Anda di halaman 1dari 10

Kebaikan Menabung Wang

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung


membolehkan seseorang belajar merancang masa
depannya dengan baik.
Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri
sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa
yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik
seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak
kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi
bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan
kepada kanak-kanak untuk menabung.
Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang
hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita
menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita
dapat mengeluarkan simpanan kita untuk
digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.
Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak
mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah
amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang
menguntungkan.
Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada
seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang
perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang
lebih terjamin.

Last edited by Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:31 pm; edited 1 time in total

Ivy99

Posts: 60
Join date: 2010-08-06

Faedah Membaca
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:30 pm

Tulis karangan yang bertajuk, Faedah Membaca


Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat
membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca
memberikan banyak faedah kepada seseorang itu
sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri
individu tersebut.
Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah
ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang
akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan
seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan
era moden yang penuh cabaran ini.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara
yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa
lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah,
akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana
yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa

sebarang gangguan.
Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk
menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan.
Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan
pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi
kepada pembacanya dengan mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu
terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam
peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca
semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan
cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan
bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak
kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila
mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud
dalam diri seseorang itu.
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06

Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:33 pm

Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?


Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan
dan membesarkan kita.Tanpa kehadiran mereka,sudah
pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh
itu,sebagai seorang anak kita hendaklah
menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu
kita.
Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang
terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita
sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak
pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita.
Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu
berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita.
Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah
berusaha untuk membalas jasa ibu kita.Walaupun ibu tidak
pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini
kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan inu
selama ini.
Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali
menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak akan selamat
sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari
gantinya semula.
Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjutajuta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita. Segala jasa
dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak
bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak
ringgit dan emas sekalipun.
Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita

terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang sudah


meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang
yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup
membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.

Last edited by Ivy99 on Wed Aug 11, 2010 5:43 pm; edited 1 time in total

Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06

Faedah Bergoyong-royong
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:34 pm

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Faedah


Bergoyong-royong:.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar,
guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya
akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Faedah Bergotong-royong.
Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong


membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan
sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini,
sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersamasama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat
dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos
serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli
masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain
menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak
atau membina pelamin buat pasangan pengantin.
Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan
menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat
dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita
bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi
mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat
kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotongroyong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang
perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang
terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan
murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu
mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama
ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti
bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus
berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06

Cara-cara menjaga kesihatan diri


Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:36 pm

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.


Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan
diri.
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri
supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup
mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga
kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang
bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih
merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting

terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah


dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang
banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar
kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh
dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi
terhadap sebarang serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor
mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual
sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat
awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor
hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu
tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh
amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan
kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu
kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.
Ivy99
Posts: 60
Join date: 2010-08-06

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia.


Bincangkan
Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:37 pm

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan


Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat
sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam
kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.
Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat
pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja
membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan
manusia lebih produktif.
Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan
seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh
bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang
dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan
atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit
sahaja.
Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi
dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula
memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya
menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin
mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.
Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan
manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk
melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan
wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.
Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara
terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan
tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita
harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

Anda mungkin juga menyukai