat bulatan .Guru menerangkan aktviti yang akan
dilakukan murid .
2. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah dan teratur. Setiap kumpulan tedapat 5 orang murid.
3. Guru memperkenalkan peralatan yang akan digunakan untuk menanam pokok dan
bagaimanakah cara pokok tersebut ditanam mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.
4. Setiap kumpulan melakukan aktiviti menanam pokok cili dan pokok taugeh secara
bergilir mengikut kumpulan. Guru hanya menjadi pembimbing dan pemantau kepada
aktiviti yang dilakukan.
5. Murid menandakan projek mereka dengan nama kumpulan.
(Sila lihat lampiran)
Aktiviti pendekatan projek yang telah dilaksanakan ini merupakan salah satu aktiviti
projek yang mengambil masa yang agak panjang seperti pokok cili ia mungkin boleh
dijadikan projek sepanjang tahun manakala bagi pokok taugeh ia mengambil masa tidak
terlalu lama iaitu dalam tampo beberapa minggu sahaja.Murid-murid akan sentiasa
mengikuti perkembangan projek mereka dari masa ke semasa dan merekodkan

pertumbuhan yang telah berlaku dalam carta dengan menggunakan kertas warna dari
minggu ke minggu.
Guru hanya member panduan kepada murid bagaimana cara menjaga tumbuh-tumbuhan
mereka dan mereka secara bergilir dalam kumpulan akan menyiram tumbuhan mereka
Melalui aktiviti pendekatan projek ini, guru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang
berkaitan dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran bagi pelbagai komponen
yang terdapat dalam kurikulum yang telah digubal.
Komponen-komponen yang terdapat dalam kurikulum standart prasekolah kebangsaaan
ialah komunikasi yang terbahagi kepada dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia,Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Ketrampilan diri ,
Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Setiap komponen mempunyai standard pembelajaran yang berbeza dimana ia
memerlukan kanak-kanak mencapai objektif yang tertentu .Namun begitu, dalam konteks
prasekolah, setiap proses pembelajaran dan pengajaran, guru-guru boleh mengamalkan
pembelajaran bersepadu dan menggabungjalin beberapa standard pebelajaran dalam
komponen yang berlainan dalam seseuatu aktiviti.Contohnya dalam slot komponen
bahasa Malaysia, guru juga boleh memasukkan komponen kreativiti dan sebagainya
dalam slot tersebut. Ini kerana berfokus kepada matlamat pendidikan prasekolah yang
mementingkan perkembangan secara menyeluruh.
Bagi projek yang telah dipilih ini pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan
mengikut tempoh yang berbeza dan komponen yang berbeza secara bersepadu.Empat
contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan projek tersebut dan mengikut tema
tumbuh-tumbuhan ialah:

3.2 AKTIVITI 1
TARIKH
MASA
KOMPONEN
STANDARD KANDUNGAN

: 2 Nov 2013
: 9.30 pagi 10.00 pagi ( 30 minit)
: Sains dan teknologi
: ST3.3
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan
iaitu

pertumbuhan

daun,

bunga,

buah

anak benih.

serta

STANDARD PEMBELAJARAN : ST3.3.4

Memerhati

dan bercerita dengan

bimbingan tentang percambahan biji


benih
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

dan pertumbuhan anak benih.


Diakhir pembelajaran, murid dapat menceritakan
tentang percambahan biji benih dari awal

hingga

menjadi pokok.

AKTIVITI
:
1. Guru meminta murid duduk dalam bulatan. Guru memulakan aktiviti dengan
menunjukkan kepada murid-murid carta atau pun graf pertumbuhan biji benih yang telah
dilakukan oleh murid-murid berdasarkan projek yang telah mereka dilaksanakan.
2. Guru meminta murid menceritakan pengalaman mereka dalam melaksanakan projek dan
menceritakan tentang percambahan biji benih.
3. Guru bertanya mengenai perbezaan pertumbuhan antara dua jenis pokok tersebut.
4. Guru memberikan murid lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan.
5. Murid duduk kembali dalam bulatan dan menyanyikan lagu Ku Siram Pokok Bunga.

PENERANGAN AKTIVITI;
Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah merupakan di bawah komponen sains dan teknologi
dimana ia merupakan objektif utama dalam pembelajaran bertema.Aktiviti ini dilaksanakan
selepas minggu ke keempat projek penanaman pokok cili dan pokok taugeh dilakukan. Ini adalah
kerana objektif utama slot ini adalah bagi mengetahui tentang pertumbuhan biji-benih. Namun
begitu, bagi aktiviti ini guru menggabungjalinkan dengan komponen lain iaitu Bahasa Malaysia
dan kreativiti muzikal. Guru memulakan sesi pembelajaran dengan meminta murid duduk dalam
bulatan dan guru menunjukkan beberapa carta pertumbuhan pokok cili dan pokok taugeh yang
telah ditanam oleh murid.Sebelum itu, murid telah mencatat dan membuat graf menggunakan
kertas warna bagi mengukur ketinggian pertumbuhan pokok.
Berdasarkan graf projek tersebut guru memilih beberapa orang murid secara bergilir untuk
menceritakan pengalaman mereka mengenai projek menanam pokok tersebut dan apa yang
berlaku kepada biji benih yang telah ditanam.Murid menceritakan bagaimana pertumbuhan biji
benih sehingga menjadi pokok kecil berdasarkan gambar dan carta yang telah mereka buat. Guru
hanya berfungsi sebagai pembimbing dan sesi pembelajaran adalah berpusatkan murid .

Guru meminta murid memberikan pendapat mereka tentang perbezaan kedua-dua tumbuhan iaitu
pokok cili dan pokok taugeh dan mengapa ia berlaku. Ia dapat menjana idea murid dan
menaakul.Guru bertindak sebagai pembimbing.
Bagi mengetahui tahap kefahaman murid dan juga sebagai aktiviti pengayaan, guru meminta
murid membuat latihan iaitu menyusun pertumbuhan biji benih daripada awal hingga menjadi
besar.( sila lihat lampiran)
Sebagai aktiviti penutup, guru meminta murid-murid menyanyikan lagu Ku Siram Pokok Bunga
yang mereka telah pelajari sebelum ini.

3.3 AKTIVITI 2
TARIKH
MASA
KOMPONEN

:1 Nov 2013
:10.30 11.00pagi ( 30 Minit)
:Komunikasi. Bahasa Malaysia

STANDARD KANDUNGAN
: BM 3.7
STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.71
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Membaca ayat tunggal yang mudah


Membaca ayat tunggal yang mudah dengan

bimbingan
: Di akhir pembelajaran murid dapat membaca ayat tunggal
mengenai pokok dengan bimbingan guru.

AKTIVITI :
1.
2.
3.
4.

Guru mengumpulkan murid dalam bulatan dan memberikan teka teki kepada murid.
Guru meminta murid mengikut membaca ayat tunggal mengenai pokok.
Guru meminta murid membaca secara individu secara bergilir-gilir.
Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.
PENERANGAN AKTIVITI:
Bagi aktiviti dalam komponen Bahasa Malaysia ini , sebagai aktiviti induksi, guru
memberikan teka-teki kepada murid dan meminta murid meneka jawapannya.Contoh tekateki:
Tanam pokok bersama ibu,
Pokok ditanam diatas tanah,
Kalau adik sudah tahu,

Apakah buah yang pedas dan berwarna merah.


Guru memberikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul sebagai
penghargaan.
Selepas itu, guru meminta murid mengikut guru membaca beberapa ayat tunggal berkaitan
dengan pokok menggunakan kad ayat yang telah ditunjukkan.Kemudian, murid secara
bergilir-gilir membaca ayat tunggak tersebut.Guru akan membimbing murid yang masih
belum menguasai kemahiran membaca ayat tunggal.Dalam aktiviti ini, guru secara tidak
langsung dapat meningkatkan kemahiran keyakinan diri murid.
Setelah semua murid membaca ayat tersebut guru b murid-murid latih tubi ayat tunggal
berkaitan tema . Murid diminta mengisi tempat kosongdengan perkataan yang sesuai
dalam ayat berdasarkan gambar yang diberi.
3.4 AKTIVITI 3
TARIKH
: 3 Nov 2013
MASA
:8.30 pagi -9.30 pagi ( 60 minit)
KOMPONEN
: Kreativiti dan Estetika
STANDARD KANDUNGAN
: KTI 1.1
Mengenal bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan
contohnya

sesuatu

karya

berus dengan bimbingan guru

.
STANDARD PEMBELAJARAN : KTI 1..1.3

Memilih pelbagai bahan yang sesuai untuk

PENGGABUNGJALIN

dalam penghasilan karya


Bercerita dengan bimbingan guru tentang

KM 6.6.2

kepentingan air, udara dan matahari


kepada
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

hidupan di dunia.
: Di akhir pembelajaran murid dapat
Menghasilkan kolaj menggunakan bahan daripada
tumbuhan basah dan kering

1. Murid berkumpul di tempat mereka menanam pokok cili .


2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang perkaitan cahaya matahari, air dan udara
tentang pertumbuhan pokok.
3. Guru meminta murid menceritakan tentang kepentingan air,cahaya matahari dan
udara terhadap hidupan di dunia termasuk pokok , haiwan dan juga manusia.

4. Guru meminta murid meneka atau meramalkan apa akan terjadi kepada tumbuhtumbuhan sekiranya tidak menerima cahaya matahari, air dan udara.
5. Murid membuat kolaj menggunakan bahan tumbuh-tumbuhan hidup dan kering.

PENERANGAN AKTIVITI;
Aktiviti ini yang berfokuskan tentang komponen kreativiti dan estetika dan
digabungjalinkan dengan komponen kemanusiaan. Sebagai aktiviti induksi , guru membawa
murid ke tempat projek pertumbuhan biji benih yang telah mereka laksanakan dua minggu yang
lepas.Murid dalam kedudukan bulatan. Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang
perkaitan cahaya matahari, air dan udara bagi tumbuh-tumbuhan.
Contoh soalan yang dikemukakan
1. Apakah yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup?
2. Mengapa tumbuh-tumbuhan perlukan air?
3. Mengapa tumbuh-tumbuhan perlukan cahaya matahari?
Dalam aktiviti ini, guru bertindak sebagai pemudahcara di mana guru memberikan soalan-soalan
yang dapat membantu murid memberikan jawapan yang berfokus.
Guru membawa murid masuk ke dalam kelas dan guru meminta murid menceritakan tentang
kepentingan cahaya matahari, air dan udara terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga
manusia.
Seterusnya, murid-murid diminta meramalkan apakah yang akan berlaku kepada tumbuhtumbuhan yang tidak dapat cahaya matahai, air dan udara.
Guru memberikan pujian kepada murid yang dapat menberikan pendapat dan jawapan. Sebagai
aktiviti seterusnya yang dapat menarik minat murid, mereka dikehendaki membuat kolaj
menggunakan bahagian-bahagian tumbuh-tumbuhan hidup mahupun kering.Contohnya ranting,
daun dan sebagainya.

3.5 AKTIVITI 4
TARIKH
: 1 Nov 2013
MASA
: 10.30-11.10 ( 40 minit)
KOMPONEN
:SAINS DAN TEKNOLOGI (Awal Matematik)
STANDARD KANDUNGAN
: ST 8.1
Memahami operasi tambah dalam
STANDARD PEMBELAJARAN : ST 8.1.4

lingkungan 10
Menulis
ayat
matematik

dengan

menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=).


OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Diakhir pembelajaran murid dapat,


Menyatakan operasi tambah dalam bentuk ayat.

AKTIVITI
1. Guru meminta murid mengingat kembali proses pertumbuhan biji benih pokok cili yang
telah mereka tanam .
2. Guru meminta murid menyatakan pertambahan bilangan daun daripada minggu pertama
hingga minggu ke empat .
3. Guru memperkenalkan murid kepada ayat matematik dengan menggunakan symbol (+)
dan simbol (=).
4. Murid menyebut ayat matematik yang telah diperkenalkan .
5. Murid membuat aktiviti penambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

PENERANGAN AKTIVITI.
Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah aktiviti selepas beberapa minggu aktiviti projek
pertumbuhan biji-benih dilaksanakan. Ia merupakan komponen sains dan estetika iaitu dalam
awal matematik.Bagi set induksi aktiviti ini, murid dikehendaki mengingat semula tentang
percambahan biji benih dari minggu pertama hingga minggu tersebut.Guru meminta murid
mengira pertambahan helaian daun yang terdapat pada pokok.
Guru memperkenalkan ayat matematik operasi tambah menggunakan symbol (+) dan

(=) .Contohnya, 3+3=6. Murid menyebut ayat matematik tersebut beserta jawapan secara
bergilir-gilir sehingga mereka faham.Sebagai aktiviti pengukuhan, guru memberi murid aktiviti
pengukuhan .Guru bertindak sebagai pembimbing.

4.1 PENUTUP
Kurikulum prasekolah kebangsaan yang menekankan perkembangan murid secara
menyeluruh sebenarnya sangat sesuai dengan pelabagai teori yangtelah dihasilkan oleh
tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Jean Piaget, Maria Montessori dan
Reggilio Emilia. Kanak-kanak dalam usia mereka seawall lima dan enam tahun sangat
suka mencuba dan meneroka sesuatu yang baru.Ini kerana pada ketika ini sel-sel otak
mereka sentiasa berkembang dengan baik dan aktif. Aktiviti pendekatan projek adalah
sanat bersesuaian diamalkan di prasekolah . Ini kerana melalui projek yang telah
dilakukan, kanak-kanak mampu mencipta atau memperoleh pengalaman mereka sendiri
tentang salah satu aktiviti kehidupan.mereka berjaya mencipta dan meneroka sesuatu
perkara yang baru.
Contohnya aktiviti penanaman biji benih ini, saya percaya sebagai murid yang
berada dalam kawasan bandar mereka belum pernah ada pengalaman dan pengetahuan
mengenai proses penanaman pokok ini.Namun begitu seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini , perkembangan murid juga berkaitan dengan persekitaran mereka, sekiranya
murid-murid dikalangan luar Bandar di mana mereka telah biasa dengan aktiviti
penanaman pokok, guru perlu membina satu projek yang lebih mencabar supaya
mengelakkan daripada masalah kebosanan.
Di samping itu juga melalui aktiviti projek ini , pelbagai aktiviti yang berkaitan
dapat guru lakukan bersama murid dalam pelbagai komponen kerana ia dapat melibatkan
semua komponen termasuk kerohanian.Selain daripada mewujudkan unsure-unsur
kegembiran kepada murid-murid kerana melaksanakan aktiviti ini ia juga dapat
membantu guru merancang dengan lebih baik tentang aktiviti-aktiviti berpandukan projek
yang telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, ia juga dapat mewujudkan suasana yang menarik dan
harmoni. Melalui aktiviti ini, murid dapat menjana idea, menaakul dan membuat ramalan
seperti dalam aktiviti yang telah dilakukan dimana guru telah bertanyakan kepada murid
apakah yang akan terjadi kepada pokok tanpa kehadiran cahaya matahari, air dan udara.
Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan juga semangat bekerjasama di
mana mereka bersama-sama menanam, menjaga dan menyiram pokok yangtelah mereka
tanam.
Melalui pemantauan yangtelah saya lakukan, murid-murid sangat gembira dan begitu
teruja dalam melaksanakan aktiviti ini kerana datang sahaja ke sekolah mereka akan terus
ke kawasan di mana terletaknya tanaman mereka dan bersama-sama menyiram dan
menjaga pokok tersebut.
Jadi benarlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh Reggilio Emilia bahawa
pendekatan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam pembelajaran selain ia mampu
meningkatkan tahap perkembaangan kognitif kanak-kanak.Namun begitu setiap aktiviti
yang dilakukan perlu dalam bimbingan guru sepenuhnya kerana faktor keselamatan dan
sebagainya.
Apa yang diharapkan ialah guru-guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti projek
ini supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bermakna dalam proses
pembelajaran mereka secara optimum.Guru adalah merupakan foktor penting dalam
menggerakkan aktiviti walaupun aktiviti dilaksanakan oleh murid-murid sendiri.

5.0

RUJUKAN

1. Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2004). Beginning and beyond. Foundations in early
childhood education (6th ed. ). NY: Thompson Delmar Learning.
2. Johnson, J. E. (2005). Approaches to early childhood education (4th ed.). NJ: Merill
Prentice Hall.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Kurikulum prasekolah kebangsaan. KL:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Ministry of Education. (1984). Status report of pre-school education. KL: Ministry of
Education Malaysia.
5. Putri Zabariah A. R., Bustam K., & Hamizah R. (2005). Tadika berkualiti. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
6. White C. S., & Coleman, M. (2000). Early childhood education: Building a philosophy
for teaching. NJ: Merill Prentice Hall.

6.1 LAMPIRAN

Murid-murid melakukan aktiviti menyemai biji benih kacang hijau menggunakan


beberapa bahan iaitu kacang hijau, kapas dan air.

Pertumbuhan pokok taugeh dalam minggu yang berbeza

PROSES MENANAM BIJI CILI


Murid menggunakan peralatan menanam, tanah organic, biji cili dan plastic jernih yang telah
ditebuk bagi menggantikan polybag.

PROSES PERTUMBUHAN CILI

CARTA PERTUMBUHAN BIJI BENIH CILI

CARTA PERTUMBUHAN BIJI BENIH KACNG

LEMBARAN KERJA

Anda mungkin juga menyukai