Anda di halaman 1dari 2

Dunia kini sedang mengalami krisis kenaikan minyak yang begitu kronik.

Kenaikan ini telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah


hutang yang begitu teruk sehingga mampu memusnahkan ekonomi yang
sudah dipupuk sekian lama itu. Rakyat juga mula menerima tempias krisis
ini yang menyaksikan banyak syarikat mula membuang pekerja mereka
kerana ekonomi dunia mengalami kegawatan yang ketara. Persoalannya,
apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya krisis kenaikan harga
minyak ini?

Kemelut harga minyak ini banyak dipengaruhi oleh permintaan minyak


yang begitu tinggi dari negara China dan India. Kedua-dua negara ini
sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang rancak lalu memerlukan
jumlah minyak yang banyak untuk memenuhi keperluan industri mereka
yang sedang berkembang pesat itu. Permintaan yang terlalu banyak ini
telah menyebabkan harga minyak melambung kerana situasi ini
mewujudkan tekanan terhadap keperluan minyak begitu jelas. Pada masa
yang sama, keperluan permintaan minyak dunia begitu tinggi berbanding
dengan tahap pengeluaran minyak yang sedia ada lalu menyebabkan
harga melambung tinggi. Ringkasnya, harga minyak meningkat kerana
China dan India telah mewujudkan satu pasaran baru buat pengusaha
minyak dunia.

Selain itu, keadaan politik yang tidak stabil di rantau Asia Barat telah
menjadikan harga minyak melambung tinggi. Peperangan bersama-sama
tunjuk perasaan, rampasan kuasa dan ketidakstabilan politik di Iraq, Iran,
Syria, Kuwait dan sebagainya menyebabkan banyak negara pembeli
minyak berasa risau lalu membuat pembelian awal yang lebih banyak
daripada pembelian biasa. Keadaan yang tidak stabil ini menyebabkan
negara-negara pengeluar minyak yang lain mengambil kesempatan untuk
meninggikan harga minyak untuk mengaut keuntungan segera daripada
ketidakstabilan politik yang melanda rantau itu. Maka, keadaan politik
yang tidak stabil di Asia Barat telah menyebabkan harga minyak
melambung tinggi dengan begitu mudah.

Penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat juga dikaitkan dengan
peningkatan harga minyak ini. Sudah menjadi kebiasaan pembelian
minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika Syarikat lalu
sebarang penurunan mata wang negara ini pasti akan menjejaskan nisbah
keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar minyak itu. Situasi
ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk
mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak
menggunakan mata wang Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa
kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.

Tambahan pula, keperluan minyak negara-negara yang mengeluarkan


minyak itu sendiri begitu tinggi. Situasi ini menyebabkan jumlah minyak
yang dikeluarkan oleh mereka itu tidak banyak yang boleh dieksport untuk
keperluan negara lain kerana sudah pasti mereka akan cuba memenuhi
keperluan minyak negara mereka terlebih dahulu. Kekurangan jumlah
penawaran minyak di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak
melambung kerana negara-negara lain turut memerlukan minyak dalam
kuantiti yang banyak.

Konklusinya, harga minyak melambung disebabkaan oleh semua faktor


yang dinyatakan tadi. Kerjasama yang lebih erat antara negara pengeluar
dengan negara yang memerlukannya perlu dicapai kerana kegagalan
membuat persetujuan bersama bakal menyaksikan harga bahan mentah
utama dunia ini akan terus meningkat ke tahap yang begitu tinggi. Semua
pihak perlulah memahami impak yang dibawa oleh kenaikan harga minyak
ini terhadap pembangunaan dunia secara keseluruhannya.