Anda di halaman 1dari 6

Komunikasi Bukan Lisan

Selain menggunakan tutur kata,komunikasi tersebut dikenali sebagai komunikasi


bukan lisan.
termasuk penggunaan bahasa badan, visual dan bertulis.

Visual

Penghantar menggunakan gerakan seperti anggota


badan.Pihak penerima boleh menerima mesej melalui
pemerhatian seperti menggunakan isyarat tangan dan kibaran
bendera yang berwarna.
Untuk memudahkan kefahaman, penyampai mesej boleh
menggunakan alat bantuan yang sesuai supaya maklumat yang
disampaikan lebih jelas.
Bantuan visual yang boleh digunakan dalam komunikasi bukan
lisan:
carta
gambar rajah
objek
gambar
kaset
prototaip

Bertulis

Pengirim menulis esei kepada penerima. Tindakan penerima


ialah menerima mesej dengan membaca esei yang ditulis oleh
pengirim.
Komunikasi bertulis merupakan komunikasi sehala kerana
penerima maklumat tidak mempunyai peluang untuk
mengajukan pertanyaan semasa maklumat tersebut
dikomunikasikan.
Antara contoh kaedah bertulis adalah dalam bentuk minit
mesyuarat, laporan, memorandum, surat-menyurat, laporan
bertulis dan e-mel.

Bahasa badan

Bahasa badan melibatkan pergerakan anggota badan


termasuklah isyarat air muka dan gaya isyarat sama ada secara
sedar atau tidak sedar bagi tujuan menyampaikan mesej yang
diharap dapat difahami penerima mesej.
Pergerakan anggota badan yang tidak disedari seperti memek
muka yang menunjukkan kemarahan mungkin menyampaikan
maksud yang berlainan kepada orang yang berlainan. Oleh itu,
pemidato harus sentiasa berlatih untuk menggunakan bahasa

badan yang disenangi kerana ada kalanya tanpa disedari,


pergerakan anggota badan tertentu boleh memberi maksud
negatif dan diterjemahkan kepada pelbagai maksud oleh
audiens.
Antara jenis bahasa badan yang sering digunakan ialah memek
muka, mata, kaki dan tangan, bahasa isyarat, gaya tubuh
badan, sentuhan, gaya berjalan dan ruang antara penghantar
dengan penerima.
a. Memek muka
-boleh menggambarkan perasaan yang sedang dialami oleh
seseorang seperti perasaan takut,marah,atau gembira.
b. Mata
-Renungan mata seseorang boleh membawa maksud

tertentu.
-Jelingan mata menunjukkan maksud hubungan yang dingin
atau sebaliknya,
manakala mata yang terbeliak menunjukkan seseorang
rasa terkejut.
c. Kaki dan tangan
-Pergerakan kaki dan tangan boleh membawa pelbagai makna.

-Cara berjabat tangan dengan genggaman yang kuat


menunjukkan
yang akrab.
d.

Bahasa isyarat

-Digunakan dalam kalangan ahli yang memahami dan


mengiktiraf maksud
isyarat tersebut.
e.

Gaya tubuh badan


-Menggerakkan tubuh badan untuk menunjukkan sesuatu

maksud.
f.

Sentuhan
-Penggunaan sentuhan bersesuaian dengan situasi.

g.

Gaya berjalan
-Gaya berjalan seseorang boleh memberikan maksud yang

berbeza.
h.

Ruang antara penghantar mesej dengan penerima mesej

i. Zon awal lebih daripada 12 kaki


ii. Zon social antara 4 kaki hingga 12 kaki
iii. Zon peribadi antara 2 kaki hingga 4 kaki
iv. Zon mesra kurang daripada 2 kaki

contoh bahasa badan


1. Tidur ketika sedang mendengar ceramah menandakan
seseorang itu bosan mendengar ceramah tersebut atau
pendengar telah menerima maklumat yang sama sebelum itu.
2. Sentiasa melihat jam menunjukkan seseorang itu tidak sabar
menunggu masa tamat untuk mengejar sesuatu perkara yang
lain.
3. Duduk tegak memberi mesej seseorang itu bersungguhsungguh memberi perhatian terhadap sesuatu mesej yang
disampaikan.
4. Mengerut dahimenggambarkan seseorang itu tidak faham atau
keliru sesuatu fakta kerana tidak dapat penjelasan yang jitu.
5. Memasukkan tangan ke dalam poket seluar ketika bercakap
menunjukkan seseorang itu tidak begitu yakin mesej yang
disampaikan atau cuba mengelakkan rasa gementar apabila
berdepan dengan orang ramai.

Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan dan


bukan lisan
Jadual 3.1 kebaikan dan keburukan
komunikasi lisan
Kebaikan
Mesej boleh dihantar
dengan cepat, misalnya
menyampaikan berita
melalui media
elektronik.

Gabungan penggunaan

Keburukan
Tidak sesuai digunakan
oleh penghantar yang
tidak mempunyai
kemahiran bercakap
kerana penghantar
mungkin gagal untuk
menyampaikan
mesejnya dengan jelas.
Mesej yang dihantar

peralatan visual dan


peralatan audio
membolehkan mesej
disampaikan dengan
lebih berkesan dan
menarik seperti
mengiklan melalui
televisyen.
Maklum balas boleh
diterima dengan cepat
daripada penerima jika
timbul sesuatu masalah
yang memerlukan
penyelesaian segera.
Penghantar boleh
mendapatkan
penjelasan lanjut
daripada penerima
sekiranya maklum balas
yang diterima sukar
difahami.

tidak boleh disimpan


lalu menyukarkan
sebarang usaha untuk
membuat rujukan pada
masa hadapan.

Jangka masa yang


singkat untuk
menterjemahkan
sesuatu mesej yang
dihantar mungkin
menyebabkan penerima.
Mesej yang
disalahtafsirkan
mungkin menyingung
perasaan penerima dan
menjejaskan
perhubungan antara
penghantar maklumat
dengan penerima
maklumat.

Jadual 3.2 kebaikan dan keburukan


komunikasi bukan lisan
Kebaikan
Kandungan mesej boleh
diubahsuai supaya
bersesuaian dengan
latar belakang dan
keadaan persekitaran

Keburukan
Penerima mungkin
menerima mesej pada
waktu yang tidak sesuai
lalu menyebabkan
penerima

penerima.

Mesej yang diterima


boleh disimpan untuk
kegunaan pada masa
hadapan dan dijadikan
rujukan seperti laporan
bertulis boleh disimpan
dalam fail.
Mesej boleh dihantar
tanpa kehadiran
penghantr yang
mungkin terpaksa
memberi tumpuan pada
aktiviti yang lebih
penting.
Mesej boleh dihantar
kepada bilangan
penerima yang ramai
pada masa yang sama
seperti penjualan surat
khabar yang meliputi
bilangan pembaca yang
ramai dan kawasan
geografi yang luas.

menyalahtafsirkan
kandungan mesej yang
disampaikan.
Maklum balas yang tidak
dapat diperoleh dengan
segera akan
mengakibatkan kesan
mesej tidak dapat
diketahui dan tindakan
pembetulan tidak boleh
diambil.
Kekurangan peluang
untuk mengajukan
pertanyaan mungkin
mrnyebabkan penerima
gagal memahami
kandungan mesej
dengan sepenuhnya.
Penghantar tidak dapat
membantu penerima
untuk menyelesaikan
sebarang masalah yang
mungkin dihadapi atau
menjawab sebarang
pertanyaan yang
diberikan oleh penerima
kerana penghantar tidak
bertemu secara
langsung dengan
penerima.

Contoh proses komunikasi lisan


1. Penghantar

2.

3.

4.

5.

6.

-Pihak pembentang akan membentangkan hasil kajian kepada


audiens.Pembentang akan menyiapkan kajian ilmiah dengan menyertakan bukti
yang diperoleh daripada projek penyelidikan yang dijalankan.
Enkod
-Mesej yang hendak disampaikan akan dienkod bagi memudahkan audiens
untuk memahami dapatan kajian tersebut seperti membuat pembentangan dalam
bentuk carta dan persembahan.
Media
-Media yang akan digunakan untuk pembentangan kertas kerja tersebut ialah
media persendirian.Pihak penghantar akan bercakap dengan menggunakan
mikrofon untuk menyampaikan isi penting daripada hasil kajian tersebut kepada
audiens melalui pertemuan secara bersemuka.
Dekod
-Pihak yang menerima maklumat akan mentafsir mesej yang disampaikan oleh
pembentang kertas kerja.Semua maklumat kertas kerja akan dibaca dan
memahami carta dan graf yang digunakan untuk merumuskan sesuatu dapatan.
Penerima
-Para hadirin dan penonton(audiens) merupakan pihak yang akan menerima
maklumat daripada pihak pembentang.Memandangkan pembentangan
merupakan komunikasi sehala,penerima hanya boleh mengemukakan soalan
sekiranya penerima tidak memahami mesej yang ingin disamapaikan atau ingin
mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara yang dibentangkan dalam sesi
soal jawab nanti.
Maklum balas
-Pembentangan akan menjadi sesi komunikasi dua hala apabila sesi dialog
diadakan untuk member peluang kepada audiens mengemukakan sebarang
persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai