Anda di halaman 1dari 17

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 105

UNIT PELAJARAN 6
PERKHEMAHAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan definisi perkhemahan.
2. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa perkhemahan.
3. Membincangkan tentang tatacara pengurusan perkhemahan dengan ahli kumpulan.
4. Menghuraikan dengan jelas peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan.

PENGENALAN
Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakan kegiatan luar. Aktiviti perkhemahan telah
menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati ramai terutama golongan muda di serata
dunia. Perkhemahan merupakan cara hidup sementara seseorang di persekitaran luar rumah
yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan
peralatan dan bekalan makanan yang terhad. Jika anda belum biasa berkhemah, terdapat
banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Hal ini mungkin tidak timbul bagi mereka yang
selalu berkhemah. Antara aspek-aspek yang akan dibincangkan termasuklah perancangan,
peralatan, kemahiran asas, pelaksanaan aktiviti dan pertolongan cemas.

TUJUAN
Terdapat pelbagai tujuan dalam aktiviti berkhemah. Antaranya ialah :
Menimba pengalaman dan pengetahuan.
Menjalani kursus.
Membuat penyelidikan dan kajian.
Berekreasi bagi membina semangat dan motivasi diri yang tinggi ataupun sekadar untuk
berseronok sahaja.
Oleh itu, tentulah perkhemahan seumpama ini bertujuan untuk membentuk, membina,
memupuk semangat dan motivasi dalam usaha untuk menerapkan sikap kepimpinan dan
sahsiah yang tinggi di samping kecemerlangan akedemik.

PERANCANGAN
Perancangan yang teliti dan rapi merupakan aspek yang sangat penting bagi memastikan
kejayaan sesebuah program perkhemahan. Perancangan ini bertujuan bagi menambahkan
kecekapan dan keberkesanan program perkhemahan yang dijalankan. Terdapat empat langkah
utama yang perlu diikuti sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan iaitu;

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 106

LANGKAH 1
- Menubuhkan jawatankuasa kerja
- Memulakan perancangan

LANGKAH 2
- Menetapkan lokasi perkhemahan
- Mendapatkan wang peruntukan

LANGKAH 3
- Meninjau ke tapak perkhemahan
- Menempah tapak
- Menguruskan surat-menyurat

LANGKAH 4
- Menyediakan peralatan
- Menempah pengangkutan
- Bersedia memulakan perkhemahan

a. Menubuhkan jawatankuasa kerja


Bil.
1.
2.
3.
4.

5.
6.
7.
8.
9.

10.
11.

Jawatankuasa
Komandan Kem/ Pengarah Kem
Penolong Komandan Kem/
Penolong Pengarah
Setiausaha

Bidang Tugas

Mengelola dan menyelia keseluruhan program.


Membantu mengelola dan menyelia perjalanan
program.
Menguruskan surat-menyurat dan merekodkan
segala dokumen berkaitan program.
Bendahari
Menguruskan segala perbelanjaan program
perkhemahan seperti pembelian dan
pembayaran bil serta kutipan yuran.
Jawatankuasa Kecil Peralatan
Menyedia dan menyelia segala peralatan
perkhemahan.
Jawatankuasa Kecil Makanan
Menyedia dan memasak bahan makanan.
Jawatankuasa Kecil Program
Merancang dan menjalankan program.
Jawatankuasa Kecil Keselamatan Mengawal keselamatan murid sepanjang
program.
Jawatankuasa Kecil Kecemasan/ Memberikan rawatan kecemasan sekiranya
Kebajikan
berlaku kemalangan yang melibatkan
kecederaan ringan atau parah.
Jawatankuasa
Kecil Menyedia dan menyelia pengangkutan
Pengangkutan
sepanjang program.
Jawatankuasa Kecil Kebersihan Membersihkan segala peralatan perkhemahan
serta tapak perkhemahan.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 107

b. Menetapkan lokasi dan perbelanjaan


Lokasi dan Perbelanjaan kedua-dua faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain. Lokasi
perkhemahan yang dipilih bergantung pada kedudukan kewangan ahlli kumpulan. Peruntukan
kewangan ini dapat diperoleh sama ada melalui kutipan bayaran daripada ahli atau dengan
cara mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak tertentu.
i) Lokasi Tapak
Pemilihan tapak perkhemahan perlu dibuat dengan teliti supaya lokasi yang
dipilih boleh memenuhi kehendak program perkhemahan.

ii) Kos

Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan lokasi adalah


seperti berikut :
Bentuk muka bumi
Jarak perjalanan
Kos sewaan tapak

Terdapat beberapa punca kewangan yang boleh di kumpulkan antaranya :


Kutipan wang
Penajaan
Kutipan dana

Pendapatan dari sumber kewangan tersebut akan digunakan untuk menampung kos
pengangkutan, pembelian bahan makanan, sewaan tapak perkhemahan dan pelbagai
perbelanjaan lain.
c. Menempah Tapak Perkhemahan
Tinjauan ke tapak perkhemahan perlu dilakukan bagi memastikan kesesuaian tapak yang dipilih
dengan program yang akan dijalankan. Setelah berpuas hati dengan lokasi dan tapak
perkhemahan, tempahan boleh dibuat supaya tapak tersebut tidak digunakan oleh pihak lain
pada tarikh program perkhemahan. Seterusnya, urusan surat-menyurat boleh dimulakan.
Setiausaha program akan menguruskan segala surat-menyurat yang berkaitan dengan
perkhemahan termasuklah surat kepada pihak-pihak yang berkaitan.
d. Menyediakan Peralatan dan Pengangkutan
Pengangkutan yang digunakan boleh terdiri daripada kemderaan awam atau kenderaan
persendirian. Bagi persediaan peralatan, ahli jawatankuasa peralatan perlu menyenaraikan
serta menyediakan peralatan yang akan digunakan sepanjang program perkhemahan. Kunci
kejayaan sesebuah program perkhemahan bergantung pada perancangan yang teliti dan rapi

PERALATAN PERKHEMAHAN
Peralatan merupakan perkara paling utama yang perlu diambil kira dalam aktiviti perkhemahan.
Lebih lama tempoh perkhemahan dijalankan lebih banyak peralatan yang perlu digunakan.
Peralatan yang akan digunakan bergantung pada lokasi dan jenis program perkhemahan yang
dirancang. Peralatan yang perlu dibawa dalam aktiviti perkhemahan perlu dirancang oleh murid

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 108

agar tiada peralatan yang mustahak tertinggal. Jika ia berlaku kemungkinan besar program
tersebut mungkin tergendala.
a. Senarai Semak Peralatan
Cara yang paling baik untuk merancang peralatan yang perlu dibawa adalah dengan
menyediakan senarai semak peralatan. Senarai semak ini akan memastikan segala peralatan
yang perlu dibawa tidak akan tertonggal serta segala peralatan yang dipinjam akan dipulangkan
semula setelah program perkhemahan berakhir. Senarai semak peralatan yang disediakan
haruslah mengandungi senarai peralatan yang dibahagikan kepada kategori berikut :
i)
Peralatan Individu
ii)
Peralatan Perkhemahan
iii)
Peralatan Memasak
iv)
Bekalan Makanan
Peralatan yang disenaraikan ini adalah untuk program perkhemahan tiga hari dua malam
dengan jumlah murid seramai 20 orang hingga 30 orang dalam satu kumpulan. Sekiranya
jumlah murid lebih ramai daripada jumlah yang dinyatakan, jumlah peralatan yang disenaraikan
perlu ditambah mengikut bilangan murid. Keadaan ini akan menjadi rumit sekiranya murid tidak
menyediakan senarai semak peralatan kerana jumlah peralatan yang begitu banyak. Oleh itu,
murid disarankan untuk menyediakan senarai semak peralatan ini dengan teliti sebelum murid
mengumpul peralatan yang diperlukan. Antara senarai kategori peralatan yang perlu
diperincikan ialah
Peralatan Individu
- Contohnya : Kad pengenalan, Lampu suluh, Kompas, Wisel, Kamera, Topi

Pakaian
Contohnya : Baju-T lengan pendek - 3 helai, Seluar panjang -3 helai, Stoking
- 4 helai
Peralatan kebersihan diri
Contohnya : Ubat gigi - 1 tiub, Sabun kecil 1 buku, Syampu 3 paket kecil
Peralatan perkhemahan
Contohnya : Khemah pasang siap 10 buah (Saiz untuk 4, 6 atau 8 orang )
untuk khemah pusat dan khemah menyimpan peralatan dapur serta
makanan, Tiang besi atau kayu 10 batang,: saiz 8 kaki, Tali nilon atau
belati 3 gulung: ukuran 20 meter - 30 meter untuk mengikat khemah ponco.
Peralatan memasak
Contohnya : Periuk besar 3 buah untuk memasak nasi dan lauk, Cerek,
dapur gas Bunsen, Cawan, Pisau

Bekalan makanan
Contohnya : Beras 10 kg x 1 kampit untuk kumpulan, Minyak masak 5 kg
x 1 botol besar untuk menggoreng bahan makanan, Sardin 5 tin besar,
Ayam 2 tin
Semasa di tapak perkhemahan, Jawatankuasa Kecil Peralatan disarankan menyediakan
sebuah buku log untuk merekodkan pengeluaran segala jenis peralatan dan bahan makanan
-

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 109

agar pergerakan peralatan dan bahan makanan sentiasa dapat dipantau. Setiap murid yang
meminjam sebarang peralatan diwajibkan menandatangani buku log sewaktu mengeluarkan
dan memulangkan peralatan.

Khemah jenis ini berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri
utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah

Apakah peralatan tambahan yang diperlukan dalam perkhemahan muridmurid berkeperluan khas.

KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN


Kemahiran asas perkhemahan ialah beberapa bentuk kemahiran yang diperlukan oleh murid
bagi menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap kemahiran asa ini membantu murid menjalankan
rutin kehidupan seharian semasa program perkhemahan. Kemahairan asas perkhemahan
boleh dibahagikan kepada tujuh perkra yang utama :
i)
Memilih tapak khemah
ii)
Mendirikan Khemah
iii)
Menyalakan api
iv)
Memasak
v)
Menggunakan peralatan tajam
vi)
Memandu arah
vii)
Membuat gajet

i)

Memilih tapak khemah

Memilih tapak khemah merupakan kemahiran asas yang perlu diketahui oleh murid. Bagi murid
baharu , agak sukar bagi mereka untuk mencari tapak khemah yang sesuai terutamanya di

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 110

kawasan hutan yang belum pernah diteroka. Sekiranya murid merancang untuk mengadakan
perkhemahan di tapak yang telah disediakan dengan kemudahan asas, masalah untuk memilih
tapak perkhemahan tidak wujud. Kesilapan memilih tapak untuk program perkhemahan
kadangkala boleh membawa bencana dan kemalangan murid perkhemahan yang dipanah petir
keranan berlindung di bawah pokok, lemas dihanyutkan banjir kilat, tertimbus di dalam tanah
runtuh, dipatuk ular atau terjatuh dari tebing curam. Kesemua jenis kemalangan ini mungkin
berlaku kerana murid kurang peka semasa memilih tapak khemah yang selamat. Bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, murid hendaklah sentiasa berhatihati semasa mencari tapak khemah agar sesuai dan selamat. Kriteria berikut boleh dijadikan
panduan kepada murid untuk memilih tapak khemah ialah:
a) Kawasan lapang yang luas, yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 30
orang murid.
b) Kawasan yang rata dan tidak berbatu-batu supaya khemah mudah didirikan
dengan sempurna.
c) Kawasan yang jauh dari tebing tinggi kerana boleh membahayakan murid
sekiranya mereka jatuh.
d) Kawasan yang berdekatan dengan punca air agar mudah untuk melakukan
kerja-kerja seperti memasak dan membersihkan diri.
e) Kawasan yang teduh seperti di bawah pokok rimbun. Namun begitu pastikan
tidak terdapat dahan dan ranting reput yang boleh menimpa murid.
f) Kawasan yang jauh dari pokok reput kerana dikhuatiri akan tumbang dan
menimpa murid.
g) Kawasan yang jauh dari kaki atau lereng bukit kerana dibimbangi akan
berlaku tanah runtuh.
h) Kawasan yang jauh dari tebing sungai bagi mengelakkan kawasan khemah
dilanda banjir. Khemah hendaklah didirikan sekitar 30 meter sehingga 50
meter dari tebing sungai.
i) Kawasan yang jauh dari semak bagi mengelakkan haiwan liar seperti ular
atau biawak memasuki khemah.
ii) Mendirikan Khemah
Khemah ibarat rumah bagi murid perkhemahan. Khemah digunakan sebagai tempat
tidur, tempat berlindung daripada hujan dan panas serta tempat menyimpan barangbarang peribadi. Setiap murid haruslah tahu untuk mendirikan dan membuka khemah.
Khemah mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Jenis khemah yang kerap digunakan
dalam program perkhemahan terdiri daripada jenis pasang siap dan kanvas biasa.
Khemah jenis pasang siap adalah ringan dan mudah dipasang, tahan lasak dan tidak
mudah koyak.
iii) Menyalakan api
Kemahiran menyalakan api adalah amat penting terutama ketika murid berada di dalam
hutan. Tanpa teknik yang betul, usaha untuk menyalakan api dengan menggunakan
kayu mungkin tidak dapat dilakukan. Cara untuk menyalakn api adalah seperti berikut :

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 111

a) Kumpulkan rumput, ranting kecil dan ranting besar yang kering di satu
tempat. Rumput hendaklah disusun di bahagian bawah, diikuti dengan
ranting kecil dan ranting besar di bahagian atas.
b) Nyalakan rumput dan ranting kering terlebih dahulu. Setelah api marak
letakkan ranting besar di bahagian atas ranting kecil.
c) Susun ranting besar secara menegak supaya mudah terbakar. Tunggu
sehingga api menyala sepenuhnya sebelum nyalaan digunakan untuk
memasak.
iv) Memasak
Semasa program perkhemahan dijalankan aktiviti penting yang mesti dilakukan ialah
memasak. Setiap murid perkhemahan mestilah tahu memasak. Jawatankuasa makanan
boleh mengaturkan jadual bagi memastikan setiap murid akan memasak makanan untuk
semua ahli kumpulan. Jawatankuasa makanan bertanggungjawab dalam hal-hal
penyediaan makanan sepanjang tempoh perkhemahan. Tugas utama ahli jawatankuasa
ini ialah memasak untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan
minum malam dengan dibantu oleh murid lain mengikut giliran. Kebiasaannya, makanan
yang dimasak ialah makanan yang tidak terlalu sukar untuk disediakan.
Antara cara yang digunakan semasa memasak masakan asas sewaktu perkhemahan ialah :
1) Merebus
2) Menggoreng
3) Menumis
4) memanggang
v) Menggunakan peralatan tajam
Adakalanya murid perlu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, parang, kapak, dan
cangkul semasa program perkhemahan. Penggunaan peralatan ini adalah penting terutamanya
semasa hendak memasak dan membersihkan kawasan di sekeliling khemah. Murid hendaklah
sentiasa berhati-hati menggunakan peralatan tajam ini bagi mengelakkan kecederaan sama
ada
kepada
diri
sendiri
atau
kepada
orang
lain.
vi) Memandu arah
Pandu arah merupakan kemahiran mencari haluan di dalam hutan. Peralatan yang digunakan
untuk memandu arah terdiri daripada kompas dan peta. Kedua-dua peralatan ini membantu
murid mengetahui kedudukan mereka ketika berada di dalam hutan. Kompas dan peta dibaca
berpandukan bering dan grid.
Antara kemahiran memandu arah yang perlu diketahui ialah :
a) Membaca bering kompas.
b) Tersesat di hutan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 112

Isyarat asap
Mengenal pasti arah Timur-Barat
Menyusuri kanak-kanak sungai

vii) Membuat gajet


Membuat gajet bermaksud menggunakan bahab-bahan yang terdapat di dalam hutan seperti
dahan dan batang pokok sebagai perkakas pelbagai guna bagi memudahkan lagi aktiviti
perkhemahan. Dahan dan batang pokok di dalam hutan boleh diubah suai mengikut kreativiti
murid untuk dijadikan tempat letak pinggan mangkuk atau menggantung cawan dan kuali.
Kemahiran membuat gajet atau perkakas perkhemahan ini amat berguna kepada murid kerana
gajet membantu mereka dalam tugas seharian semasa program perkhemahan. Selain itu, murid
juga dapat meminimumkan keperluan peralatan yang mungkin dibawa. Gajet yang selalu
dibuat semasa perkhemahan adalah berfungsi sebagai :
a) Membuat tempat letak pinggan mangkuk
b) Membuat senduk dan sudu.

PELAKSANAAN AKTIVITI
Bagi memenuhi program perkhemahan yang dijalankan, pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak
penganjur untuk menjadikan program tersebut lebih menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang
biasa dilakukan ialah merentas hutan, berkayak, flying fox, mendaki dan sebagainya. Tujuan
utama diadakan pelbagai aktiviti tersebut ialah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap
murid berkeperluan khas seperti semangat kerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur dan
bersatu padu. Selain itu, para murid juga akan dapat mempelajari beberapa teknik dan
kemahiran baharu.
a. Merentas hutan
Aktiviti merentas hutan bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid habitat flora dan fauna
yang terdapat di dalam hutan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid berkeperluan khas akan
berjalan dalam kumpulan masing-masing secara satu barisan dengan senyap supaya tidak
mengganggu hidupan liar di dalam hutan.
b. Berkayak
Berkayak merupakan aktiviti perkhemahan yang menarik. Aktiviti ini memberi peluang kepada
murid berkeperluan khas untuk mengambara di kawasan tasik, sungai atau laut sambil
menikmati keindahan alam sekitar. Berkayak boleh mendekatkan diri murid berkeperluan khas
dengan habitat sungai dan laut. Bagi murid yang pertama kali berkayak, mereka dinasihatkan
agar mendapatkan tunjuk ajar daripada jurulatih yang berkelayakan.
c. Keyakinan air
Aktiviti ini amat disarankan kepada setiap murid berkeperluan khas program perkhemahan.
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar murid supaya tahu berenang dan menyelamatkan diri
apabila berlaku kecemasan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid berkeperluan khas diajar
supaya tidak cepat berasa panik dan berusaha untuk mengapungkan diri di dalam air
menggunakan jaket keselamatan untuk satu tempoh yang lama.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 113

d. Pandu arah
Aktiviti pandu arah merupakan aktiviti menarik yang boleh dijalankan semasa program
perkhemahan. Dalam aktivti ini, setiap murid berkeperluan khas dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk mencari beberapa stesen yang terdapat pada peta berpandukan kompas.
Setiap kumpulan akan berusaha mencari kedudukan stesen yang terdapat di dalam peta
dengan pantas. Murid berkeperluan khas atau kumpulan terpantas yang berjaya tiba ke semua
stesen dikira sebagai pemenang.
e. Mendaki
Aktiviti ini merupakan salah satu program perkhemahan yang mencabar. Untuk menjalankan
aktiviti ini, murid berkeperluan khas memerlukan kawasan yang berhampiran dengan cerun
atau tanah tinggi. Murid akan mendaki secara kumpulan hingga sampai ke puncak bukit
ataupun gunung bagi meninjau keindahan kawasan tersebut dengan lebih jelas lagi. Murid
memerlukan stamina dan ketahanan fizikal yang baik untuk mendaki.
f. Aktiviti tali
Antara program perkhemahan yang menarik ialah aktiviti tali. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu aras tali tinggi dan aras tali rendah. Semua murid berkeperluan khas dikehendaki
melalui beberapa halangan serta cabaran yang melibatkan tali seperti berjalan merentasi
jambatan tali yang diikat pada dua batang pokok atau tiang pada ketinggian tertentu. Walaupun
aktiviti ini nampak mudah tetapi sebenarnya melibatkan kebolehan murid berkeperluan khas
untuk mengawal keseimbangan badan supaya tidak jatuh. Fasilitator yang bertanggungjawab
akan menentukan jenis aktiviti tali yang akan dijalankan mengikut kebolehan murid.
g. Aktiviti kerohanian
Selain melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan mental dan fizikal, program perkhemahan
juga seharusnya tidak melupakan aktiviti berbentuk kerohanian kepada para muridnya. Antara
aktiviti kerohanian yang boleh dijalankan dalam program perkhemahan ialah solat fardhu secara
berjemaah dan ceramah agama. Aktiviti sebegini memberikan pengisian dari aspek rohani
untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid seperti sifat sabar dan sentiasa reda dengan
keadaan dan kesusahan semasa berada di dalam hutan.
h. Malam unggun api
Acara kemuncak dalam setiap program perkhemahan ialah aktiviti malam unggun api. Sudah
menjadi amalan, malam unggun api diadakan pada malam terakhir sebelum program
perkhemahan itu ditutup. Pada malam itu, murid berkeperluan khas akan mempersembahkan
beberapa aktiviti seperti sesi pembentangan daripada setiap kumpulan, sesi soal jawab antara
murid dengan fasilitator serta maklum balas daripada murid tentang aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut.

Menjalankan aktiviti perkhemahan


Setelah segala perancangan aktivit perkhemahan dibuat, tibalah masa untuk melaksanakannya.
Ketua program perkhemahan dan ahli jawatankuasa (AJK) yang bertanggungjawab hendaklah
memastikan bahawa semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan
teratur. Dari segi peralatan aktiviti, kadangkala tidak semua peralatan tersebut mampu
dibekalkan atau dibawa oleh AJK ke tapak perkhemahan. Sesetengah pusat rekreasi ada
menyediakan khidmat menyewa peralatan perkhemahan dengan kadar yang berpatutan. Oleh

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 114

itu, AJK peralatan harus memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti
perkhemahan mencukupi dan selamat untuk digunakan. Kadangkala AJK aktiviti perkhemahan
juga memerlukan khidmat kepakaran daripada pihak-pihak yang tertentu untuk sesetengah
jenis sukan seperti abseiling atau berkayak. Pihak AJK perlu memastikan hanya khidmat
jurulatih yang bertauliah digunakan. Terdapat juga sesetengah pusat rekreasi menyediakan
khidmat jurulatih tersebut. Berikut adalah perkara rutin yang dilakukan oleh murid semasa
program perkhemahan dijalankan.

a. Tiba di tapak perkhemahan


Kebiasaannya, dalam jadual aktiviti perkhemahan AJK program akan menyediakan satu
program tentatif yang dilakukan oleh murid yang telah dipersetujui oleh kesemua AJK. Setelah
tiba di tapak perkhemahan, iaitu pada petang hari pertama, setelah menyempurnakan solat
Asar, para murid akan bergotong royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan yang
dianggap sesuai. AJK tugas-tugas khas pula akan mencari dan memotong kayu api untuk
menyalakan api bagi bagi menghalau nyamuk serta memulakan tugas untuk memasak.
Selepas itu, AJK masakan akan mula menjerang air minum dan memasak nasi. Aktiviti
memasak harus dimulakan lebih awal kerana penyediaan makanan kepada murid yang ramai
akan memerlukan masa yang agak panjang. Sebaik-baiknya makanan perlu disiapkan lebih
awal. Makan malam akan disediakan selepas ceramah. Bagi memastikan makanan yang ada
mencukupi, AJK perlulah mengagih-agihkan makanan secara sama rata kepada semua murid
dan tidak membiarkan murid menyenduk sendiri makanan dan ini bertujuan bagi mengelakkan
sesetengah murid mengambil makanan secara sesuka hati. Setelah selesai aktiviti-aktivit lain,
murid berkeperluan khas bolehlah berehat dan tidur. AJK keselamatan serta ahli kumpulan
yang bertugas akan bergilir-gilir berkawal unutk memastikan keselamatan semua murid
perkhemahan. Kawalan keselamatan diadakan bagi mengelakkan serangan binatang buas
yang biasanya keluar pada waktu malam untuk mencari makanan.

b.Memulakan aktiviti
Hari pertama di tapak perkhemahan, murid akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk mandi dan
menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu, murid akan bersarapan sebelum
melakukan aktiviti seterusnya. Setelah bersarapan, murid akan berkumpul untuk mendengar
taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti pertama yang
biasanya dilakukan selepas taklimat ialah merentas hutan yang memakan masa lebih kurang
empat hingga lima jam. Dalam aktiviti ini, murid akan merentas hutan untuk melihat habitat
tumbuh-tumbuhan serta hidupan liar yang terdapat di sekekliling mereka.
Semasa berjalan, murid hendaklah bergerak dalam satu kumpulan secara berbaris dan
tidak terputus bagi mengelakkan daripada tersesat. Murid berkeperluan khas perlu sentiasa
diingatkan agar tidak sesekali memberanikan diri berjalan seorang diri atau berhenti sesuka hati
untuk memerhatikan sesuatu kerana dibimbangi murid tersebut akan ketinggalan dan tersesat
seorang diri. Kumpulan hanya akan berhenti sekiranya diarahkan oleh ketua kumpulan.
Fasilitator atau ketua kumpulan akan diletakkan sama ada di bahagian hadapan, tengah atau
belakang barisan bagi memastikan keselamatan setiap murid kumpulan. Setelah tamat aktiviti
merentas hutan, ketua kumpulan akan mengesahkan kesemua ahli kumpulan telah selamat
sampai. Murid akan kembali ke khemah masing-masing untuk berehat sementara menunggu

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 115

petugas memasak pada hari tersebut menyediakan makanan tengah hari. Selepas makan,
perserta berkeperluan khas akan membersihkan diri untuk menunaikan solat Zuhur.
Pada sebelah petang, murid berkeperluan khas akan melakukan sama ada aktiviti air
atau aktiviti tali bergantung kepada perancangan ketua program perkhemahan. Kemudian murid
berkeperluan khas akan kembali ke khemah unutk menunaikan solat Asar, minum petang dan
berehat. Bagi AJK masakan serta ahli kumpulan yang bertugas, mereka akan memulakan tugas
memasak makanan unutk makan malam. Pada waktu malam, murid akan melakukan aktiviti
merentas hutan. Aktiviti pada malam hari ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati
berbanding dengan waktu siang kerana keadaan malam yang gelap. Semasa aktiviti unggun
api, murid akan duduk beramai-ramai mengelilingi unggun api besar. Pelbagai aktiviti akan
diadakan seperti membuat persembahan kumpulan pembentangan laporan dan sesi bersama
fasilitator.

PERATURAN PERKHEMAHAN
Semasa mengikuti program perkhemahan, aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang
utama. Aspek keselamatan ini meliputi diri murid dan juga peralatan perkhemahan. Setiap
murid berkeperluan khas akan diberi taklimat berhubung dengan aspek keselamatan.
Langkah-langkah keselamatan diadakan bagi mengurangkan risiko kemalangan yang mungkin
berlaku semasa program perkhemahan.
i.
ii.

iii.
iv.
v.
vi.
vii.

viii.
ix.

x.

Murid berkeperluan khas hendaklah meminta izin daripada komandan kem


sekiranya berhasrat untuk keluar dari tapak perkhemahan.
Murid berkeperluan khas hendaklah keluar bersama-sama rakan atau secara
berkumpulan agar bantuan dapat diberikan oleh rakan murid sekiranya berlaku
kecemasan.
Murid hendaklah berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam kerana
ditakuti boleh mencederakan diri atau orang lain.
Murid hendaklah memaklumkan kepada rakan setiap kali hendaklah pergi ke
sesuatu tempat agar mereka tahu tempat murid berada.
Murid perlu menjauhkan diri dari binatang berbahaya seperti ular, ikan beracun
dan binatang buas untuk mengelakkan diri daripada dicederakan.
Murid hendaklah memaklumkan kepada komandan kem dengan segera
sekiranya ditimpa kecederaan.
Murid hendaklah sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti
air. Jaket ini akan membantu murid mengapungkan diri khususnya bagi mereka
yang tidak tahu berenang.
Murid yang menghidapi sakit seperti asma, kencing manis atau darah tinggi perlu
membawa ubat masing-masing.
Murid hendaklah menjauhkan diri daripada memakan sebarang tumbuhan yang
tidak pasti spesisnya bagi mengelakkan keracunan yang boleh mendatangkan
mudarat.
Murid hendaklah berhati-hati ketika memegang ikan untuk mengelakkan
daripada terkena sengatan. Sesetengah ikan air tawar mempunyai sengat yang
berbisa.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 116

PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas merupakan satu teknik rawatan kecemasan yang diberikan kepada mangsa
kemalangan sebelum bantuan perubatan yang lengkap tiba. Bentuk bantuan yang diberikan
adalah mudah dan ringkas tetapi mampu meredakan kesakitan atau menyelamatkan nyawa
mangsa yang normalatau berkeperluan khas. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang
terlatih dan berkelayakan dibenarkan untuk memberikan pertolongan cemas tersebut. Dalam
setiap program perkhemahan, penubuhan unit pertolongan cemas adalah penting. Selain
memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan, unit ini juga dapat melatih
setiap murid program perkhemahan tentang beberapa teknik pertolongan cemas. Unit ini juga
akan dilengkapi dengan kit pertolongan cemas yang mengandungi beberapa peralatan penting
seperti ubat-ubatan dan kain pembalut luka. Peralatan ini digunakan oleh mengsa sebelum
sampai ke hospital. Bagi sesetengah kecederaan yang berat atau kegagalan mengenal pasti
masalah mangsa, biasanya tindakan pantas akan dilakukan untuk membawa mangsa terus ke
hospital. Murid perkhemahan haruslah sentiasa peka dan tahu tentang aspek keselamatan dan
situasi kecemsan yang berlaku. Sikap sentias berwaspada dapat mengurangkan risiko
berlakunya kecederaan dan kemalangan semasa menjalani aktiviti perkhemahan.

Tindakan ketika kecemasan


Dalam setiap program perkhemahan, mungkin terdapat kemalangan yang menyebabkan
kecederaan ringan atau parah. Sekiranya terdapat murid yang mengalami kecederaan seperti
ini, rawatan segera diperlukan bagi membantu menghentikan pendarahan sementara
menunggu mangsa dibawa ke hospital. Bagi kes-kes kemalangan yang serius, mangsa perlu
dihantar dengan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan daripada doktor. Sekiranya
kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak serius, memadailah murid diberi rawatan dengan
bantuan kit pertolongan cemas. Kit pertolongan cemas mudah dibawa dan mengandungi
peralatan dan ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat kecederaan yang ringan.
Antara peralatan dan ubat yang terdapat dalam kit pertolongan cemas ialah :
Kain anduh segi tiga (bendera yang bersih juga boleh digunakan)
Tisu penyerap
Pita pelekat (dua gulung)
Losen beralkohol
Kain pembalut kasa
Spirit ammonia untuk gigitan serangga dan pengsan
Ubat mata untuk kegatalan mata yang tidak serius
Serbuk baking soda untuk gigitan serangga, ketidaklawasan membuang air, dan
radang kulit
Penyahjangkitan
Losen tabir suria (SPF15)
Alat pencabut atau spatula kecil yang berhujung tajam
Gunting kecil
Pin
Sarung tangan getah bersteril
Moleskin losen penghalang melecet

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 117

Jenis-jenis kemalangan
Terdapat beberapa jenis kemalangan yang biasa dialami oleh murid perkhemahan. Antaranya
ialah :
a. Melecet
Melecet merupakan masalah yang sering dihidapi oleh murid perkhemahan dan boleh
menyebabkan ketidakselesaan. Melecet disebabkan oleh geseran antara kulit pada kaki
dengan permukaan yang keras seperti kasut. Kelembapan dan suhu merupakan punca utama
berlakunya melecet.
b. Radang kulit disebabkan pancaran matahari
Radang atau kemerahan pada kulit berlaku apabila murid terdedah terlalu lama di bawah
sinaran ultraungu cahaya matahari. Radang kulit ini menjadikan kulit murid kemerah-merahan
dan terasa sakit.
c. Kehilangan haba
Semasa murid menyertai aktiviti lasak, terutamanya dalam cuaca yang panas, mereka mungkin
akan mengalami kehilangan haba badan. Antara simptom yang boleh dilihat pada murid yang
mengalami kehilangan haba badan ialah rasa letih yang melampau, muntah, sakit kepala dan
mungkin pengsan. Kulit murid akan menjadikan lembap dan melekit serta anak mata
membesar.
d. Penghidratan
Penghidratan berpunca daripada kehilangan air akibat penyingkiran air yang berlebihan
daripada badan, contohnya berpeluh dengan banyak pada waktu panas. Penghidratan dapat
diatasi dengan meminum air yang mengcukupi. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya
lapan gelas atau 1500 ml air sehari. Sekiranya murid banyak terlibat dengan aktiviti lasak
seperti mendaki dan berkayak, murid perlu membawa bekalan air minuman. Kekurangan air di
dalam badan akan mengakibatkan murid kehilangan stamina.
e. Hipotermia
Hipotermia ialah keadaan penurunan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada aras normal.
Keadaan ini berlaku akibat suhu yang terlampau sejuk atau murid terjatuh ke dalam kolam air
yang sejuk. Antara simptom hipotermia ialah menggigil, kecelaruan fikiran, tidak boleh membuat
penilaian yang betul, kecuaian serta kehilangan koordinasi badan. Hipotermia berlaku apabila
seseorang itu menggigil secara tidak terkawal, mengalami kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan
diri. Kecelaruan fikiran berlaku kerana otak kaku akibat kesejukan.

f.

Sakit perut

Sakit perut merupakan masalah yang kerap dialami oleh murid program perkhemahan. Antara
punca sakit perut ialah memakan makanan yang telah dicemari bakteria, menggunakan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 118

pinggan mangkuk yang tidak dicuci dengan bersih dan meminum air yang tidak dimasak. Antara
simptom sakit perut yang biasa berlaku ialah rasa mual dan muntah.
g. Terkena tumbuhan beracun
Di dalam hutan, terdapat banyak tumbuhan yang cantik tetapi hakikatnya beracun. Duri atau
getah daripada tumbuh-tumbuhan yang beracun, seperti pokok rengas dan keladu hutan, akan
menyebabkan kepedihan, kegatalan dan kerengsaan pada kulit apabila disentuh. Untuk
mengelakkan murid tersentuh tumbuhan tersebut, murid perlulah memakai pakaian yang dapat
memberikan perlindungan terhadap tubuh seperti baju dan seluar panjang. Murid juga perlu
mengenal pasti tumbuhan yang beracun supaya dapat mengelakkan diri daripada terkena
tumbuhan tersebut. Sekiranya pakaian murid tersentuh tumbuhan tersebut, basuh dengan
segera pakaian tersebut dan bersihkan diri sejurus selepas aktiviti.
h. Patukan ular
Kawasan hutan merupakan tempat yang terdapat banyak ular berbisa seperti ular tedung selar,
ular ketam tebu, dan ular kapak. Ular ini akan menyerang manusia apabila diganggu atau
terancam. Sekiranya murid tidak berhati-hati semasa berada di dalam hutan, mereka boleh
terdedah kepada patukan ular tersebut. Antara simptom utama patukan ular ialah tanda lebam,
lecetan berdarah, menggigil, sakit kepala, demam, mual, pandangan menjadi kabur, kesukaran
bernafas, kekejangan otot, peningkatan tekanan darah dan kemungkinan tidak sedarkan diri.
Mangsa patukan ular perlu dibawa ke hospital dengan segera.
Senaraikan lima (5) aktiviti yang dimodifikasikan semasa perkhemahan
murid pendidikan khas.
a.______________________________________________
b.______________________________________________
c._______________________________________________
d. ______________________________________________
e. ______________________________________________

RUMUSAN

Murid-murid berkeperluan khas perlu diberi pendedahan dengan mengikuti aktiviti di luar
bilik darjah seperti berkhemah.
Berkhemah dapat menambahkan pengetahuan. Semasa menjalankan aktiviti mereka
didedahkan dengan pengalaman sebenar berbanding dengan di bilik darjah mereka iaitu

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 119

diberi penerangan dan teori sahaja.


Berkhemah dapat melegakan perasaan yang tegang kerana semasa berkhemah muridmurid berkeperluan khas akan berasa seronok dan dapat mengurangkan tekanan emosi
dan dapat memulihkan tenaga. Suasana ketenangan dan kedamaian apabila tinggal di
kawasan perkhemahan yang tenang dan jauh dari kesibukan. Jiwa yang tenang akan
melahirkan peribadi yang mulia.
Melalui aktiviti yang dijalankan,murid-murid berkeperluan khas dapat melatih percaya
kepada diri sendiri, berani menghadapi cabaran dan tabah. Latihan seperti ini juga
dapat
melatih murid-murid berkeperluan khas menjadi kuat, sihat cergas, bertanggungjawab
dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Dalam perkhemahan aspek keselamatan amat
dititik beratkan. Keadaan ini meliputi keselamatan di tapak perkhemahan, keselamatan
diri dan keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan.

RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim, 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Oxford
Sdn. Bhd.

Fajar

Borhan Yusof dan Mohd Sadek Mustaffa, 2010. Pendidikan Rekreasi Perkhemahan.
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala

Borhanudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, Mohd. Fauzi b. Abdul Rahman dan Hamizon
Hamid (2006). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Aktiviti Perkhemahan bagi Orang Berkeperluan khas (2009). Diperoleh pada Disember 1,
2011 dari http://intanwahid.blogspot.com/2009/08/aktiviti-perkhemahan-orang-kurang
upaya.html
Perkhemahan Statik Berkumpulan (2008). Diperoleh pada Disember
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/perkhemahan-statikk

5,

2011

dari

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 120

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 121

Anda mungkin juga menyukai