Anda di halaman 1dari 3

1. Bagaimanakah pengguna sering ditipu?

Penipuan Perkhidmatan

Penipuan Harga

Cetak Rompak

Penipuan Jualan Langsung

Produk Tiruan

Tanda Harga Yang Mengelirukan

Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus

Aktiviti Menyorok Barang Kawalan

Penipuan Perjanjian Sewa Beli

2. Masalah apakah yang membolehkan pengguna boleh membuat aduan melalui talian
bebas tol dan laman web rasmi KPDNKK?
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan
yang ditawarkan.
3. Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli
Sesuatu Barang?
o

o
o
o
o
o
o
o

Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport,


penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda
perniagaan.
Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan
penggunaan dan batasannya
Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat
bahan-bahan.
Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh:
SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran
istimewa.
Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan
pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

4. Tanggungjawab sebagai pengguna terdiri daripada

a. tanggungjawab terhadap diri sendiri - membuat belanjawan diri, beli scr rasional,
b. tanggungjawab terhadap masyarakat - menyebarkan pedndidikan kepenggunaan kepada
masyarakat
c. tanggungjawab terhadap alam sekitar "Azib telah bercadang untuk membeli pendrive di sebuah kedai komputer berdekatan dengan
tempat tinggalnya."
Apabila tiba di kedai tersebut.......
Azib seperti dipaksa untuk membeli pendrive tersebut apabila semua soalan yang ditanya oleh
Azib tidak dijawab malah yang diberitahu oleh penjual tersebut hanyalah tentang kebaikan
pendrive tersebut.
5. Situasi ini menunjukkan?
Azib tidak dapat membuat pilihan dengan baik dan mendapat maklumat yang mencukupi.
Selepas menggunakannya selama beberapa hari, pendrive tersebut tidak dapat berfungsi
dengan baik seperti yang dinyatakan oleh penjual di kedai tersebut.
6. Situasi ini menunjukkan?
Azib telahpun ditipu oleh penjual tersebut.
Pendrive tersebut juga cepat panas walapun baru digunakan selama beberapa minit.
7. Situasi ini menunjukkan?
Produk yang dijual tidak selamat digunakan.
Tanpa membuang masa, Azib terus bergegas ke kedai tersebut untuk menukar Pendrive nya
yang rosak itu kepada yang baru.Azib berasa amat kecewa apabila penjual tersebut tidak mahu
melakukan demikian dan hanya akan melakukannya sekiranya Azib membayar wang
tambahan.
8. Situasi ini menunjukkan?
Azib tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya.
9. Apakah kesemua situasi yang dihadapi oleh Azib?
- tidak dapat membuat pilihan dengan baik
- tidak diberi maklumat yang mencukupi
- ditipu oleh penjual
- produk yang dijual tidak selamat
- tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya
10. Bagaimana seseorang pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal?

Tuntutan boleh difailkan dengan mengisi borang tuntutan yang dikenali sebagai Borang 1.
Borang 1 boleh didapati secara percuma dari semua cawangan Tribunal dan juga boleh di muat
turun dari portal eTribunal. Fi pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00.
11. Apakah fungsi-fungsi TTPM?
TTPM adalah satu badan bebas ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta
599) (Kemudian dari ini dirujuk sebagai 'Akta') dengan fungsi utama untuk mendengar dan
memutuskan tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta.
1. Objektif utama Tribunal adalah untuk menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna
untuk menuntut gantirugi dan pampasan dengan cara mudah, murah dan cepat.
2. Dengan penubuhan Tribunal, pengguna boleh menuntut gantirugi dan pampasan terhadap
peniaga dan pembekal yang tdak bertanggungjawab/tidak beretika.
12. Bilakah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ditubuhkan?
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan di bawah seksyen 85, Bahagian XII Akta
Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Anda mungkin juga menyukai