Anda di halaman 1dari 2

20 Januari 2012

8.00 pagi
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mengadakan sambutan Hari
Sukan yang ke-15.Sambutan ini diadakan di padang sekolah.Guru-guru
bertungkus-lumus menghias padang dengan bendera-bendera kecil yang
berwarna-warni.Semua khemah dihias dengan riben-riben yang berwarna
hijau,kuning,merah dan biru.Para tetamu dan murid-murid mula
membanjiri padang.
9.00 pagi
Para peserta menyertai acara perbarisan lintas hormat.Peserta-peserta
rumah kuning memakai pakaian seperti lebah, peserta-peserta rumah
hijau memakai pakaian seperti buaya, peserta-peserta rumah merah
memakai pakaian seperti semut dan peserta-peserta rumah biru
memakai pakaian seperti ikan.Ketua Murid melafazkan ikrar.Murid-murid
turun ke padang untuk membuat sedikit senaman.
11.00 pagi
Guru besar,Puan Mazarah binti Mansor memberi sedikit taklimat kepada
para tetamu dan murid-murid.Puan Mazarah binti Mansor menasihati
murid-murid supaya berhati-hati semasa melakukan acara sukan.
Selepas itu beliau merasmikan majlis.Beberapa belon yang berwarna
kuning,hijau,merah dan biru dilepaskan ke langit.Para tetamu dan muridmurid bertepuk tangan.
1.00 petang
Acara sukan bermula.Pelbagai acara telah dipertandingan. Antaranya
lumba lari,lompat tinggi,lontar peluru,sukaneka dan sebagainya.Para
tetamu bersorak-sorak dan bertepuk tangan untuk menyokong anakanak masing-masing.Rakan- rakan peserta memberi sokongan kepada
peserta-peserta sambil menunggu giliran mereka untuk berlari.Suasana
sangat meriah.
3.00 petang
Acara penyampaian hadiah bermula.Rumah kuning telah menjadi johan
manakala rumah hijau menjadi naib johan.Olahragawati telah disandang
oleh Darshana Araventhan. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.Ibu bapa pula mengambil kesempatan untuk
merakamkan gambar anak-anak mereka yang menerima hadiah.Para
tetamu menikmati sedikit juadah di kantin sekolah.Murid-murid makan
dengan gelojoh.

4.00 petang
Para tetamu dan murid-murid pulang ke rumah.Guru Besar bersyukur
kerana majlis berjalan lancar dan berharap agar sambutan hari sukan ini
akan diadakan dengan lebih meriah pada tahun depan.

Anda mungkin juga menyukai