Anda di halaman 1dari 3

KULIAH 6: AKAUNTABILITI GURU

Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga


aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap
negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri.
Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu
menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid
dengan kaedah pengajaran yang berkesan.

1. Akauntabiliti Terhadap Negara


Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion
keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi
kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam
untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu,
guru-guru juga perlu :
Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara
berlandaskan Rukun Negara.
Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa
dalam diri pelajar.
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secaracergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid.
Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni.

2. Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan


Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang
telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan
yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna
kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari
segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik muridmurid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri
sendiri. Faktor ini amat penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang

terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang


terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin
dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini,
guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.

3. Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa


Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila
ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan
yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang
yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi
amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi
jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan
pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar
di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.
Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib
) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut:
Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang
pendidikan dan negara.
Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid
seperti yang diharapkan oleh ibu bapa.
Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama,
kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga mereka.
Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa
sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid.
Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu
bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai
sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

4. Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri


Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan
masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru
wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan
bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati,
guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta
berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri:

Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas


dengan cergas dan bertenaga.
Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat
menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram.
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca
dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru.
Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG
bagi faedah bersama.
Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah
seimbang dengan perbelanjaan.
Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa
atau eletronik.
Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa lapang.

5. Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja


Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program
pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara
berikut:
Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung
dalam kurikulum.
Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.
Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul
supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.
Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan
prestasi dan kemahiran mengajar.

Bahan Rujukan: 1. Buku Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) Aspek Kompetensi


Profesional.
m/s
147-151
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai