Anda di halaman 1dari 12

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BAHASA

ARAB DENGAN MULTIMEDIA


Dr. Muhammad Haron Husaini (muhdharon@kuis.edu.my)
Mohamad Rofian b Ismail (mohdrofian@kuis.edu.my)
Mohammad Imran b Ahmad (imranahmad@kuis.edu.my)
Ghazali b Zainuddin (ghazali@kuis.edu.my)
Normah bt Husin (normah@kuis.edu.my)
Faculty of Modern Language and Communication,
Selangor International Islamic University College
ABSTRAK
Kajian ini menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial
pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia. Penyelidik menggunakan kaedah
kajian lapangan yang melibatkan 87 orang responden dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangasa Malaysia (UIAM), Nilai Negeri Sembilan dan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian mendapati, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan
pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai
kepentingan yang signifikan dan nilai komersial yang tersendiri. Melalui pengintegrasian
bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. Majoriti pelajar iaitu 90.8%
berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan
menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif. Didapati bahawa sebanyak 85.7% pelajar
berminat untuk mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. Sebagai
rumusan, penyelidik mempunyai pandangan yang positif terhadap pengintegrasian bahasa
Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi dan kajian ini perlu
diteruskan dengan kajian-kajian susulan.
Kata Kunci: Persepsi, Pelajar, Integrasi, Bahasa Arab dan Multimedia

1. Pendahuluan
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian antara lain dapat digariskan sebagai:
1.

Mengkaji kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab


dengan multimedia.

2.

Menganalisis sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang


Bahasa Arab dengan multimedia.

3.

Mengenalpasti penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran


akan lebih efektif dan interaktif.

4.

Menjelaskan sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa


Arab dengan multimedia.

1.2 Soalan Kajian


Kajian akan memastikan persoalan berikut terjawab:
1.

Apakah kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab


dengan multimedia?

2.

Sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang Bahasa Arab
dengan multimedia?

3.

Adakah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
efektif dan interaktif?

4.

Sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan


multimedia?

2. Latar Belakang Kajian


Terdapat beberapa kajian yang dibuat oleh para penyelidik menyentuh tentang kepentingan
multimedia dan teknologi maklumat dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah kajian Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman (2009:195-207) yang
menyorot perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semasa turut memberi impak

yang besar dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pendekatan
terkini memperlihatkan teknologi multimedia digunakan dalam menghasilkan perisian kursus
yang lebih kreatif dan menarik. Dengan mengambil contoh Aplikasi Multimedia Mursyidi,
kajian menyelusuri proses pembangunan sebuah aplikasi multimedia berasaskan web yang
dihasilkan untuk meningkatkan pemerolehan pelajar dalam menguasai nahu Bahasa Arab.
Objektif utama kajian ini ialah mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia berasaskan
web dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, menghasilkan model pembangunan
aplikasi bahasa Arab dalam konteks e-pembelajaran, mengenal pasti kaedah pembangunan
aplikasi berasaskan aksara Arab dan membangunkan perisian kursus nahu dalam Bahasa Arab
Komunikasi.
Antara persoalan yang diutarakan dalam kajian tersebut adalah bagaimana penggunaan
teknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab?, apakah
yang dihasilkan dalam pembangunan aplikasi bahasa Arab?, apakah tujuan pembangunan
aplikasi berasaskan aksara Arab dan apakah perisian yang hendak dibangunkan dalam Bahasa
Arab Komunikasi?.
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan
kajian lapangan. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengkaji sumber-sumber tiga
bidang utama dalam kajian ini, iaitu nahu BAK, teknologi multimedia dan reka bentuk
instruksi. Semasa proses pembangunan, kaedah ini juga digunakan semasa fasa analisis dan
fasa reka bentuk, selain sumber-sumber tinjauan kajian berkaitan di peringkat awal kajian
menggunakan kaedah ini.
Hasil kajian menunjukkan beberapa kelebihan aplikasi dapat dikenalpasti, antaranya
fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaran yang menarik melalui
persembahan elemen multimedia seperti grafik, animasi dan audio, di samping pengguna juga
mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu, produk yang dihasilkan melalui
kajian ini merupakan contoh kepada salah satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang
terkini.

Kajian Mohd Azidan B Abdul Jabar (2009: 221-230) pula mengakui kepantasan
perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia pada alaf baharu ini turut melampiaskan
kesannya kepada bidang pendidikan secara umumnya serta pengajaran dan pembelajaran
bahasa asing khususnya. Penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran bahasa asing
mampu menseimbangkan kandungan pengajaran bahasa dengan kaedah penyampaian dan
penggunaan bahasa dalam konteks moden hari ini. Dalam erti kata lain, penggunaan teknologi
dapat memudahkan pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa asing.
Metodologi kajian tersebut adalah berbentuk kajian lapangan berdasarkan soal selidik yang
dijalankan ke atas 20 orang responden yang terlibat dalam pengajaran kursus kemahiran
bahasa asing di Universiti Putra Malaysia.
Penggunaan teknologi pengajaran dalam kelas dan makmal bahasa semasa pembelajaran
kemahiran bahasa asing memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar .Penggunaan teknologi
menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih lagi pelajar
yang mempunyai kelemahan dalam aspek pengajarn yang tertentu. Penerangan pengajar
disertakan dengan maklumat yang dipaparkan menerusi skrin LCD umpamanya, dapat
mengekalkan konsentrasi pelajar di dalam kelas dan melatih pelajar berfikir dengan pantas
dan terbuka. Dengan bantuan peralatan teknologi, pengajar dapat mempastikan kualiti setiap
penerangan dan maklumat yang disampaikan. Penggunaan teknologi menjadikan pengajaran
kelihatan lebih menarik, ini adalah kerana mempelajari bahasa asing sememangnya mencabar,
jadi pengajar mesti pandai memikat minat pelajar menerusi penyampaian yang menggunakan
pelbagai teknik, kesan bunyi dan warna.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa asing yang menggunakan
peralatan teknologi pengajaran sebenarnya dapat membebaskan pengajar daripada kaedah
pengajaran tradisional yang dikenali sebagai kaedah pengajaran satu hala yang berpusatkan
pengajar.
Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar (2009:71-76) juga telah membuat tinjauan terhadap
pengaruh positif penggunaan video drama dalam pembelajaran agama Islam di kalangan

pelajar sekolah menengah. Sebuah video drama telah dibentuk untuk membantu guru dan
pelajar sekolah menengah dalam proses pemahaman dan penghayatan agama Islam khasnya
puasa.
Kajian tersebut bermula daripada rekabentuk sehinngalah penilaiannya menggunakan kaedah
ADDIE: Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation. Kajian melibatkan
kaji selidik di lapangan yang mana instrument yang digunakan adalah open-ended question.
Instrument ini digunakan untuk melihat pandangan pelajar tentang keberkesanan video drama
yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Islam.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan secara keseluruhan semua responden bersetuju bahawa
penggunaan teknologi seperti video drama sangat membantu guru dan pelajar tidak sahaja dari
aspek kognitif tetapi juga dari aspek afektif, penghayatan dan pemahaman. Kaedah video
drama di blik darjah boleh meningkatkan pemahaman, psikomotor dan penghayatan pelajar
dan disokong dengan persepsi pelajar yang positif terhadap penggunaan video drama untuk
pembelajaran agama Islam di bilik darjah.
Mohd Arif Ismail dan rakan-rakan (Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008 :
26-42) berpandangan bahawa multimedia merupakan gabungan teks, grafik, audio dan video
serta unsur animasi dalam satu perisian komputer. Penggunaan multimedia dalam pendidikan
sudah menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan bermakna
kita menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran untuk
menbantu proses P&P. Penggunaan multimedia dalam P&P memberi kelebihan kepada guru
antaranya menyediakan pembelajaran secara aktif, bergambar dan interaktif, menyedia laluan
pelbagai hala yang boleh dikawal sendiri oleh penggun auntuk menyampaikan maklumat.
Penggunaan multimedia menawarkan pelbagai bentuk penyampaian dan memudahkan
perkembangan kemahiran membuat persepsi dan pentafsiran.
Tidak dapat dinafikan, penggunaan multimedia yang meluas dalam subjek-subjek teknikal
telah mula menular ke dalam subjek sains sosial seperti bahasa. Misalnya dalam pelajaran
Bahasa Melayu, penggunaan multimedia mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar

dan pengajaran guru akan lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahan yang biasa digunakan
adalah teks, video dan juga pita audio dan terbaru ialah perisian multimedia dan bahan
berasakan web. Ada di antara bahan ini menggunakan teks seperti pantun, syair, sajak, novel,
drama, cerpen dan sebagainya sebagai asas.
Kesimpulannya ciri-ciri interaktif multimedia yang lebih terbuka dan mesra pengguna akan
menjadi daya penarik kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kemahiran
menyediakan perisian multimedia akan menjadi aset penting kepada perkembangan teknologi
negara.
Manakala buku suntingan Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi (2008: 1-11) pula
telah mamaparkan pandangan bahawa ICT merupakan pemudahcara (enabler) dalam bidang
pendidikan. ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan di
sekolah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan tiga dasar utama
ICT dalam pendidikan iaitu literasi ICT yang bermaksud pelajar memperolehi kemahiran
menggunakan kemudahan ICT, peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum
dan alat P&P dan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sistem pengurusan. Sebagai contoh, KPM telah mengambil langkah drastik
untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P dan pengurusan sekolah dengan
memperkenalkan Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris atau nama singkatannya PPSMI. Selain itu, semua sekolah akan menjadi sekolah
bestari menjelang tahun 2010 sebagaimana dalam Program Pembestarian Sekolah yang
bermula pada tahun 2006.
Terdapat tiga pilihan penggunaan teknologi atau ICT; menggunakan teknologi sebagai alat
untuk menganalisis data, menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah atau model
matematik atau menggunakan teknologi untuk mengintegrasikan matematik dalam konteks.
Teknologi menjimatkan masa dan mebolehkan pelajar mengakses dengan cara baru untuk
meneroka konsep dengan lebih mendalam. Antara cabaran-cabaran dalam pengintegrasian
ICT adalah para guru perlu bersedia untuk melakukan perubahan dalam kepercayaan dan
kaedah

pengajaranuntuk

inovasi

agar

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

lebih

menyeronokkan. Guru perlu mengubah peranan dan belajar bagaimana untuk mengajar
menggunakan alat teknologi baru selain didedahkan dengan pelbagai kursus untuk pelbagai
kemahiran tentang penggunaan ICT dalam pelbagai peringkat dari aspek pengurusan sehinnga
ke aspek profesional. Semua pihak harus bersedia untuk memberi kerjasama sewajarnya agar
pengintegrasian ICT ini dapat dilaksanakan dengan jayanya (Ibid).
3. Analisis Kajian dan Perbincangan
Borang soal selidik melibatkan 2 bahagian iaitu bahagian 1 melibatkan jawapan dalam 5 skala
Likert. Melalui bahagian ini, data diproses melalui perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) versi 17. Manakala bahagian 2 melibatkan jawapan secara terbuka. Secara
keseluruhannya, sebanyak 87 borang soal selidik telah dianalisis untuk menentukan kekerapan
dan peratusan bagi setiap item soalan berdasarkan persoalan kajian. Kajian memperuntukkan
6 item soalan untuk dijawab oleh responden. Berikut dibentangkan hasil analisis terhadap
item-item tersebut berserta perbincangan ringkas bagi setiap item. Dalam analisis ini,
penyelidik menggunakan skala 1 untuk menunjukkan sangat setuju, 2 setuju, 3 tidak pasti, 4
tidak setuju dan 5 sangat tidak setuju.
Jadual 1: Persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial
pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia
Item

Sangat
Setuju

Setuju

Tidak
Pasti

Tidak
Setuju

1. Multimedia penting dalam bahasa


Arab
2. Bahasa Arab akan lebih mempunyai
nilai komersial dengan adanya elemen
multimedia
3. Graduan yang mempunyai kelulusan dalam
bahasa Arab dengan multimedia mempunya
peluang kerjaya yang lebih cerah
4. Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab
akan lebih interaktif dan efektif dengan
penggunaan multimedia
5. Saya berminat untuk menghasilkan
animasi/
video/ merekacipta grafik dan bahan

60.9%

26.4%

5.7%

3.4%

Sang
at
Tidak
Setuj
u
3.4%

63.2%

24.1%

4.6%

3.4%

3.4%

58.6%

25.3%

8.0%

2.3%

5.7%

69.0%

21.8%

2.3%

1.1%

5.7%

40.2%

43.7%

5.7%

6.9%

3.4%

multimedia interaktif dalam bahasa Arab


6. Saya berminat mendalami bahasa Arab
dan multimedia

59.8%

27.6%

4.6%

2.3%

5.7%

3.1 Item 1: Multimedia penting dalam bahasa Arab


Jadual di atas menunjukkan bahawa 60.9% responden sangat bersetuju dengan kepentingan
multimedia dalam pengajian bahasa Arab. Dalam pada itu, 26.4% responden bersetuju dengan
persepsi tersebut. Namun hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 5.7%, tidak setuju iaitu
3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 3.4%. Memandangkan pelajar pada masa kini amat mudah
untuk mengakses maklumat sama ada melalui internet mahu pun perisian atau software, maka
keperluan multimedia dalam bahasa dilihat mempunyai kepentingan yang tersendiri.
Berdasarkan pengalaman penyelidik, pelajar ada menggunakan perisian flash dan Microsoft
Power Point dalam mempersembahkan tugasan bagi kursus bahasa Arab.
3.2 Item 2: Bahasa Arab akan lebih mempunyai nilai komersial dengan adanya elemen
multimedia
Majoriti pelajar sangat bersetuju dengan multimedia merupakan unsur yang boleh
mengkomersialkan bahasa Arab. Mereka mewakili sebanyak 63.2%. 24.1% daripada
responden pula bersetuju. Hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 4.6%, tidak setuju iaitu
3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 4.6%. Majoriti pelajar mempunyai pandangan yang positif
terhadap pengkomersialan bahasa melalui multimedia. Teknologi pendidikan bahasa yang
semakin berkembang menuntut kepada mereka yang mahir dalam bahasa dan multimedia
untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini. Ini menjadikan
bahasa Arab mampu untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.
3.3 Item 3: Graduan yang mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab dengan multimedia
mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah
Peratusan responden mengenai kenyataan lulusan bahasa Arab dan Multimedia mempunyai
peluang kerjaya yang lebih luas dapat dilihat dengan jelas. Sebanyak 58.6% responden sangat
bersetuju dengan kenyataan tersebut. 25.3% responden lagi bersetuju. Manakala 8%
responden tidak pasti, 2.3% responden tidak bersetuju dan 5.7% sangat tidak bersetuju.

Graduan bahasa Arab di IPT dan IPTS tempatan menghadapi saingan hebat daripada graduan
IPT luar negara dalam meraih peluang pekerjaan. Mereka ini hanya menguasai disiplin ilmu
linguistik, sastera dan pengajaran bahasa sahaja. Justeru, peluang kerjaya hanya terhad kepada
bidang pendidikan, penterjemahan, pelancongan dan kewartawanan semata-mata. Namun
dengan multimedia, mereka mempunyai kelainan dengan graduan bahasa Arab yang lain,
sekaligus membuka dimensi baru dalam dunia prospek kerjaya bahasa Arab.
3.4 Item 4: Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif
dengan penggunaan multimedia
Majoriti pelajar amat bersetuju dengan penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa
Arab akan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan berkesan. Jadual menunjukkan bahawa
4. 69% sangat bersetuju, 21.8% bersetuju, 2.3% tidak pasti, 1.1% tidak setuju dan 5.7% sangat
tidak setuju. Teknik pengajaran secara konvensional seperti penggunaan buku dan papan
putih, menjadikan P&P bahasa kurang interaktif dan efektif. Penggunaan teks grafik, animasi,
audio dan video dalam P&P bahasa amat dituntut dalam dunia pendidikan bahasa Arab pada
kini. Sebagai contoh jika pelajar tidak memahami perkataan atau kaedah tatabahasa yang
diajar, melalui unsur-unsur multimedia tersebut pelajar akan lebih cepat memahami
berbanding dengan cara konvensional seperti merujuk kepada kamus atau buku. Hasil
pembelajaran (Learning Outcome) bahasa Arab dengan menggunakan multimedia akan
menjadikan P&P bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif.
3.5 Item 5: Saya berminat untuk menghasilkan animasi/ video/ merekacipta grafik dan
bahan multimedia interaktif dalam bahasa Arab
Majoriti pelajar berminat untuk menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab iaitu
sebanyak 40.2% sangat berminat dan 43.7% berminat. Manakala 5.7% tidak pasti, 6.9% tidak
berminat dan 3.4% sangat tidak setuju. Industri animasi negara telah mula menampakkan
beberapa kejayaan. Kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar bahasa Arab untuk
menghasilkan animasi tempatan berbahasa Arab. Ini sekaligus dapat mempromosikan negara
kepada dunia luar negara terutama negara-negara timur tengah. Dengan perkembangan arus

teknologi, pelajar juga dapat menghasilkan perisian-perisian pendidikan bahasa Arab yang
terkini.
3.6 Item 6: Saya berminat mendalami bahasa Arab dan multimedia
Sebanyak 59.8% responden sangat berminat untuk mendalami bahasa Arab dan multimedia.
Sebanyak 27.6% pula berminat. Manakala 4.6% tidak pasti, 2.3% tidak berminat dan 5.7%
sangat tidak berminat. Keputusan analisis ini menunjukkan persepsi yang sangat positif
terhadap bidang bahasa Arab dan multimedia. Kedua-dua bidang ini merupakan gabungan
yang diminati oleh majoriti pelajar pada masa kini. Pelajar dapat mendalami ilmu linguistik,
sastera dan pada masa yang sama mereka dapat mendalami bidang multimedia.
4. Dapatan Kajian
Berikut merupakan dapatan kajian yang dapat disimpulkan berdasarkan persoalan kajian:
1.

Secara umumnya, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa


Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang
signifikan dan nilai komersial yang tersendiri.

2.

Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar


mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada
masa hadapan.

3.

Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam


pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif.

4.

Didapati bahawa 50% pelajar sangat berminat untuk mendalami dan menghasilkan
bahan multimedia berbahasa Arab. Manakala 35.6% pelajar berminat mendalami dan
menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab.

5. Cadangan Kajian
Sebagai

kesimpulan,

penyelidik

mempunyai

pandangan

yang

optimis

terhadap

pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah

dibincangkan. Namun, skop kajian ini perlu diperluaskan dan disusuli dengan kajian-kajian
lanjutan yang melibatkan pelbagai pihak bagi merealisasikan pengintegrasian ini, sekaligus
dapat memperkasa pendidikan bahasa Arab khususnya dan multimedia umumnya.
6. Rujukan
Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap
Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan
Inovasi PengajaranPembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.
Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman. (2009). Aplikasi Multimedia Mursyidi:
Pendekatan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian, Prosiding Seminar Kebangsaan
Teknologi Dan Inovasi PengajaranPembelajaran: 195-207. Putrajaya: Hotel Palm
Garden IOI Resort.
Mohd Azidan B Abdul Jabar. (2009). Faedah Teknologi Pengajaran, dalam Pembelajaran
Kemahiran Bahasa Asing. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi
PengajaranPembelajaran: 221-230. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.
Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). (2008). Pengintegrasian ICT Dalam
Pendidikan Penyelidikan, Amalan Dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma Publication Sdn.
Bhd.
Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.
7. Lampiran
Berikut adalah pandangan responden yang kurang bersetuju terhadap pengintegrasian
kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia:

1.

Kurang pasti pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia kerana masih
belum mendalami bahasa Arab dengan baik.

2.

Saya tidak yakin tentang pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia
kerana asas dalam bahasa Arab masih lagi belum cukup kuat. Saya memerlukan lebih
masa untuk mempelajari bahasa Arab.

3.

Asas bahasa Arab saya lemah, akan tetapi saya merasakan untuk zaman sekarang
teknologi amatlah penting dan pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan
multimedia adalah idea yang bernas.

4.

Saya mungkin akan menerima pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan


multimedia kerana ia boleh menambahkan pengalaman dan ilmu saya.