Anda di halaman 1dari 11

Pelbagai masalah yang melibatkan etika keguruan yang dilaporkan dalam

berita melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru. Berita
guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering
berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan
hangat dalam kalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering
dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik
mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak
lagi. Seperti artikel yang dinyatakan, tindakan yang diambil oleh guru tersebut telah
menjatuhkan imej seorang pelajar yang memegang jawatan sebagai seorang
pengawas pusat sumber di sekolah selain itu emosinya turut diganggu kerana
rambutnya yang digunting oleh guru disiplin telah bertokak.
Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri?

Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh


mematahkan semangat guru. Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada
mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru
menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada
rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap
pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. Pelajar
yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru
atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta guru atau membocorkan
tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap
guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya,terdapat banyak
kes pelajar melawan guru, mengugut guru , menumbuk guru, malah ada juga pelajar
yang memukul guru walaupun hanya berumur 14 tahun.
Bukan sahaja dibimbangi reaksi negatif pelajar atas hukuman yang dikenakan
ke atas mereka tetapi respon daripada ibu bapa sering membatasi guru dalam
menjatuhkan hukuman.. Terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru
daripada menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah melanggar disiplin
sekolah. Mereka tidak percaya anak mereka telah melakukan kesalahan serius di
sekolah. Faktor campur tangan ibu bapa turut mendorong ada guru mengambil sikap
mendiamkan diri terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.

Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil


tindakan mengikut emosi.Mungkin tindakan merendam pelajar tidak berlaku
sekiranya

yang

menangani

masalah

ialah

guru

yang

lebih

berpengalaman.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Murad Mohd Nor dalam
kes tersebut bahawa perbezaan umur antara warden dan pelajar tidaklah besar.
Sarannya, biarlah warden yang menangani masalah pelajar membuang tuala wanita
ke dalam tandas itu seseorang yang lebih berumur dan boleh bertindak sebagai ibu.
Dalam hal ini, seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guruguru baru untuk menimba pengalaman daripada guru-guru yang telah lama
bertugas, terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar
bermasalah dan tindakan yang wajar dalam mendisiplin pelajar. Biarlah mereka
menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu
tugas yang berat seperti tugas sebagai guru disiplin atau warden asrama.
Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan
guru dengan pelbagai ilmu pengajaran , perhatian juga harus diberi terhadap faktor
rohani guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah
hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi. Bukan pelajar sahaja harus
dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus
berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi
oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa
cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran
terpaksa ditempuh . Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi
cabaran yang mendatang.
Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu
guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress
menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya
tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam
menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang
pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin
ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu
menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007)

Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan
tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan
melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu
membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang
tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih
berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar
oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga
diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teoriteori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun
situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu
mendisiplinkan

pelajar

dan

pengalaman-pengalaman

menangani

guru-guru

pelajar

lama

bermasalah

dapat

dikongsi

hasil

daripada

bersama-sama

terutamanya dengan guru-guru baru.


Lazimnya, guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan
peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Pelajar-pelajar
sekarang

mudah

menentang

sekiranya

pendekatan

yang

digunakan

guru

bertentangan dengan jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menerima hukuman


secara membuta tuli dan akan bertindak menentang. Sebagai contohnya, kes guru
dicekik pelajar . Pelajar tersebut melaporkan kepada akhbar bahawa dia dan kawankawannya disuruh oleh guru supaya melakukan tekan tubi di kawasan laluan air
tandas yang kotor. Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, tentunya tindakan
pelajar melarikan diri daripada hukuman itu merupakan sesuatu tindakan yang
rasional dan logik.Masakan mereka sanggup melakukan tekan tubi di kawasan
laluan air kotor. Bukan sahaja menjijikkan malah mungkin akan menjejaskan
kesihatan.

Dalam hal ini, saranan Dr. Rubiah K. Hamzah, elemen perasaan dalam
perlaksananaan

peraturan

seharusnya

diambil

perhatian

oleh

para

guru.

Menurutnya, untuk mewujudkan keserasian antara guru-pelajar, peraturan sekolah


mestilah ada elemen perasaan.Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi
perlu ada cetusan emosi di dalamnya.( Harian Metro, 6 Ogos 2007). Dalam erti kata
lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau

menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur.Ledakan perasaan yang


mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan.

Guru seharusnya diberi peluang untuk bernafas. Cabaran mendidik dan


mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak seharusnya
hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam
kalangan pelajar-pelajar. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam
tulisannya Guru Emosi, Pelajar Melenting,ada benarnya. Beliau bimbang semangat
berkobar-kobar guru akan merundum. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan
mencantas dedikasi guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai
pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020.( Harian Metro, Isnin 6
Ogos 2007).
. Menururt beliau lagi, ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan
mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di
sekolah atau di luar sekolah ( Berita Harian, 19 Disember 2006). Yusri Abdul Malek
juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menegaskan bahawa masalah disiplin
ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka
menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa
hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak
terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah,
pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.(Harian Metro, 25
Mei 2006)
Siti Aishah Mahamad dalam tulisannya Pendekatan Mendidik Lebih Sesuai
Atasi Masalah Remaja pula menekankan peri pentingnya pelbagai pihak
memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas
sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat terutamanya untuk
menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi. Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan
perumahan perlu mengenal pasti masalah dan membuat perancangan aktiviti
berbentuk kebajikan atau mencegah kemungkaran seperti masalah remaja melepak
lelaki

perempuan

dan

melakukan

perbuatan

sumbang.Pihak

KRT

perlu

menggunakan pendekatan mendidik sebelum menghukum atau memberikan


hukuman yang membina.

Siti Aishah juga tidak mengenepikan peranan Pertubuhan bukan kerajaan


(NGO). Tegasnya, NGO juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini.
NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan
atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau
gagalnya usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung
bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata.Dengan
memastikan tugas mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab
bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi
isu dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada guru , pelajar mahupun ibu bapa .
Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh
cabaran yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah
konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru
berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan
memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa . Maka akan lahirlah modal
insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.

Perhubungan guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis,


saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin
berantakan.

Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula
menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan
kewarasan.

Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan


mengenai nilai serta kredibiliti guru. Adakah guru boleh mendidik?, Guru sudah
hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?
serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang
berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri
seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan.

Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar?


Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang
diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka
bertindak tanpa kewajaran.
Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara
tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau
seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.
Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti
orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,
katanya.
Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan
pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan
profesionalisme

golongan

terbabit.

Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula
berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir
pula

dengan

tragedi.

Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil

membuat

penelitian

terperinci

sebelum

menjatuhkan

andaian.

Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca
tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.
Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja
persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan
guru

seperti

ditindas.

Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total,
malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan
tertekan,

mereka

boleh

hilang

pertimbangan.

Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen
negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang
sudah sedia terbeban, katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada
matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.
Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi,
namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah
tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya,
guru

pasti

sukar

bernafas.

Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama
menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri
tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan
kurang

tekanan,

katanya.

Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan
memerlukan

rawatan

sama

ada

berbentuk

dorongan

psikologi

atau

perubatan.

Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini
memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana
membabitkan

soal

keselamatan.

Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu.
Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan
pakar

untuk

membantu,

katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap
komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru

bertindak

di

luar

batasan.

Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan
termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan
masalah lain.
Tekanan

demi

tekanan

di

samping

tidak

mendapat

sokongan

persekitaran

menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka
menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar
menjadi
Malangnya,

pilihan.
ramai

tidak

prihatin

terhadap

masalah

ini

dan

melambakkan

segala

tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini tidak makan saman
menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi
keadaan

meskipun

salah,

katanya.

Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu
kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik
untuk

mengawal

diri.

Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah
malu

dan

ketepikan

persepsi

buruk

orang

lain

demi

kebaikan

diri

sendiri.

Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang
boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan
sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara, katanya.

setiap guru dan bukan semata tanggungjawab Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Disiplin
sahaja.
Guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga
mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak para pelajar melalui pembentukan
disiplin yang baik. Dalam buku Pengurusan Sekolah ada menyatakan bahawa matlamat akhir
guru adalah membentuk disiplin kendiri yang baik. Penulisnya Omardin Ashaari juga ada
menyatakan peranan guru dalam melaksanakan disiplin adalah dengan mengawas disiplin
dalam bilik darjah, disekitar sekolah dan dalam kegiatan luar sekolah.

Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan oleh Bahagian Sekolahsekolah Kementerian Pendidikan 1968 dijadikan landasan untuk membentuk tatacara disiplin
di sekolah-sekolah diseluruh Malaysia. Namun begitu, dari kajian yang telah dilakukan oleh
Jawatan kuasa Disiplin sekolah, didapati bahawa pihak sekolah mengambil tindakan yang
berbeza-beza ke atas kes yang sama. Ini adalah kerana pentadbir sekolah diberi kuasa
menggunakan budi bicara mengikut Buku Panduan Disiplin yang menimbangkan tindakan
yang setimpal dan berdasarkan persekitaran persekolahan, latar belakang pelajar, kekerapan
melakukan kesalahan dan alasan pelajar melakukan kesalahan tersebut.
Kuasa guru dalam melaksanakan undang-undang disiplin tidak dapat dipertikaikan lagi
kerana ia telah termaktub dalam Ordinan tapi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan
dalam Peraturan 4, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) iaitu :
1. keadilan hendaklah diamalkan
2. seseorang tidak boleh dihukum tanpa belaan dirinya.
3. stiap individu yang dituduh hendaklah diberi peluang dan hak untuk
didengar.
Oleh itu, guru mestilah adil dalam menjatuhkan hukuman kepada pelajar dan pelajar juga
perlu diberi peluang untuk mengemukakan alasan-alasan terhadap perlanggaran disiplin itu
untuk membela diri mereka.
Buku Pengurusan Sekolah tulisan Omardin Ashaari ada menyebut mengenai dendaan yang
boleh diamalkan untuk mengatasi masalah disiplin terdiri daripada hukuman biasa dan berat.
Hukuman biasa yang boleh dikenakan kepada pelajar yang didapati melakukan kesalahan
kecil adalah seperti rotan, amaran, dan penahanan. Jikalau pelajar melakukan kesalahan yang
serius dengan mengancam guru, merosakkan harta benda, penggantungan bagi tempoh
tertentu dan pembuangan sekolah dikenakan ke atas diri mereka. Pada masa penggantungan
pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan dan menggunakan kemudahan sekolah.
Itu adalah antara hukuman-hukuman yang disarankan dan begitu jugalah pendapat beberapa
orang penulis lain. Walau bagaimanapun, dalam Peraturan ( c ) menyatakan guru Besar atau
Pengetua boleh menggenakan hukuman yang difikirkan sesuai. Oleh itu hukuman yang pada
pendapat orang ramai tidak sesuai seperti yang berbentuk penyeksaan, cacian dikhalayak
ramai atau lain-lain hukuman yang liar perlu dielakkan.
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 telah menetapkan guru besar adalah orang yang
bertanggungjawab dan diberi kuasa mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar
disiplin tertentu. Namun begitu, Guru Besar boleh menurunkan kuasanya kepada guru lain,
khasnya Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling
atau Guru Kelas.
Guru biasa bertanggungjawab dalam mengawal disiplin pelajar walaupun mereka jarang
diberi kuasa untuk menghukum. Guru tidak hanya mengawas pelajar dibilik darjah tetapi juga
semasa aktiviti luar bilik darjah dijalankan. Di dalam buku Dinamika Sekolah Dan Bilik
Darjah tulisan Kamarudin Hj Hussin, menyatakan tindakan yang boleh diambil oleh guru
biasa ialah
1. memberi amaran atau nasihat kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.

2. jika kes disiplin adalah ringan, guru boleh menghukum pelajar dengan
menyuruhnya berdiri atau mengasingkan pelajar dari rakan.
3. jika pelanggaran disiplin adalah berat, guru hendaklah menghantar pelajar
yang berkenaan kepada Guru Besar untuk diberi nasihat dan tindakan yang
sewajarnya.
Untuk kes berat guru perlulah memberi perhatian yang serius kerana ini akan melibatkan
masa depan pelajar. Sebagai contoh, Sek. Men. Jalan San Peng, Kuala Lumpur, telah
menggariskan Prosedur Tindakan Lembaga Disiplin untuk kesalahan berat, Lembaga Disiplin
Sekolah akan menyiasat terlebih dahulu dan kemudian akan membuat keputusan samada
buang atau gantung sekolah. Sekiranya pelajar digantung sekolah, tingkah laku pelajar
berkenaan akan terus diperhatikan dan sekiranya tiada perubahan maka pelajar akan dibuang
sekolah.
Sebagai rumusannya, guru seharusnya mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai
matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri pelajar. Namun begitu, untuk
mencapai matlamat akhir itu guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan
menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pelajar dengan sentiasa bertata tertib ,
berbudi bahasa serta bijak dalam menghadapi masalah.
Terdapat satu kes dalam akhbar yang berlaku di Taiping yang bertarikh 18 Julai
1997 yang bertajuk Pelajar Patah Tangan Dirotan. Pelajar lelaki berkenaan telah
dirotan 4 kali kerana menyaksikan menyaksikan permainan sepak takraw oleh
rakan mereka dalam blik asrama. Bagaimanakah hukuman rotan dikenakan dan
adakah guru berkenaan bersalah kerana menyebabkan kecederaan? Di sini tidak
menjadi isu dan pelajar tidak boleh menyaman guru sekiranya terdapat dalam
undang-undang sekolah hukuman rotan akan dikenakan sekiranya pelajar
melakukan kesalahan yang berkenaan. Prosedur yang telah ditetapkan oleh
Ordinan Dalam Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 telah menyatakan
bahawa hukuman dera yang hendak dijalankan perlu menggunakan rotan ringan
dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau bahagian
punggung yang dilapik dengan pakaian.

Dalam melaksanakan proses hukuman, untuk mengelakkan guru yang melaksanakan


hukuman teraniaya , Peraturan 5 ada menyebut bahawa guru perlu merekod jenis hukuman,
ditandatangani oleh Guru Besar dan disaksikan oleh seorang guru lain sebagai saksi. Dalam
Bereita Harian yang bertarikh 4 September 1997, telah melapurkan bahawa, Timbalan
Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus iaitu berikutan daripada peningkatan kes jenayah
yang melibatkan pelajar sekolah, guru terutamanya Guru Disiplin akan dilindungi oleh
Undang-undang ketika mereka menguatkuasakan atau meaksanakan peraturan sekolah.
Oleh itu selagi guru yang melaksanakan hukuman mematuhi tatacara yang telah ditetapkan
dalam Ordinan dan undang-undang sekolah maka guru berkenaan terselamat daripada segala
tindakan yang diambil oleh pihak pelajar yang bersalah termasuk tindakan mahkamah.

9.0 KESIMPULAN

Walau apapun masalah disiplin yang timbul, pelajar perlu dikenakan hukuman atau denda
baik ringan atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan. Pelaksanaan
hukuman ini perlu kerana ia merupakan salah satu daripada kaedah atau cara pendidikan yang
berkesan. Ini diakui sendiri oleh Datok Dr. Abdul Hamid Othman. Bagaimanapun sebelum
pelaksanaan sesuatu hukuman, pihak ibu bapa hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu
supaya tidak timbul sebarang masalah berbangkit selepas sesuatu tindakan dilakukan. Namun
begitu pihak sekolah juga harus bertanggung jawab sepenuhnya terhadap tindakan yang
dibuat. Ini bertujuan mempastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah wajar dan berpatutan
dengan keslahan yang dilakukan. Secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada
timbulnya masalah guru mendera pelajar.

Anda mungkin juga menyukai