bmthn5 111123011828 Phpapp01

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 16

BAHASA MALAYSIA

TAHUN 5
Disediakan oleh:
Napiah Muhamad

Bahagian A
(Masa yang dicadangkan : 15
minit)

( 10

markah

Tulis lima ayat lengkap tentang


aktiviti-aktiviti berdasarkan
gambar di bawah.

1
2
3
4
5

Farid dan Aiman sedang makan ais krim sambil berbual-bual.


di bawah sebatang pokok.
Ahmad menjual rantai kunci yang pelbagai jenis dengan harga
yang berpatutan.
Syahira membeli secawan air batu untuk menghilangkan rasa dahaganya.
Kasim menghulurkan wang kepada penjual belon setelah memilih belon
yang hendak dibeli .
Adam memasukkan kuih ke dalam bekas makanan dengan berhati-hati
menggunakan penyepit makanan.

BAHAGIAN B
(Masa yang dicadangkan 40 minit)
( 30 markah)

Pendahuluan
Ayah kamu
-bertanya
khabarsering sakit-sakit sejak akhir-akhir ini. Tuliskan
sepucuk surat kepada abang kamu yang tinggal di bandar.
Isi-isi
Minta abang kamu pulang
-tujuan
menulis surat
ayah
sakit-sakit
- telah dibawa ke klinik
menziarahi
ayah
kamu
di kampung.
- keadaan ayah tidak lalu makan lemah - kurus

- meminta
abang pulang menyebut-nyebut nama - rindu
- membawa ayah ke bandar mendapatkan rawatan lebih baik harapan
bonda
Penutup
- harapan pulang segera

No 5 Taman Ria,
Jalan Cempaka 3,
34000 Taiping,
Perak.
12 Februari 2010.
Menemui kekandaku, Fairuz yang kini berada di Kuala Lumpur. Semoga
kekanda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Adinda di sini sihat-sihat
belaka. Hampir tiga bulan kekanda tidak pulang ke kampung. Mungkin kekanda
sibuk dengan urusan kerja.
Kekanda,
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk memaklumkan keadaan kesihatan
ayahanda. Sejak kebelakangan ini, ayahanda sering sakit-sakit. Sudah
beberapa kali ayahanda dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi
keadaan ayahanda masih begitu juga.
Kekanda,
Adinda tidak sampai hati melihat keadaan ayahanda sekarang. Ayahanda
seperti tidak lalu makan. Ayahanda semakin lemah dan kurus. Suaranya pun
semakin lemah. Mungkin disebabkan selalu sakit-sakit.

Kekanda,
Jika ada kelapangan, pulanglah ke kampung. Ayahanda sering menyebutnyebut nama kekanda. Lihatlah keadaan ayahanda yang semakin uzur. Mungkin
ayahanda merindui kekanda dan kepulangan kekanda dapat mengurangkan
kesakitan ayahanda.
Kekanda,
Jika kekanda pulang ke kampung, mungkin kita boleh membawa
ayahanda mendapatkan rawatan di bandar besar pula. Bonda berharap sangat agar
ayahanda diberi rawatan yang lebih sempurna memandangkan di sini tidak banyak
klinik. Harapan bonda, biarlah ayahanda kembali sihat seperti sedia kala.
Sampai di sini sahaja yang dapat adinda coretkan. Adinda berharap agar
kekanda dapat pulang segera. Kami di sini sentiasa menantikan kepulangan
kekanda. Sekian.
Adindamu,
Faizal Tahir

Pendahuluan

Masa itu emas.


Tulis
masa sangat
sebuah
berharga
karangan
-penuhkantentang
masa lapangcara-cara
aktiviti berfaedah
mengisi
masa
dengan baik.
Isi-Isi

-menolong ibu dan ayah - mengemas rumah - membersihkan halaman


rumah - mencuci kereta
-melakukan hobi yang berfaedah - mengumpul setem - mengetahui
banyak negara di dunia - berkebun - mendapat hasil - kegunaan sendiridiberi kepada jiran
-membaca buku - membuat kerja rumah -mengulangkaji pelajaran rajin - berjaya
-beriadah - bersukan bersama keluarga - menyihatkan badan -keluarga
bahagia
Penutup
Masa berlalu tidak akan berulang lagi- penuhilah dengan aktiviti
berfaedah

Akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah.


