Anda di halaman 1dari 14

PUISI PERSARAAN PENSYARAH

CERPEN

KERTAS KERJA :ANALISIS TAKMILAH


February 12, 2011 by nadibahasasastera

MENCARI GAYUNG : ANALISIS TAKMILAH


OLEH:
(Mohd Hanif Mat Nor)
1.0 PENGENALAN
Secara mudah su dalam perkataan kesusasteraan itu merujuk kepada keindahan. Keindahan
dalam hasil karya sastera disebut juga sebagai estetika. Perbezaan nyata antara sastera dengan
penulisan lain seperti disiplin ilmu sejarah, geografi dan sebagainya terletak pada keindahan yang
dimiliki terutama dari segi isi dan bentuknya.

Manusia dijadikan Allah indah. Manusia juga suka akan keindahan. Antara jutaan manusia di dunia
ini, sebahagian daripadanya terdiri daripada seniman atau sasterawan. Para penulis dianugerahkan
Allah dengan kreativiti menerusi akal budi. Oleh yang demikian, tugas dan peranan penulis itu
sangat besar dalam mempengaruhi pembaca. Penulis juga dilihat berperanan dalam mengkritik dan
menegur masyarakat yang pincang agar masyarakat dapat kembali ke landasan yang benar. Karya
juga merupakan cerminan masyarakat. Apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat akan disentuh
oleh penulis sebagai bahan tatapan pembaca.

Kajian tentang penulisan Islam dalam konteks sastera banyak dibincangkan oleh para sarjana
Islam yang boleh dijadikan dasar untuk penulisan dakwah antaranya ialah Mana Sikana dalam
bukunya Sastera Junjungan. Kajian beliau menggunakan pendekatan kritikan Islam yang merujuk
kepada fungsi sastera Islam ke arah pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak Islam kerana
menurut beliau, Islam telah menumbuhkan dan
memperkayakan kesusasteraan Melayu (Mana Sikana 2005: 34).
Mana Sikana menekankan tentang keindahan Islam dan al-Quran sebagai teras dalam
kesusasteraan Islam dan menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi Pusat
pengembangan Sastera Islam Sedunia (hal. 38). Melalui buku tersebut juga, Mana Sikana
menghurai beberapa teori yang berkaitan dengan penulisan Islam. Antara kandungannya, beliau
merujuk pendapat Shahnon Ahmad (1977) yang membincangkan tentang konsep sastera Islam
sebagai Sastera kerana Allah, berhikmah untuk manusia. Kesannya perbincangan tentang

penulisan Islam dibicarakan sehingga timbul saranan supaya pengarang menghasilkan karya
berunsur Islam dan menilainya juga harus menggunakan ukuran Islam juga. Pada tahun 1986,
teori berteraskan gagasan karya Islam diwujudkan dan dibincangkan (Mana Sikana, 2005: 43).
Antara gagasan yang dilahirkan ialah Teori Sastera Pengabdian (1986) oleh Mana Sikana yang
kemudian disebut sebagai Teori Taabudiyyah (1996), Teori Sastera Takmilah (2001) oleh Shafie
Abu Bakar, dan Teori Pemikiran Islam (2002) oleh Mohd Yusof Hassan (Mana Sikana, 2005: 43
51).
Sastera Islam seperti juga penulisan lain dalam kolum penulisan dakwah mestilah berukuran
ibadah, akhlak dan jelas (ilmu). Gagasan ini dibawa oleh Shahnon Ahmad di atas konsep pokok
Seni Untuk Allah. Sastera Islam menekankan sastera yang berhikmah kepada manusia dan ditulis
kerana Allah. Walaupun pelbagai polemik timbul apabila membincangkan sastera Islam, namun
semuanya menuju ke arah kebaikan untuk mencari karya atau penulis yang benar-benar menulis
untuk tujuan mencegah kemungkaran dan menegakkan kebaikan. Teori takmilah merupakan salah
satu teori yang dilahirkan oleh Shafei Abu Bakar yang bertitik tolak daripada prinsip-prinsip
keislaman.

