Anda di halaman 1dari 32

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap polapola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan
proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan
maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau
menyatakan

membaca

sebagai

proses

pembaca

mengenal

lambang-lambang

tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan


makna bagi bentuk tulisan tesebut.
Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai
perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen
kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui
wujud dalam kemahiran membaca

iaitu kemahiran mengenal

atau

mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.


2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain
pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk
menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut
perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataanperkataan yang dibacanya.
3. Semasa

membaca,

seseorang

itu

perlu

berfikir,

merasai,

dan

membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan,


jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa

yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur
tugasan seperti berikut:
a)

mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

b)

mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

c)

menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala.

d)

mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.

e)

mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca
adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa
dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini
adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan
aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran
dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh
itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek
kefahaman bahasa.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi
atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini
kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks,
iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap
proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

http://sarjanapena.blogspot.com/2011/10/definisi-dan-konsep-membaca.html

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca
adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak
dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat
membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada
proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan
kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak
disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia
melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca
kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama
kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Takrif Membaca
Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Menurut kamus Dewan edisi Empat,
baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan
teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan
membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya
manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk
komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk
bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai
proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada
bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke


atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses
membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual
dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui
pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Marohaini Yusoff (1989)
pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak
dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud
dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan
kemahiran memahami apa yang dibaca.
Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa
dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini
adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan
aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran
dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh
itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek
kefahaman bahasa.

Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan


mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat
oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah
proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang
terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan
pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara
bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan
pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan
bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana


sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang
bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses

yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses
kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara
keseluruhan.
TUJUAN MEMBACA
Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu;
1.

Tujuan serta-merta

2.

Tujuan lanjut
1. Tujuan Serta-Merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham
sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca,
maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak
teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang
panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga
bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain;

untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau
intonasi yang betul.
Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.

Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari
pengertian daripada yang dibaca.

Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi
masa lapang dan menambah pengetahuan.
2. Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,
membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah
hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara
yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu
lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain
yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjut bermatlamat;

Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar


dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan.

Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk


mengikuti perkembangan alam dan manusia.

Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan


bahanbahan perbandingan dengan orang lain.

Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani
perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan
pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai
tujuan atau matlamat yang berikut;

1.

Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.

2.

Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.

3.

Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam


bahan bacaan yang dibacanya.

4.

Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami
isi yang dibaca dengan pantas juga.

5.

Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan
menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami
dengan mudah.

6.

Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat


dengan cepat, jelas dan tepat.

7.

Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.

8.

Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang
berbeza.

9.
10.
11.
12.
13.

Menambahkan ilmu pengetahuan.


Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca
dengan jujur.
Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.
Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri
sendiri dan masyarakat.
Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.

14.

Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.

15.

Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi


masyarakat sekelilingnya.

16.

Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan


mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.

17.

Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk
menambahkan ilmu pengetahuan.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/tujuan-membaca.html

http://www.slideshare.net/izzatizamburi/kemahiran-membaca-pkp-3107

Definisi
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak
masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan
kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan
membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah
diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi
diberikan

untuk

menjelaskan

maksud

bacaan.

Secara

asasnya,

membaca

mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses
nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan
menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan.
Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang
ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.


Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,
dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989)
telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud
dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam
perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan
apa yang dibaca.
Seseorang

murid

itu

mempunyai

tujuan,

jangkaan,

pengetahuan,

dan

pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu
proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa
yang sedia ada di kepala.

mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi


sebuah idea yang kengkap.
mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan
bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses
membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks
yang melibatkan beberapa kemahiran lain.
Proses Membaca
Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa membaca
adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses
yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa
(linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam
proses membaca secara keseluruhan.
1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)
Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk
diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah
penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama
lain dalam proses membaca.
Deria penglihatan
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak
untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah
penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca


dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia
dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku
kepada individu yang mengalami masalah pendengatan

2. Membaca sebagai proses pengamatan


Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca
indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan
pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan
tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna.
Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:
mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan
figure ground iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak
ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,
turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.
3. Membaca sebagai satu proses bahasa
Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang
bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca
dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui
sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.
4. Membaca adalah satu proses kognitif
Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan
proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam,
mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi
kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca
Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai
sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot
anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi
menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk,
bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca,
seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan
terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.
Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami
dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis.
Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu;
semua benda mempunyai nama,
nama benda boleh ditulis dalam perkataan,
kedua-duanya saling bertukar,
simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).
Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran
yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan
sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar
raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai
banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah:
keadaan fizikal
pengalaman dan persekitaran
emosi, motivasi, dan sahsiah
kecerdasan
pengamatan
penguasaan bahasa
Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan
yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman

bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya
mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap
berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.
Keadaan

rumah

tangga

yang

dan

cara

asuhan

akan

mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan


oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.
Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi
kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang
sebaya dengannya.
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanakkanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar
kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa
adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa
berkomunikasi.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk
memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi
sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca
Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktorfaktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling
mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan
dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut

Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua
kategori besar, iaitu:
i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca
ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan


Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua
kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap
(bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada
kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan
senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan
membaca petikan sesuatu bahan.
Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima
peringkat:

i. peringkat menyediakan murid


ii. peringkat mendirikan asas
iii. peringkat melatih membaca dan memaham
iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat


terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga
emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga

kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi
pelajaran membaca.
Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran
membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai
alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang
digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan
bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat.
Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara
berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat
ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan
aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman.
Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara
beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu
murid membina kemahiran memahami.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya
memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk
memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa
lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran
mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.
Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka
membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa
kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,
pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pemulihan Bacaan
1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh
kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga
kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca
dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga
pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah
dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik.
Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran
khusus bacaan murid.
Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara
objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca.
Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan
bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan
masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam
pelajaran secara keseluruhan.
Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang
diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan
sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan
dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah
dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
2. Ujian Bacaan Nyaring
Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru
kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah
pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara
diagnostik.

Berdasarkan

kajian-kajian

lepas,

Abdul

Aziz

Talib

(1989)

telah

menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan


dalam sesebuah ujian bacaan:
A. Peringkat huruf (abjad)

Huruf kecil (a-z)


- mengenal bentuk huruf
- mengenal nama huruf
- mengenal bunyi huruf
Huruf besar (A-Z)
- mengenal bentuk huruf
- mengenal nama huruf
- mengenal bunyi huruf
- memadan huruf besar-huruf kecil
Diskriminasi penglihatan
- huruf-huruf yang berdekatan bentuk
- huruf besar dalam perkataan
- huruf-huruf kecil dalam perkataan
Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya
Pembalikan huruf (reversals)
- huruf besar
- huruf kecil
B. Peringkat Perkataan
membatang suku kata terbuka
membatang suku kata tertutup
membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan
C.Peringkat Perkataan
pembalikan perkataan
membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan

membatang

dan

mencantumkan

suku

kata-suku

kata

terbuka

dalam

dan

mencantumkan

suku

kata-suku

kata

tertutup

dalam

kata

yang

dan

Bahasa

perkataan

Membatang
perkataan

Membatang

dan

mencantumkan

suku

kata-suku

mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan

Kekeliruan

antara

ejaan

dan

sistem

bunyi

Bahasa

Melayu

Inggeris dalam perkataan


Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan
D. Peringkat Frasa
Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.
E. Peringkat Ayat
Membaca ayat-ayat pendek
membaca ayat-ayat panjang
Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui
item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh
menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak
perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.
Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan
guru merekod kesalahan kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989)
menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:
membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang
ditinggalkan
Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah

Pembalikan

(reversals)

huruf/perkataan/frasa

dibaca

secara

terbalik/songsang.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang
dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga
perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid
membaca, iaitu:
membatang suku kata terlebih dahulu
bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
tidak boleh membaca langsung
Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai
kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah
penglihatan, dan masalah pendengaran.

Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan


Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan
pengajaran

pemulihan

bacaan

untuk

muridnya.

Margaret

et.al.,

1989)

telah

menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan


pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.
Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian
diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap
bacaan murid.
Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan
dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan


setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan
untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan
nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran
bacaan.
Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan
Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah
pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:
Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan
mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataanperkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan
membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan
bacaan dengan baik.
Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru
mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu
membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan
membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.
Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk
mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan
digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang
telah dipelajari sebelum itu.
Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid
mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat
ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas
mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

Kesimpulan
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui
pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran,
meluaskan

pengetahuan,

mencari

dan

mengumpul

maklumat-maklumat

yang

diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanakkanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik.
Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui
dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasamelayu_19.html

GARIS PANDUAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN BAGI KEGUNAAN


SEKOLAH
Pemilihan bahan bacaan tambahan adalah sebagai satu usaha oleh pihak sekolah
untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong dan
menepati keperluan pembelajaran murid yang pelbagai. Bahan bacaan tambahan yang
dipilih

hendaklah

dapat

membantu

dan

mengukuhkan

pelaksanaan

program

perkembangan murid ke arah menjadi insan yang produktif dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bahan bacaan tambahan yang dimaksudkan di dalam garis panduan ini meliputi semua
bahan bacaan bercetak (kecuali buku teks yang diperakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bahan bacaan tambahan yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia) bagi kegunaan sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran.

KANAK-KANAK DAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN


Mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Oleh itu, persembahan dan penyampaian
yang sesuai amat diperlukan dalam sebuah bahan bacaan. Secara umumnya kanakkanak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan umur seperti berikut:
1. umur 0-6 tahun (peringkat prasekolah)
Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai fikiran yang kritis untuk
memahami sebab dan akibat atau cara dan tujuan. Pengetahuan mereka tentang
kenyataan adalah sangat sederhana.
SetiapBuku-buku untuk peringkat umur ini harus mengandungi teks yang pendek,
penuh dengan aksi mudah yang menuju kepada kesimpulan yang memuaskan. Ia juga
harus mempunyai perkaitan dengan dunia sehariannya agar dapat membantu mereka
memahami dan menginterpretasikan dunia sekelilingnya.

2. Umur 6-8 tahun


Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur ini mempunyai sifat ingin tahu dan
mereka juga sudah mula mengerti serba sedikit apa-apa yang dibicarakan oleh orang
dewasa. Kanak-kanak selalunya telah bersedia untuk membaca jika:
Tertanya-tanya tentang huruf dan perkataan dalam buku, akhbar atau kertas.
Meluangkan masa membaca buku-buku bergambarnya.
Suka mendengar cerita.
Berminat dalam perkataan-perkataan dan leka untuk meningkatkan tatabahasanya.
Berpura-pura menulis dan membacacuba untuk menyalin huruf-huruf dan nombor.
Pada peringkat ini, mereka mungkin sudah boleh membaca buku yang mengandungi
teks yang banyak. Buku-buku bergambar juga masih sesuai untuk mereka kerana
gambar-gambar yang terdapat dalam buku boleh memberi gambaran kepada teks.
Mereka juga berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan binatang dan alam semula
jadi.
3. Umur 8-10 tahun

Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang semakin berkembang
dan mereka seronok dengannya. Oleh itu, untuk membantu kanak-kanak memenuhi
keperluannya ketika berimaginasi, bahan bacaan yang mengandungi cerita dongeng
dan cerita rakyat amat sesuai digunakan untuk mereka.
4. Umur 10-12 tahun
Pada peringkat ini, mereka telah mempunyai sikap kritis terhadap unsur-unsur
kenyataan dan bersedia untuk menerima pengetahuan baharu.

Perkembangan

tatabahasanya juga berkembang dengan cepat dan mempunyai kebolehan yang tinggi
dalam mengungkapkan idea-idea yang abstrak. Mereka juga berusaha belajar untuk
mendapatkan maklumat daripada buku. Mereka sudah mampu mengikuti arahanarahan yang terdapat dalam buku mereka. Oleh itu, pada peringkat ini, buku yang
berhubung dengan seni dan kerja tangan mampu menarik minat mereka.
Di samping itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan sudah mula menunjukkan
minat yang berbeza. Pada usia ini, kanak-kanak perempuan lebih berminat kepada
alam persekolahan, kisah binatang, fantasi, dan sejarah manakala kanak-kanak lelaki
pula lebih menggemari kisah pengembaraan, cerita lucu, dan buku yang berkaitan
dengan subjek hobi, saintifik dan teknikal.
Walaupun pembahagian peringkat kanak-kanak mengikut umur tidak begitu
jelas dan menimbulkan perbezaan, orang-orang dewasa yang terlibat dengan kanakkanak perlu tahu serba sedikit tentangnya. Ini kerana setiap peringkat umur, kanakkanak memerlukan bahan penerbitan yang berbeza dari segi persembahan dan bentuk
bahannya.
PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip
pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut.

1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu
mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan
mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh
pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan
bahan bacaan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara
seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar
Bahan bacaan yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum
memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih
bahan-bahan bacaan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif
tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan
situasi tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada
pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan
sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan
pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah
suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran
akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran
ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula,
rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku
tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu
rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih
dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk
terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan bacaan yang dapat mencabar pemikiran
pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang
mengandungi ciri-ciri berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan
yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.
3. Menepati
Ketepatan bahan bacaan dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan bacaan yang
menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan bacaan yang dipilih mestilah
menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan
pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah
berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai

f) Bahan pengajaran yang diperakui.


4. Menarik
a) Reka letak: peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah
disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan
pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi
berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah
atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.
5. Jimat dan mudah
Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli, tidak semestinya
mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya
dengan menggunakan bahan terbuang.\
6. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya
praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan bacaan seharusnya sederhana
dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan
situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi.
Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali
dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada
masa dan mata pelajaran lain.

http://kemahiranmembaca123.blogspot.com/2013/05/pemilihan-bahan-bacaan.html

Penilaian

http://www.slideshare.net/mimiedali/bmm3104-topik-10-oleh-pn-normi-bt-mohddali-ipgksah

Penilaian Kemahiran Membaca:


Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian
kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan muridmurid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis
pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat
dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan
kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:


1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan
tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:


1. Matlamat Persepsi.
2. Matlamat Kognitif.
3. Matlamat Afektif.

Matlamat Persepsi:
1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.
2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu
konsep perkataan.

Matlamat Kognitif:
1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan
terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

Matlamat Afektif:
1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang
dibaca.
2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat
mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.
Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:
1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
2. Mengenal idea utama dan sokongan.
3. Membuat ramalan dan kesimpulan.
Mengenal pasti idea keseluruhan:
a. Mesej utama yang disampaikan penulis.
b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
- Pengelasan mengikut hierarki.
- Pengelasan mengikut ciri-ciri.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:


a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.
Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.

d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.


Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan
tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid

https://mysalawati.21classes.com/interaksi-minggu-ke-8-9-penilain-kemahiranmendengar-dan-bertutur