Anda di halaman 1dari 6

DUNIA MUZIK

4 MESRA
ISNIN 23 Jun 2014 ( 8.45 pagi 9.15 pagi )
MODUL
TAJUK/TO
PIK

OBJEKTIF
AKTIVITI
P&P
EMK
NILAI
BBB
REFLEKSI

Modul 1
UNIT 4 Apa Bunyi Itu?
Standard Kandungan

1.2

Memainkan alat perkusi

Standard Pembelajaran

1.2.
3

Memainkan alat perkusi


berdasarkan skor:
- lembut (p)
- kuat (f)
- sederhana kuat (mf)

dengan

dinamik

Pada akhir pengajaran, :


Murid dapat memainkan alat pekusi dengan dinamik berdasarkan skor.
1. Murid ditunjukkan alat perkusi.
2. Murid bermain alat perkusi secara berkumpulan.
3. Murid memainkan alat perkusi dengan dinamik berdasarkan skor.
Kreativiti dan inovasi
Toleransi dan kerjasama
Buku teks

PENDIDIKAN KESIHATAN
4 MESRA
ISNIN
MODUL/TAJU
K
STANDARD
KANDUNGA
N
STANDARD
PEMBELAJA
RAN
OBJEKTIF

AKTIVITI

NILAI
REFLEKSI

30 Jun 2014 (9.15-9.45 pagi )

Modul 1 Kesihatan mental, emosi dan sosial / Kekeluargaan


2.2

2.2.2

Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli


keluarga serta kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.
Menerangkan peranan dan tanggungjawab
ahli keluarga dalam mencegah serta
menangani gejala sosial.

Pada akhir pengajaran, :


Murid dapat menerangkan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga
dalam mencegah serta menangani gejala sosial.
Guru menerangkan peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta
kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berbincang
mengenai tajuk yang telah diberikan oleh guru.
Murid membentang hasil kerja kumpulan.
Guru membuat rumusan isi pengajaran.
Kerjasama, tolong-menolong dan keberanian

Dongeng Batu Belah Batu Bertangkup


http://i480.photobucket.com/albums/r...bertangkup.jpg
Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu
bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh
terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak
dapat keluar lagi.
Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini,
tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung
asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua
anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke
sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan
tembakul.
"Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan.
" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak
teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.
Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur
untuk dimasak gulai.
" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan
mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan.
Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan Mak
Tanjung kepada Melur.
Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan
tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk
ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang
juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan
dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.
" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan
goreng.
" Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga,"
pesan Melur kepada Pekan.
" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur
ikan tembakul ini ," minta Pekan.
" Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab
Melur.
Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak
betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan
meminta lagi.
" Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur.
" Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan
yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan
sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.
Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi
Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang
disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya.
" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.
Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus
memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun
pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.
" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.
" Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur
cuba melarangnya tetapi...."
" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.
Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang
begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.
" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...."
sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya,
Pekan itu.
Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan
menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya
dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak
menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.
Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil
menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.
" Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat
hatinya.
Melur turut menangis dan berteriak, " Mak, Kasihanilah kami! Mak!"
Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua
batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.
Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan
rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar
membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu
pun tertutup.
Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu
bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.

Anda mungkin juga menyukai