Anda di halaman 1dari 2

AL QURAN SUMBER PERUNDANGAN YG DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN PESEKUTUAN

Kitab suci sewajarnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan


AL-QURAN yang menjadi petunjuk sekalian alam diturunkan pada Ramadan yang mulia dan dalam
setiap keadaan, umat Islam wajib mencari penyelesaian bersandarkan al-Quran dan hadis kerana
penyelesaian sesuatu perkara sebenarnya sudah digarap oleh al-Quran.
Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian
bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta.
Al-Quran menggariskan batas sempadan antara yang halal dan haram, menjelaskan tindakan yang
boleh serta dilarang, mengajar segala bentuk ilmu, sebagai manual hidup paling sempurna bagi
orang Islam, begitu juga bukan Islam.
Al-Quran memiliki pelbagai sifat menarik antaranya ialah cahaya (surah al-Tagabun, ayat 8),
petunjuk (surah al-Baqarah ayat 2), rahmat (surah al-Araf, ayat 203), penyembuh (surah Yunus,
ayat 57), pembawa perkhabaran gembira (surah al-Fushilat, ayat 4).
Al-Quran juga pemberi peringatan (surah al-Furqan, ayat 1), penerangan (surah Ali-Imran, ayat
138), keberkatan (surah al-Anbiyak, ayat 50) dan sebagai kitab yang nyata (surah al-Naml , ayat 1).
Kesempurnaan al-Quran tidak ada sebarang syak padanya kerana ia adalah petunjuk kepada orang
yang bertakwa. Jika diabaikan, amaran dahsyat sudah diberikan.
Firman Allah yang bermaksud: Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran), kami
akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu temannya
yang renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan
yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat petunjuk. (Surah
az-Zukhruf, ayat 36-37)
Sebagai manual lengkap umat Islam, sewajarnya al-Quran diletakkan di tempat tertinggi dalam
sistem kenegaraan Malaysia yang majoriti rakyatnya umat Islam. Malah, susur galur sejarah sudah
meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai teras perundangan Islam di Malaysia.
Persoalan sekarang, apakah Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi al-Quran?
Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.
Jika ada sebarang pertentangan antara perlembagaan dengan undang-undang lain, perlembagaan
akan mengatasi dan undang-undang itu diisytiharkan tidak sah setakat mana ia bertentangan. Oleh
itu, sering dibahaskan bahawa Perkara 4 menghalang pelaksanaan undang-undang Islam yang
bersumberkan al-Quran dan sunnah.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana ketinggian Perlembagaan Persekutuan menurut
Perkara 4 memang tidak dapat dinafikan. Namun Perkara 4 sebenarnya mengangkat keseluruhan
peruntukan Perlembagaan itu sendiri termasuk Perkara 3 yang disebut terlebih dulu.

Perkara 3 memperuntukkan Islam agama bagi Persekutuan. Oleh kerana Islam adalah agama
Persekutuan, sebarang perkara yang tidak selari dengan agama bagi Persekutuan itu hendaklah
dianggap tidak berpelembagaan dan melanggar perlembagaan itu sendiri.
Rakyat sering dimomokkan dengan idea bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adalah menjadi
kesilapan besar mengatakan Islam agama rasmi kerana Perlembagaan Persekutuan tidak

Anda mungkin juga menyukai