Anda di halaman 1dari 2

3 (a) Luluhawa fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di permukaan

bumi atau hampir permukaan bumi secara in situ oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti
iklim (suhu, hujan dan fors) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

b(i) Proses pembesaran akar tumbuhan Di kawasan tropika lembap umumnya mempunyai
banyak tumbuhan. Tumbuhan dapat mempengaruhi proses liluhawa fizikal melalui peranan
akarnya. Akar tumbuhan akan menjalar memasuki retakan dan rekahan yang terdapat pada
batuan tersebut. Akar tumbuhan tersebut kemudiannya membesar lalu memecahkan batuan
tersebut.
(ii) Proses basah dan kering Merupakan satu proses yang kerap berlaku di kawasan pinggir
laut kawasan tropika lembap. Semasa air pasang, batuan yang terdapat di kawasan pinggir
pantai akan dibasahi oleh air laut lalu mengembang manakala semasa air laut surut batuan
pinggir pantai akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik menjadikannya kering
semula. Proses basah kering ini akan berlaku secara berulang kali dan dalam tempoh yang
lama menyebabkan batuan pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah dan relai.
(c) (i) pengaruh iklim
> Pengaruh bahan matahari dan suhu Bahang matahari dan suhu mempengaruhi
kegiatan luluhawa samaada luluhawa kimia ataupun luluhawa fizikal. Di kawasan gurun
panas, julat suhu harian yang tinggi menyababkan berlakunya lulhawa fizikal melalui proses
pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang bahang matahari yang tinggi di kawasan
gurun panas menyebebkan suhu kawasan tersebut tinggi(lebih 40 c). Suhu yang tinggi
menyebabkan batuan di kawasan gurun mengembang pada waktu siang. Pada waktu malam
suhu di kawasan tersebut jatuh secara mendadak (kurang 10c). penurunan suhu secara
mendadak menyebebkan batuan di kawasan tersebut mengecut pada waktu malam. Proses
kembang kecut yang berlaku secara berulang kali(pertukaran siang dan malam) dalam proses
yang lama menyebebkan batuan di kawasan tersebut mengelupas dan akhirnya pecah.
> Pengaruh hujan Tindakan basah dan kering amat berkesan di kawasan yang
mengalami iklim jenis minsun tropika yg mengalami musim hujan dan kering yang nyata.
Semasa musim hujan , batuan akan basah dan mengembang dan manakala musim kering ,
sejatan akan berlaku ke atas batuan trsebut menyebabkan batuan tersebut mengecut. Proses
basah dan kering yang berlaku secara berulang dalam tempoh tertentu akan menyebabkan
batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah.
> Pengaruh fros Di kawasan tanah tinggi yang ketinggiannya melepasi tahap
pembekuaan , fros amat berkesan untuk memecah batuan tersebut dalam bentuk luluhawa
fizikal. Air hujan akan memasuki rekahan batuan dalam waktu siang, (suhu di atas takat
beku) dan pada waktu malam (suhu jatuh di bawah takat beku), air yang terdapat pada
rekahan tersebut akan membeku. Apabila air dalam rekahan membeku isipadu air akan
mengembang sebanyak 10% daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan mewujudkan
tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu
menjadi besar. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulang kali sehingga batuan
tersebut akhirnya pecah.

(ii) Pengaruh batuan


>Pengaruh kandungan mineral dalam batuan-ketahanan dan kebolehan mineral
yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah berbeza.
>pengaruh warna batuan
>pengaruh struktur rekahan dan retakan

Anda mungkin juga menyukai