Anda di halaman 1dari 14

MOTIVASI DAN SUKAN

FREDAUS BIN JOHARI


DG NURUL EZZAH PG MUSA
ROZARINA AK ROBERT

DEFINISI MOTIVASI
SAGE
(1977)

Merujuk kepada arah


dan intensiti usaha
seseorang individu.

WAN
(1977)

Proses kebangkitan dalam diri


individu yang membantu
usaha mengarah serta
mengekalkan perlakuan yang
diingini.

Motivasi boleh didefinisikan sebagai satu


daya yang membantu peningkatan serta
pengekalan perlakuan seseorang individu.

TEORI MOTIVASI
Motivasi boleh dilihat serta dijelaskan
berdasarkan kepada beberapa pendekatan.

MOTIVASI
PENCAPAIA
N

MOTIVASI
KEYAKINAN
DIRI

MOTIVASI PENCAPAIAN
Bermaksud kecenderungan seseorang
atlet sama ada untuk mendekati atau
mengelakkan diri dari situasi yang
kompetitif atau berasaskan pencapaian.
Pencapaian dalam konteks sukan
dijelaskan dengan kemenangan, hadiah
serta pengiktirafan kepada individu
yang berjaya

MOTIVASI PENCAPAIAN
Motif penyertaan seseorang dalam
sukan bergantung kepada:
Motif yang brsifat intrinsik (dalaman)
Memperbaiki pencapaian peribadi
Meningkatkan tahap kesihatan.

Motif yang bersifat ekstrinsik


Mendapatkan ganjaran
Penghormatan.

TEORI MOTIVASI
PENCAPAIAN
MODEL McCLELLAND dan
ATKINSON
Motif untuk mencapai kejayaan dilihat sebagai
motivasi intrinsik atlet untuk melibatkan diri dalam
sesuatu aktiviti manakala takut kepada kegagalan
mewakili kebimbangan kognitif seketika.

MOTIVASI PENCAPAIAN=MOTIVASI
INTRINSIK-KEBIMBANGAN KOGNITIF
SEKETIKA

Contoh situasi:
Anita mencuba nasib untuk mewakili pasukan
bola baling disekolah.
Anita mendapati ramai pemain yang
mempunyai kemahiran yang lebih baik
daripadanya.
Sekiranya Anita berpegang teguh kepada
persepsinya itu, beliau tidak akan mencuba
nasibnya (takut kepada kegagalan)
Tetapi sekiranya Anita merasakan dia
mempunyai kemahiran setara dengan pemain
lain, maka dia akan memilih untuk menyertai
ujian pemilihan tersebut (motif untuk mencapai
kejayaan).

MOTIVASI KEYAKINAN DIRI


Arkes dan Garske (1982) melihat
pengaruh keyakinan diri sebagai
faktor yang membezakan individu
yang tinggi motivasi berbanding
mereka yang rendah motivasi
pencapaiannya.
Atlet yang berkeyakinan untuk
berjaya lazimnya akan berjaya.

MENINGKATKAN MOTIVASI
DAN KEYAKINAN DIRI
Motif utama golongan remaja
melibatkan diri dalam bidang sukan
dan aktiviti fizikal:
Mempelajari kemahiran baru dan
meningkatkan kemahiran sedia ada
Untuk keseronokkan diri
Menjadi sihat dan cergas
Menyahut cabaran sukan serta merasai
keseronokan semasa menyertai
pertandingan.

MENINGKATKAN MOTIVASI
DAN KEYAKINAN DIRI
Guru dan jurulatih boleh membantu
meningkatkan keyakinan diri
individu:
Menggunakan arahan dan latih tubi
yang berkesan
Menggalakkan bicara kendiri yang
positif
Berkeyakinan sebagai jurulatih atau
guru.
Memuji perlakuan atau pergerakan yang
baik (sekali sekala).

MENINGKATKAN MOTIVASI
DAN KEYAKINAN DIRI
Ibu bapa:
Menanam serta menggalakkan sifat
berdikari kepada anak-anak
Memberi sokongan
Percaya terhadap kemampuan serta
kebolehan anak
Berikan galakkan dan perangsang
Sentiasa melihat usaha, mendengar
masalah serta cuba memahami perasaan
anak-anak.

KESIMPULAN..
Dengan langkah bersepadu yang
diambil oleh kesemua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung, kita dapat membantu
dalam meningkatkan lagi keyakinan
serta motivasi atlet serta
memberikan pengalaman sukan dan
aktiviti yang lebih bermakna kepada
mereka.

SUMBER RUJUKAN
Shaharudin Abd. Aziz (2006),
Mengaplikasi Teori Psikologi
Dalam Sukan. Selangor Darul
Ehsan: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd

SEKIAN..

Anda mungkin juga menyukai