Anda di halaman 1dari 5

[ISL EDU 3103 MINGGU 14]

17 21 SEPTEMBER 2012

PEDAGOGI BESTARI
1.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI
Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang
konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat
dengan bimbingan guru. Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, muridmurid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan
dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
pendekatan mediatif ialah seperti penaakulan dialektual, pemerolehan konsep,
pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan
kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif
dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran
yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan
kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau
memodelkan perlakua sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk
strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan
bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini
memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan
pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti
kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual
ialah pembelajaran eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan
pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah.
Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga
di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah
pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Prinsip-prinsip penting dalam
pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk belajar daripada
satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung
kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang
berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses
pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh
soalan yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif
ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi
saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan strategi
metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat journal refleksi.
Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan oleh muridmurid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh
guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai
seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh
murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada
di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang
diberikan oleh guru, murid akan menyediakan laporan secara individu atau mengikut
kumpulan.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

[ISL EDU 3103 MINGGU 14]

17 21 SEPTEMBER 2012

Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian
dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah
amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk
melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin
dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan
sahajalah merupakan ruang di mana kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak
atau melakuka sesuatu, terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan
pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan
beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan
oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari nanti
di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan?
Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada
murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan
ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagi
tumbuhan hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling
membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif
ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk
membincangkan secara koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan
pencapaian murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan
yang beprestasi cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara
aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan,
kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang kebaikan
pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru
membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti
bimbingan guru, murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif
pembelajaran yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak
atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama
ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum.
Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial &
kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap
yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di
mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
2.0 PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran generik amat penting dalam membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan
pembelajaran guru terhadap murid.Pengintegrasian dapat ditakrifkan sebagai pengabungan
manakala kemahiran generik pula telah dikupas dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kemahiran berfikir,Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Kemahiran
Pemudahcaraan.
Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif guru perlu
menggabungkan kemahiran generik supaya ia lebih berkesan.Kemahiran berfikir dapat
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

[ISL EDU 3103 MINGGU 14]

17 21 SEPTEMBER 2012

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Strategi berfikir,kemahiran berfikir dengan kritis dan
kreatif serta yang terakhir kemahiran berfikir menaakul.Kemahiran berfikir kritis dapat
dihuraikan sebagai kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan ia bersifat
evaluatif.Strategi berfikir pula dapat ditakrifkan sebagai proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir
kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir menaakul dapat didefinisikan sebagai kemahiran
berfikir membantu kita sebagai pelincir dalam membuat perkembangan secara rasional
kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kemahiran berfikir secara kritis banyak menggunakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti membandingkan dan membezakan ,mengumpul dan mengelaskan, mencirikan,
membuat urutan, menganalisis, mengesan kecondongan ,menilai serta membuat
kesimpulan.Seterusnya kemahiran berfikir kreatif pula banyak mementingkan aspek seperti
menjanakan idea ,membuat inferens, membuat hubungkaitan, meramal, membuat
hipotesis, mesinfesis, membuat analogi, membuat gambaran mental, merekacipta Strategi
berfikir terdiri kemahiran mengkonsepsi, menyelesaikan masalah , membuat keputusan,
kemahiran menaakul.
Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya mahir
menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut perkembangan
konsep world class education.Tujuan kemahiran ini diajar ialah unutk menghasilkan tenaga
kerja yang mahir bidang sains dan teknologi serta dipandang tinggi oleh masyrakat serta
seluruh dunia. Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu menyediakan
kemudahan agar semua murid tidak ketinggalan mempelajari kemahiran ini.Ketika
mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru mesti guna penilaian ongoing dan on-line kerana ia lebih mudah dan sistematik serta menunjukkan kecanggihan
teknologi maklumat masa kini.
KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN ini amat penting dalam aktiviti perbincangan dan ia
merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan.Dari segi bidang
pendidikan ia merupakan satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran muridmurid.Di dalam kaedah ini terdapat seorang pemudahcara yang dipanggil
fasilitator.Perkataan facilite juga membawa maksud memudahkan, menyenangkan
pelancaran sesuatu proses.Melalui kaedah ini peranan guru dapat dikurang tetapi peranan
murid dititikberatkan.Guru menjadi sebagai guide dalam pengajaran dan pembelajaran
serta dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajarn dan pembelajran yang berlaku.
Komponen yang terdapat dalam pemudahcaraan ialah menententukan struktur
perbincangan seterusnya perlu mengetahui teknik memulakan perbincangan yang baik serta
guru perlu bimbing murid buat rumusan dan cadangan pada hujung sesi
pemudahcaraan.Kelebihan kemahiran ini dapat dilihat dari segi penglibatan diri murid
dengan aktif serta murid lebih bersedia awal untuk mempelajari sesuatu topik.dalam
kaedah ini juga terdapat kelemahan yang tidak dapat dielakkan iaitu murid kurang
komunikasi dan berinteraksi dengan guru.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

[ISL EDU 3103 MINGGU 14]

17 21 SEPTEMBER 2012

ELEMEN PEDAGOGI BESTARI

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
SISTEMIK dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Terdapat 4 elemen utama:

CIRI-CIRI PELAJAR (3)

PENDEKATAN PEMBELAJARAN (7)

1. Gaya Pembelajaran (5)


a. Persekitaran
b. Emosi
c. Sosiologi
d. Fizikal
e. Psikologi

1. Berpusatkan Pelajar
2. Bersifat Individu
a. Akses Kendiri
b. Kadar Kendiri
c. Terarah Kendiri
3. Masteri
4. Berfikrah
5. Berbantukan Teknologi
6. Berasaskan Otak
7. Berasaskan Projek

2. Kecerdasan Pelbagai (9)


a. Linguistik
b. Muzik
c. Kinestetik
d. Interpersonal
e. Intrapersonal
f. Visual-spatial
g. Logik
h. Naturalistik
i. Spiritual
3. Kompetensi Kecerdasan Emosi (2)
a. Kompetensi Personal (3)
i. Kesedaran Kendiri
ii. Pengurusan Kendiri
iii. Motivasi Kendiri
b. Kompetensi Sosial (2)
i. Kesedaran Sosial
ii. Kemahiran Sosial

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

[ISL EDU 3103 MINGGU 14]

17 21 SEPTEMBER 2012

STRATEGI P&P (9)

KEMAHIRAN GENERIK (5)

1. Direktif
2. Koperatif & Kolaboratif
a. Round Table
b. Numbered Head Together
c. Talking Chips
3. Pemerhatian
4. Generatif
5. Mediatif
6. Kajian Masa Depan
7. Kontekstual
8. Konteks Luar
9. Metakognitif

1. Komponen Mentafsir & Menilai (6)


a. Penilaian Portfolio
b. Penilaian Kendiri
c. Penilaian Melalui Pemerhatian
d. Penilaian Projek
e. Penilaian Ujian
f. Kontrak Pembelajaran
2. Kemahiran Berfikir (2)
a. Pemikiran Kritis
b. Pemikiran Kreatif
3. Kemahiran Belajar (7)
a. Carian
b. Penyelidikan
c. Komunikasi
d. Memerhati
e. Membaca
f. Teknikal
g. Mencatat Nota
4. Kemahiran TMK
a. P&P Berbantukan Komputer
b. P&P Berintergrasikan Komputer
5. Kemahiran Fasilitator

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Anda mungkin juga menyukai