Anda di halaman 1dari 3

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 11: INTEGRASI DAN PERPADUAN


NASIONAL

Hubungan antara etnik di Malaysia telah banyak dibincangkan kerana


negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang
berjaya mewujudkan keamanan dan telah menjadi model masyarakat
majmuk yang aman dan damai bagi negara-negara luar
Hubungan antara etnik dilihat dari segi darjah kedekatan yang bermula
dengan hubungan yang terpisah sehnggalah hubungan yang terbentuk
sebati. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah yang berikut.
Proses Integrasi
Integrasi Rendah

Integrasi
Tinggi

Segregasi

Akomodasi
Akulturasi
Amalgamasi

Asimilasi

1. Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di
dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan.
Antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan-kemudahan awam. Segregasi wujud sama
ada didasari oleh undang-undang (de jure) atau tidak didasari oleh undangundang (de facto). Contoh segregasi de jure ialah Dasar Apartheid yang
pernah diamalkan di Afrika Selatan
2. Akomodasi

Ia merupakan proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai


mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Walau bagaimanapun mereka hidup secara
harmoni dan menghormati antara satu dengan lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik
masing-masing. Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi
dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu dengan lain.
Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti etnik Jerman,
Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu dengan lain dan
hidup dalam keadaan aman (peaceful co-existence)

PENGAJIAN MALAYSIA
3. Akulturasi (Asimilasi Budaya)
Ia terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai
dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan
proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya
golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal
4. Asimilasi (Asimilasi Struktur)
Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat
dominant melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi
kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan
fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan
budaya kelompok dominan.
5. Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara
etnik atau ras.
FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN
1. Budaya
Cara hidup dan pemikiran yang berbeza boleh menghalang perpaduan dan
interaksi antara etnik
2. Agama dan Kepercayaan
Setiap etnik menganuti agama dan kepercayaan yang berbeza turut
menghalang perpaduan antara etnik
PENDEKATAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA
1. Akulturasi
Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai
dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan
proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majority
tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
2. Difusi
Proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada
individu yang lain daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain.
3. Asimilasi
Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat
dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi
kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan

PENGAJIAN MALAYSIA
fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan
budaya kelompok dominan.
4. Integrasi
Satu proses menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti bersama serta perasaan kebangsaan bersama
di kalangan mereka (INTAN, 1982:121)
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1. Mewujudkan Perpaduan
Perpaduan antara etnik tanpa mengira agama dan kaum
2. Pengagihan Kekayaan secara adil
Pengagihan ekkayaan antara etnik yang dianggap tidak adil
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menghuraikan konsep adil dan
saksama
3. Jati Diri
Semangat nasionalisme dan patriotik antara kaum perlu ada dalam kalangan
masyarakat
4. Identiti Nasional
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia
digunakan secara meluas
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bahasa Melayu perlu
digunakan.

Anda mungkin juga menyukai