Anda di halaman 1dari 2

ISU

: Kegagalan membesarkan objek semasa melukis.

TAJUK

: Penggunaan kaedah ABC meningkatkan kemahiran murid bagi membesarkan


objek semasa melukis.

TUJUAN AM

: Secara amnya akan dapat meningkatkan kemahiran bagi membesarkan objek


semasa melukis dalam kalangan murid dengan menggunakan kaedah ABC.

TUJUAN KHUSUS : Secara khususnya ,

Dapat menggunakan kaedah ABC meningkatkan kemahiran bagi membesarkan


objek semasa melukis dalam kalangan murid.

Dapat meningkatkan kemahiran bagi membesarkan objek semasa melukis


dalam kalangan murid.

Dapat melicinkan aktiviti melukis semasa pengajaran dan pembelajaran


dijalankan.

SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah kaedah ABC dapat meningkatkan kemahiran bagi membesarkan


objek semasa melukis dalam kalangan murid?
Sejauhmanakah kaedah ABC mampu meningkatkan kemahiran bagi
membesarkan objek dalam kalangan murid semasa aktiviti melukis dijalankan?
Sejauhmanakah kaedah ABC dapat melicinkan aktiviti melukis semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

PELAN TINDAKN

: Tiga aktiviti telah dirancang bagi menangani masalah di atas,

Dalam langkah satu, saya telah merancang terlebih dahulu aktiviti mencantum
titik dari rupa geometri yang mudah seperti rupa bulat, segiempat dan segitiga.
Murid perlu mencantum semua titik dengan menggunakan pensil dalam masa
yang ditetapkan.
Langkah yang kedua, saya telah merancang untuk menyediakan templet objek
organik seperti rupa daun dan rupa buah epel dalam aktiviti melukis ini. Murid
perlu meletakkan templet di atas kertas yang disediakan dan melukis rupa
organik tersebut mengikut rupa templat.
Dalam langkah ketiga pula, saya telah merancang untuk menyediakan rupa yang
lebih sukar secara berperingkat dalam aktiviti Marilah Melukis Dengan Besar
ini. Saya akan menyediakan beberapa petak di atas kertas dan murid perlu
melukis objek organik yang lebih sukar seperti bentuk kereta, buah nanas dan
botol. Objek yang dilukis perlulah sentuh pada garisan petak yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai