Anda di halaman 1dari 24

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BAB 1:

1.0

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pengenalan
Sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan tugas berhadapan dengan komputer

atau sedang mengakses internet untuk untuk apa sahaja tujuan sama ada membina
hubungan sosial melalui laman muka buku (Facebook, Twitter dsb), mencari bahan
atau resepi masakan baru atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia,
individu tersebut sebenarnya sedang menggunakan teknologi terkini. Jika sekiranya
seorang pendidik atau pelajar pula yang menggunakan komputer untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk
sebagai teknologi dalam pendidikan.

1.1

Konsep Teknologi
Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden

terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video,
pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD),
kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta
proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu
masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.
Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific
or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi
adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik
atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas
tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang
digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem
yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang
tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik
tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian
pengetahuan

saintifik

pula

merujuk

kepada

teknik

yang

digunakan

untuk

mengaplikasikan idea atau teori di mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya
manakala aplikasinya pula telah disahkan melalui ujian.
Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah
penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat
yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang
ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Manakala Evans dan
Nation (2000) menyatakan, Technology is not a tool it is an art or science of how to
use a tool for a purpose.
Selain daripada itu, Smaldino et.al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah
sebagai produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil
dari proses teknologi itu sendiri. Contohnya komputer (perkakasan) dan bahan CDROM (perisian) adalah hasil teknologi. Saettler (1990) turut menegaskan bahawa
teknologi bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut
meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Menurutnya, teknik lebih penting
daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan. Proses
pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus
pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan
berkembang adalah kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri.

1.2

Konsep Pengajaran
Secara umumnya

pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana

keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku


pelajar. Manakala pembelajaran pula bermaksud proses belajar yang berlaku apabila
guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses memberi dan menerima.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pullias dan Young (1968) menyatakan, Pengajaran itu keseluruhannya
merupakan cara membimbing murid untuk memperolehi sejumlah pengalaman yang
cukup bermutu hingga mampu sejauh mungkin menolong pembinaan kemungkinankemungkinan sebagai manusia.
Mengikut
pembelajaran

Ramsden
di

sekolah

(1988)

konsep

seharusnya

pengajaran

merupakan

satu

adalah

Belajar

pergerakan

ke

atau
arah

pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks,


mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan
menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar
kelas.
Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah
Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan
berkemungkinan untuk belajar.

1.3

Konsep Teknologi Pendidikan


Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan

kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Teknologi


Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi
pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell (1971), dalam Encyclopedia of
Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia,
peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan" .
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), mentakrifkan teknologi
pendidikan sebagai proses yang kompleks dalam mengalisis keperluan pendidikan
secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan
mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara
untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Seels

&

Reechy

(1994)

bersama

The

Association

for

Educational

Communication and Technologys (AECT) menyatakan teknologi pendidikan adalah


teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan
menilai proses serta sumber untuk pembelajaran, (Instructional technology is the theory
and practice of designing, development, utilization, management and evaluation of
processes and resources for learning).
Molenda (2000) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai the profession
in which a knowledge of the science of instruction and art of teaching, gained by study
and experience, are applied to develop and manage, with economy and elegance,
instructional materials and systems that contribute to the provision of humane, effective
learning environments necessary to advance the progressive well-being.

Seterusnya Reiser (2001), menjelaskan bidang teknologi pendidikan merupakan


The field of instructional design and technology encompasses the analysis of learning
and performance problems, and the design, development, implementation, evaluation
and management of instructional and non-instructional processes and resources
intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly
educational institutions and the workplace. Professionals in the field of instructional
design and technology often use systemic instructional design procedures and employ a
variety of instructional media to accomplish their goals. Moreover, in recent years, they
have paid increasing attention to non-instructional solutions to some performance
problems. Research and theory related to each of the aforementioned areas is also an
important part of the field.

1.5

Domain Dalam Teknologi Pendidikan

Domain dalam Teknologi Pendidikan melalui dua (2) fasa iaitu;


Fasa pertama: Tahun 1977
Fasa kedua: Tahun 1994

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


1.5.1 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi


Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and
Technologys (AECT) 1977:
Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang
melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis
masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian
kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan
terkawal.
Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi:

i.

i.

Pengembangan pengajaran

ii.

Sumber pembelajaran

iii.

Pengurusan pengajaran

Pengembangan Pengajaran:
a) Penyelidikan
b) Reka bentuk
c) Penerbitan
d) Penilaian
e) Logistik
f) Penggunaan
g) Pengedaran

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Fungsi pengembangan pengajaran ini ialah menganalisis masalah-masalah
pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada
masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoritikal bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat
saintifik berkenaan murid, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan
sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji.
Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya
adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini
ditukar menjadi suatu spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan
pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih
strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media
tersebut.
Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis,
grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer
dan pengendalian alat turut diadakan. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan,
segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media
pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih
dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan.
Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut
kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti
teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan
dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan
pembaikan.
Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan. Di
peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media
pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta
membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau
semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat
pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara
dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan
dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi
pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan
dan pemberitaan.

ii.

Sumber Pembelajaran:
a) Mesej
b) Manusia
c) Bahan
d) Peralatan
e) Teknik
f) Tempat atau keadaan
Sumber pembelajaran terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik

dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah
atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan
disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku
dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran.

Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar


maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej. Mesej mengandungi maklumat
yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain. Manusia
bertindak sebagai penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam
konteks sekolah adalah seperti pengetua, guru, murid dan ibu bapa. Bahan juga adalah
penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video, modul

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


pembelajaran, cakera padat dan sebagainya. Peralatan pula berfungsi menghantar
maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain
cakera video dan sebagainya. Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia
digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik
dan lain-lain.

Tempat atau keadaan merupakan keseluruhan persekitaran. Mesej akan disebarkan


seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan
sumber pembelajaran, tidak semuanya direka bentuk khusus untuk pembelajaran.
Bagaimanapun, kebanyakannya masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran
seperti iklan televisyen, akhbar, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau
televisyen, muzium, zoo, internet dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia
ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh yang demikian, guru dan
murid perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber-sumber tersebut secara
berkesan.

iii.

Pengurusan Pengajaran:
a) Pengurusan organisasi
b) Pengurusan kakitangan

Fungsi pengurusan pengajaran adalah menyelaras dan mengawal fungsi


pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi
pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi
dan pengurusan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek
dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif.
Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan
dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.

Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan


pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan
8

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara
pekerja. Jelasnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan
secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu
objektif tertentu diintegrasikan seterusnya, untuk menyelesaikan sebarang masalah,
semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.

1.5.2 Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi


Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and
Technologys (AECT) 1994:
Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun,
mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.

Pembangunan
Teknologi
Percetakan
Teknologi
Audiovisual
Teknologi
Berasaskan
Komputer
Teknologi
Bersepadu

Rekabentuk
RB Sistem Pengajaran
RB Mesej
Strategi Pengajaran
Ciri-ciri Pelajar

Penilaian
Analisis Masalah
Pengukuran Rujukan
Kriteria
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Penggunaan
Penggunaan Media
Difusi dan Inovasi
Pelaksanaan
Polisis dan Peraturan
Pengurusan
Pengurusan Projek
Pengurusan Sumber
Peng Sistem Penyampaian
Pengurusan Maklumat

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Berdasarkan definisi tersebut, terdapat lima (5) fungsi;

i.

i.

Rekabentuk

ii.

Pembangunan

iii.

Penggunaan

iv.

Pengurusan

v.

Penilaian

Domain Rekabentuk:

Rekabentuk Sistem Pengajaran

Rekabentuk Mesej

Strategi Pengajaran

Ciri-ciri Pelajar

Reka bentuk adalah proses menyatakan syarat yang khusus untuk pembelajaran.
Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang
pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk mewujudkan strategi
bersekala besar dalam penghasilan produk seperti program dan kurikulum, serta yang
berskala kecil, seperti pelajaran dan modul. Sebagai contoh, permohonan teori
pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah,
analisis ciri-ciri pelajar dan juga dalam konteks pembelajaran (persekitaran fizikal,
keperluan, tugas), perancangan strategi pengajaran, serta interaksi manusia-komputer /
muka reka bentuk untuk sistem yang direka bagi memudahkan pembelajaran.
ii.

Domain Pembangunan:

Teknologi Percetakan

Teknologi Audiovisual

Teknologi Berasaskan Komputer

Teknologi Bersepadu

Domain Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk


10

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang
digunakan dalam pengajaran. Bagaimanapun, domain ini tidak diasingkan daripada
teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia berfungsi
bebas daripada pengurusan penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain
pembangunan boleh digambarkan oleh mesej yang didorong oleh kandungan, strategi
pengajaran yang merupakan teori dan manifestasi fizikal seperti teknologi perkakasan,
perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, teknologi audiovisual,
teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif),
boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran.

iii.

Domain Penggunaan:

Penggunaan Media

Difusi dan Inovasi

Pelaksanaan

Polisi dan Peraturan

Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan proses dan sumber


untuk

pembelajaran.

Mereka

yang

terlibat

dalam

penggunaan

adalah

bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan dan aktiviti tertentu,


menyediakan

pelajar

untuk

berinteraksi

dengan

bahan-bahan

terpilih

dan

melaksanakan aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan


penilaian keputusan dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur
berterusan dalam sesebuah organisasi.

iv.

Domain Pengurusan:

Pengurusan Projek

Pengurusan Sumber

Peng Sistem Penyampaian

11

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan Maklumat

Domain

Pengurusan

melibatkan

mengawal

teknologi

pengajaran

melalui

perancangan, menyusun, menyelaras dan menyelia. Individu dalam bidang ini kerap
dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai ketetapan. Sesuatu
pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan
projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat media sekolah. Matlamat
sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza daripada penetapan sesuatu program
atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan asas kekal malar tanpa mengira
persekitaran.
v.

Domain Penilaian:

Analisis Masalah

Pengukuran Rujukan

Kriteria

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian dan melengkapkan


proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi dari segi kualiti,
keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum.
Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah
pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Sebagai contoh,
teknologi pengajaran mungkin bertindak sebagai perunding, mengenal pasti jurang
antara objektif dan hasil pembelajaran sebenar untuk program atau projek dan
mencadangkan beberapa maklum balas bagi sebarang perubahan.

1.6

Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan


Menurut Roblyer (2003), teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses

dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan

12

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang
berkaitan. Kadangkala teknologi juga dilihat sebagai arus pembangunan atau
pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah
kerana pengaruh dan kesan penggunaan alat teknologi itu sendiri. Justeru, teknologi
pendidikan dapat dijustifikasikan sebagai penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk
merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Penekanan adalah kepada
pencapaian objektif pendidikan yang tepat dan ianya boleh diukur, pemusatan kepada
murid dan bukan kepada mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menyatakan prinsip teknologi pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran hanya merupakan sebagai bahan bantu
kepada guru untuk mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan
pengajaran. Teknologi pendidikan digunakan untuk membantu guru mengajar dan
membantu murid belajar suatu kandungan mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Tegasnya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Pada prinsipnya, sumber pendidikan digunakan untuk mencapai objektif dan


peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan seperti;
i.

pengenalan topik

ii.

perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep

iii.

penutup atau kesimpulan topik pelajaran

iv.

penilaian kefahaman terhadap sesuatu topik.


Sumber pendidikan juga perlu digunakan mengikut masa yang sesuai untuk

mengoptimum proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pendidikan


perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu;
i.

Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya


dengan topik yang diajar.

ii.

Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting


yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
13

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


iii.

Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan atau pengayaan dan juga


aktiviti pengukuhan.

1.7

Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran


Pembelajaran
Dengan perkembangan pesat penggunaan komputer dan perisian pengajaran,

muncul peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya


komputer sehingga timbul suatu lagi literasi yang diistilahkan sebagai literasi komputer
(Heinich et al., 1996). Literasi komputer yang merujuk kepada kemahiran memperoleh
maklumat, berfikir dan berkomunikasi menggunakan komputer dalam abad ini jauh
melebihi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) suatu ketika dahulu. Murid-murid
kini perlu berliterasi komputer sekiranya mereka ingin bersaing di pusat-pusat pengajian
atau di tempat kerja mereka. Sehubungan itu, dalam menuju era teknologi dan
informasi serta meningkatkan produktiviti, sistem pendidikan negara memerlukan
perubahan dari segi model pendidikan yang ada sekarang kepada suatu model baru
iaitu

melalui

penggunaan

teknologi

seperti

perisian

pengajaran

yang

boleh

menghasilkan sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan negara.


Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga
adalah sangat penting kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah
pastinya tidak sama seperti keadaan sekarang. Kelas pada masa hadapan mungkin
bukan lagi dalam bentuk bilik, sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di mana murid sendiri yang akan
menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran juga tidak boleh hanya
terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu diajar kemahiran
untuk memperoleh maklumat.
Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknikteknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan
pelbagai kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting
bagi mencapai objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang
dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah;

14

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i.

Membina kemahiran kognitif

ii.

Menggalakkan pembelajaran kendiri

iii.

Menjadikan pembelajaran aktif

iv.

Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan

v.

Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar

vi.

Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai

vii.

Melibatkan lebih daripada satu deria

viii.

Menjimatkan masa pembelajaran

ix.

Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid

x.

Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif

xi.

Menggalakkan Pendekatan Koperatif

xii.

Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif

xiii.

Mengubah pengalaman pembelajaran

xiv.

Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran

xv.

Mengubah peringkat membuat keputusan

i.

Membina Kemahiran Kognitif


Menurut Gagne (1985), murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali
untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan yang
dilakukan melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih
membantu

murid

mengingati

sesuatu

maklumat

berbanding

proses

pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan


dalam bentuk verbal (contoh: lisan dan teks) berserta dengan bentuk visual
(contoh: gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi kadar ingatan
dan mencapai semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).

ii.

Menggalakkan Pembelajaran Kendiri


Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar
yang sesuai dengan murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran
dalam

teknologi

pendidikan

yang
15

telah

dibuktikan

melalui

kajian.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik
berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid
boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta
kesesuaian mereka.

iii.

Menjadikan Pembelajaran Aktif


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya
dari sudut interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti
menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid pada
sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang
mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin
aktif proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak
kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan
jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.

iv.

Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan


Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran
berasaskan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang
menghiburkan dan menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah
terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak membosankan (Jamalludin,
Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai hiburan yang
tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang
baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak
menganggu pembelajaran.

v.

Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan membolehkan penyampaian
isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih
menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi strategi
16

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


belajar yang bervariasi (Ellis, 2004). Setiap individu mempunyai corak
pembelajarannya yang tersendiri. Pengajaran secara tradisi tidak dapat
memenuhi masalah corak pembelajaran yang berbeza ini. Namun perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan kini dapat memberikan segala
kemudahan ini kepada murid.

vi.

Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat mengatasi masalah
keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.
Guru sememangnya dapat menumpukan pengajaran secara individu
sekiranya jumlah murid adalah kecil. Namun, sekiranya berurusan dengan
murid yang ramai, penumpuan secara individu adalah di luar kemampuan
mereka (Heinich et al., 1996). Guru juga akan dapat bersama murid di suatu
tempat yang sama pada suatu tempoh yang terhad, hal ini juga menjadi
faktor penghalang bagi para guru untuk melakukan penumpuan secara
individu terhadap setiap murid. Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan
perisian

pengajaran

dalam

teknologi

pendidikan

yang

menawarkan

kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu


serta menjamin pencapaian yang baik.

vii.

Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria


Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan
menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses
pembelajaran. Hal ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan
dan minda seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam
proses tersebut (Vaughan, 1998). Penglibatan lebih daripada satu deria
membawa impak positif terhadap proses pembelajaran. Pembelajaran yang
menggunakan satu deria sahaja adalah kurang berkesan berbanding dengan
pembelajaran yang menggunakan pelbagai deria (Neo & Neo, 2001).

viii.

Menjimatkan Masa Pembelajaran


17

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa
pembelajaran

seseorang

murid.

Banyak

dapatan

kajian

mendapati

penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mampu


mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan
kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).

ix.

Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid


Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi
pendidikan melalui penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan
pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat melalui tinjauan yang dijalankan
melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap universiti
oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat
(NCREL). Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap
pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan
(NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al., 2000).

x.

Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif


Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang
persekitaran pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat
murid. Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan
slaid dapat meransang perhatian murid secara optimum jika dilaksanakan
dengan sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan pembelajaran yang dapat
dilaksanakan di dalam kelas dengan mengunakan teknologi pendidikan bagi
menjana persekitaran pembelajaran yang berkesan.

xi.

Menggalakkan Pendekatan Koperatif


Pendekatan

koperatif

ialah

pembelajaran

yang

melibatkan

murid

bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli


kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah bekerjasama di
dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam
18

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat
berkerjasama di dalam kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam
kalangan ahli kumpulan dititikberatkan supaya dapat membantu ahli
kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang positif. Dalam
melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada
murid seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan
tugas yang diberikan dengan baik.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan
kepada murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan
Sistem Solar. Murid diberikan masa untuk mencari maklumat secara
berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal komputer. Hasil dapatan
tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi media
yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan
dapat berkomunikasi dengan berkesan.

xii.

Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif


Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia
memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu
idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid
akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama
mereka dan menyelesaikan masalah bersama. Dalam pendekatan ini juga,
setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan komitmen bagi melaksanakan
tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi meningkatkan
prestasi akademik meraka.
Sebagai contoh, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains, guru
meminta murid mencari satu penyelesaian bagi satu permasalahan seperti
faktor yang mempengaruhi pengaratan. Murid diminta untuk mengkaji faktor
yang mempengaruhi pengaratan dan melakukan satu eksperimen bagi
menyokong pendapat mereka. Di sini, guru dapat menggalakkan murid untuk
19

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


menggunakan pelbagai sumber media pengajaran bagi membantu mereka,
seperti tayangan slide show, hasil pemerhatian dan perolehan maklumat dari
sumber internet. Di samping menggalakkan murid berkomunikasi, guru juga
dapat memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi pendidikan
seperti mencari bahan di internet.

xiii.

Mengubah Pengalaman Pembelajaran


Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman
pembelajaran. Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan
pembelajaran yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah
tingkah laku murid. Oleh yang demikian, pengalaman pembelajaran
merupakan aspek yang penting di dalam pelaksanaan kurikulum.
Bagi menjayakan kurikulum, perancangan yang teliti dan rapi hendaklah
diatur supaya ia dapat membantu murid mendapatkan pengalaman
pembelajaran berlandaskan objektif yang ditentukan oleh guru berdasarkan
sukatan pelajaran (KSSR Standard Pembelajaran) yang telah digubal.

Perancangan

seperti

penggunaan

media

yang

sesuai

sama

ada

menggunakan aplikasi komputer, simulasi, tunjuk cara atau apa jua bahan
yang dapat membantu murid memahami pembelajaran hendaklah ditentukan
agar pemikiran secara kritis dan kreatif dapat dijana di dalam kelas supaya
murid mampu mengaplikasikan pembelajaran dengan kehidupan seharian
mereka.
Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan
adanya

pelbagai

kaedah

dan

teknik-teknik

pembelajaran

seperti

pembelajaran secara berkumpulan atau bersendirian, bersama sumber


manusia (tenaga pengajar) dan bahan teknologi (perisian komputer),
pembelajaran koperatif dan melibatkan murid secara aktif di samping
menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Perubahan ini
penting bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada
murid bagi menguasai sesuatu pelajaran.
20

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

xiv.

Mengubah Peringkat Membuat Keputusan


Seperti yang telah kita ketahui, di Malaysia sukatan pelajaran (Standard
Pembelajaran KSSR) ataupun kurikulum sekolah telah ditentukan oleh
Kementerian

Pelajaran

Malaysia.

Sukatan

tersebut

telah

digubal

berlandasakan aras kemahiran murid mengikut peringkat umur. Semasa


perancangan sukatan atau standard pembelajaran atau kurikulum ini diolah
dan digubal, perancang kurikulum akan berkerjasama dengan pereka
pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pendidikan dalam
kurikulum sekolah.
Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti
kurangnya

persediaan

guru

semasa

melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran dan kesukaran mendapatkan bahan media yang sesuai untuk


membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat
dijelaskan

peranan

teknologi

pendidikan

telah

berperanan

merubah

kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu. Sistem pendidikan


kini lebih efisyen dan mampu melahirkan pembelajaran yang berkesan
kepada murid dalam masa yang lebih singkat.
Dengan

adanya

teknologi

pendidikan,

pelaksanaan

pengajaran

berlandasakan kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan,


mudah,

berteknologi

terkini

dan

memberikan

impak

positif

kepada

pembelajaran murid dan seterusnya sistem pendidikan.

xv.

Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran


Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan,

teknologi

pendidikan juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan


pengajaran. Hasil pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi
sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi
pendidikan juga dapat menukar sistem atau pendekatan pengajaran
konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas
21

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


terbuka atau sistem sekolah bebas. Sebagai contoh, hasil teknologi
pendidikan kini dapat menghasilkan sistem yang lebih sistematik dan teratur
yang dapat memberi manfaat kepada guru dan murid serta memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penciptaan perisian bagi menyediakan jadual
waktu guru (System Windows), dan yang terkini sistem pengajaran
berdasarkan IES (Interaction Education System) dapat memudahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian IES guru
menggunakan komputer semasa pelaksanaan pengajaran dan murid
memberikan maklum balas dengan menggunakan remote control secara
individu untuk memberikan maklum balas. Melalui sistem ini guru dapat
mengesan hasil pembelajaran dengan lebih cepat iaitu pada setiap kali
pengajaran. Guru juga dapat mengenalpasti aras kefahaman murid secara
individu dengan lebih mudah.
Teknologi pendidikan juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya
sistem pembelajaran jarak jauh yang menggunakan teknologi maklumat
sebagai pengantara ilmu. Jelaslah di sini teknologi pendidikan dapat
mewujudkan persekitaran pengajaran yang positif. Hasil kajian dan ciptaan
teknologi

yang

canggih

daripada

para

ilmuan

cerdik

pandai

telah

memungkinkan perubahan kepada kepelbagaian sistem dan pendekatan


yang lebih produktif bagi melahirkan generasi ilmuan yang lebih ulung.

Aktiviti Rangsangan:
1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?
3. Apakah kepentingan teknologi pendidikan

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran?
4. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?
5. Apakah domain teknologi pengajaran?
6. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?
7. Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran?
22

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


8. Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran?
9. Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran?
10. Apakah peranan lain teknologi pendidikan?
11. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini?

BIBLIOGRAFI

AECT . Association for Educational Communications and Technology (1977). The


definition of educational technology. Washington DC: AECT.

AECT, Association for Educational Communication and Technology (1994). The


definition of educational technology. Washington: AECT.

AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition


and Terminology Committee document #MM4.0.

The meanings of educational

technology. Washington DC: AECT.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada
[http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_
Bab_1.pdf]

Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on


creating educational technologies. London: Kogan Page.

Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.

Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New


23

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.

Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti.

24

Anda mungkin juga menyukai