Anda di halaman 1dari 1

Cara membuat kompos mudah dan segera

Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia
mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.
Bahan: 1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering,
reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain. 2. Bahan
basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa
tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas
teh/kopi dan lain-lain. 3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan
sebagainya. 4. Air untuk menyiram. 5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air
beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan
sedikit air). nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja Cara
membuatnya: 1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah
di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga
gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine. 2. Siram
dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab. 3. Bolak-balikkan kompos selang
beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali. 4. Kompos biasanya akan
terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.
(sumber: http://on.fb.me/1kkf4lu) Namun begitu, ada cara yang membolehkan
kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan. - See more at:
http://www.kebunbandar.com/cara-membuat-kompos-mudah-dansegera/#sthash.WgDpIwjN.dpuf

Anda mungkin juga menyukai