Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu 1) Kaedah Struktural Pengajaran sastera

melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.
Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui
pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan
kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar
cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan
pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut
pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha
tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik
penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot
mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran
dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak
terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan
lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

KAEDAH STRUKTURAL Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya


Tidak pentingkan pghayatan/penikmatan Analisis dari sudut
pmbinaan/strukturnya Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur
Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian CIRI KAEDAH STRUKTURAL : Perhubungan
antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik, gaya
bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya. Guna pendekatan induktif
Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur Unsur struktur dikenal dulu sebelum
pengajaran dimulakan Banyak dipandukn olh guru Bahan bantu mengajar tidak
dipentingkn Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

1. Kaedah Struktural Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur


konkrit yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya
bahasa dan lain-lain lagi;. Definisi terdapat perhubungan antara struktur-struktur
kesusasteraan, KAEDAH Ciri-ciri STRUKTURAL menggunakan pendekatan induktif,
mengutamakan unsur-unsur Kelebihan tertentu sahaja, Penguasaan murid terhadap
unsur-unsur struktur karya adalah baik dan mantap. diperkenalkan terlebih dahulu.
pembelajaran lebih berpandukan membantu murid untuk melihat kewujudan karya
kesusasteraan guru, sebagai suatu penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri,
tidak mengutamakan bahan imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan
bantu mengajar pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 memerlukan
pengetahuan hlmn 43). tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran.
2. Pengenalan Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling
tuadigunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan
inimempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-garis
ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalahkaedah
paling awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural. Pengajaran

menggunakan kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepadastruktur bahan yang diajar.
Perkataan struktural hadir daripada perkataan struktur.Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbinaatau terbentuk daripada pelbagai
bahan, unsur, atau aspek hingga menjadi satupola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin
(1988) pula menyatakan bahawa kaedahstruktural ini bertujuan untuk memahami aspekaspek kesusasteraan, struktur danbinaan yang digunakan. Mina Sikana (1998)
menyatakan struktural memberikanpenekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek
dan unsur-unsur yang membinasesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas,
jelaslah bahawa dalamkonteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur
yang diperhatikanadalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam
karyatersebut. Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam
pengajaranmenggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah
pengajarankesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti
perwatakan,gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni,
dansebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari
PengajianMelayu). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini
dalampengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu
tentangbahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk
strukturkarya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini
sangatpenting bagi memastikan perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada
objektifyang ingin dicapai pada sesi itu.
3. Ciri-Ciri Kaedah Struktural Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri
yang terdapat dalamkaedah struktural antaranya adalah : i terdapat perhubungan antara
struktur-struktur kesusasteraan, ii menggunakan pendekatan induktif, iii mengutamakan
unsur-unsur tertentu sahaja, iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. v
pembelajaran lebih berpandukan guru, vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar vii
memerlukan pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. i.
Ciri yang pertama adalah perlunya ada perhubungan antara struktur-struktur sastera.
Perhubungan yang diketengahkan adalah hubungan antara tema, plot, watak dan
perwatakan, latar, teknik, gaya sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk
keseluruhan karya. Oleh sebab itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman terhadap
perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih. ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan
pendekatan induktif. Guru perlu membimbing pelajar agar menemui objektif tertentu.
Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada ciri-ciri terlebih
dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin (1988) menerangkan dalam bukunya
bahawa pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian iaitu melihat, meneliti,
mengkaji, menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan kemudian membuat keputusan
atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji. iii. Kaedah ini juga mengutamakan
elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek yang lain dalam sastera tidak diambil kira.
4. iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran. v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid
dibenarkan membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun masih tidak boleh
terkeluar daripada konsep yang telah ditetapkan oleh guru. vi. Kaedah ini juga tidak
mementingkan bahan bantu mengajar dalam memandu murid untuk mendapatkan
jawapan bagi setiap unsur atau struktur tersebut. vii. Pengetahuan tentang elemen
struktur dalam sesebuah karya memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat

sesuai digunakan kepada pelajar di peringkat tinggi.Kelebihan Kaedah Struktural Kaedah


struktural ini lebih tertumpu kepada penelitian terhadap struktur-struktur yang membina
karya tersebut. Oleh itu, pembelajaran menggunakan kaedahini akan memudahkan
murid dan boleh memantapkan penguasaan murid berkenaanterhadap karya tersebut.
Selain itu, kaedah ini juga boleh membantu murid untukmelihat kewujudan karya
kesusasteraan sebagai suatu penghasilan buah fikiran,renungan ke dalam diri, imaginasi,
manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan danpelbagai pengalaman dan kerohanian
(Kamarudin 1988 hlmn 43).
5. Aplikasi Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah
karyacontohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut
secaramenyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemenelemenyang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot,
latar,tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang
diajukantidak boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid
sentiasamemberikan jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja.
Kemudian,barulah melihat kepada elemen-elemen lain.Kesimpulan Mudahnya, kaedah
struktural ini sebenarnya kaedah yang memerhatikankarya berdasarkan struktur-struktur
konkrit yang membina karya itu seperti watakdan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema
dan persoalan, nilai dan pengajaran danlain-lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan
menggunakan kaedah ini tidak bolehdicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut.
Perbincangan perlu dilakukansatu persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.
6. Kaedah Global Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan
penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya. Definisi
Kepentingan setiap komponen/struktur KAEDAH GLOBAL Ciri-ciri Penilaian dilakukan
secara impression, am dan spontan. Kelebihan Cara kajian dilaksanakan Penguasaan
murid terhadap Separuh global : karya adalah baik dan mantap. - Melihat secara
keseluruhan membantu murid untuk melihat kemudan menjurus kewujudan karya
kesusasteraan kepada bahagian sebagai suatu penghasilan buah yang ingin disentuh.
fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan
dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 Secara menyeluruh hlmn
43). (global) : - Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-aspek.
7. Pengenalan Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu
secarakeseluruhan. Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan
sebagainyaataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah
globalpula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan
yangmenyeluruh. Ia tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang
terpisahdan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988).
Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu adalahhasil
kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidakmendalami sesuatu
aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagaipengenalan sahaja sebelum
meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)menyatakan bahawa cara ini
adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutamaapabila seseorang penilai itu
menghadapi kesuntukan masa atau berhadapandengan terlalu banyak komponen yang
akan dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh
dilaksanakansemasa menilai sesuatu karya iaitu : i. Separuh global dilakukan dengan
melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada

bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. ii. Secara (menyeluruh) global.
Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang
membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek
tersebut dibincangkan secara berasingan.
8. Ciri-ciri Kaedah GlobalKaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu : i.
Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk
kesatuan karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab
itu, penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun,
cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan
terlalu banyak komponen.Kelebihan Kaedah Global : Kelebihan yang terdapat dalam
kaedah ini antaranya adalah membolehkanpenilaian terhadap sesuatu karya itu
dilakukan secara menyeluruh dan menyentuhsemua struktur yang membina karya
tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahajaboleh dinilai pada aspek watak perwatakan
sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalamaspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan
dan kelemahannya dan lain-lain lagi.Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak
dalam sesuatu karya akanmembuatkan penilai memakan masa yang lama untuk
mengkaji tentang komponen-komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah
ini, penilai dapatmenjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal.
9. Aplikasi Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara
kajiannya.Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara
iniagak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)Kaedah
Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar denganmelihat
secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yangboleh
disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah dibawah lebih
menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini. Peringkat Awal A B C B A Peringkat
Perkembangan B C B Peringkat Akhir C A = Alam luas luar sekitar Melaka B = Daerahdaerah di luar Melaka C = Melaka sepenuhnya
10. Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).Cara ini
melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secarakeseluruhan.
Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,persoalan, watak dan
perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.Ulasan pula dilakukan dengan
melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dankelemahannya.KesimpulanKaedah
global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluastentang sesuatu
karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karyatidak diberi penekanan
secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh kulit luarsahaja pada struktur-struktur
tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sasteramenggunakan kaedah ini untuk
mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.
11. RefleksiKerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
kali inilebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi
pendidikansemasa pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu
adalahpendekatan, kaedah, dan teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan
kesanyang berbeza-beza. Dalam pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponenkomponen ini perlu digunakan dan dikombinasikan dalam sesi pengajaran
danpembelajaran untuk memperoleh hasil pengajaran yang berkesan. Perkara ini
samaseperti pendapat yang diberikan oleh Esah Sulaiman (2004) yang
menyatakanbahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan menghasilkan

