Anda di halaman 1dari 2

Nama penuh: ____________________

Tingkatan: ____________

LATIHAN 1
Susun semula surat kiriman di bawah menjadi urutan yang betul berpandukan contoh surat kiriman di atas.
Soalan: Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu yang tinggal di bandar untuk mengajak dia datang ke kampung kamu.
* Menemui sahabatku Tiara yang kini berada di Petaling Jaya.Semoga saudari dan keluarga berada dalam keadaan sihatsihat sahaja.
* No,41,Jalan Syed,
30450 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
* Saudari
* Saya harap saudari masih lagi mengingati diri saya walaupun kita jarang berutus surat. Namun begitu saya tetap tidak
melupakan saudari dan saya harap saudari begitu juga.
Tujuan saya menulis surat ini sebenarnya mahu mengajak saudari datang ke kampung saya pada cuti pertengahan
semester nanti. Sekarang ini musim buah-buahan di dusun datuk saya sudah hampir masak.Cuti nanti dapatlah kita samasama meras buah-buahan itu.Di dusun datuk saya,ada pelbagai jenis pokok buah-buahan.
Selain daripada itu,kita juga dapat menikmati keindahan di kawasan sawah padi yang sedang menguning. Saudari
mungkin berpeluang merasa keenakan nasi daripada beras yang baru dituai.
Sekiranya saudari bersetuju,beritahulah saya dengan segera.Bolehlah saya menunggu saudari di perhentian bas atau di
stesen kereta api.
* Sekian, terima kasih.
* Sahabatmu
Nurul
* Akhir kata,setakat ini dahulu. semoga kita dapat bertemu lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
LATIHAN 2
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

*Selain itu, sistem lalu lintas haruslah dibaiki dengan


membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat
mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
*Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu
memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan
keselesaan pengguna jalan raya.
*Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna
mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu
tempat.
*Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian
tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah
kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang
perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini.
*Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu
ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu
menampung bilangan pengguna yang banyak serta
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk
golongan kurang upaya.
*Bukan itu sahaja, amalan berkongsi kereta perlu
diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat
dikurangkan

Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah
kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung
bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya.
Selain itu, sistem lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran
kenderaan dengan lebih berkesan.
Bukan itu sahaja, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan.
Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan
pengguna jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai