Anda di halaman 1dari 12

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Secara amnya, setiap negara pasti akan menjalankan aktiviti urus niaga atau aktiviti
perdagangan yang melibatkan negara-negara asing yang lain bagi tujuan ekonomi. Justeru,
segala urus niaga antarabangsa dan aliran kewangan antara sesebuah negara itu dengan
negara-negara asing akan ditunjukkan dalam satu penyata kewangan bagi satu jangka masa
iaitu setahun dan penyata kewangan tersebut merujuk kepada imbangan pembayaran.
Imbangan pembayaran pula terdiri daripada akaun semasa iaitu mencatatkan eksport dan
import barangan dan perkhidmatan, akaun modal mencatatkan aliran modal jangka pendek
dan jangka panjang dan akaun keseluruhan yang menjumlahkan imbangan akaun semasa dan
akaun modal.
Menurut Kamus Ekonomi iaitu, imbangan semasa merupakan satu hubungan antara
penerimaan dengan pembayaran sesebuah negara terhadap eksport dan import barang
perkhidmatan, dan juga bayaran pindahan yang berlaku dalam sesuatu tempoh, misalnya
setahun. Namun, keluaran masuk modal tidak diambil kira dalam imbangan semasa.
Imbangan akaun semasa akan memberi maklumat tentang pendapatan atau pengeluaran
sesebuah negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa.
Dalam kajian yang luas, keterbukaan ekonomi merujuk kepada negara yang
mengamalkan globalisasi (dunia tanpa sempadan) dalam perdagangan antarabangsanya.
Apabila keterbukaan ekonomi diamalkan oleh negara-negara dalam dunia ini, seluruh dunia
akan menjadi satu unit yang boleh dihubungkan kegiatan ekonomi masing-masing dengan
cepat, mudah, dan rapat.
Menurut Kamus Ekonomi, eksport merupakan penjualan barang dan perkhidmatan ke
luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan
mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh
negara tempatan, pelancongan, dan insurans. Import pula merupakan pembelian barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing. Barang yang diimport termasuk barang
pengguna, barang modal dan barang mentah. Import perkhidmatan pula termasuk
perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara asing, pelancongan rakyat tempatan
ke negara asing, dan pembelian insurans asing oleh rakyat tempatan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Khususnya, kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti kadar pertumbuhan akaun
semasa dari tahun 2005 hingga 2012. Pengkaji akan mengetahui jumlah nilai eksport dan
nilai import barang nampak dalam tempoh setahun melalui akaun dagangan dan seterusnya
mengenal pasti sama ada nilai akaun dagangan yang diperoleh akan memberi sumbangan
terhadap akaun semasa dari tahun 2005 hingga 2012. Kajian turut dibuat untuk mengenal
pasti darjah keterbukaan ekonomi negara Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012.
Kepentingan kajian ini dibuat supaya pihak berkaitan mengetahui peningkatan atau
penurunan melaui kadar pertumbuhan akaun semasa. Melalui kajian ini, imbangan akaun
semasa akan menampakkan butir-butir eksport-import barangan dalam akaun dagangan.
Dalam pada itu, kajian ini turut dijalankan untuk mengetahui darjah keterbukaan melalui
nisbah eksport kepada KDNK atau nisbah import kepada KDNK.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian dijalankan adalah untuk:
1. Mengenal pasti kadar pertumbuhan akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012.
2. Mengenal pasti darjah keterbukaan ekonomi negara dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Secara amnya, kaedah kajian melibatkan dua keadah iaitu, kaedah sumber dan kaedah
analisis.
4.1 Kaedah Sumber
Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah sekunder.
4.1.1

Kamus Ekonomi
Kamus Ekonomi digunakan oleh pengkaji dalam mencari makna atau definisi
perkataan Ekonomi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

4.1.2

Sumber Internet
Pengkaji mendapat maklumat-maklumat yang berguna melalui internet. Contohnya,
pengkaji

melayari

laman

web

Jabatan

Perangkaan

Malaysia

(http://www.statistics.gov.my/) bagi mendapatkan data statistik KDNK Malaysia dari


tahun 2005 hingga 2012.
4.1.3

Buku Rujukan
Pengkaji menggunakan buku rujukan Ekonomi Penggal 2 dan Penggal 3 terbitan
LONGMAN untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan.

4.2 Kaedah Analisis


Kaedah analisis menggunakan kaedah kuantitatif untuk menjalankan kajian ini.
4.2.1

Rumus yang digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan akaun semasa adalah
seperti berikut:
Kadar pertumbuhan akaun pendapatan pelaburan

akaun semasa1 akaun semasa0


akaun semasa 0

x 100%

Contoh:
Kadar pertumbuhan akaun semasa tahun 2006
=

akaun semasa 2006akaun semasa 2005


akaun semasa 2005

96 02978 367
78 367

= 22.53%

x 100%

x 100%

4.2.2

Rumus yang digunakan untuk mengukur keterbukaan ekonomi adalah seperti berikut:
Nisbah Eksport kepada KDNK
=

Eksport
KDNK

x 100%

Contoh:
Nisbah eksport kepada KDNK pada tahun 2005
=

RM 540681 juta
543578

x 100%

= 99.47%

4.2.3

Kaedah Grafik
Kaedah grafik menggunakan jadual dan graf. Graf bar digunakan untuk menunjukkan
kadar pertumbuhan akaun semasa pada tahun 2005 hingga 2012 dan darjah
keterbukaan ekonomi pada tahun 2005 hingga 2012. Melalui kaedah ini, pengkaji
dapat melihat kadar pertumbuhan akaun semasa pada tahun 2005 hingga 2012.
Misalnya, kadar pertumbuhan akaun semasa dari tahun 2005 hingga 2006 adalah
meningkat.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Kadar Pertumbuhan Akaun Semasa di Malaysia
Jadual 1 : Jumlah Akaun Semasa dan Kadar Pertumbuhan Akaun Semasa di Malaysia
dari tahun 2005 hingga 2012
Tahun

Eksport

Import

Imbangan Akaun

Kadar

2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012

(RM juta)
540681
592215
606512
662455
552920
641135
699591
703152

(RM juta)
410529
452726
475687
492076
412565
504384
548026
577538

Semasa (RM juta)


78367
96029
102190
131414
110727
87183
102426
57348

Pertumbuhan (%)
22.54
6.42
28.60
-15.74
-21.26
17.48
-44.01

Graf 1 : Kadar Pertumbuhan Akaun Semasa di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012

Kadar Pertumbuhan Akaun Semasa dari tahun 2005 hingga 2012

Kadar Pertumbuhan Akaun Semasa (RM juta)

Tahun

Kadar Pertumbuhan Akaun


Semasa dari tahun 2005
hingga 2012

Jadual 1 menunjukkan jumlah akaun semasa dan kadar pertumbuhan akaun semasa
dari tahun 2005 hingga 2012 manakala Graf 1 menunjukkan kadar pertumbuhan akaun
semasa dari tahun 2005 hingga 2012 di Malaysia. Secara keseluruhannya, jumlah akaun
semasa menunjukkan peningkatan dan penurunan dengan perbezaan yang ketara. Kadar
pertumbuhan akaun semasa menunjukkan keadaan yang tidak stabil.
Jadual 1 menunjukkan bahawa jumlah akaun semasa pada tahun 2005 adalah
sebanyak RM78367 juta dan seterusnya meningkat kepada RM96029 juta pada tahun 2006.
Kadar pertumbuhan akaun semasa pada tahun 2006 berbanding dengan tahun 2005
meningkat sebanyak 22.54%.

Hal ini berlaku disebabkan oleh peningkatan sebanyak

RM10782 juta dalam akaun barangan dan perkhidmatan dari tahun 2005 iaitu sebanyak
RM119280 juta kepada RM130062 juta pada tahun 2006.
Di samping itu, jumlah akaun semasa pada tahun 2006 iaitu sebanyak RM96029 juta
meningkat kepada sebanyak RM102190 juta pada tahun 2007 maka kadar pertumbuhan
akaun semasa pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2006 telah meningkat sebanyak
6.42%. Hal ini berlaku disebabkan oleh peningkatan sebanyak RM2147 juta dalam akaun
barangan dan perkhidmatan dari tahun 2006 iaitu sebanyak RM130026 juta kepada
RM132209 juta pada tahun 2007.
Seterusnya, jumlah akaun semasa pada tahun 2007 adalah sebanyak RM102190 juta
dan seterusnya meningkat kepada RM131414 juta pada tahun 2008. Kadar pertumbuhan
akaun semasa pada tahun 2008 berbanding dengan tahun 2007 meningkat sebanyak 28.60%.
Hal ini berlaku disebabkan oleh peningkatan sebanyak RM39727 juta dalam akaun barangan
dan perkhidmatan dari tahun 2007 iaitu sebanyak RM132209 juta kepada RM171936 juta
pada tahun 2008.
Selain itu, jumlah akaun semasa pada tahun 2008 adalah sebanyak RM131414 juta
dan seterusnya menurun kepada RM110727 juta pada tahun 2009. Kadar pertumbuhan akaun
semasa pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2008 menurun sebanyak 15.74%. Hal ini
berlaku disebabkan oleh penurunan sebanyak RM27407 juta dalam akaun barangan dan
perkhidmatan dari tahun 2008 iaitu RM171 936 juta kepada RM144529 juta pada tahun 2009.
Dalam pada itu, jumlah akaun semasa pada tahun 2009 adalah sebanyak RM110727
juta dan seterusnya menurun kepada RM87183 juta pada tahun 2010. Kadar pertumbuhan
akaun semasa pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009 menurun sebanyak 21.26%.

Hal ini berlaku disebabkan oleh penurunan sebanyak RM9223 juta dalam akaun barangan
dan perkhidmatan dari tahun 2009 iaitu sebanyak RM144529 juta kepada RM135306 juta
pada tahun 2010.
Seterusnya, jumlah akaun semasa pada tahun 2010 adalah sebanyak RM87183 juta
dan seterusnya meningkat kepada RM102426 juta pada tahun 2011. Kadar pertumbuhan
akaun semasa pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010 telah meningkat sebanyak
17.48%. Hal ini berlaku disebabkan oleh peningkatan sebanyak RM9987 juta dalam akaun
barangan dan perkhidmatan dari tahun 2010 iaitu sebanyak RM135306 kepada RM145293
juta pada tahun 2011.
Jumlah akaun semasa pada tahun 2011 adalah sebanyak RM102426 juta dan
seterusnya menurun kepada RM57348 juta pada tahun 2012. Kadar pertumbuhan akaun
semasa pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011 telah merosot sebanyak 44.01%. Hal
ini berlaku disebabkan oleh penurunan sebanyak RM33682 juta dalam akaun barangan dan
perkhidmatan dari tahun 2011 iaitu sebanyak RM145293 juta kepada RM111611 juta pada
tahun 2012.
Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 1 dan Graf 1, didapati bahawa kadar
pertumbuhan akaun semasa dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan keadaan yang tidak
stabil iaitu mengalami peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun 2008 dan seterusnya
mengalami penurunan dari tahun 2008 hingga tahun 2010, seterusnya mengalami
peningkatan pada tahun 2011 dan akhirnya mengalami penurunan pada tahun 2012.

5.2 Darjah Keterbukaan Ekonomi di Malaysia


Jadual 2: Darjah Keterbukaan Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2005 hingga 2012
Tahun
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012

Darjah Keterbukaan Ekonomi (%)


99.47
99.23
91.16
86.04
77.56
80.41
79.02
74.65

Graf 2: Darjah Keterbukaan Ekonomi di Malaysia dari Tahun 2005 hingga 2012

Darjah Keterbukaan Ekonomi di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012


120
100
80
Darjah Keterbukaan Ekonomi (%)

Darjah Keterbukaan
Ekonomi di Malaysia dari
tahun 2005 hingga 2012

60
40
20
0

Tahun

Jadual 2 menunjukkan darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia dari tahun 2005


hingga 2012. Secara keseluruhannya, darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia dari tahun
2005 hingga 2012 menunjukkan keadaan yang tidak stabil, iaitu mengalami penurunan sejak
tahun 2005 hingga 2009, seterusnya mengalami peningkatan pada tahun 2010 dan akhirnya
mengalami penurunan pada tahun yang berikutnya.
Jadual 2 mencatatkan darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2005
adalah 99.47% manakala darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2006 adalah
99.23%. Hal ini berlaku disebabkan oleh KDNK pada tahun 2006 mengalami peningkatan
sebanyak 9.79% daripada KDNK pada tahun 2005 iaitu 543578 meningkat kepada 596784
pada tahun 2006.
Selain itu, darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2007 adalah 91.16%.
KDNK pada tahun 2007 mengalami peningkatan sebanyak 11.49% iaitu sebanyak 596784
pada tahun 2006 meningkat kepada 665340 pada tahun 2007.
Seterusnya, darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2008 adalah 86.04%.
KDNK pada tahun 2008 mengalami peningkatan sebanyak 15.72% iaitu sebanyak 665340
pada tahun 2007 meningkat kepada 769949 pada tahun 2008.
Darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2009 adalah 77.56%. KDNK
pada tahun 2009 mengalami penurunan sebanyak 7.42% iaitu sebanyak 769949 pada tahun
2008 menurun kepada 712857 pada tahun 2009.
Di samping itu, darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2010 adalah
80.41%. KDNK pada tahun 2010 mengalami 11.85% iaitu sebanyak 712857 pada tahun 2009
meningkat kepada 797327 pada tahun 2010.
Darjah keterbukaan ekonomi pada tahun 2011 adalah 79.02%. KDNK pada tahun
2011 mengalami peningkatan sebanyak 11.04% iaitu sebanyak 797327 pada tahun 2010
meningkat kepada 885339 pada tahun 2011.
Sementelahan itu, darjah keterbukaan ekonomi di Malaysia pada tahun 2012 adalah
74.65%. KDNK pada tahun 2012 mengalami peningkatan sebanyak 6.39% iaitu sebanyak
885339 pada tahun 2011 meningkat kepada 941949 pada tahun 2012.

6.0 CADANGAN

7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui kajian ini, pengkaji mendapati kadar pertumbuhan akaun
semasa dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan keadaan yang tidak stabil iaitu mengalami
peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun 2008 dan seterusnya mengalami penurunan dari
tahun 2008 hingga tahun 2010, seterusnya mengalami peningkatan pada tahun 2011 dan
akhirnya mengalami penurunan pada tahun 2012. Melalui kajian ini, pengkaji turut
mendapati bahawa keadaan kadar pertumbuhan akaun semasa yang tidak stabil berlaku
disebabkan oleh imbangan akaun barangan dan perkhidmatan pada setiap tahun mencatatkan
jumlah yang berlainan.
Sementelahan itu, pengkaji turut mendapati bahawa darjah keterbukaan ekonomi di
Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan keadaan yang tidak stabil, iaitu
mengalami penurunan sejak tahun 2005 hingga 2009, seterusnya mengalami peningkatan
pada tahun 2010 dan akhirnya mengalami penurunan pada tahun berikutnya.

8.0 SENARAI KANDUNGAN


1. Lai Mooi Chang. (2014). Teks Pra-U STPM Ekonomi(Makroekonomi)Penggal 2. Pearson
Malaysia Sdn Bhd.
2. Lai Mooi Chang. (2014). Teks Pra-U STPM Ekonomi(Ekonomi Malaysia)Penggal 3.
Pearson Malaysia Sdn Bhd.
3. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013)
4. Bahagian Perangkaan Imbangan Pembayaran, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai