Anda di halaman 1dari 7
ay JABATAN PELAJARAN PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon: 05-501 5000. Faks : 05-527 7273 Portal : www pelajaranperak gov my “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ Rujukan: 2.Pend.P.(HEM) Komi 5128/5/6 (FO) ark: |G oktober 2012 ‘Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak ‘Semua Guru Besar ‘Sekolah Rendah Negeri Perak Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) Sukacita saya merujuk perkara di atas dan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai Dasar Warga Emas Negara bertarikh § Januari 2011. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah dlilantik sebagai Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Kerohanian di bawah Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara yang akan merancang pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara. Kementerian. Pelajaran Malaysia juga diminta untuk membuat penilaian terhadap program dan aktiviti yang telah cilaksanakan dan menyediakan laporan kepada Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar Warga Emas Negara. 3. Sehubungan itu, sempena Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2012, pihak tuan dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut :~ 3.1 Membaca Perutusan Warga Emas pada perhimpunan sekolah dalam tempoh 22 ~ 25 Oktober 2012 3.2 Menghantar laporan Program Pendidikan dan Kerohanian Dasar Warga Emas Negara kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing pada atau sebelum 29 Oktober 2012 4, Bersama-sama surat ini ditampirkan Perutusan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 (Lampiran 1) dan format laporan perlu dinantar_ke PPD masing-masing (Lampiran 2). “CINTAILAM BAHASA KITA (ila catakan nijukanpjaba inp Berbuburs) 5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila berhubung dengan Tn. Hi. Mohd Kamil bin Ab Rahman di talian 05-5015135 atau En. Muhamad Amirul Mukmin bin Haji Dahalan italian 05-5015140 Kerjasama dan tindakan pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargal dan disenjung tinggi serta didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian. * BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, (ABD. MAIYB BIN YUSOF, pu, ann,A0e. ) Ketua Sekto# Pengurusan Sekolah b.p Pengarah Pelajaran Perak s.k Pengarah Pelajaran Negeri Perak ‘Timbalan Pengarah Pelajaran Perak ‘Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak — Mohon pihak tuan merumuskan Teporan sekolah ke Jabatan Pelajaran pada 30 Oktober 2012 dengan menggunakan format seperti Lampiran 3 Lampiran 4 Perutusan Ketua Sotiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ‘Sempena Hari Warga Emas Poringkat Kebangsaan Tahun 2012 Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w-t. kerana dengan limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang’ penuh bermakna ini sempena meraikan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan, Tarikh 1 Oktober yang jatuh pada hari ini merupakan Hari Warga Emas Kebangsaan. Mulai tahun 1992, Kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan warga emas tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. ‘Warga Tua’ ditakritkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut ketotapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982, Statistik rasmi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011 menunjukkan hampir lapan peratus iaitu seramai 2.2 juta orang daripada 28.3 juta penduduk Malaysia merupakan golongan sudah berusia, Jumiah berkenaan diunjurkan untuk terus meningkat kepada 12 hingga 15 peratus menjelang tahun 2020 dan 2030. Warga emas merupakan golongan yang berpengalaman, berpengetahuan serla kaya dengan petua, Kemahiran dan buah fikiran. Seperti kata pepatah, “orang tua lebih duly makan garam’. Bagi mengiktiraf kepakaran dan pengalaman warga emas, Kerajaan juga telah meningkatkan umur persaraan dalam kalangan penjawat awam daripada lumur 58 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa pada tahun 2012. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Ketahullah bahawa kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah hasiltitik peluh dan usaha gigin generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. Peranan yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha mengajar, mengasuh dan mendidik generasi muda adalah tidak ternilai Janganlah kita menjadi seperti “ulat lupakan daun” selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan. Warga emas telah banyak member sumbangan dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, adalah wajar mereka mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan mereka menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Maka sudah semestinya, menjadi tanggungjawab sosial dan komitmen Kerajaan dalam menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas dapat hidup secara aktif, produktif dan sihat Sebagai generasi muda, amalkan nila-nilal kekeluargaan dan penjagaan warga tua serfa rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua supaya dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai penyayang dan bertimbang rasa. Oleh itu, semangat kekeluargaan yang jitu dan mantap perlu dipertingkat dan diperkukuhkan secara berterusan, Berita di akhbar dan televisyen ada menunjukkan bahawa sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak berlaku dalam masyarakat. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Lebih menyedihkan lagi, terdapat anak yang sanggup mendera dan mencederakan ibu bapa. Malah, pernah terjadi anak membunuh orang tuanya disebabkan wang atau harta. Senario ini beserta Hari Warga Emas yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun secara tidak langsung memperingatkan kita bahawa kita semua bakal menjejaki usia tua jika dikumniakan Tuhan umur yang panjang. Sehubungan itu, seluruh masyarakat adalah diseru supaya menghormati dan menghargai orang tua yang telah banyak mencurahkan tenaga, idea, wang ringgit, masa dan sebagainya demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara (Guru-guru dan murid-murid, Sebagai anak kita perlu sedari, bahawa menghormati, mentaati dan berbuat balk kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan yang wajib dan mulia serta harus berterusan, Kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang berumur. la bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah tuntutan ajaran semua agama. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa semasa ibu bapa sihat atau ketika mereka sakit seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan sebagainya, “Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu’. Ini adalah ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham maknanya dengan mendalam, Fahamilah ungkapan ini kerana kita tidak mahu timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah-rumah kebajikan. Pupuklah rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat dalam kalangan ahli keluarga, Pastikanlah tatkala bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita, jangan sekali-kali_meninggikan suara, mengherdik, mencaci dan berkata dengan perkataan yang tidak sopan. Janganlah melakukan perbuatan yang boleh mengguris perasaan kedua-duanya Berdoalah selalu kepada Tuhan memohon agar mereka sentiasa diampuni dan dilimpahi rahmat oleh Tuhan. Amalan ini sebahagian daripada tanda menghargai golongan tua terutama sekali kedua ibu bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban demi kebahagiaan keluarga, Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak terniiai harganya. Kedua ibu bapa mencari nafkah, mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga dewasa, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak-anak dan keluarga. ‘Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Mereka telah menaburkan jasa dan budi yang tidak temilai kepada keluarga dan masyarakat. Tanpa mereka, keluarga dan masyarakat yang ada pada hari ini tidak akan wujud dan kita kemungkinan hidup dalam keadaan yang tidak aman. Oleh yang demikian, kita haruslah menyayangi warga emas. Saya menyeru agar kita semua menghargai sumbangan warga emas dan melayan mereka bak menatang minyak yang penuh kerana warga emas adalah permata yang tiada tandingannya. ‘Sebagai generasi muda, murid-murid menjadi harapan dan pewaris negara di masa hadapan. Oleh itu, ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk menyematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. Murid-murid, jadilah generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan. Ingatlah! usia muda tidak kekal selama-lamanya, akan tiba masanya kita juga menjadi tua. Dan pastinya, tiada seorang pun daripada kita yang mahu diabaikan apabila usia mencecah tua. Kerana itu, hormatilah dan berbuat baiklah kepada orang tua sepanjang hidup kita, nescaya semua orang di sekeliing kita juga akan menghormat dan berbuat baik kepada kita. Hargailah warga emas! Sekian, terima kasih, ‘Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, i . ) ( ) Jeseg nungyenjeBued ueyeseBueg sodejeg werBoid UE] uu uesBuored “4 Lunyrojunsjoy apy *& ysjoxes sew Bove BIADIe weep sews wove usjeqUBUEY | UReqIBied UEYNE-RIeBLOW | “¢ ueiBoad Urey ueT Buofo: Buajo9 -q Biaeynsyeupuy | —_seury eben eBreyuey | Zz, sewe Bem We} “¢ sewe efsem reSreySuou ueduiey) 2 uepppipued seule eBiemsoworg| eBiem depeyio, uelepasoy |_| SviNa VOUYM arn HOV NYDAVONLULLIALDAY smo4 ag NVLWaNONad HYINOT _ Nar de moe HYTOWaS VINWN, SVWS VORA NWDIVONLL NYT3d NVVNVSMV lid NVUOdWTSd Z Nua veavoistua | segues reqporseus] ML | 281 | ey ‘Shem seu |p meee ena ne ray sun | arr mu eh ag smu ee unegiaioguemenetion | eewetingon | depeyoz ueepesey swrons vee 1 SGT cua euenduey Svna VouvM NYAVONIL NYTBE NYYNWSIVI3d NvwOaVTa

Anda mungkin juga menyukai