Dimusnahkan segala harta baginda Hingga menjadi miskin papa Dibinasakan pula putera-puteranya Semua habis meninggal dunia Iblis menggoda lagi dengan menyamar sebagai seorang tua. Ayub, hartamu sudah musnah, dimanakah tuhan yang engkau selalu puji? Kenapa dia tak datang menolong? Sia-sia sahaja engkau menyembahnya, wahai Ayub! Nabi Ayub tetap bersabar. Iblis gagal dan tetap berusaha lagi dengan meminta Allah SWT menimpakan penyakit yang menyebabkan tubuh baginda tidak bermaya. Hanya hati dan lidah sentisa berzikir memuji Allah. Surah Sod ayat 41: ________________________ Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana. Ya kawan-kawan, Hendaklah kita berwaspada dengan godaan syaitan. Ramai remaja hari ini membunag bayi luar nikahnya sendiri disebabkan menurut hawa nafsu dan godaan syaitan.