Pendahuluan
Sehingga kini apabila aku terkenangkan
peristiwa
itu,
pastidiaku
sendirian.
terlewat
bangun
- keadaan
luar akan
- pukultersenyum
7.00 - mencapai tuala
Peristiwa itu tidak dapat aku lupakan.
Isi - isi

-bersiap-siap -ke bilik adik - tiada - marah adik - ditinggalkan


-pelik - rumah sunyi - keluarga tiada - bersarapan bersama - kereta
tiada -menyorong basikal
-kereta menuju ke rumahku - ayah, ibu dan adik-adikku tersenyum tertawa
-bungkusan makanan - memberitahu cuti umum - malu
Penutup
setahun berlalu

Pagi itu aku terlewat lagi. Bilaku buka mata , aku dapati keadaan di
luar sudah cerah. Aku memandang ke arah jam. Jam menunjukkan pukul 7.00
pagi. Aku menggosok-gosokkan mata dan memandang sekali lagi ke arah jam.
Aku terperanjat lalu terus bangun dari katilku. Aku mencapai tuala kemudian
berlari-lari ke bilik mandi.
Aku tergesa-gesa dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Setelah mandi ,
aku menyarungkan baju ke badanku. Setelah siap, aku ke bilik adikku.Aku
dapati adikku telah tiada. Baju sekolahnya juga tiada. Aku menjadi semakin
marah kerana adik tidak mengejutku malahan meninggalkan aku. Kemudian
aku ke dapur.
Aku berasa amat pelik. Keadaan rumahku amat sunyi. Ibu bapaku juga
tiada di dapur. Biasanya kami akan bersarapan bersama-sama sebelum
meninggalkan rumah untuk ke sekolah. Aku meluru ke arah pintu. Ku lihat
kereta ayahku telah tiada. Mataku mula merah. Aku sangat sedih kerana
ditinggalkan oleh keluargaku. Setelah memakai kasut sekolah, aku mencapai
basikalku. Aku menyorong basikalku hingga ke pintu pagar.

Dari jauh aku melihat sebuah kereta menuju ke rumahku. Itulah kereta
ayahku. Di dalamnya kulihat ayah, ibu dan adik-adikku tersenyum- senyum
memandang ke arahku. Aku bertambah marah. Ayah menghentikan kereta. Dari
pintu pagar aku terdengar mereka tertawa.
Ibuku membuka pintu kereta dan di tangannya ku lihat ada beberapa
bungkusan makanan. Adikku pula tidak memakai baju sekolah. Aku semakin
pelik. Sambil tertawa ibuku memberitahu bahawa hari ini adalah hari cuti
umum. Aku terkedu. Hilang perasaan marah dan timbul pula perasaan malu.
Peristiwa itu telah setahun berlalu. Namun demikian sehingga
kini apabila aku terkenangkan peristiwa itu, pasti aku akan
tersenyum sendirian. Peristiwa itu tidak dapat aku lupakan .

Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah
ini. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah tidak melebihi 50 patah
perkataan. Tuliskan jawapan kamu
dalam satu perenggan

Encik Farid dan Puan Yati memelihara seorang


anak angkat yang bernama Fatina. Fatina dijaga oleh
Encik Farid dan isterinya semenjak kematian ibu
bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Fatina dipelihara dengan penuh kasih sayang.


Kehidupannya dilimpahi dengan kemewahan. Encik Farid
dan isterinya amat menyayangi Fatina kerana mereka
tidak mempunyai anak walaupun sudah sepuluh tahun
berkahwin. Kehadiran Fatina dalam keluarga mereka
amat dialu-alukan. Fatina dijaga dengan sebaik-baiknya
sebagai memenuhi wasiat ibu bapa Fatina.

Fatina juga merupakan seorang anak yang baik dan


mendengar kata. Dia juga amat menyayang ibu bapa
angkatnya itu. Fatina seorang yang pintar dan baik.
Kemewahan yang diperolehinya tidak pernah dipersiasiakan oleh Fatina. Dia juga tidak pernah mengambil
kesempatan atas segala kebaikan dan kasih sayang yang
diberikan oleh Encik Farid dan Puan Yati. Kehidupan
mereka sekeluarga begitu bahagia dan harmoni.

Contoh Jawapan Bah C


Nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita
hendaklah mengambil berat terhadap kesusahan orang
lain agar beban mereka dapat diringankan

. Kita

sepatutnya mengasihi sesama manusia agar hidup lebih


harmoni. Seterusnya kita mestilah menepati janji agar
orang lain mempercayai kita. Kita wajib menghormati
ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan
kita.

Akhir

sekali

kita

hendaklah

menjaga

kebahagiaan keluarga agar hidup kita lebih aman.


( 60 p.perkataan)

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai