Anda di halaman 1dari 20

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :

ISO2102-LONTAR PELURU

ISIKANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

SEJARAH SUKAN LONTAR PELURU

3.0

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

4.0

KEMAHIRAN ASAS

4.1

5.0

PEGANGAN PELURU

TEKNIK DAN FASA ACARA LONTAR PELURU GAYA


BERDIRI

5.1
5.2

TEKNIK DAN FASA LONTAR PELURU GAYA MELUNGSUR


SELANGKAH
TEKNIK DAN FASA LONTARAN PELURU
GAYA PARRY OBRIEN

9
12

6.0

ANSUR MAJU UNTUK GAYA BERDIRI

15

6.1

ANSUR MAJU UNTUK LUNGSURAN (THE GLIDE)

17

6.2 ANSUR MAJU RANGKAI SEMPURNA


6.0
REFLEKSI
8.0

BILIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

19
20

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti
fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan? Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan
istilah olahraga (athletics) yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat. Olahraga juga dikenali
sebagai acara balapan dan padang
Sepertimana yang diketahui bahawa olahraga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu larian, lompatan dan
lontaran . Terdapat acara yang dikhaskan untuk lelaki sahaja dan ada pula acara yang dikhaskan untuk lelaki dan
wanita. Setiap acara menpunyai undang-undang dan peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh semua
peserta . Jenis-jenis acara dalam balapan adalah seperti berikut :

Manakala bagi acara padang iaitu rejam leming, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh . Semua acara ini
adalah olahraga.

2.0

SEJARAH DAN ASAL USUL ACARA LONTAR PELURU


2

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi
melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul Acara
lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam
lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama
yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan
ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah
negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat
tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat
menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah
baru bagi acara lontar peluru.
Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang
berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi
empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke
negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik
moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang
seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan
pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. . Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran
baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar
peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik,
melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran
yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati
sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan
anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna
persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet
3

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum,
semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana
perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter
dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau
ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang
akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

3.0

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Peluru adalah alatan penting dalam acara lontar peluru. Bentuk peluru mestilah bulat dan licin.
Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari
tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan
sejenisnya.

Rajah: Contoh peluru

Syarat-syarat peluru untuk kejohanan:


Lelaki
7.260 kg

Wanita
4.00 kg

Remaja Lelaki
-

Remaja Wanita
-

(minimum)

7.265 kg

4.005 kg

4.000 kg

3.250 kg

(maksimum)
Diameter

7.285 kg

4.025 kg

5.000 kg

4.000 kg

(minimum)

110 mm

95 mm

93 mm

88 mm

(maksimum)

130 mm

110 mm

98 mm

90 mm

Berat untuk
pengesahan rekod
Berat untuk kejohanan

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Jadual: Syarat-syarat peluru untuk kejohanan


Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta. Ukuran
dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan
tempat peluru mendarat.Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak
yang dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran.
Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran.
Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan
tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira
pemenang

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

4.0

KEMAHIRAN ASAS

Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran
yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak
lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati
sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan
anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna
persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet
itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum,
semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana
perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.
4.1

Pegangan Peluru

Peluru harus diletak di atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking
memberi sokongan sisian. Pergelangan tangan haruslah membengkok lurus (flexed).
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa
yang dibuat oleh kebanyakan peserta yang baru belajar melontar peluru.
Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara
umumnya boleh dibahagikan kepada dua:
a) Teknik memegang peluru dengan tiga jari

Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah yang direnggangkan sedikit dan ibu
jari.
Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
b) Teknik memegang peluru dengan lima jari

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan
peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
5.0 TEKNIK DAN FASA ACARA LONTAR PELURU GAYA BERDIRI

FASA PERSEDIAAN
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran
(sekiranya memegang peluru di tangan kanan.
Menempatkan peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher.

Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Setelah itu, peserta haruslah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang
terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

FASA KILASAN BADAN


7

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan dan ke atas sambil
menyilangkan badan.
Fasa ini melibatkan pemindahan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

FASA LONTARAN
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas
tanah sehingga badan menjadi terangkat.
Peluru perlu dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas sambil bawakan kembali
tangan kiri dengan cepat ke arah kiri.
Tangan diluruskan mengikut arah

lontaran

peluru

manakala

tangan

kiri

membantu

mengimbangkan tangan.

FASA PEMULIHAN
Kedudukan kaki depan dan belakang sama seperti semasa fasa lontaran
Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Dalam gaya berdiri ini, pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak
begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
8

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

5.1 Teknik dan fasa lontar peluru Gaya Melungsur Selangkah


FASA PERSEDIAAN
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.

Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan


membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan
dengan hujung kaki).
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan
badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

FASA LUNGSURAN
Daripada lakuan sedia, menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat
lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.

Berat badan pelontar mestikan masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula
terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur).
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Kedudukan kaki melakukan teknik lungsuran

Lakuan lungsuran yang membatalkan lontaran


Semasa melungsur, menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan akan
membatalkan lontaran.

FASA KILASAN BADAN


Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan
dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

FASA LONTARAN
Apabila kilasan badan itu selesai, badan menghadap ke arah lontaran
Kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan
menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan
kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

10

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

FASA PEMULIHAN
Tukar dengan pantas kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki
hadapan dibawa ke belakang untuk memindahkan berat badan.
Fleksi lutut kaki hadapan.

Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan
hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.

5.2 Teknik dan Fasa lontaran peluru Gaya Parry OBrien


FASA PERSEDIAAN
Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di
bahagian belakang bulatan.
Sebagai persediaan, pelontar haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa
yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan.

FASA LUNGSURAN
Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke atas dan ke belakang arah lontaran.
11

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan, diikuti serta merta dengan
meluruskan kaki kanan.

Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta
dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Lakuan lungsuran yang membatalkan lontaran.


Semasa melungsur, menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan akan
membatalkan lontaran.

FASA KILASAN BADAN


Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil menyilangkan
badan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan diangkat dan mengilas
badan.

12

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin. Ini bererti bahawa
peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat
lunsuran.
Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan
yang cukup kuat dan kencang.

FASA LONTARAN
kilasan badan itu selesai, badan menghadap ke arah lontaran kaki yang melungsur (kaki kanan
yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan
menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan
kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Peraturan - Fasa Lontaran


Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu
Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di
dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.
FASA PEMULIHAN
Tukar dengan pantas kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki
hadapan dibawa ke belakang untuk memindahkan berat badan.
Fleksi lutut kaki hadapan.

13

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

LATIHAN ANSUR MAJU LUNGSUR SELANGKAH


1.1

Ansur Maju Untuk Gaya Berdiri

Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.

Berdiri dengan kaki terbuka, lutut dibengkokkan, punggung ke dalam dan tangan berada di pinggul.
Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki kanan). Kaki kiri diletakkan dengan ringan di
atas tanah.

14

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Semasa menolak dari kaki belakang berat badan harus dinaikkan (semasa kaki belakang
diluruskan) memutar dan bergerak ke hadapan di atas kaki depan (kaki kiri). Tolakan diakhiri
dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki yang masih menyentuh tanah.

Dengan atau tidak memegang peluru, ambil posisi berdiri seperti digambarkan di atas.

Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.

Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang. Lengan kiri dibengkokkan
dengan siku berada tinggi.

15

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Putarkan batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat. Selepas tolakan kaki dan
tarikan badan diperolehi, di mana pergerakan untuk mendapatkan semula imbangan adalah
diperlukan untuk mencegah faul, langkah pemulihan patut dipelajari.

Pemulihan: kedua-dua kaki bertukar posisi, iaitu kaki depan bergerak ke belakang sebelum kaki
belakang sampai ke papan penahan.
6.1 Ansur Maju Untuk Lungsuran (The Glide)

Ambil posisi seperti yang digambarkan di sebelah, dengan beratan yang mencukupi di atas kaki
kiri. Cuba imbangkan badan. Kaki kanan dibengkokkan sedikit.

Menolak kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan tanah. Kaki kiri diangkat lebih
kurang satu kaki di atas tanah.

16

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Pembaling mendarat di bahagian depan bulatan dengan kaki diletakkan seperti dalam gambar di
atas.
6.2 Ansur Maju Rangkai Sempurna
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan lontaran
berdiri dan pemulihan.

Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran bulatan dan kaki kiri
di belakang kaki kanan.

Bongkok ke depan dari pinggul, naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke kaki kanan.

Tolak kaki kiri ke atas dan ke belakang ke arah papan penahan, dengan menggerakkan badan
melintasi pertengahan bulatan.

Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkok dan kaki kanan rata di atas tanah.

17

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

Menolak ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian kanan badan dan
dada ke atas sambil memindahkan tenaga melalui pinggul ke bahu, lengan, tangan dan
melakukan tolakan akhir daripada pergelangan tangan semasa peluru dilepaskan.

Selepas peluru dilepaskan, pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Pergerakan ini bertindak sebagai satu pemulihan, menolong menahan momentum ke hadapan
dan mencegah faul.

18

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

7.0 REFLEKSI
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi
melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Semasa
melakukan lontaran ini berbagai teknik boleh digunakan saya mencuba 2 cara lontaran gaya
melungsur selangkah dan gaya berdiri. Bagi saya gaya berdiri lebih mudah.
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin
melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Ia merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan
kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru hanya
boleh dilakukan oleh mereka yang tidak dapat berlari pantas dan mempunyai tubuh badan yang
besar. Ini mungkin adalah disebabkan peluru yang berat itu perlu diangkat dan dilontarkan dengan
bertenaga. Perkara ini merupakan suatu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan
peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap dan kecekapan mengimbang badan dengan
baik untuk memastikan jarak yang maksimum.
Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau
bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga
diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah
disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar. Teknik lontaran juga diperbaiki dan
disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya.
Guru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang
beliau ajari kepada sasaran murid melalui latihan bersistem. Ini adalah disebabkan guru dapat
memastikan lontaran murid adalah sentiasa tepat dan baik serta dapat menjaminkan keselamatan
murid apabila melakukan lontaran seperti cara memegang peluru yang tidak berbahaya.

19

KOKURIKULUM OLAHRAGA KOD :


ISO2102-LONTAR PELURU

8.0 RUJUKAN

Abbas. (2011). Lontar Peluru. http://www.slideshare.net/gtabbas/lontar-peluru-2. Dicapai pada 15


Februari 2014.
Fakhriy.(2013). Lontar peluru. http://www.scribd.com/doc/22973747/lontar-peluru. Dicapai pada 16
Februari 2014.
Koon Yin Kuan (2012). Lontar Peluru. http://d054501koonyinkuan.blogspot.com/2012/12/lontarpeluru.html. Dicapaikan pada 17 Februari 2014.
Lee Cheah Liang. (2011). Lontar Peluru. http://lcl0902.blogspot.com/2011/12/lontar-peluru.html.
Dicapaikan pada 17 Februari 2014.
Marlindoll. (2009). Lontar Peluru. http://marlindoll.blogspot.com/2009/05/lontar-peluru.html.
Dicapaikan pada 17 Februari 2014.
Nadiah BT Abdul Wahab. (2013). Lontar peluru. https://docs.google.com/presentation/d/1i6_edulenZqJXChk2inlwXRCC0e7migS-nUijxNuFo/edit#slide=id.p27. Dicapai pada 17 Februari 2014.
Seow Chiy, Hui Kee, Yeen Hui. (2011). Lontar Peluru. http://littlesheepbc2.blogspot.com/. Dilayari
pada 11 Februari 2014.
Teng Boon Tong. (2009). Panduan Pengajaran Olahraga. Petaling Jaya: Pearson Malaysia SDN.
Bhd.
Vinnie Liong. (2013). Teknik Dan Latihan Ansur Maju Lontar Peluru.
http://vinnieliong9939.blogspot.com/2013/04/teknik-dan-latihan-ansur-maju-lontar.html.
Dicapaikan pada 17 Februari 2014.
Zaireey Khairuddin. (2011). Gaya Lontar Peluru. http://www.zairedin.com/2011/03/gaya-lontarpeluru.html. Dilayari pada 11 Februari 2014

20

Anda mungkin juga menyukai