7 Sebab Bahana Makanan Ringan
7 Sebab Bahana Makanan Ringan
7 Sebab Bahana Makanan Ringan
Gambar Hiasan
Tidak dinafikan, golongan remaja terutamanya sangat gemarkan makanan ringan atau lebih popular
dengan gelaran junk food. Pernahkah anda terfikir mengapa ia dinamakan sedemikian? istilah junk
itu sendiri sebenarnya membawa maksud lebihan dan tidak berguna.
Hakikatnya, makanan ringan seperti kerepek, cip kentang, gula-gula dan lain lain makanan ringan
yang dibungkus dalam plastik tidak bagus untuk kesihatan lebih-lebih di usia anda yang masih muda.
Memang benar, makanan ringan ini sebenarnya memberikan ketagihan pada remaja kerana rasanya
yang enak, mudah didapati dan murah. Tapi realitinya, kebanyakan produk ini tidak memberikan
apa-apa manfaat dan juga khasiat penting untuk badan.
Pengambilan makanan ini secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga
menghalang anda untuk mencapai matlamat dalam diet harian. Penulis percaya ketagihan produk ini
sukar dihentikan tapi jika anda perhatikan kesannya pada kesihatan, fikir sekali lagi.
1. Punca badan letih - Walaupun makanan ringan dan makanan segera boleh mengenyangkan perut,
tapi produk ini kekurangan nutrien yang diperlukan seperti protein dan karbohidrat yang berfungsi
menjadikan tubuh anda bertenaga dan sihat. Jika anda mengambil produk ini setiap kali kelaparan,
anda boleh menjadi letih. Makanan ini mengurangkan tenaga dalam badan dan pada sampai satu
tahap menghalang anda melakukan tugas harian dengan berkesan.