Skrip Juruacara 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 9

SKRIP JURUACARA

MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-50(2014)


SK. METHODIST TG. RAMBUTAN
PENGACARA MAJLIS : Pn. Marisa Saila bt Hussian
Cik Nur Aziani Ayu bt Ahmad
TARIKH: 9 NOVEMBER 2014 (Ahad)
Tempat: Padang Awam Tanjong Rambutan
Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati En. Rozali bin Hj. Zaman diiringi oleh
..............................................................................................................................
PERBARISAN/PERARAKAN
Kejohanan Balapan dan Padang SKMTR pada pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk
kontinjen-kontinjen rumah sukan sebentar lagi.
Majlis mempersilakan Pn. Nur Izura binti Mohd Saad untuk mengiringi En. Razali bin
Hj. Zaman bagi menerima lintas hormat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Perbarisan masuk kontigen dimulakan dengan perarakan masuk ketua-ketua kontijen rumah
sukan, bendera kejohanan, bendera Malaysia, Bendera Negeri Perak dan Bendera Sekolah.
Seterusnya diikuti oleh Rumah Laksamana (Rumah Merah). Merah membara pasti juara,
diketuai Sharvinraaj A/L Sundram dengan kekuatan 33 peserta. oleh adik
Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Jadi tidak mustahil jika
rumah Laksamana menjadi juara pada tahun ini dengan bimbingan hebat daripada para
jurulatihnya yang di ketuai oleh Pn. Rosemina bt Tajudin dan jurulatih2 yang berpengalaman
iaitu:
1. En. Muhammad Shahidan
2. Pn.Norhasnah bt Jailani
3. Pn. Noor Azura bt Razaai
4. Pn. Marisa Saila bt Hussian
5. Cik Nur Aziani Ayu bt Ahmad
6. En. Azmuri bt Ramli

Diikuti oleh kontijen Rumah Panglima (Rumah Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai
oleh adik Mohd Haikal bin Ramli dengan kekuatan 33 peserta.
Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk
sesebuah pasukan yang mantap. Kemantapan itu adalah hasil daripada usaha gigih pemimpin2
yang berdedikasi yang diketuai oleh En. Abudullah bin Omar bersama dengan rakan
setugasnya iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

En. Roslan bin Mohd Yusoff


Pn. Lim Chia Hui
En. Isma Khalil bin Zainal Abidin
Pn. Noor Asma bt Ahmad
Pn. Siti Wahinur bt Wahid
Pn. Faridah bt Hussin
Pn. Nora Aini Bt Ramli

Kontijen seterusnya ialah Rumah Temenggong (Rumah Hijau), Hijau segar sentiasa mekar,
diketuai oleh Adik Muhammad Syahmi Izzuddin bin Mohd Fadli dengan kekuatan 33
peserta.
Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya. Hijau mewarnai alam
sekeliling kita. Kedamaian dan ketenangan ini telah dibuktikan oleh ketua pemimpinnya yang
sentiasa tenang dan lemah lembut dalam pengurusan iaitu Pn. Hajah Maznah binti Abdul
Latif. Beliau mendapat kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada jurulatih yang
berpengalaman iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

En. Abdul Rahman bin Abdillah


Pn. Noor Rashidah bt Abdul Rashid
Pn. Nor Faradzila bt Abdullah
Pn. Solehah binti Mat Isa
Pn. Siti Hajar Bt Yaacob
En. Mohammad Al-Hafiz b. Ahmad Tarmizi

Kontinjen terakhir adalah Rumah Bendahara (Rumah Kuning). Kuning diraja bersemangat waja,
diketuai oleh Adik Lalith Kumar A/L Mathiyalangan dengan kekuatan 33 peserta.
Kuning melambangkan warna diraja. Kuning berdaulat Payung Negara. Pasukan Rumah
Bendahara mendapat latihan yang tidak pernah kenal erti lelah daripada para pemimpinya yang
diketuai oleh Pn, Khalimaton bt Majid bersama rakan setugas iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.

Pn. Jaswant Kaur A/P Jang Singh


Pn. Zuharida bt Khodir
En. Ridzauddin Bin Yahaya
En. Shamshir Bin Mustafa
Pn. Vimalah A/P Ramalingam

KATA ALUAN
Asal juragan mengail ikan,
Sambil bersuka di tepi kuala,
Masa jangan kita tangguhkan,
Tirai dibuka majlis bermula.
.
Bismillahirahmanirrahim.......
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia diucapkan kepada
Yang berusaha En. Selvarju Benedict, Guru Besar Sek. Keb. Methodist Tg.Rambutan, Yang
dihormati En Razali bin Hj. Zaman, Yang Dipertua PIBG Sek.Keb.Methodist Tg.Rambutan.
Yang Berusaha Pn. Noor Azizah binti Baharum, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Asrul
Sani bin Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Nur Izura binti Mohd Saad,
Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Habebah Binti Baharom, Penolong Kanan Petang,
Pengurus Kejohanan, guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini , ibu bapa serta muridmurid Sekolah Kebangsaan Methodist Tg. Rambutan yang disayangi sekalian.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TG.RAMBUTAN KALI KE-50 BAGI SESI 2014.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan kejohanan balapan dan padang SKMTR kali ke-50.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi
memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi, sesungguhnya terbukti pada hari ini tanpa
kerjasama erat di antara para guru, para murid, para ibu bapa khasnya Ahli Jawatan Kuasa
PIBG Sek. Methodist Tg. Rambutan, sukarlah kita laksanakan agenda pada pagi ini. Oleh itu,
marilah kita sama-sama jauhi dan tinggalkan segala sikap mazmumah atau negatif yang hanya
membawa kepada keruntuhan dan kelemahan warga Sk. Metdhodist Tg. Rambutan. Marilah
sama-sama kita suburkan sikap berbaik sangka untuk terus bekerja sebagai satu pasukan
dalam satu keluarga besar, demi kemajuan generasi akan datang. Insya Allah
BACAAN DOA
Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz
Roslan Bin Mohd Yusoff untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya majlis merpersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Roslan bin Mohd Yusoff atas
bacaan doa itu tadi.
LAGU PATRIOTIK
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Negeri Perak.
Hadirin diminta berdiri
UCAPAN GURU BESAR
Seterusnya majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Selvarju
Benedict Guru Besar SKMTR untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Selvarju Benedict di atas ucapan beliau itu
tadi.

UCAPAN PERASMIAN
Majlis diteruskan dengan mempersilakan En. Rozali bin Hj. Zaman Yang Dipertua PIBG
SKMTR bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SKMTR kali ke-50.
Majlis dengan hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En.Razali bin Hj. Zaman di atas ucapan
perasmian temasya sukan sebentar tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek.
Keb.Methodist Tg. Rambutan Kali ke-50 bagi sesi 2014.
Tanam laguni tumbuh kelapa
Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
Penghargaan dan terima kasih,
Bakti ditabur akan kami kenang,
Rahmat tuhan pasti datang.

IKRAR SUKAN
Kejohanan Balapan Dan Padang pada kali ini, diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan
yang akan diketuai oleh Adik Mohd Haikal bin Ramli.
Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera rumah sukan.
Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para
atlet kepada kejohanan ini.

PERARAKAN KELUAR
Demikian tadi selesainya upacara perasmian dan bacaan ikrar kejohanan. Sekarang
dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah
masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
Diumumkan perarakan keluar kontijen2 rumah sukan yang dimulai oleh ketua-ketua kontijen,
bendera kejohanan, bendera Malaysia, Bendera Negeri Perak dan Bendera Sekolah.
Diikuti oleh kontijen rumah Bendahara (Kuning),
Seterusnya kontijen Rumah Temenggong (Hijau),
Kontien Rumah Panglima (Biru)
Dan Kontijen Terakhir Kontijen Rumah Laksamana( Merah)
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersiap
sedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA SUKAN BERMULA


Hadirin sekalian,
Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan..
(sebut ikut buku program).
Perhatian: Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk
turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.
Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100, 75, 50 meter lelaki dan
perempuan individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.
Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun.....................
(Lihat buku program)
(Ketika acara sedang berlangsung)
Acara yang sedang berlangsung sekarang adalah acara....................................................

10.00 pagi- Rehat( Acara waktu rehat)


PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Balapan dan Padang
kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput ............................................untuk
menyampaikan hadiah.
Senarai nama penyampai hadiah:
.......................................................................................
.......................................................................................
.......................................................................................
Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara padang yang telah dipertandingkan.
(Rujuk Keputusan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan/puan kerana sudi menyampaikan
hadiah.
PERSEMBAHAN SENAMROBIK
Temasya Kejohanan Balapan dan Padang SKMTR rasanya tidak lengkap tanpa persembahan
selingan.
Persembahan senamrobik daripada murid-murid tahap 1 yang akan dipersembahkan sebentar
lagi adalah di bawah pimpinan guru-guru yang berpengalaman iaitu Pn. Siti Wahinur bt Wahid
dan Cik Nur Aziani Ayu bt Ahmad. Persembahan ini turut mendapat sokongan hebat daripada
Penolong kanan Ko-korikulum, Pn.Nur Izura bt Md Saad dan Penolong Kanan Petang, Pn.
Habebah bt Baharum.
Dengan ini majlis mempersilakan.

PENUTUP
PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Balapan dan Padang
kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput ............................................untuk
menyampaikan hadiah.
Senarai nama penyampai hadiah:
.........................................................................................................
.........................................................................................................
........................................................................................................
Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan
sebentar tadi.
(Keputusan)
PENGUMUMAN PEMENANG ACARA PERBARISAN (Oleh:...................................................)
Seterusnya, diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan
bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
Tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah.........................
Seterusnya Naib Johan berjaya digondol oleh pasukan Rumah..........................
Dan Johan berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah....................................

PENGUMUMAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI


(Disampaikan Oleh:....................................................)
Hadirin sekalian,
Seterusnya
dijemput..........................................................dengan
diiringi
oleh ........................................................untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilaan

Peserta yang telah berjaya merangkul


Adik.....................................................................

gelaran

Olahragawati

Sekolah

adalah

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara................................................................


Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun
ini adalah Adik .......................................................................................
Beliau telah meraih pingat........................................................................
PENGUMUMAN JUARA RUMAH SUKAN
( Disampaikan Oleh: .........................................................................)
Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan
tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.Tempat keempat jatuh kepada pasukan rumah..............................................................................
Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah..................................................................
Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan.............................................untuk menerima hadiah.
Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah...............................................
Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan...................................................untukmenerima hadiah.
Johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke- 50 jatuh
kepada:Rumah Sukan.
Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

CENDERAHATI
Bagi
meneruskan
acara
kita
pada
hari
ini,
majlis
mempersilakan
...............................................................................untuk
menyampaikan
cenderahati kepada .........................................................................sebagai tanda terima kasih
atas kesudian hadir merasmikan majlis kita pada pagi ini.
Majlis
merakamkan
jutaan
terima
kasih
kepada......................................................
dan ...................................................... kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati,


.
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin tuhan bersua lagi
Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Balapan dan padang pada tahun hadapan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang
ada datangnya daripada kesilapan kami berdua.
p/s: Seterusnya, dijemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan Methodist Tg,Rambutan, En.
Selvarju Benedict dan Penolong-penolong kanan untuk mengiringi En. Rozali bin Hj Zaman
serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan di dewan makan sekolah.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TAALA WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai