Anda di halaman 1dari 2

Pergi Ke Pasar Malam (keperihalan)

Pada minggu lalu, saya mengikuti ibu saya pergi


ke pasar malam.Pasar malam ini diadakan tidak jauh dari
rumah saya.Aktiviti-aktiviti pasar malam ini bermula pada
pukul 3.30 petang hingga 10.00 malam.Kami berjalan kaki
ke sana.Ibu membawa bakul untuk meletakkan barang
yang akan dibeli.
Apabila sampai di sana, kami melihat ramai orang
membeli barang.Terdapat banyak gerai yang dibuka.Ada
gerai yang berpayung dan ada yang tidak
berpayung.Penjual menjual pelbagai barangan.Antaranya
ubat-ubatan,pakaian,makanan, minuman dan-dan lain.
Suasana di pasar malam riuh-rendah.Suara
penjual memanggil pelanggan.Pembeli tawar-menawar
harga barang- barang.Barangan di pasar malam lebih segar
dan harganya pun murah.Di satu sudut pasar malam
kelihatan seorang lelaki tua berpakaian compang-comping
menadah tangan meminta simpati.Saya menghulurkannya
sekeping RM5.
Selepas itu, ibu pergi ke gerai menjual barangan
dapur.Di situ, ibu membeli bawang,tepung,minyak dan lainlain.Ibu pergi ke gerai barangan basah.Ibu membeli
ayam,daging,sayur-sayuran dan lain-lain.Aku masukkan
barang-barang itu ke dalam bakul.
Selain itu, saya mengajak ibu ke gerai jual
burger.Di situ ibu membeli burger dan sosej.Ibu juga
membeli sate untuk dibawa pulang.Saya sempat meminta
ibu membeli alat permainan untuk saya dan adik.Saya
mengambil sebuah anak patung dan sebuah kereta kecil
untuk adik.
Pada pukul 6.00 petang,saya dan ibu pun pulang

ke rumah.saya berasa letih tetapi gembira.Ibu berjanji akan


membawa saya ke pasar malam lagi jika ada peluang lagi.

Anda mungkin juga menyukai