Menurut Shafei Abu Bakar (1996:12), rangka teori takmilah dapatlah dikatakan bersifat holistik
yang melibatkan ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak. Teori
ini mempunyai jaringan yang diperkukuhkan dari berbagai-bagai prinsip keislaman dan persuratan
merupakan a part and parcel daripadanya. Tujuh prinsip yang digariskan menerusi teori takmilah
ialah prinsip ketuhanan yang bersifat kamal, Prinsip kerasulan sebagai insan kamil, Prinsip
keislaman bersifat akmal, Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, Prinsip sastera sendiri
bersifat estetik, Prinsip pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan prinsip khalayak
bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil.

Kertas kerja ini bukan bertujuan untuk megupas semua cerpen karya Serunai Faqir dari sudut
analisis Takmilah. Sebanyak 23 buah cerpen termuat dalam Kumpulan Cerpen Mencari Gayung.
Setelah diteliti, hampir ke semua cerpen tulisan Serunai Faqir sesuai dan tergolong dalam tujuh
prinsip teori takmilah kerana kesemua cerpen mempunyai kekuatan tersendiri terutama dari sudut
kesannya kepada pembaca yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Oleh kerana teori Takmilah bersifat holistik segala yang dipaparkan Serunai Faqir mengajak
khalayak agar mentauhidkan pencipta, mengajak pembaca untuk menjadi insan terbaik, menuju ke
arah kesempurnaan, berupaya menzahirkan kesyumulan Islam dalam mendekatkan individu,
masyarakat dan umat menerusi karya. Sastera juga berperanan dari segi takamul iaitu

mempertingkatkan peranan akal dan hati, pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna
dikira mampu menyempurnakan sastera itu sendiri, pengkarya juga dilihat memiliki ilmu-ilmu
Islam dan ilmu-ilmu sastera untuk diterapkan menerusi karyanya.

Kumpulan Cerpen Mencari Gayung juga dilihat mampu dan berfungsi untuk mendidik, berdakwah
kepada khalayak (pembaca). Prinsip ketujuh amat dominan sekali iaitu sebanyak sebelas buah
cerpen mewakili prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil. Prinsip yang
paling kurang sekali ialah Prinsip sastera berciri estetik dan bersifat takmilah. Namun demikian
penelitian ini tidaklah dilakukan secara rigid dan kemungkinan setiap cerpen itu boleh mewakili
prinsip-prinsip yang lain.

2.0 Prinsip tauhid dan hubungannya dengan sifat kamal Allah


Karya sastera berfungsi dalam melahirkan rasa keagungan terhadap pencipta (Allah).
Karya sastera juga dilihat berperanan menjadi alat dalam pelajaran dan berperanan mendidik
manusia ke arah menanamkan rasa keinsanan dan keislaman melalui membaca karya-karya
sastera.

Setelah diteliti, Mencari Gayung mempunyai fungsi yang cukup baik dalam menjadi alat untuk
mendidik jiwa pembaca agar memiliki rasa insaf dan mengetahui ilmu-ilmu dalam Islam apabila
membacanya. Berdasarkan jadual kekerapan 1 di bawah, dua buah cerpen iaitu Empat Penghulu
Alam dan Anagogi tergolong dalam kategori dalam prinsip Takmilah yang pertama iaitu Kamal sifat
Allah dalam hubungan dengan Takmilah.
Jadual Kekerapan 1

Bil Prinsip Takmilah


Kekerapan
1. Ketuhanan Yang Bersifat 2
kamal

Cerpen
Empat Penghulu
Alam
-

Anagogi

Empat Penghulu Alam memberi peringatan kepada manusia betapa pentingnya peranan dan fungsi
alam terhadap manusia. Sebahagian manusia kadang-kala terlupa sumbangan yang terlalu besar

yang diberikan oleh empat penghulu alam iaitu suria, pawana, ardh dan astagina. Mereka bukan
sahaja melupakan tugas dan sumbangan empat penghulu alam itu bahkan mengolah alam dengan
begitu rakus sehingga melukakan hati keempat-empat penghulu alam tersebut.

Bukan semua manusia yang bernafsu serakah. Ada yang baik,


Cuma segelintir sahaja yang menabrak ketetapan-Nya. Mungkin
Kau tidak memandang akan kebaikan mereka itu, Astagina terus
Memujuk Ardh.
(Mencari Gayung,2009:25)

Tugas dan peranan empat penghulu alam sangat besar terhadap makhluk Allah di muka bumi ini.
Mereka juga setia dan amanah dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang diamanahkan
Allah. Selain itu, penghulu alam juga sedar dan insaf akan tugas yang diberikan dan memahami
tugas manusia lebih besar lagi iaitu sebagai khalifah di bumi ini.

Dalam kehidupan ini juga manusia sentiasa mencari kewujudan Allah. Penciptaan alam yang begitu
lengkap dengan fungsi tersendiri sebenarnya mengajak manusia yang berfikir agar mengagungkan
kekuasan-Nya. Cerpen Anagogi pula mengajak pembaca merenung sejenak akan kekuasaaan Allah
dalam penciptaan alam ini. Aliff sentiasa merenung dan meneliti akan setiap apa yang berlaku dan
Ba cuba memandu Alif agar memahami akan hakikat kejadian alam ini dan mencari hikmah di
sebalik penciptaan alam ini dan menyeru agar mengkaji setiap sesuatu kejadian ini dengan
mendalam. Manusia juga sentiasa mencari kewujudan dan kekuasan Allah itu sendiri.

Jangan cari jauh-jauh kawan.Ada dekat dan rapat, tidak


Berenggang walau sesaat.Tidak bercerai tanggal barang
Sedetik. Jauh tetapi dekat. Jangan pergi jauh-jauh, pesan
Ba mengingatkan Alif.
(Mencari Gayung,2009:70)

3.0 Prinsip Kerasulan sebagai insan kamil dan hubungannya dengan falsafah tauhid
Prinsip Kedua dalam Teori Takmilah menekankan prinsip Rasululullah sebagai Insan kamil. Dalam
falsafah pemikiran Islam terdapat tiga konsep ideal keinsanan yang terdiri daripada Insan kamil,
Insan Khalifah dan Insan Rabbani. Insan Khalifah dirujuk kepada kemampuan insan menjadi
pemimpin di bumi Allah apabila insan itu mencapai keperluan dan syarat-syarat sebagai khalifah
iaitu berilmu dan berkeperibadian tinggi. Insan Rabbani ialah insan yang meningkat dari segi
kerohanian dan mendekatkan diri kepada Allah. Gabungan antara Insan Khalifah dan Insan
Rabbani dapat membawa kepada peningkatan insan kepada tahap insan kamil yang idolanya ialah
Rasululullah s.a.w.

Dari sudut Takmilah, sastera dilihat berperanan sebagai pelengkap keinsanan dari segi intelektual
ke khalifahannya, kerohanian dan kerabbaniahnya. Meneliti Kumpulan Cerpen Mencari Gayung,
Jadual Kekerapan 2 memperlihatkan dua buah cerpen dapat mewakili prinsip kedua ini iaitu cerpen
Cinta Mistikus Seorang Banduan dan Legenda Kuda Hitam.
Jadual Kekerapan 2

Bil Prinsip Takmilah


Kekerapan
2. Kerasulan Sebagai Insan 2
Kamil

Cerpen
Cinta Mistikus
Seorang Banduan
-

Legenda Kuda Hitam

Cinta Mistikus Seorang Banduan diolah oleh Serunai Faqir untuk menyedarkan pembaca agar tidak
menilai manusia dari segi zahirnya semata-mata. Penilaian Allah tentulah berbeza dengan penilaian
yang dibuat oleh manusia terhadap manusia yang lain. Pak Mat seorang bekas banduan yang
berkelakuan pelik malah dikatakan kurang waras tetapi mempunyai sifat kerohanian yang tinggi
dan mendekatkan diri kepada Allah. Dia bukan sahaja tidak meletakkan wang ringgit dan
materialistik sebagai asas utama dalam kehidupan malah lebih suka hidup dengan cara yang
sederhana walaupun beliau berkemampuan.

Leman, penjara itu cantik, bagus dan indah untuk orang

Sepertiku. Aku menjadi banduan Ilahi.Datuk kau, Mat Lela


Juga seorang banduan sepertiku. Tertawan dek kasih dan
cinta-Nya yang Maha Lazat. Sebab itu, kami rela menjadi
banduan untuk selama-lamanya. Banduan cinta di penjara
kecintaan Allah.
(Mencari gayung: 2009:40-41)

Legenda Kuda Hitam juga mengajak pembaca agar menyedari peri pentingnya iman dan nafsu.
Iman dan nafsu sentiasa bertentangan dalam jiwa seorang insan. Untuk melemahkan dan
menundukkan nafsu memerlukan kekuatan iman yang teguh. Jihad untuk memerangi nafsu lebih
penting dibandingkan dengan jihad menghadapi peperangan. Cerpen ini dilihat berjaya
mendekatkan diri pembaca kepada Allah dan mencapai tahap kerohanian yang tinggi.

