Anda di halaman 1dari 15

REFLEKSI

Tarikh/Hari : 21 Mei 2008


Masa

: 8 pagi

Aktiviti: Majlis Perasmian dan Taklimat Bina Insan Guru (BIG)


.Aktiviti pada pagi itu lebih menfokuskan kepada majlis perasmian
pembukaan Perkehemahan BIG 2008 dan sesi pemberitahuan peraturan
kem kepada peserta-peserta BIG. Majlis tersebut berlangsung pada pukul
8 pagi. Sebelum majlis perasmian dijalankan En. Radzi turut memberi
penerangan dan membuat raptai ringkas berkenaan majlis persmian.
Majlis pada pagi itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPIP, Tuan Hj
Abdul Kadir bin Basiran dengan simbolik penyerahan bendera Malaysia,
negeri Perak dan institut. Selesai majlis perasmian aktiviti diteruskan
dengan taklimat perkehemahan yang telah disampaikan oleh En. Radzi
iaitu selaku Ketua Kem BIG kali ini. Kemudian, semua peserta minum pagi
dan selepas minum pagi, para peserta diberi taklimat pula tentang
bagaimana

untuk

memasang

khemah.

En

Radzi

telah

membuat

demonstrasi tentang cara yang betul untuk mendirikan khemah.


Aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberitahu tentang apa
yang

tidak

patut

dilakukan

dan

yang

patut

dilakukan

sepanjang

perkhemahan ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi ilmu yang
betul tentang cara mendirikan khemah.
Kaitan aktiviti ini dengan saya ialah isnya suatu proses di mana member
saya kesedaran bahawa dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, kita
tidak boleh lari dengan undang-undang dan peraturan. Ini supaya kita
menjadi seorang yang berdisiplin dan mampu melalui sesi perkhemahan
ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
Antara perkara baru yang saya pelajari sepanjang aktiviti ini ialah
bagaimana untuk mendirikan khemah dengan cara yang betul dan cara
yang boleh dilakukan dalam majlis perasmian dan seperti dalam
perkehemahan ini, ia menggunanya cara simbolik bendera.

Dari segi penambahbaikan, saya akan lebih fokus apabila diberi taklimat
tentang sesuatu aktiviti supaya saya jelas dan masalah tidak timbul
sepanjang aktiviti berlangsung. Mungkin kerana saya tidak menumpukan
perhatian sepenuhnya semasa sesi taklimat menyebabkan terdapat
masalah-masalah kecil timbul.

Tarikh : 21 Mei 2008


Masa : 3.00 petang
Aktiviti: Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1)
Dalam LDK ini, aktiviti yang difokuskan ialah sesi perbincangan iaitu
mengenai tajuk Nilai-nilai Murni Yang Perlu Ada Pada Seseorang Guru.
Saya

dikehendaki

menyenaraikan

nilai-nilai

murni

tersebut

dan

membentangkan kepada semua ahli kelas.


Pada pandangan saya, aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk
memberi pengetahuan kepada kami tentang nilai-nilai murni yang perlu
ada pada seseorang guru dan apakah kepentingan nilai-nilai tersebut
supaya

dapat

diaplikasikan

apabila

berada

di

sekolah

kelak.

Ini

sebenarnya untuk melatih saya berfikir secara kritis apabila diberikan


suatu topik.
Aktiviti ini sebenarnya sangat berkaitan dengan saya sebagai bakal guru.
Aktiviti lebih menekankan tentang bagaimana nilai-nilai murni yang perlu
ada pada seorang guru. Ini penting kerana saya vakal bergelar seorang
guru dan ini boleh menjadi garis panduan dalam usaha untuk menjadi
guru yang mempunyai pekerti yang baik dan berketrampilan.
Dalam aktiviti ini juga, antara perkara baru yang saya pelajari ialah
bagaimana untuk berfikir secara cepat apabila diberi sesuatu tajuk.
Apa yang akan saya baiki sepanjang perkhemahan ialah dari segi
ketetapan masa, Ketetapan masa adalah penting agar kita dapat
mengikuti program yang disediakan dengan berkesan. Contohnya, kelas
kami gagal menghabiskan kesemua peserta untuk membentangkan
pendapat dan buah fikiran masing-masing kerana kesuntukan masa. Di
masa hadapan, diharap pensyarah yang mengendalikan slot ini harus

pandai menghentikan peserta jika dia menerangkan dengan panjang agar


memberi peluang kepada orang lain untuk membentang sama.

Tarikh : 21 Mei 2008


Masa : 6.00 petang
Aktiviti

: Kawad Kaki

Sebagai satu aktiviti riadah perkhemahan BIG, kawad kaki telah dijalankan
di mana semua peserta diwajibkan untuk kawad. Kawad kaki tersebut
telah diketuai oleh En. Radzi sebagai Prep Komandon. Bagi saya, kawad
kaki bukanlah sesuatu yang baru kerana saya telah menyertai kawad kaki
semasa di sekolah menengah lagi iaitu di dalam Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM). Oleh sebab itu, saya telah mengetahui tentang asas-asas
kawad. Walaubagaimanapun, ramai juga antara peserta yang tidak tahu
langsung asas kawad.
Aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendisiplinkan diri para
peserta. Seperti yang dapat dilihat dalam kawad kaki, seornag komandan
akan memberi arahan dan skuad perlulah mengikut arahan tersebut.
Malah dalam kawad juga skuad tidak dibenarkan bergerak sesuka hati
sebaliknya menjadi tegas dan megikut arahan.
Pada pandangan saya, aktiviti kawad sangat menyeronokkan lebih-lebih
lagi jika terdapat keserasian semasa berkawad dari aspek hentakan dan
ayunan tangan. Saya juga pernah menyertai pertandingan kawad kaki
semasa di sekolah menengah dan berjaya memperoleh tempat pertama.
Antara perkara baru yang saya pelajari ialah kita perlu menjadi seorang
yang peka dan berdisiplin dalam setiap pekerjaan terutama dalam bidang
keguruan. Ini kerana kita akan melakukan kesilapan jika kita lalai atau

tidak berdisiplin. Ini saya perolehi semasa aktiviti kawad kaki di mana
apabila ketua komandon memberi arahan, pastikan arahan itu betul baru
bertindak supaya kita tidak tersilap dan ini menunjukkan yang kita
seorang yang tidak peka.
Dari segi penambahbaikan, saya akan terus meningkatkan kemahiran
dalam kawad kaki kerana bagi saya aktiviti ini bukan sahaja untuk riadah
tetapi untuk mendisiplinkan diri. Semasa perkhemahan cadangan saya
agar dipecahkan peserta kepada kumpulan yang lebih kecil dan peserta
yang sudah mahir kawad menjadi prep komandon membantu En. Radzi
agar pengajaran akan menjadi lebih berkesan.

Tarikh: 21 Mei 2008


Masa : 7.30 malam
Aktiviti : Tazkirah Maghrib oleh Ustazah Asiah
Tazkirah yang disampaikan oleh pensyarah JAPIM memberi fokus kepada
tajuk Kepentingan Solat dan Solat Jamak dan Qasar. Ustazah telah
menyediakan

pembentangan

powerpoint

berkaitan

dengan

tajuk

tersebut. Selain merujuk kepada slaid ustazah juga banyak melakukan


sesi soal jawab dengan peserta seperti niat solat jamak dan qasar. Ini agar
kita dapat mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman kita terhadap
sesuatu.
Tujuan saya lakukan aktiviti ini adalah untuk memantap dan mengukuhan
ilmu dan rohani. Tajuk yang disampaikan amat penting bagi saya
terutama jika saya bermusafir dan kerana telah memahami konsep jamak
dan qasar, saya mungkin tiada masalah dalam perjalanan.
Pada pendapat saya, slot ini amat penting terutama kepada umat Islam
kerana ianya satu kemudahan yang Allah sediakan agar walau di mana
atau bagaimana keadaan kita, solat tidak boleh ditinggalkan secara
sengaja.

Perkara baru yang saya pelajari ialah agar sentiasa menjaga solat kita dan
rupa-rupanya kita hanya perlu berniat sahaja semasa solat dan tidak
semestinya menghafal niat yang panjang dan melafazkannya semasa
takbirraturrihram.
Dari segi penambahbaikan, slot ini wajar diteruskan sebagai santapan
rohani supaya peserta tidak hanya leka kepada aktiviti dunia dan
melupakan

yang

akhirat.

Saya

akan

cuba

aplikasikan

apa

yang

diterangkan oleh ustazah dalam tazlkirahnya.

Tarikh: 21 Mei 2008


Masa : 9.00 malam
Aktiviti : Pembinaan Jati Diri 1
Slot ini telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah iaitu En Asri dan En.
Mubin dan kelas saya telah bergabung dengan kelas F1 untuk slot ini. Slot
ini merupakan renteten kepada LDK 1, di mana kelas saya masih belum
selesai membentangkan hasil berkenaan tajuk Nilai-nilai Murni

Yang

Perlu Ada Pada Seseorang Guru. Selepas itu, kami beralih kepada topik
lain iaitu perbincangan isu-isu semasa. Ramai yang begitu teruja
mengeluarkan

pendapat

antara

yang

popular

ialah

isu

sain

dan

matematik dalam bahasa inggeris dan kouta bukan bumiputera di IPTA.


Saya melakukan aktiviti ini untuk mengasah dan membuka minda agar
sedar akan keadaan negara sekarang ini terutama dalam bidang
pendidikan. Sebagai bakal guru, ini penting agar kita tidak dilabel guru
yang pasif.

Pada pemikiran saya, sebagai bakal pendidik isu-isu seperti ini harus tidak
dipandang ringan oleh kita kerana zaman kini para belia dan mahasiswa
yang mencorakkan kemajuan negara.
Banyak perkara baru yang saya perolehi sepanjang slot ini terutamanya
berkaitan dengan isu-isu masa kini yang melibatkan bidang pendidikan.
Terdapat juga input baru yang saya perolehi daripada pendapat orang lain
hasil pembacaannya. Contohnya, berkenaan dengan pendapat mengenai
berjuang di atas nama bangsa dan seharusnya berjuang atas nama Islam
adalah jalan terbaik kerana kita tidak mampu menjadikan kaum lain
menjadi Melayu tetapi kaum lain boleh menjadi Islam.
Dari segi penambahbaikan, slot ini di masa hadapan boleh dipanjangkan
untuk memberi peluang kepada semua orang member pendapat dan
berkongsi ilmu. Kerana perbincangan seperti ini sebenarnya membuka
minda kita.

Tarikh: 22 Mei 2008


Masa : 7.00 pagi
Aktiviti

: Malaysia Cergas

Dalam aktiviti ini, regangan badan telah dilakukan dan diketuai oleh
Pengerusi, Musa Al-Karim terlebih dahulu. Kemudian, sesi seterusnya
dikendalikan oleh beberapa orang pelatih daripada unit F3. Mereka telah
memperkenalkan pelbagai regangan yang menyeronokkan seperti, pocopoco, chicken dance dan sebagainya.
Saya melakukan aktiviti ini adalah sebagai langkah untuk menyegarkan
dan membetulakn otot-otot dalam badam sebelum melakukan aktiviti
lain.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini perlu diadakan setiap pagi kerana
minda yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Regangan juga
bagus sebagai permulaan kerana kita dapat mengelakkan daripada
kecedaraan semasa bermain.
Perkara

baru

mengendalikan

yang

saya

sesuatu

perolehi
aktiviti.

ialah

Ini

bagaimana

penting

agar

cara

untuk

kita

dapat

mengaplikasikan apabila berda di sekolah kelak. Antara yang menjadi


rujukan saya ialah apabila F3 mengendalikan aktiviti.
Dari

segi

penambahbaikan,

aktiviti

seperti

ini

diharapkan

dapat

dipelbagaikan lagi aktiviti agar lebih menarik disamping menyihatkan


badan.

Tarikh: 22 Mei 2008


Masa : 10 pagi
Aktiviti : AktivitI Air
Saya telah berpeluang melakukan aktiviti air yang telah dikendalikan oleh
dua orang pensyarah iaitu Cik Siah dan En. Zul dari unit PJK. Aktiviti ini
telah dilakukan di Teluk Batik dan kami bertolak dari institut dengna
menaiki dua buah bas dan sebuah van. Semasa di Teluk Batik, Cik Siah

dan Encik Zul telah terlebih dahulu memberikan taklimat tentang aktiviti
yang bakal kami lakukan. Selesai kudapan pagi, aktiviti sesi 1 dimulakan
iaitu saya telah melakukan aktiviti yang dinamakan water condfident di
mana saya diminta turun ke dalam air dan disuruh melakukan beberapa
pergerakan secara berpasangan. Kemudian, saya telah melakukan aktiviti
renang dari persisir pantai dan mengelilingi bot yang berada sejauh 50
meter dan kembali ke pantai. Kira-kira pukul 12 tengahari, aktiviti sesi
kedua dijalankan iaitu aktiviti menyelamat. Dalam aktiviti ini kami telah
diajar cara menyelamat di air menggunakan kayu dan tali. Aktiviti lebih
menarik lagi apabila kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan
melakukan aktiviti berlainan, kumpulan 1 diarah membuat istana pasir,
kumpulan 2 pula aktiviti menyelamat dan kumpulan ketiga diarah untuk
berenang kembali ke pantai selepas dilepasakan di tengah laut. Aktiviti
tamat kira-kira 3 petang.
Aktiviti seperti water confident adalah penting kerana melalui aktiviti ini
akan dapat memberi keyakinan kepada seseorang semasa di dalam laut.
Oleh sebab itu, aktiviti ini dilakukan terlebih dahulu oleh perenang
sebelum mereka berenang. Manakala aktiviti menyelamat pula adalah
satu bonus kepada saya kerana berpeluang mempelajari teknik yang betul
untuk menyelamat menggunakan kayu dan tali. Ini penting kerana kita
mungkin tidak pandai berenang tetapi kita boleh menyelamat dari pantai
menggunakan tali atau kayu. Dan membuat istana pasir juga ada
tujuannya iaitu untuk menguji daya kreativiti dan semangat berpasukan
dalam menyiapkan tugasan.
Pada pendapat saya, aktiviti ini sangat berguna dan menyeronokkan.
Semasa aktiviti ini selain dapat mengurangkan stres saya juga dapat
mengetahui asas dan teknik berenang yang betul.
Antara pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang aktiviti air ialah
dapat belajar cara berenang, cara memakai jaket keselamatan dengan
betul dan teknik-teknik menyelamat mangsa di air. Lebih penting saya
juga diajar tentang cara untuk mengendalikan aktiviti bersama anak-anak

murid kelak apabila ingin melakukan aktiviti air iaitu dari aspek
keselamatan dan kawalan pelajar.
Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dan jika boleh dipelbagaikan
aktiviti

seperti

melaluinya
memperoleh

berkayak

juga

kita
ilmu

Tarikh: 22 Mei 2008

atau

dapat

berakit
melatih

baru

adalah

begitu

semangat

untuk

baik

kerana

berpasukan

diaplikasikan.

dan

Masa : 7.30 malam


Aktiviti

: Tazkirah Maghrib

Tazkirah maghrib kali ini turut disampaikan oleh Ustazah Asiah dari JAPIM
yang membicarakan tentang tajuk Penetuan Arah Kiblat. Dalam tazkirah
tersebut, ustazah telah menunjukkan cara menentukan arah kiblat
dengan bantuan slaid pembentangan. Antara yang menarik perhatian
saya

ialah

terdapat

banyak

cara

menentukan

kiblat

antaranya

menggunakan kompas dan lebih menarik berpandukan lilitan pokok.


Tazkirah ini membawa input yang penting bagi saya terutama apabila kita
berada di situasi yang berbeza seperti hutan dan sebagainya. Ini dapat
member

pengetahuan

dan

input

berguna

kepada

peserta

untuk

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Menekankan betapa pentingnya


solat dalam apajua keadaan sekali pun.
Pada pendapat saya, ilmu sebegini perlu selalu diberi peringatan kerana
masih ramai yang tidak tahu cara menentukan kiblat menyebabkan ada
yang tidak solat. Sebagai orang Islam, perkara seperti ini mempunyai
hubungan terus dengan diri saya untuk cuba diaplikasikan.
Cara menentukan kiblat berpandukan lilitan pokok adalah ilmu baru yang
saya perolehi dalam tazkirah ini. Selain itu saya juga dapat mengenal
jenis-jenis

kompas dan cara menggunakannya untuk menentukan arah

kiblat.
Tazkirah seperti ini wajar diteruskan dari masa ke masa sebagai
peringatan kepada kita sebagai umat Islam agar ibadat kita sempurna.
Saya juga kan cuba mengaplikasikan apa yang diajar olah ustazah semasa
tazkirah tersebut.

Tarikh: 23 Mei 2008


Masa : 8 pagi
Aktiviti

: Kembara

Aktiviti Kembara yang diketuai oleh En. Zainal Abidin telah djalankan dan
setiap peserta dikehendaki mengembara mengikut unit. Setiap unit
dibekalkan

peralatan

seperti

parang,

kompas,

botol

air

dan

peti

pertolongan cemas. Setipa unit perlu mencari stesen masing-masing di


dalam hutan dan di dalam perjalanan peserta perlu mengambil bungkusan
yang telah dilabel mengikut nombor unit

masing-masing dan dalam

bungkusan tersebut terdapat barangan seperti makanan. Kami perlu


mengambil barangan tersebut dan di bawa ke suatu tempat untuk
memasak. Didalam perjalanan ke tempat tersebut kami perlu terlebih
dahulu membersihkan dan mencantikkan stesen masing-masing. Kami
telah berjaya memasak mee segera dan ubi kentang. Di samping itu, kami
juga perlu menyediakan usungan yang dibuat sendiri dan menganggap
bahawa ada antara kami yang sakit kaki.
Saya lakukan aktiviti ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap
keyakinan peserta di dalam hutan selain memupuk semangat setiakawan.
Pada pemikiran saya, sebagai seorang guru kita tidak seharusnya
menfokuskan di dalam bilik darjah sahaja tetapi seorang guru juga perlu
aktif dengan aktiviti luar supaya menjadi guru yang seimbang.
Ilmu baru yang saya perolehi ialah tentang mengenal tumbuhan hutan,
mambaca bearing kompas, memasak di dalam hutan dan membuat
usungan. Kesemua ini penting dan seharusnya dikuasai oleh para guru
jika mahu mengadakan aktiviti hutan.
Penambahbaikan ialah, aktiviti ini wajar diteruskan dan disesuaikan
mengikut keadaan. Pertambahan aktiviti adalah lebih menyeronokkan.

Tarikh: 23 Mei 2008


Masa : 3.00 petang
Aktiviti

: Pembinaan Jati Diri 2

Aktiviti berkisar tentang perbincangan tentang cerita Beruk. Kami


dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan perlu menganalisis
cerita tersebut mengikut tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan.
Kumpulan saya perlu menganalisis berkenaan kompetensi emosi.
Aktiviti ini dilakukan untuk menguji tahap sesorang itu menterjemah
sesbuah cerita dan mencari maksud tersirat dsebalik cerita tersebut
sambil mengaitkannya dengan diri sendiri.
Kaitannya dengan diri saya ialah cerita tersebut berkisarkan tentang kisah
seorang guru dan anak murid. Banyak mesej yang dibawa dalam cerita
tersebut dan ada yang boleh diambil sebagai contoh teladan dan ada
yang boleh dijadikan sempadan dalam profesion keguruan khususnya.
Pada pendapat saya, aktiviti ini mampu membuka minda dan menjana
pemikiran untuk kita menilai tugas seorang guru terhadap anak muridnya.
Antara ilmu baru yang saya dapati ialah seorang guru perlulah berani
berkorban untuk kepantingan anak muridnya kerana jika kita berbuat
demikian anak murid kita seribu kali lebih sanggup berkorban untuk guru
mereka kerana rasa hormat akan gurunya itu.
Dari segi penambahbaikan, slot ini boleh diubah dengan mengadakan
sketsa ringkas berdasarkan cerita itu agar lebih menceriakan dan sesuai
dengan keadaan waktu petang.

Tarikh : 24 Mei 2008


Masa : 9.00 malam
Aktiviti

: Persembahan Kebudayaan

Persembahan Kebudayaan telah diwajibkan penyertaan kepada semua


unit dan persembahan adalah berdasarkan tema yang telah disediakan.
Pada malam itu, persembahan adalah begitu mantap oleh kesemua unit
namun unit F4 telah menjuarai persembahan pada malam itu, Unit saya
hanya sekadar menduduki tempat ketiga. Persembahan daripada unit
kami ialah persembahan dikir barat. Para juri terdiri daripada tiga orang.
Persembahan Kebudayaan diadakan dengan tujuan untuk mencungkil
bakat-bakat yang terpendam dan daya kreativiti para peserta BIG.
Kaitannya dengan saya ialah sebagai guru kita perlu juga mengetahui
cara-cara untuk mengendalikan persembahan kebudayaan apabila di
sekolah nanti agar kita menjadi guru yang aktif dan disenangi. Kita juga
senang didekati jika mempunyai pemikiran yang kreatif.
Ilmu baru yang saya dapati ialah setiap perkara yang kita lakukan perlulah
mempunyai sebab dan mesej tertentu bukan sekadar seronok atau
semangat semata-mata sepertimana dalam persembahan perlu ada
mesej tersirat agar persembahan kita lebih bermanfaat.
Penambahbaikan ialah, persembahan daripada wakil pensyarah juga
seharusnya ada bagi merapatkan ukhwah antara pelatih dan pensyarah.

Tarikh: 25 Mei 2008


Masa : 10 pagi
Aktiviti

: Refleksi Rumusan

Sebelum bersurai, semua peserta dikehendaki merumuskan tentang


aktiviti

BIG

selama

hari

tersebut.

Setiap

wakil

kelas

telah

menyampaikan refleksi tentang program tersebut dari segi kelebihan dan


kekurangan. Selain itu, segala permasalahan yang timbul semasa
program telah diselesaikan di waktu itu juga.
Refleksi ini penting agar peserta sedar bahawa mereka bukannya datang
dengan

sia-sia

tanpa

sebarang

manfaat.

Ini

juga

peluang

untuk

penambahbaikan dari aspek pengurusan di masa hadapan.


Kaitannya dengan saya ialah saya berpeluang menyuarakan pendapat
melalui wakil kelas tentang program ini dan cara penyelesaian dalam
sesuatu permasalahan.
Ilmu baru yang saya dapati ialah kita janganlah bertindak mengikut emosi
sebaliknya siasat dan kaji terlebih dahulu sesuatu perkara itu supaya
masalah seperti menuduh orang lain dan menyebabkan masing-masing
terasa hati tidak wujud.
Dari

segi

penambahbaikan,

sesi

ini

perlu

diadakan

setiap

kali

berlangsungnya sesuatu program dan jika boleh dipanjangkan masanya


agar semua boleh menyuarakan pendapat.