Anda di halaman 1dari 6

Ms 12 Edisi 1 - 30 September

MASKOM 2014

KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Edisi 1 - 30 September 2014

Oleh: Mohd Hanaffi Bin A. Rahman

Bil. 9

Kuala Terengganu- KKHS telah dilantik sebagai Jawatankuasa Latihan Pusat,


Penginapan dan Pengangkutan bagi kontigen Kolej Komuniti Selangor. Seramai 42
orang pelajar mewakili Kolej Komuniti Selangor telah menyertai 6 jenis sukan yang
dipertandingkan. KK Selangor mendapat 2 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 6 pingat
Gangsa manakala pelajar KKHS, Muhammad Amirul (SKS) telah Berjaya meraih pingat Gangsa dalam acara Bowling. Tahniah, KKHS Hebat!!!

BULETIN
SEPTEMBER 2014
Menarik didalam:

Diterbitkan oleh:
Unit Multimedia & Sumber (UMS)
Kolej Komuniti Hulu Selangor,
No 43-57 jalan Kelah 2,
Taman Perniagaan Kelah,
44300 Batang Kali, Selangor
Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718
Email: www.kkhse.edu.my

Lawatan ke Akademi Bomba KKB

Lawatan Ke NIOSH

Ms 2

Kursus English For Me

Ms 3

Taklimat Anugerah Desa


Sejahtera

Ms 4

Audit My SpeKK

Ms 5

Konvokesyen
Komemoratif 2014

Ms 6

MBOR Stompers

Ms 7

K3G UM 2014

Ms 8

Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein


Haiekal Shah Bin Said Amin Shah

KKHS Mall

Ms 3

Kayak SPL

Ms 4

MASKOM 2014

Ms 5

Kuala Kubu Baru - Seramai 34 orang pelajar Program Sijil Sistem dan Sokongan (SKS) semester 1
bagi modul SKS1012 - Keselamatan Industri telah
menyertai Lawatan Akademik ke Akademi Bomba
Dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu (ABPM
KKB) pada 5 September 2014.

Ms 2 Edisi 1 - 30 September 2014

Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 11

Lawatan Ke NIOSH

Kayak SPL

Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein Haiekal Shah Bin Said Amin Shah

Oleh: Harulnizam Bin Mohamad

Bangi - Pada 9 September 2014 yang lalu, seramai 35 orang pelajar Program Sijil
Sistem dan Sokongan (SKS) semester 1 bagi modul SKS1012 - Keselamatan Industri
telah menyertai Lawatan Akademik ke National Institute Of Occupational Safety And
Health (NIOSH), Bandar Baru Bangi. Input yang diperoleh daripada lawatan ini ialah
para pelajar telah memperoleh maklumat yang spesifik berkenaan pengenalan
NIOSH, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, Occupational Safety
and Health (OSH) di Malaysia, kerjaya dalam bidang OSH dan lawatan ke galeri OSH.

Sungai Kampar - Pada 28 September lepas, telah diadakan aktiviti White Water Rafting di Sungai Kampar, Perak. Seramai 7 orang pelajar dan 2 pensyarah pengiring
menyertai program ini. Program ini dijalankan berdasarkan modul SPL 3015
Rekreasi Air untuk pelajar semester 3 program SPL.

Ms 10 Edisi 1 - 30 September 2014

Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 3

KKHS Mall
Oleh: Noor Faizah Binti Abdullah
Batang Kali - KKHS Mall dianjurkan oleh unit E-Tech KKHS pada setiap hujung
bulan bagi menggalakkan minat dalam bidang keusahawanan di kalangan pelajar dan staf KKHS. Staf juga diberi peluang untuk berniaga sempena program ini.
Terdapat staf yang menjual fabrik seperti tudung dan kain selain barang keperluan rumah yang lain. Sempena dengan program yang dianjurkan oleh unit E-Tech
ini, Kursus Asas Keusahawanan telah menjalankan amali akhir pada hari tersebut.
Para pelajar yang terlibat adalah dari kelas SKS semester 3 dan pelajar SPL semester 3. Markah adalah berdasarkan jumlah hasil jualan, cara mempromosikan
produk jualan dan kaedah pembungkusan yang digunakan.

Kursus English For Me


Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah
Kampung Serigala - Pada 6-7 September yang lalu, telah diadakan kursus English
For Me yang disertai oleh 42 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan
Fauziah Binti Aalif dan Puan Noorulhuda Binti Md Tolah pula sebagai penyelaras. Peserta telah diajar teknik dan sebutan yang betul dalam berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Para peserta memberikan respon yang baik dan berminat untuk menyertai
kursus yang lain pada masa hadapan.

Ms 4 Edisi 1 - 30 September 2014

Taklimat Anugerah Desa Sejahtera

Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 9

K3G UM 2014

Oleh: Siti Noorhani Binti Mohd Kardi

Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah

Kuala Kubu Baru - Taklimat ini diadakan bagi menjelaskan fungsi setiap perwakilan
dalam mengadili pertandingan Anugerah Desa Sejahtera (ADS) 2014. Melalui ADS,
KKHS telah dipertanggungjawabkan untuk menghakimi aspek teknologi maklumat
dan komunikasi desa terbaik. Taklimat ini berlangsung pada 10 September lepas di
Pejabat Kemas Daerah Hulu Selangor.

Pantai Dalam - Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan program berprestij Karnival Kerjaya dan Keusahawanan
Graduan 2014 (K3G) dari 26 sehingga 28 September 2014 ) bertempat di Dewan
Tunku Canselor dan Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Unit E-Tech KKHS
telah mengambil bahagian dalam program ini dengan disertai 6 orang pensyarah
telah menjual roti, kek dan jagung manis. Sambutan yang diterima amat mengga-

Ms 8 Edisi 1 - 30 September 2014

Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 5

MBOR Stompers
Oleh: Mohd Hanaffi Bin A. Rahman
Serdang - Sempena majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2014, satu
program untuk Malaysia Book Of Record (MBOR) untuk pasukan stompers Kolej
Komuniti seluruh Malaysia telah diadakan. Program ini berlangsung pada 18 September 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1,
Datuk Mary Yap Kain Ching. Rekod ini telah diterima oleh beliau dari pihak MBOR
mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dato Amir Bin Md Noor, Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan semua pengarah Kolej
Komuniti seluruh Malaysia turut serta dalam menjayakan program ini. Kumpulan
muzik tersebut berjaya mencipta rekod persembahan stomp teramai yang melibatkan 1,033 pelajar daripada 91 Kolej Komuniti seluruh negara.

Audit My SpeKK
Oleh: Hasyimah Binti Said, Norzita Suzalin Binti Mohd Ali
Batang Kali - Penilaian audit My SpeKK telah dilaksanakan pada 12 September 2014.
Proses Pengauditan ini berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga jam
5.00 petang. Pasukan Juruaudit Luar yang dilantik oleh pihak JPKK ialah Prof. Madya
Dr. M. Iqbal Bin Saripan dari UPM dan Prof. Madya Dr. Omar Bin Zakaria dari UPNM.
Dalam mesyuarat penutup yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KKHS, para juruaudit
memberi komen positif dan pujian terhadap penyediaan dokumen yang lengkap
serta mendapat kerjasama dari semua pihak. KKHS Hebat!!!

Ms 6 Edisi 1 - 30 September 2014

Konvokesyen Komemoratif 2014


Oleh: Sharifah Nozi Binti Syed Hamid
Serdang - Majlis Konvokesyen Komemoratif 2014 telah berlangsung selam 4 hari bermula 18 sehingga 21 September 2014. Majlis konvokesyen ini merupakan majlis konvokesyen peringkat kebangsaan sempena 10 tahun penubuhan Kolej Komuniti dan
kali pertama diadakan seumpamanya. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching
pada hari pertama konvokesyen berlangsung. KKHS mempunyai seramai 23 graduan.
Tahniah!!!

Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 7

Anda mungkin juga menyukai