4.0 Keislaman Bersifat Akmal


Islam disifatkan sebagai agama yang syumul (lengkap). Islam sebagai agama yang sempurna
adalah melengkapi berbagai-bagai aspek termasuklah aspek sastera yang memupuk budaya
masyarakat umatnya. Islam sebagai agama syumul semestinya memancarkan sastera yang
mencerminkan budaya masyarakat umat yang syumul (ideal). Dari segi praktiknya, sastera
berperanan membantu menyempurnakan kesyumulan Islam. Melalui karya diharapkan dapat
memupuk insan yang patuh kepada agama, berkeperibadian tinggi, berpengetahuan luas, lengkap
dengan nilai-nilai kekhalifahan, kerabbaniahan dan keinsanan.

Dalam penelitian terhadap Kumpulan Cerpen Mencari Gayung, terdapat dua buah cerpen yang
dapat menggambarkan prinsip kesilaman yang bersifat akmal. Syarah Perang Yang Terpinggir
mencerminkan Islam yang menekankan peri pentingnya jihad fi sabilillah dan jihad dalam melawan
hawa nafsu. Khalif dan Alam merupakan sebahagian pejuang Islam di Iraq dalam menentang
kekejaman Amerika Syarikat yang melabel Islam sebagai pengganas. Mereka terpaksa hidup dalam
suasana perang demi untuk menegakkan bumi Islam agar tidak terus jatuh ke tangan

kafir laknatullah. Oleh kerana niat mereka berjihad fi sabilillah dan berjihad hawa nafus, akhirnya
mereka diberi kemenangan oleh Allah dalam memusnahkan askar-askar Amerika.

Jadual kekerapan 3

Bil Prinsip Takmilah


3. Keislaman Bersifat
Akmal

Kekerapan
2

Cerpen
Syarah Perang Yang
Terpinggir
-

Gemala Sakti

5.0 Ilmu dan sastera yang bersifat takamul

Konsep Takmilah juga menekankan hubungan yang erat antara sastera dengan ilmu. Hubungan
tersebut mempunyai pertalian yang erat dengan fakulti diri yang penting khususnya akal dan hati.
Akal dalam Islam merupakan alat yang paling utama untuk mencapai keilmuan khususnya sesuatu
ilmu yang bersifat alamiah dan rasional. Manakala hati berperanan sebagai saluran ke arah
keilmuan yang rohani sifatnya yang juga dikenali sebagai makrifat. Sastera dilihat berperanan dari
segi takamul untuk mempertingkatkan bidang alamiah dan rohaniah tersebut.

Cerpen juga berperanan menyampaikan ilmu dan mengetengahkan persoalan-persoalan tertentu


seperti ilmu tasawuf, sejarah dan sebagainya. Selain itu, peranan cerpen juga dilihat mampu
untuk menyampaikan pemikiran aras tinggi, menyelitkan unsur-unsur pendidikan melalui jalinan
cerita dan tidak kurang mempunyai unsur untuk menghibur. Oleh yang demikian, dapat dikatakan
bahawa sastera bersifat takamul kepada ilmu dan ilmu pula bersifat takamul dengan sastera.

Merujuk kepada Kumpulan Cerpen Mencari Gayung, jadual kekerapan 4 menunjukkan terdapat tiga
buah cerpen yang menggambarkan ilmu dan sastera bersifat takamul. Ketiga-tiga cerpen tersebut
ialah Mencari Gayung, Di bawah Langit Seni dan Mereka Yang Kecoh.
Jadual Kekerapan 4

Bil Prinsip Takmilah

Kekerapan

Cerpen

4.

Ilmu dan Sastera Bersifat 3


Takamul

Mencari Gayung

Di Bawah Langit Seni

Mereka Yang Kecoh

Meneliti cerpen Mencari Gayung, unsur ilmu persilatan dan ilmu agama jelas diadunkan dengan
ilmu sastera. Seni silat Melayu menekankan kepercayaan kepada Allah dalam setiap gerak
langkahnya. Dalam persilatan juga memerlukan diri pesilat yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi (haqqul yakin), pembersihan hati, memerlukan pesilat kenal diri sendiri akan kekuatan dan
kelemahannya, tahu akan hakikat kejadian manusia, tidak takbur dan sombong dengan ilmu yang
dimiliki. Selain itu ditekankan usaha mencari ilmu dan tata cara yang mudah untuk mendapatkan
ilmu iaitu;

Ingatlah ilmu itu biasanya hadir dalam tiga keadaan.


Pertamanya, ketika lapar mencengkam rasa. Kedua,
Ketika kau mengurangkan mimpi-mimpi indahmu dan
Seterusnya apabila kurangnya perkataan yang diucapkan.

(Mencari Gayung : 2009,59)

Di Bawah Langit Seni juga memperlihatkan peri pentingnya kita memahami akan maksud sebenar
seni dan budaya kita sendiri kerana dengan memahaminya akal budi kita tidak mudah terhakis dan
salah tanggap terhadap apa itu seni budaya tidak akan berlaku. Masih ramai orang yang keliru
dengan perkataan seni budaya seperti yang dipaparkan menerusi watak Madon yang cetek
terhadap ilmu berkaitan seni dan budaya Melayu itu sendiri.

6.0 Pengkarya yang mengistikmalkan diri

Pengkarya atau penulis hendaklah bertanggungjawab menyebarkan risalah tauhid menerusi


karyanya kepada masyarakat (pembaca). Seseorang penulis juga berperanan besar meneruskan
tugas perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w. Karya-karya yang dihasilkan hendaklah berlandaskan
kebenaran, keadilan dan kebaikan iaitu untuk menyeru manusia ke arah keimanan dan ketakwaan.
Selain itu, etika berkarya bagi penulis Islam mestilah bertunjangkan niat menulis untuk mencari
keredhaan Allah. Pengkarya yang beristikmal merujuk kepada pengkarya yang perlu melengkapkan
diri mereka dengan ilmu agama, sastera dan ilmu bantu yang lain. Ilmu sastera boleh digabungkan
dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti geografi, perubatan, kejuruteraan, sains dan
sebagainya ke arah penyempurnaan ilmu itu sendiri.

Dalam hal ini, Serunai Faqir menerusi karya-karyanya yang terkandung dalam Kumpulan Cerpen
Mencari Gayung dapat menggabungkan ilmu-ilmu lain dengan ilmu Islam dan sastera untuk
mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran lewat karya-karyanya. Kesemua
cerpen yang termuat dalam Mencari Gayung menganjurkan kebaikan dan mengetengahkan
keburukan agar dapat memberi panduan dan iktibar kepada pembaca. Jadual Kekerapan 5
menunjukkan tiga buah cerpen mewakili prinsip pengkarya yang mengistikmalkan diri.

Jadual Kekerapan 5

Bil Prinsip Takmilah


6. Pengkarya Yang
Mengistikmalkan Diri

Kekerapan
3

Cerpen
Taubat Seorang
Diktator
-

Biodata Sang Pelakon

Bayang di Tirai

Belulang

Menerusi Taubat Seorang Diktator, pengarang berjaya menyisipkan ilmu agama iaitu hakikat
kejadian manusia yang lebih baik daripada haiwan. Selain itu, turut diserapkan ilmu politik kotor
yang diamalkan terutama oleh negara Yahudi dalam memusnahkan negara-negara Islam dengan
pelbagai taktik kotor demi untuk memusnahkan orang-orang Islam di dunia ini.

Boidata Sang Pelakon juga mengetengahkan falsafah secara halus pertentangan antara dua insan
dalam membuat interpretasi terhadap perjuangan dalam hidup. In dan San dua orang rakan yang
berbeza tanggapan dalam soal pemikiran terhadap politik, ekonomi dan cara hidup. San lebih
condong kepada penglibatan dalam politik yang berpura-pura iaitu mengambil kesempatan
terhadap kuasa yang dimilki untuk menipu walaupun terhadap bangsanya sendiri. Kesimpulannya,
cerpen ini juga berjaya mengetengahkan ilmu-ilmu lain selain ilmu sastera dan membuktikan
bahawa pengarang mempunyai keupayaan dari segi menggabungkan ilmu-ilmu lain dengan ilmu
sastera dalam kerja-kerja kepengarangannya.

7.0 Khalayak ke arah insan Kamil

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia ke arah kebaikan.
Namun, menerusi Teori Takmilah harapan yang digantungkan terhadap karya ialah setiap
penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar serasi dengan kehendak
dan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah memupuk khalayak pembaca ke arah
pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasululullah s.a.w.
walaupun tidak secara seratus peratus.

Prinsip yang ketujuh dalam Teori Takmilah ini dilihat paling dominan dalam Kumpulan Cerpen
Mencari Gayung. Sebanyak sebelas buah cerpen dilihat mewakili prinsip khalayak bertujuan
memupuk mereka ke arah insan kamil. Jadual kekerapan 6 menunjukkan cerpen-cerpen yang
dimaksudkan mewakili prinsip khalayak ke arah insan kamil.

Jadual Kekerapan 6

Bil Prinsip Takmilah


Kekerapan
7. Khalayak ke arah Insan 11
Kamil

Cerpen
Hikayat Awang
Sebelah
-

Adik, Pepatung dan

Kenangan
-

Jihad Sang Hamba

Cinta Suci di Ufuk

Mentari
-

Kenjah malam

Merdeka
-

Wira Mandala Hijau

Orang Kata Atuk

Gila
-

Gadis Melayu

Terakhir
-

Manusia Labah-

Labah
-

Dewangga Rohani

Dialog

Prasakaratulmaut

Serunai Faqir menerusi Mencari Gayung dilihat mencipta karya bertujuan untuk mendidik dan
mengasuh khalayak menerusi cerpen-cerpen tulisan beliau. Mesej dan pengajaran yang diselitkan
secara tidak langsung menerusi cerpen-cerpen beliau cukup berkesan untuk memberi peringatan
yang cukup berilmu kepada khalayak pembaca.

Hikayat Awang Sebelah mengingatkan khalayak agar tidak takbur dengan tahap keimanan yang
dimiliki serta tidak memandang hina kepada manusia yang dicipta kurang sempurna berbanding
dengan manusia yang sempurna sifat-sifatnya. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang insan
menerusi warna kulit, bangsa dan kesegakan diri tetapi apa yang lebih penting ialah tahap
ketakwaan terhadap Allah yang lebih penting.

Mesej tersebut disampaikan menerusi watak Awang Sebelah yang memiliki tubuh sebelah dan ingin
mencari hakikat kejadian dirinya. Namun usaha Awang itu dihina oleh seorang abid yang sombong
dan takbur dengan tahap amal dan ibadatnya yang mengharapkan syurga. Sebaliknya Awang
Sebelah bertemu pula dengan orang-orang kampung yang berjudi dan berlaga ayam tetapi baik
budinya. Orang kampung itu menginsafi akan kejahatan yang dilakukannya dan mengharapkan

Awang dapat bertanya Allah akan hukuman terhadap perbuatannya. Akhirnya orang kampung yang
merendah diri itu diterima Allah berbanding abid yang bongkak dan sombong itu.

Kenjah Malam Merdeka juga mengajak khalayak berubah dari sikap yang tidak baik kepada
mengamalkan akhlak yang terpuji terutama dalam memahami erti sebuah kemerdekaan. Serunai
Faqir cuba mengkritik masyarakat yang salah dalam menyambut malam merdeka. Watak utama
Mat digambarkan seorang bekas askar yang berjuang mempertahankan nusa dan bangsanya. Mat
amat kecewa dengan aksi muda-mudi ketika menyambut detik jam dua belas malam. Lelaki dan
perempuan bercampur gaul tanpa batasannya dan mereka mabuk dengan arak dan dadah. Cerpen
ini juga mengkritik bangsa Melayu yang hanyut dek tidak menjaga maruah bangsanya. Kritikan
juga turut dilemparkan terhadap pemimpin yang tidak menjalankan tugasnya dan tidak
mempedulikan rakyat. Selain itu, turut ditegur golongan ulama yang sudah tidak berani untuk
menegur setiap kemungkaran yang berlaku.

Siapa yang mahu dipersalahkan. Dengan pemimpin


Yang tidak mempedulikan rakyat. Ulama-ulama
Sudah tidak berani menegur pemimpin. Semuanya
Kacau sekali.
(Mencari Gayung,2009:150)

Menerusi cerpen Adik, Pepatung dan Kenangan, pengarang mengajak khalayak agar menghargai
alam yang terdiri daripada flora dan faunanya. Cerpen Jihad Sang Hamba pula khalayak
dihidangkan dengan jihad yang lebih besar iaitu jihad untuk melawan hawa nafsu. Cinta yang suci
hanyalah kepada Allah sahaja dicetuskan oleh pengarang menerusi cerpen Cinta Suci di Ufuk
Mentari. Sikap manusia yang rakus dalam mengolah alam juga disentuh oleh penulis menerusi
Cerpen Wira Mandala Hijau. Kesimpulannya sebanyak sebelas buah cerpen yang mewakili khalayak
ke arah insan kamil berjaya mengajak masyarakat agar berubah untuk menuju menjadi insan yang
terbaik.

8.0 Penutup
Teori Takmilah hasil pemikiran Shafei Abu Bakar merupakan lanjutan daripada teori-teori Islam
sebelumnya. Teori tempatan ini amat sesuai terutamanya dalam meneliti dan mengaplikasikannya
terhadap hasil karya tempatan. Keserasian teori ini juga lebih terserlah apabila diaplikasikan
kepada karya-karya yang dihasilkan oleh pengkarya yang memiliki ilmu-ilmu agama yang kukuh
serta mempunyai kelebihan juga dalam menguasai disiplin ilmu bantu yang lain serta menguasai
ilmu sastera.

Sebanyak dua puluh tiga buah cerpen yang terkandung dalam Kumpulan Cerpen Mencari Gayung
merupakan karya-karya yang bercirikan Islam. Oleh itu, sebanyak enam prinsip yang terkandung
dalam Teori Takmilah dapat dipenuhi oleh cerpen-cerpen yang dikaji. Walaupun prinsip yang kelima
tidak diwakili oleh mana-mana cerpen yang terkandung dalam Kumpulan Cerpen Mencari Gayung,
namun tidak semestinya ciri-ciri cerpen tidak dapat memenuhi prinsip tersebut tetapi
berkemungkinan berlaku pertindihan antara prinsip kelima dengan prinsip-prinsip yang lain.

Prinsip yang paling dominan menguasai Kumpulan Cerpen Mencari Gayung ialah prinsip ketujuh
iaitu Khalayak ke arah insan kamil. Sebelas buah cerpen pada pandangan pengkaji tergolong dalam
prinsip ini. Oleh itu, fungsi karya untuk mengajak khalayak ke arah kebaikan atau untuk mengajak
khalayak ke arah menjadi insan kamil akan berjaya jika khalayak dihidangkan dengan karya
Serunai Faqir ini. Manakala prinsip yang kurang menyerlah ialah prinsip ketuhanan yang bersifat
akmal, Kerasulan sebagai insan kamil dan Keislaman bersifat akmal masing-masing diwakili oleh
dua buah cerpen bagi setiap prinsip yang dinyatakan.

Prinsip yang kedua menyerlah ialah prinsip ilmu dan sastera yang bersifat takamul dan pengkarya
yang mengistikmalkan diri yang masing-masing diwakili oleh tiga buah cerpen bagi setiap pinsip
yang dinyatakan. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pengarang mengaplikasikan ilmu agama dan
ilmu-ilmu bantu yang lain serta ilmu sastera dalam penghasilan karyanya. Selain itu, diri
pengarang juga turut mengistikmalkan diri dengan kata lain pengarang telah menguasai
kepelbagaian ilmu bukan semata-mata ilmu sastera malah berjaya menggabungjalin ilmu-ilmu
untuk memantapkan karya yang dihasilkan ke arah memupuk masyarakat ke arah kesempurnaan.

Rujukan
Ab. Aziz Mohd Zin, 1997. Al-Quran dan Mesej Kesejahteraan Sejagat. Kuala Lumpur :
Jakim.
Danial Zainal Abidin.2002. Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Pahang : PTS
Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987. Polemik Sastera Islam, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mana Sikana, 2006. Teori Sastera Teksdealisme. Bangi: Pustaka Karya.

Mana Sikana, 2007. Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Bangi: Pustaka Karya.
Muhammad Ahmad ar-Rasyid, 2000. Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah,

Kuala Lumpur : Penerbitan Teras Bakti.

Serunai Faqir, 2009. Mencari Gayung. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa d

Anda mungkin juga menyukai