pengajaran yangberkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-guru perlu
menguasaikomponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat mencapai
objektifyang diinginkan. Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini sangat
bersesuaiandengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan
kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang
mantap akanmembawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah
satuwadah yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih
kepadateori berkenaan dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya
dapatmengaplikasikannya di sekolah kelak. Sebagai seorang guru yang
menginginkansesi pengajaran dan pembelajarannya menjadi menarik dan
menyeronokkan,pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar
perlulahdiaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan kelebihan
kepadaguru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak
sekiranyakepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa
seronok,bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan
mudah.
12. Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada sayatentang
peranan seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini.Guru banyak
memainkan peranan penting agar murid-murid minat mempelajaritentang kesusasteraan
ini. Sebagai contoh peranan penting yang perlu dimainkanoleh guru adalah guru perlu
bertindak sebagai penggerak atau pembimbing di dalamkelas. Perbincangan yang
dilakukan didalam kelas perlu dibimbing oleh guru agarmurid dapat memahami,
menghayati dan menikmati bahan-bahan kesusasteraanyang dipelajari. Selain itu, guru
juga perlulah kreatif dan inovatif untuk membentuksoalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang
dinamis, idea-idea spontan yang menarik dansebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada
dalam diri guru-guru yang mengajarkesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga
perlulah menggunakan teori-teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yangsesuai dan kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai
objektif pengajarandan pembelajaran pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama
pengajarankesusasteraan diadakan di sekolah. Dari sudut kepentingan pengajaran
sastera ini, setelah melaksanakan kerjakursus ini juga sebenarnya memberikan satu
gambaran jelas bahawa betapapentingnya matapelajaran kesusasteraan ini diajar
kepada murid-murid di sekolah.Matapelajaran ini sebenarnya merupakan salah satu cara
yang boleh digunakanuntuk mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana,
sastera adalahkarya-karya yang direka dan dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan
jenakasemata-mata. Sebenarnya karya-karya sastera sarat dengan mesej-mesej
yangtersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang ramai. Persepsi
masyarakatyang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah lapuk dan tidak
sesuaidengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-mesej
dalamsetiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah,
sekiranyapengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan
berkesan,masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai
budayadan estetika yang tinggi.
13. Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbataspada nilainilai murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkansebenarnya pengajaran
sastera mampu membantu murid-murid dan orang lainmeningkatkan kemahiran dan

perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karyasastera itu sendiri, terdapat banyak
perkataan-perkataan yang jarang digunakandalam seharian hidup kita. Kita berasa
janggal untuk menggunakan perkataantersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya
wujud dan sering digunakan dalambidang-bidang lain. Rancangan pengajaran harian
(RPH) adalah satu rancangan pengajaranyang wajib disediakan oleh semua guru-guru.
Melalui kerja kursus ini juga, sayaturut mendapat pendedahan tentang cara membuat
RPH dan mengajar matapelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan,
kaedah dan teknikyang telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara
saya danrakan-rakan saya Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang
disediakankelihatan begitu menarik dan menyeronokkan. Selain itu, gandingan ideaideadaripada kami bertiga juga membuatkan RPH tersebut menepati kehendak
soalankerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang dalam RPH tersebut
menerapkanunsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan sebenar pengajaran
Komsasdiwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan ini
seharusnyadiketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar
BahasaMelayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaranmenyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai
objektifdengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T ataskeizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan
kerjakursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepadarakan sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu
sepanjangproses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain
yangmembantu sama ada secara langsung mahupun tidak.
14. BibliografiKamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling
Jaya.Penerbit Fajar Bakti(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang.
Cerdik Publiction Sdn.Bhd.Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan
Pendekatan. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti

Blog ulasan cerpen


http://rani-ipg.blogspot.com/2012/07/aspek-apresiasi-sastera.html